SALJU KYOTO - TEASER 1


TEASER 1

"SELAMAT MALAM, Arjuna. Thanks for today," ucapku seraya menarik pintu shoji yang melindungi bilikku.
"Kau nak ke mana?"
Baru aku mahu melangkah masuk, teguran Arjuna terlebih dahulu memasung kaki. Aku kembali menoleh kepadanya. Dahi berkerut dengan muka bingung.
"Saya nak masuk ke bilik saya."
Muka serius Arjuna tidak beriak. Dia mengangkat satu tapak ke hadapan. Kemudian, satu lagi dan satu lagi. Aku mengundurkan diri sedikit demi sedikit, hingga akhirnya tersandar kepada dinding di sebelah pintu masuk. Mata terkebil-kebil melihat dia yang semakin rapat.
"Err, Arjuna...awak kenapa?"
Arjuna tidak pantas menjawab. Sebaliknya dia melekapkan sebelah tangan ke dinding. Betul-betul di sisi telingaku. Langsung, tubuhku terperangkap dekat dengan tubuh tegapnya. Dengan gaya perlahan, Arjuna kemudiannya merapatkan muka. Mata setia memanahku dengan renungan tajam.
Bulu romaku dan-dan meremang. Jantung usah cakaplah. Bagai menanti masa untuk tergolek-golek jatuh di koridor.
"Kau memang lupa? Atau buat-buat lupa?" Suara Arjuna sipi-sipi menyentuh telinga. Dingin umpama salju, lalu menyukarkan aku untuk meneka apa yang ada dalam fikirannya.
"Huh?" Akhirnya, hanya itu sahaja yang berjaya aku luahkan. Itu pun selepas beberapa kali menelan air liur.
"Aku suami kau. Kau isteri aku."
Riak mukaku berderau. Otak sudah mampu memahami apa yang dimaksudkan oleh Arjuna.
"Err...saya...tak lupa."
"Habis tu?"
"Saya terbiasa dengan bilik ni. Balik aje dari mana-mana, terus ke sini." Aku menjawab jujur. Tetapi entah kenapa, bunyinya seperti kelakar dan tidak boleh dipercayai langsung.
"Jadi mulai sekarang, kau kena biasakan diri dengan benda baru."
Usai mengucap kata, Arjuna menurunkan kepalanya ke sebelah mukaku. Masih dengan suara senada yang sama, dia kemudiannya berbisik...
"Bilik aku, bilik kau. Katil aku, katil kau."
Buat kesekian kalinya, nafasku rasa tersumbat. Segenap tubuh mengeras kaku. Telapak tangan sudah berpeluh. Muka kepanasan. Dia suami kau, Nailah. Dia suami kau. Beberapa kali, aku cuba membasuh otak.
Arjuna mengangkat kembali kepala, tetapi mukanya tetap tidak dijauhkan. Elok sahaja menghadap mukaku. Matanya juga seperti tadi, tajam menikam. Tidaklah menggerunkan, tetapi nampak...seksi.
Aku jadi tidak mampu untuk melawan renungan itu, lantas pandanganku dialihkan. Tetapi lewat ekor mata, aku dapat melihat Arjuna yang masih ralit memanahku dengan mata helangnya. Renungannya seperti menelanjangkan aku, menembusi kulitku dan menusuk ke jiwaku yang paling dalam. Lalu, dia membaca segala apa yang tersirat di dalam jiwa.
"You have to remember that, young lady."
Suara garau Arjuna terpancul lagi. Lebih kepada satu arahan yang tidak boleh dibangkang. Sesudah itu, dia menjatuhkan tangan yang sedari tadi bertapak di dinding. Tubuhnya diundur ke belakang. Jarak antara kami tidak lagi terlalu rapat.
Teragak-agak, aku menengadah muka.
"Aku dah arahkan Inoue-san alihkan semua barang kau ke bilik aku. Tapi kalau kau nak check, pergilah check. Lepas tu, datang ke bilik aku. I mean...bilik kita."
Bilik kita.
Mendengarkan perkataan itu, aku kembali seriau. Tinggal sebilik dengan lelaki, itu memang agak menakutkan.
"Dengar tak ni?" soal Arjuna, separuh menyergah.
Dalam-dalam, aku menggali nafas agar bertenang. Kepalaku kemudian diangguk. "Dengar."
"Hmm," balas Arjuna pendek sebelum memusiang badan dan melangkah pergi. Segenap tubuh yang keras tadi, semerta lembik. Cepat-cepat aku menampung tubuh dengan memegang dinding. Sungguh, dadaku hampir pecah dengan tindakan Arjuna sebentar tadi. Aura jantannya terlampau kuat hinggakan tanpa sebarang sentuhan, dia mampu membuatkan aku menggeletar kepala lutut.
Sekarang, barulah aku mengerti kenapa gaya tersebut sangat digilai oleh orang-orang Jepun. Kabe-don. Itulah gelaran kepada adegan antara aku dan Arjuna sebentar tadi. 'Kabe' bermaksud dinding, manakala 'don' merupakan bunyi saat seseorang menghentak tangan ke benda keras seperti dinding. Aku pernah melihatnya dalam manga dan anime. Adegan di mana hero yang jauh lebih tinggi memerangkap heroin yang biasanya bertubuh kecil ke dinding. Mereka tidak bersentuhan, tetapi adegan tersebut sangat intim. Bila aku sendiri mengalaminya, memang lemah semangat jadinya!

************
NOTA CIK SA:
Tadi duk terfikir-fikir, sama ada nak bagi teaser sweet, ganas atau seksi. Tapi disebabkan ada permintaan untuk teaser seksi, so yeah...itulah yang Cik SA bagi. Sila tahan dub dab dalam hati tu, ya. Haha!
Gambar manga tu diletakkan supaya korang boleh bayangkan adegan AK-NF tu. =)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

11 comments:

  1. Wahhhhhhh!!!finally terubat sikit rindu dkt AK

    ReplyDelete
  2. sweetnya. Cik Sara akan habiskan cerita ini kat blog ke ada idea nak buat novel.

    ReplyDelete
  3. Wahhh diorg dah kawin, sweetnya.. Tq cik sara, love u lahh..

    ReplyDelete
  4. Sweet ye . tak sabar nak baca lagi . waiting for the next teaser .

    ReplyDelete
  5. aduih cik SA boleh pitam ni
    haha..
    cpt2 ya keluar dlm bntuk novel

    ReplyDelete
  6. Wah...dah kawen pun...hehe...
    lagi...lagi...

    ReplyDelete
  7. oh mann.. sweet giler ! xsabar nak tunggu novel..

    ReplyDelete
  8. Tersenyum sendiri bila baca teaser 1 ni...=)

    ReplyDelete