GENRE BARU DAN PENERIMAAN PEMBACA



Assalamualaikum w.b.t

Lagi beberapa hari, bulan Julai akan menjelang. Jadi, genap empat bulan Salju Kyoto menemui anda semua. So far, penerimaan pembaca sangat-sangatlah positif. Lebih daripada novel-novel sebelum ini. Di Goodreads, rating untuk SK setakat hari ini ialah 4.74 out of 5.0. Rata-rata pembaca beri 5 bintang. Seriously, Cik SA rasa sangat terharu. Thank you so much! =)

Korang boleh klik SINI untuk baca review Salju Kyoto di GR. 

Pada pandangan mata Cik SA, penerimaan pembaca terhadap Salju Kyoto dah mula menunjukkan perubahan dalam selera pembaca-pembaca novel Malaysia. It is slow, but it is there. Sebab, kalau nak compare dengan tahun 2013, waktu mula-mula Cik SA terbitkan Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu, penerimaannya bukan macam ni. Yup, CRT was bestseller, tapi tidak sampai ke tahap Jodoh itu Milik Kita. 

Masa tu, ada juga Cik SA terfikir... "Am I doing the right thing?" Sebab basically, Cik SA tulis apa yang Cik SA nak tulis. Langsung tak ikut apa yang market nak, apa yang popular. Cik SA dengan selamba badaknya, ikut hati sendiri. Cik SA nak cuba banyak genre. So kalau masa tu, rasa nak tulis action, itulah yang Cik SA pilih. Kalau rasa nak tulis kisah melo, itulah yang Cik SA hasilkan. I was like, "Suka hati akulah."

Mungkin ada yang cakap, "Sara Aisha tak apalah. Dah ada nama, jadi tak kira genre apa dia buat, pembaca tetap terima." Salah tu. Sara Aisha atau pun tidak, pembaca tetap pilih apa yang dia nak baca/beli. Sebab sekarang pilihan ada banyak. Tengoklah, setiap bulan ada berapa banyak buku keluar. Ada berapa banyak publisher baru. Ini belum lagi termasuk novelis-novelis yang print buku sendiri. Jadi, pembaca kena pilih secara berhati-hati. Kalau tak, membazir duit. 

So, back to genre yang lain daripada yang lain, yang berlawanan dengan apa yang popular, yang dalam niche market, Cik SA rasa para pembaca dah mula buka mata untuk terima genre yang tak famous macam ni. Action romance for me, fantasy for Anna Lee. Jadi, Cik SA rasa sangat berterima kasih pada korang, sebab bagi peluang kepada kami dan terima karya kami seadanya.

Perubahan ni juga, Cik SA nampak pada publisher. Semakin banyak publisher yang minta manuskrip dengan genre aksi/thriller/suspens/seram. Contohnya, Karyaseni sendiri. So far kalau tak silap, hanya Cik SA seorang yang hasilkan novel bergenre action romance under KS. Tapi baru-baru ni, KS dah mula war-warkan permintaan untuk genre action + thriller. It is good start, actually. So lepas ni, akan ada lebih ramai penulis yang tulis kisah aksi. Not just aksi, tapi juga diselitkan dengan kisah cinta. Jadilah action romance. =)

Sebenarnya, ramai pembaca minta Cik SA just stick to this genre. Sebab diorang cakap Cik SA pandai describe scene aksi dan suspens (jadi macam tengok movie). That's a compliment. Thank you! Tapi, rasanya Cik SA tak boleh janji akan stick pada genre aksi sahaja. Sebab, novel aksi lebih berat otak kena fikir. Bukan saja kena fikir pasal plot dan emosi, tapi macam mana nak choreograph action scene. Kena bagi real, kena bagi logik, dan at the same time, momentum suspens kena maintain. And to describe them in words? That's the real challenge. 

So, ada masanya Cik SA akan tukar kepada genre yang tak ada aksi, yang lebih santai mungkin. Tapi tak adalah santai sangat-sangat, sebab Cik SA tak reti tulis novel yang tak berat. Satu-satunya novel ringan Cik SA ialah Encik Sayang dan Miss Sweetheart. Punyalah susah nak siapkan yang itu. Huhu. Tapi Pria Persis Dia, okey pula Cik SA tulis. Hurm...maybe sebab mini novel kut. 

Let's just wait and see. So far, dalam perancangan Cik SA, projek 2017 ialah genre psycho thriller. Action scene tak akan ada sebanyak Salju Kyoto, tapi akan ada scene suspens, pembunuhan yang agak kejam dan scene yang buat korang fikir, "Dunia ni sebenarnya tak pernah selamat."

Selepas itu, Cik SA mungkin akan rehat sekejap daripada genre action/thriller. Genre apa selepas itu? Tak tahu lagi. Hehe.

Okeylah, panjang pula post kali ini. Rasa nak tepuk tangan pada diri sendiri. Syabas, SA! =)

Love,
Cik SA



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salju kyoto THE BEST.sadih jgak bila da abis baca ya lah Ak superb romantic "u touch her ,u die"hahahah miss Ak T.T.in fact my friend nak jumpa Ak real life emm mana nak jumpa dia? adress ?hahhaha btw acctually kwan sya dulu yg XMINAT langsong kan novel but love japan suda jatoh cinta kan novel sara aisha.she be like "is this other sara aisha novel?".tambah pulak kawan sya tu she make komic salju kyoto u.u dia lukis AK so handsome hahaha dia just lukis moment romantic AK.like dammm i love salju kyoto.tahniah kak ^^ ad rezeki saya share komik salju kyoto by kwan sya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. tq sooo much! =)

      haha, kalau ada AK in real life, Cik SA ialah orang pertama yg nak jumpa dia. lepas tu, tak nak bagi kat korang. nak simpan sendiri2...haha!

      awww, ur friend so sweet. terharu jap. komik SK? serius? huwaaa! nak tengok!!

      Delete
  3. Good luck kak sara for projek 2017 . Genre apa pun saya akan baca kalau kak sara yg tulis . Hahaha , sbb saya lemah skit bab2 pembunuhan, misteri, seram . Tapi saya akan baca dan tunggu cerita ni, in shaa Allah . Love you . Chia chia chia . Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq soooo much, dear. haha, kak sara akan cuba kurangkan keganasan dalam tu. lagipun, haruslah ada sweet + romantik antara hero/heroin, kan? nak bagi korang rasa hati berbunga macam baca SK. =)

      Delete
  4. Tak sabar nak tunggu novel baru cik SA. Kesian cik SA terpaksa membayangkan segala gerak geri hero ketika berlawan untuk action romance genre. Tapi cik SA tetap cuba nak puaskan hati reader. Cik SA memang ditakdirkan untuk membuat novel genre yang ganas, mungkin? Apa pun good luck cik SA!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? even my friend cakap macam tu. dia cakap, sara ni...makin lama, makin ganas buku dia...haha!

      tq sooo much, dear! =)

      Delete
  5. Tak sabar nak tunggu novel baru cik SA. Kesian cik SA terpaksa membayangkan segala gerak geri hero ketika berlawan untuk action romance genre. Tapi cik SA tetap cuba nak puaskan hati reader. Cik SA memang ditakdirkan untuk membuat novel genre yang ganas, mungkin? Apa pun good luck cik SA!!

    ReplyDelete
  6. wah, tahniah cik SA, novel cik SA terbaik!! semua sudah beli, apa2pun secara keseluruhan, Salju Kyoto yang tidak pernah bosan dibaca berulang kali... rasanya setiap kali ada masa terluang mesti akan baca semula novel tu.. nda sabar nak baca novel akan dtg... love your book so much..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. tq soooo much, dear. insyaAllah, saya akan cuba hasilkan karya yang lebih baik.

      Fuh, nervous plak dgn expectation org..huhu

      Delete
  7. Kak SA jgan nervous lah huhuhu as u said novel yg xterlalu berat kak SA buat encik sayang and miss sweetheart right?honestly itupon dah buat berbunga hati nie membaca hahaha.just be selamba badak kak SA and ingore market nak kan or anything else huhuhu.just be "sukati ak lah "kan hahhaha.kembangkan sjalah genre2 kak SA and try new genre kak SA nak.apa apa kerja pon perlukan minat kan?insya allah berjaya.😊
    #hidup selamba badak.
    Even sya muda u.u (rahsia umur hahahah)sya nak jgak bg sokongan kak SA .FIGHTING 😊!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww, tq sooo much darling. sbnrnya xdelah nervous sgt (kak sara mmg jenis selamba) tapi adalah sikit terfikir pasal penerimaan pembaca. itu normallah, kan? kita nak org baca karya kita. kalau x, mmg sedihlah...hehe.

      kak sara pun muda lagi...eh! =)

      Delete
  8. Kak SA jgan lah nervous dont thinks too much expectation orang ramai.as u said encik sayang and miss sweetheart novel ringan kak SA done right?honestly moment nya pon dah berbunga bunga membaca.kak SA just b3 selamba badak kak SA and xfikir snagt market nak or orang ramai nak just "suka ti aklah" kan hahaha.kak SA just try new genre yg kak SA nak ikut gerak hati kak SA jgak.apa apa kerja pon mesti dengan minat kan?minat plg utama.inysa allah berjaya ��
    #hidup selmba badak
    Even sya muda (rahsia umur hahhaha)sya nak bagi semngat kak SA.fighting!!

    ReplyDelete