SURPRISE!!! I'M NOT A MONSTER - VERSI NOVEL PENUH

Assalamualaikum w.b.t

Sangat lama Cik SA tak muncul di blog ini, kan? Itulah, Cik SA lebih aktif di Instagram (@ciksara_aisha) dan FB page (Novelis Sara Aisha), berbanding di sini. Sorry! Huhu

Di sini, Cik SA ingin mengumumkan novel terbaru Cik SA. Tidak lain dan tidak bukan....


I'M NOT A MONSTER


Yezzza!!! Ini ialah kisah Ryu dan Maya, hero-heroin untuk mini novel I'M NOT A MONSTER yang ada dalam Kompilasi Mini Novel Cereka Cinta. RyuMaya juga ada cameo dalam SALJU KYOTO. Ramai betul peminat mereka, lepas keluar dalam SK. Sampaikan Cereka Cinta terus SOLD OUT. Rata-rata pembaca juga nakkan kisah panjang RyuMaya sendiri. Bukan sekadar mini novel. Masa tu, Cik SA tak terfikir untuk buat novel panjang bagi INAM. Sebabnya, kena fikir plot semula, kena buat research balik, dan yang paling penting....macam mana nak buat ending untuk kisah mereka berdua? Ryu is not your average man. Dia ketua kongsi gelap. Ganas. Belasah orang. Bunuh orang. Buat macam-macam jenayah. So, how can he redeem himself? Itu soalan yang bermain-main dalam fikiran Cik SA. 

But then...

Fikir punya fikir, Cik SA ambil keputusan untuk cuba. First thing first, study pasal undang-undang di Macau. Study pasal kongsi gelap etc. Lepas dah dapat gambaran untuk appropriate ending, barulah Cik SA proceed. Still without telling any of you! Memang tak ada pembaca tahu yang Cik SA sedang mengusahakan manuskrip I'm Not A Monster. I wanted to give you a big surprise!! 😉

Cik SA mula buat research bulan Disember lepas. Start tulis manuskrip bulan Januari. Tapi, progress memang slow giler. Adoi! Bila dah masuk Mac, baru siap sikit. Then terus hantar mesej pada editor Karyaseni, bagitahu tak sempat untuk PBAKL. Sebab KS memang nak INAM untuk PBAKL. But I can't! Serius tak confident dapat siapkan. Editor cakap, okey. So Cik SA pun announce kat IG. Haha, bukan main lagi. 

Tup-tup! Big boss sendiri yang mesej, tanya pasal manuskrip. Apa lagi? Seram sekejap. Terus laju je tulis dan...eh??? Manuskrip ni sempatlah siap untuk PBAKL. Hahaha!!! 

My timeframe untuk siapkan manuskrip ialah 70% research and data collection + 30% menulis. So, bila research dah siap, segala jenis buku rujukan dah habis baca, menulis akan jadi laju. Alhamdulillah, masa bos tanya pasal INAM, Cik SA memang dah siap buat research dan dah ada plot info segala dalam otak. Manusksrip pun dah hampir siap separuh. So lagi separuh, siapkan sambil kejar dateline PBAKL. Fuhhh, mujur sempat. Lega sangat-sangat. Alhamdulillah.

Without further ado, jom baca blurp I'M NOT A MONSTER!!

******

BLURP


“I would stand in the shadows of your heart, and tell you I’m not afraid of your dark.” – Andrea Gibson

Dia…Ryu

Seorang Red Dragon. Tidak perlu banyak cakap. Tidak perlu mengata apa-apa. Hanya dengan satu pergerakan, dia boleh mematahkan tulang temulang sang lawan.

Dia…Maya

Seorang gadis biasa. Itu yang dia fikir selama ini. Satu malam jahanam mengubah segala-galanya. Dia jadi pelarian. Dia jadi manusia yang kematian jiwa.

Takdir. Sesuatu yang paling aneh. Menemukan mereka dalam satu pertemuan yang juga aneh. Lalu, Maya membuat keputusan paling gila.

Aku mahu tinggal di sini. Di rumah ini. – Maya
“Kau tahu siapa aku, kan? Dan apa aku boleh buat pada kau?” – Ryu

Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya? Atau dia juga akan buat keputusan paling gila? Melindungi Maya dengan nyawanya sendiri.

“Jangan mati depan aku.” – Ryu
“Kau Ryu aku. Dan aku Maya kau.” – Maya

Keputusan akhirnya diambil. Namun, yang jadi galang gantinya adalah nyawa dan darah!

“Everyone has a monster within.” – Arjuna Kaede

*******
For info, INAM ialah keluaran Penulisan2u bulan Julai. Bos terbitkan awal eksklusif untuk PBAKL 2018, yang akan berlangsung pada 27 April - 6 Mei nanti, di PWTC. Maksudnya, kalau korang nak baca cepat, kena dapatkan di PBAKL. Kalau tak, kena tunggu masuk kedai bulan tujuh nanti. 

Okeylah, that's all for now. Take care!

Love, SA



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

1 comments:

  1. wow... new book! tahniah sara aisya. sy suka semua buku awak. confirm yg ni pun sy akan beli.

    ReplyDelete