I'M BACK - PART 1

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, semua!

I'm back! Haha, poyo giler tajuk pos ni. Padahal, back setakat mana pun tak tahu. Cik SA kan, memang spesis chipsmore. Tak berapa rajin update blog. Tapi, Cik SA rajin update IG, tau. Cumanya, Cik SA bukan jenis share private life kat IG. So, korang tak boleh tahu Cik SA pergi mana, pakai apa, buat apa tiap-tiap hari. Kita kan, bukannya selebriti. Tak perlulah share benda2 tu semua. Haha!

So, apa yang Cik SA nak bebelkan kat sini, ya? Hmm, first of all, wajiblah pasal SALJU KYOTO!!!












Oh my dear, korang tak tahu betapa excited, happy, bersyukurnya Cik SA dengan penerimaan korang semua, para pembaca Cik SA atas penerimaan terhadap SK. It's just awesome! Ramai yang sukakan novel baru Cik SA ni. Ramai jugak yang jatuh cinta dengan AK, si mata helang. Hehe. Dan ramai yang sukakan quotes yang ada dalam SK. Most of the quotes, adalah apa yang Cik SA sendiri percaya sebenarnya. Contohnya macam yang AK cakap, "Life is about choices. If you don't have one, then create one." Tapi once dah decide on that choice, kita kena tanggung akibatnya. Itu sebenarnya prinsip hidup Cik SA. =)

 SK juga dah mengenalkan Cik SA pada ramai pembaca baru. Selama ni, mereka tak pernah baca novel-novel Cik SA yang sebelum ini, tapi sebab SK mereka mula cari novel Cik SA. Alhamdulillah. TQ so much! Kalau korang nak baca review SK, Cik SA ada share di IG under #reviewSaljuKyoto. =) 

Sekarang ramai pembaca dah lihat Cik SA as an action romance writer, walaupun Cik SA tak pernah ngaku gitu. I just love to experiment with my ability. Sebab tu Cik SA suka tulis genre yang bermacam-macam. Nak cabar kemampuan, katanya. Tapi macam some readers cakap, maybe writing action genre is just my calling. Memang berjodoh dengan genre ni kut. Haha! Well, Cik SA akan tulis lagi novel action romance macam Chan Rak Ter, I'm Not  A Monster dan Salju Kyoto. Tapi akan ada juga genre lain sebagai selingan. Sebab tulis citer action ni lebih meletihkan otak. Kena betul-betul bayangkan adegan aksi tu untuk bagi nampak real, dan bagi pembaca rasa seolah-olah mereka tengah tonton filem. Ini penting, tau. Sebab...WRITING IS NOT TELLING, BUT SHOWING THE STORY.

Btw, untuk manuskrip baru, rasanya ramai dah tahu, Cik SA akan cuba genre psychological thriller + action romance. Kalau SK pasal yakuza, next manuskrip will be pasal serial killer. Ha, nampak tak tu? Tahap keganasan Cik SA dah meningkat. Haha! Sekarang baru awal-awal bab. So mungkin ini akan jadi projek tahun 2017. Tak yakin mampu publish tahun ni. hehe. 

Okeylah, that's all for now. I'm back - Part 2 akan menyusul kejap lagi. Nape tak sekalikan? Sebab subjeknya pasal hal lain. Next post, Cik SA nak cerita pasal lakorn. Oh, yes! Lama giler tak borak-borak pasal lakorn. Haha!

Dada! See you again. And sorry sebab lama tak update.

Love,

Cik SA


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

5 comments:

  1. Saya rasa kak sara ada a great potential to be an action/romance writer. After done finished Salju Kyoto, saya rasa tu lah novel cinta melayu paling best yg mmg langsung tak cliche pernah saya baca. Keep it up your hard work. Lot of love

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak sara...saya sokong 100%.keep it up

      Delete
    2. tq sooo much, both of you. insyaAllah, kak sara akan lebih berusaha utk hasilkan karya yg lebih wow! hehe

      Delete
  2. wow.. tak sabar nak tunggu cerita I'm back.. novel salju kyoto tu best giler, suka sangat, ulang baca 5 kali hehe.. susah sangat nak cari novel yang tema action-thriller-romance.. sebelum ni suka baca karya ramlee awang murshid & dhiya zafira.. sekarang ni dah tambah 1 penulis fav - sara aisya :D

    ReplyDelete
  3. Akak dah bunuh saya dgn penulisan akak.... (rasa nk taruk chia3 je kat sini :v )

    -red tsubaki-

    ReplyDelete