HELP! CANNOT SEE COMMENTS UNDER LAKORNS PAGE

Assalamualaikum wbt.

Huwaaa!!! Rasa nak nangis sekarang. Cik SA tak boleh nampak komen yang banyak2 kat ruangan page 'LAKORNS' kat atas. Komen yang ada situ sampai bulan Oct 2015 je, padahal ada banyak komen yang korang tulis situ hingga bulan Jun, 2016. Cik SA ada reply some of them, which tak boleh nampak. Bila check kat emel, memang sah dah publish. Bila tengok kat layout, memang komen kat page LAKORNS ada sampai 220++, tapi yang terpampang tak sebanyak itu...huhu...

Entahlah, maybe Cik SA tukar template baru. Tapi nak tukar lagi sekali, macam leceh pula. Cik SA dahlah jenis tak terer pasal blog. Nak tukar template, susun layout, font segala dah makan berjam. So, satu je jalan penyelesaian. Cik SA akan tambah satu lagi page LAKORNS kat atas. Nanti korang bolehlah borak2 kat situ. Kalau ada yang nak tanya pasal lakorn, ada yang nak tolong jawab, atau sekadar sama2 meroyan pasal James Ma nampk terlebih hensem sekarang pun boleh. Haha, nampak tak tu? Cik SA belum habis tergilakan dia sebab tengok When A Man Loves A Woman (tajuk Siam sampai sekarang tak ingat sbb panjang sangat).

Sekarang Cik SA tengah nak sort out things untuk bisnes Cik SA, Ceritera Craft dan tengah buat rombakan untuk manuskrip baru (yes, kena 100% rombak balik). Once dah settle, insyaAllah Cik SA akan tulis balik review lakorn. Start dengan citer James dan Kim tulah. Untuk lakorn2 yang sebelum tu tengok, tapi tak review...hmm, maybe tak perlu kut. Sebab banyak sangat kalau nak review semua. Haha!

Okeylah, itu saja for now. Dada!

Love,

Cik SA

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment