I'M BACK - PART 2 (FOR LAKORN LOVERS)

Assalamualaikum, again!



Macam yang dijanjikan beberapa minit lepas, Cik SA akan sambung 'I'm Back' dengan bahagian kedua. Untuk pos ini, Cik SA tujukan khas untuk peminat-peminat lakorn di Malaysia dan seluruh dunia. Haha, over sangat! 

Cik SA tak pernah cakap, kan? Betapa Cik SA happy sebab blog ni macam dah temukan ramai peminat2 lakorn Malaysia. Sebabnya kat page 'LAKORN' tu, ramai yang muncul cakap sukanya sebab ada lagi geng yang suka lakorn. Lepas tu korang borak2 sesama sendiri, tanya pasal lakorn itu ini, ada yang tolong jawab. Wah, dah jadi macam satu komuniti plak di situ. Cik SA jarang muncul bagi komen kat situ (yes, I'm chipsmore) tapi, Cik SA ada jugak baca komen2 korang. Comel je korang ni, tau. Seronok Cik SA sebab selalu ada yang tolong jawab bila ada yg tanya pasal mana2 lakorn. Yalah, sebab Cik SA walaupun minat giler dengan lakorn, tapi bukan semua lakorn Cik SA kenal. Hihi. 

Btw, dengan excitednya Cik SA nak announce bahawa diri ini tengah gilakan cerita yang kat atas tu, Piang Chai Kon Nee Mai Chai Poo Wised. Fuh, ini tajuk lakorn yang paling panjang Cik SA pernah jumpa kut. Nasib baik tajuk english senang ingat ---> When A Man Loves A Woman. Sweet sungguh tajuk ni. 

Sebenarnya, Cik SA belum tengok sepenuhnya. Yalah, lakorn ni pun belum habis tayang kat Thailand. Hari ni (9/6/2016), last episode rasanya. Cik SA baru tengok secara skip-skip (mostly tengok scene Wat dan Noot je, haha!). Lepas ni bila dah ada masa, baru nak tengok sepenuhnya. Tapi one thing for sure...CIK SA SUKA LAKORN NI! 



I love karakter James Ma dalam ni. Sweet, baik tapi at the same time, tegas. Lakonan James memang tip top!!! Kimberly is much better in this lakorn. Sebelum ini, antara empat orang tu (Yaya, Margie, Mint and Kim), Cik SA lebih sukakan yang 3 orang tu. Kiranya Kim jadi yang paling kurang diminati. Tapi kali ni, i love her! Karakter Noot tu macam sesuai sangat untuk dia. And her make up? Flawless!!! I always love Thai make up. Nampak sweet dan tak tebal. 

Disebabkan lakorn ni, gigih Cik SA cari info pasal James Ma, tau. Yes, Cik SA tak tengok lakorn dia yang sebelum ni, yang 4 beradik tu dan Kha Badin. So, I don't know much about him, except the fact that he's younger than me and he can act (he is well known for his acting ability). Tapi...he is 23! 6 tahun beza dengan Cik SA kut. Dia nampak matang untuk orang berumur 23 tahun dan sekarang Cik SA terasa sangat tua. Huhu. But then, orang Thai selalu nampak lebih matang dari usia sebenar. Ini pendapat peribadi Cik SA, based on my few trips to Thailand. Setiap kali ke sana, orang2 kat sana akan terkejut bila Cik SA bagitahu umur. They were like, "What?! You're 29?!" Haha, inilah kelebihan jadi pendek. 

Isy, bila dah mula cakap pasal Thailand, mulalah rasa rindu nak pergi sana. Macamlah ada kekasih hati kat sana. Tapi kan, kalau Cik SA pergi sana, diorang selalu ingat Cik SA orang Thai. Yang kelakarnya, Cik SA beriya menafi tapi Cik SA cakap Thai. Entahlah, kalau kat sana, bahasa Thai yang seciput je Cik SA tahu, macam boleh dibuat borak pula. Haha!

Okeylah, done pasal pengalaman sendiri, Kita berbalik kepada lakorn. So korang tengok lakorn apa sekarang? Anything yang nak suggest pada Cik SA, lepas Cik SA habis tengok lakorn James dan Kim ini? 

Love,
Cik SA




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

12 comments:

  1. Cik SA tgk lakorn online kat website mana ye?

    ReplyDelete
  2. Kak sara....citerrr nea bezzz...da abess dahh...hehehehee....suke si james ma tuh....ngeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??? kak sara suka giler dia!!! =)

      Delete
  3. dah habis layan cite ni, memang best.. cer cik sara tgk Padiwarada xpon Tarm Ruk Keun Jai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??? dah habis tgk nanti, kak sara akan buat review. haha, lamanya tak buat review lakorn. =)

      Delete
  4. Padiwarada ngan Tarm Ruk Keun Jai mmg best...paling suke TRKJ sbb lakonan Nadech ngan Mew mmg kiut sgt2...pastu Na Ram tu mmg pakcik yg sempoi..kisah cinta dan kasih syg ank dan bapa dlm lakorn ni mmg best sgt2..kak sara patut tgk..highly recommended...hihihi...

    Tetibe sy teringat cerita lakorn ala2 jepun nadech-yaya ngan mario-taew yg ade NaRam tu jugak..series tu pon best~

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaa!!! banyaknya yg kak sara belum tengok. isy, kena cari masa ni. tq tau recommend. =)

      Delete
  5. Cik Saaaa....hero awak si Karn Klaharn tu kan macam hero dalam lakorn Jam Loey Rak la..kalau free,tgk lakorn tu kat youtube.best gilaaaaa..thanks buat watak karn tu.saya dah berangan tau takk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tengok JLR!!! one of my all time favorite tu. haha, berangan nak jadi dian ke?

      Delete
  6. assalamualaikum...kali ni nk suggest lakorn baru lg...lakorn yg glemer kt cni kbyknnya lakorn tv3..tp sy dh rajin gak tgk lakorn tv7..byk jugak yg best...skang tgh tgk Karn La Krang Neung Nai Hua Jai...hero dia tinggi betol..Mik Thongraya...PA dia pon ensem n macho, Mek Juti... second lead dia siap ade lesung pipit lagi..Boom Piyaphun... Lakorn ni patut tgk sbb boleh cuci mata tgk hero2 ensem smbil nikmati jalan citer yg sweet dan action serta stunt dorg yg power...hehehehe...kalo la dpt jd nang ek dlm lakorn ni,indahnya perasaan...kih3...gedik~

    ReplyDelete
  7. Citer nihh mmg best....suka dgn wtak Mor Wat tuhh...tapi sy nk recommend citer Kluen Chewit lakonan Yaya dgn Mark Prin...I'm so in live with that lakorn...sblum nih xmnat sgt dgn Mark but lpas citer nih suka giler dgn dy...Ad dua scene yg sy suka smpai skrg...Scene tuh feel dy laen mcm...

    ReplyDelete