SAWADEEKA!

Assalamualaikum. Sawadeeka!




Okey, dah kenapa pula Cik SA tiba-tiba cakap siam, kan? Ini tak ada kaitan dengan lakorn When A Man Loves A Woman (Huwaaa! Tak habis tengok lagi. Tak boleh bagi review lagi.) Tapi, ini sebab Cik SA dah ada azam baru. 

NAK BETUL-BETUL BELAJAR BAHASA THAI

Yes, you read it right. Sejak Cik SA terbitkan novel Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu, ramai yang assume Cik SA memang boleh cakap siam. Sebenarnya, tidak. Cik SA cuma tahu sikit. Yang tertulis dalam CRT sahaja. Okey, maybe lebih sikit daripada tu. Just a little bit. Nid noi. 

Sejak dari dulu, Cik SA memang minat bahasa Thai. Kalau orang lain sibuk nak belajar bahasa Korea, Cik SA berangan-angan nak masuk kelas bahasa Thai. Tapi hingga sekarang, tak berkesempatan. Makanya, Cik SA dah buat keputusan. Try belajar sendiri dulu, sambil-sambil tengok lakorn. Mesti boleh jadi terer. Haha, perasan! 

So, step pertama. Cik SA download app kat bawah ni. 


Namanya Learn Thai. Sah-sah untuk belajar bahasa Thai. Yang basic, free saja. Tapi yang pro version kena bayar. Takdelah mahal sangat. Cuma 3.99 USD. So far, apps ni boleh tahan. Audio sangat jelas untuk kita belajar menyebut. Harap-harap, dalam few months ni, Cik SA mampulah untuk betul-betul cakap Siam. InsyaAllah. Yang penting, kena konsisten. =)

Dada!

Love,
Cik SA

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. hehehe..sy pom tgh duk lyn lakorn gak..berapa epsd yer sis crita when a man loves a women ni...best la..😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15 episod je. tp 1 episode 2 jam. haha!

      Delete