SALJU KYOTO - BAB 15


BAB 15

"APA kau buat di sini?"
Suara yang menegur dari belakang menyentuh hujung telinga. Lambat-lambat, aku berpaling. Muka Arjuna yang basah dengan peluh menjamah pandangan mata. Dia baru selesai menghabiskan sesi latihan kendo yang menjadi kebiasaan di pagi hari sebelum keluar bekerja.
Tanpa menjawab soalan tadi, aku merapatinya. Kaki dijongket ke atas. Muka dekat dengan mukanya. Arjuna menjauhkan sedikit kepala. Dahinya tergaris dengan kerutan.
"Kau ni dah kenapa?"
"Hmm, pipi awak dah tak bengkak. Tapi bibir awak.."Aku mengecilkan anak mata tepat ke bawah bibirnya. Hati berdebar, tetapi aku tayang muka selamba. "Masih lebam."
Arjuna senyum kecil.
"Tak perlu ulang apa yang pernah aku cakap," ucapnya, jelas mengerti bahawa aku baru sahaja mengikut apa pernah dia buat terhadapku.
Aku membalas senyum dan menjarakkan diri daripadanya.
"Now, tell me," arah Arjuna tidak semena-mena.
"Apa?"
Sebelah kening Arjuna terangkat.
"Kau takkan tercegat di sini kalau tak ada apa-apa nak cakap dengan aku. Langsung tak tunggu waktu breakfast."
Aku bungkam sejenak, tersedar diri sudah tertangkap oleh Arjuna. Dia ini punya kuasa atau apa? Tahu-tahu pula bahawa aku mahu berbincang sesuatu dengannya.
"Hari ni saya tak nak ikut awak ke tempat kerja awak."
Riak muka Arjuna berubah.
"Tidak." Pendek dan keras balasan Arjuna.
"Awak mana boleh paksa saya," bangkangku.
"Well, I'm doing it."
Aku merengus geram. Nafas ditarik dalam-dalam, cuba menenangkan hati yang panas. Berhadapan dengan kerasnya Arjuna, memerlukan aku mengambil pendekatan lebih lembut.
"Awak dengar sini, Arjuna. Pertama, saya bosan macam nak mati..."
"Jangan sebut pasal mati."
"Okay, fine. Pertama, saya bosan sangat-sangat di pejabat awak tu. Kedua, saya rasa lebih baik saya tinggal di rumah. Awak boleh buat kerja awak, dan tak perlu fikirkan saya. Ketiga, saya tak fikir ada orang berani serang saya di rumah awak. Itu memang cari pasal namanya, kan?"
Sepanjang aku bercakap, Arjuna memerhati tanpa berkelip. Sebaik sahaja aku menyudahkan kata, dia terus sahaja membuka mulut.
"Kau dengar sini baik-baik."
Aku menengadah muka dan mendengar teliti.
"Pertama, aku lebih tenang kalau kau ada depan mata aku. Kedua, aku lebih tenang kalau kau ada depan mata aku. Ketiga, aku lebih tenang kalau kau ada depan mata aku," ulang Arjuna beberapa kali. Dan dengan setiap kali itu, nada suaranya semakin tegas.
Suasana hening. Kami saling bertatapan. Mata Arjuna tajam mencerun. Mataku pula...sedikit demi sedikit bertakung.
"Kau kenapa?" tegur Arjuna. Intonasi suaranya sudah mengendur.
Cepat-cepat aku melarikan pandangan dan mengerdip-ngerdipkan mata, menghalang kolam mataku daripada menghambur isi.
Arjuna datang mendekat.
"Hei, kenapa ni? Aku bukan marahkan kau."
Aku menggigit bibir menahan perasaan. Apa yang diberitahu oleh Ryohei berdengung-dengung dalam ingatan. Kenapa, Arjuna? Kenapa awak harus letakkan diri sendiri sebagai galang-gantinya? Siapa saya kepada awak? Bukan sesiapa, kan?
"Awak sedar tak, awak tak perlu buat macam ni sekali untuk saya? Untuk seorang perempuan yang tiba-tiba muncul entah dari mana," getus bibirku perlahan.
"Apa yang kau cakapkan ni? Aku tak faham."
"Nakajima."
Pandangan mata Arjuna berubah keras.
"Apa yang kau dah tahu?" Dengan rahang yang terketap-ketap, dia menyoal.
"Itu nama yang paling awak benci, kan?" Aku mengulangi apa yang pernah dia tuturkan kepada Yumiko.
Arjuna membisu. Tetapi itu sudah cukup untuk aku sedar betapa dia menyetujui.
"Pantang awak gunakan nama tu. Pantang awak ambil kesempatan atas ketakutan orang terhadap nama tu. Pantang awak mengaku hubungan dengan Nakajima Hiroshi. Pantang awak masuk campur dalam urusan yakuza." Laju dan tanpa henti aku menjelaskan. Hati semakin lama semakin terasa beratnya.
Arjuna masih diam mendengar.
"Itu pantang awak selama ni, kan? Tapi sebab saya..."
Tanpa kuduga, Arjuna tiba-tiba ketawa. Sinis sekali bunyinya. Aku mengerunyutkan dahi.
"Young lady, you think too high of yourself," sindir Arjuna. Kepalanya ditundukkan sedikit. Mukanya dihadap ke wajahku. Kami bersabung tenung. "Kau fikir kau siapa, sampaikan aku nak buat macam-macam untuk kau?"
Automatik, rasa segan menyerbu diri. Ya, benar kata Arjuna. Aku ingat aku ini penting buat lelaki itu? Huh, jauh panggang dari api!
"Jadi, kenapa..."
"Anggap saja aku bosan dan mahu bermain dalam satu permainan," pintas Arjuna dengan suara acuh tak acuh.
"Kita tak bermain dengan menggunakan nyawa, Arjuna."
Buat kesekian kali, Arjuna tarik senyum sinis.
"Itu yang kau silap. Aku hidup dengan nyawa yang sentiasa dijadikan barang mainan. Dari dulu hingga sekarang." Mendatar sekali nada suara Arjuna. Sedingin salju. Tetapi aku tidak buta. Aku boleh nampak betapa keruhnya sepasang mata milik Arjuna. Bahkan, bibirnya terketar-ketar.
Arjuna...sedang menahan perasaan.
"Tapi sekurang-kurangnya, you tried to stay low. Tak ambil peduli pasal dunia bawah tanah, pasal Aizukotetsu-kai. Tapi sekarang..."
"Habis tu, kau nak aku buat apa? Sebab pantang larang aku, sebab aku tak nak peduli pasal dunia yakuza, jadi aku perlu biarkan saja kau hari tu? Atau kau fikir Badri mampu selamatkan kau?" tempelak Arjuna dengan suara yang semakin jengkel.
Aku tersentak mendengar soalan yang bertalu-talu itu. Ingin aku mengatakan bahawa 'Ya, awak tidak perlu buat apa-apa. Awak tak perlu masuk campur. Saya dan Badri mampu lepas tanpa awak.' Tetapi itu cuma akan jadi satu pembohongan. Hakikatnya, kami tidak akan selamat tanpa dia. Allah menghantar Arjuna sebagai penyelamat.
"So please, stop this guilty game. Kau tak perlu peduli sama ada aku dah langgar pantang larang sendiri atau dah terhumban dalam dunia yang selama ini aku elak. Just...don't care about me."
Entah kenapa, setiap bait bicara yang aku dengar itu dirasakan umpama belati yang menyiat-nyiat jantung. Pedih! Perit! Sebak!
Tubir mataku kembali bergenang. Tetapi kali ini, aku tidak cuba menghalang. Malahan, aku biarkan saja air mata yang menitis setitik demi setitik.
Arjuna kelihatan tergamam. "Kau..."
"Awak tahu tak apa kepercayaan hidup saya selama ni? Ignorance is the best policy. Selain Badri dan Mak Cik Kasmah, saya takkan pedulikan orang lain. Sebab mereka cuma akan menyerabutkan kepala otak saya." Kata-kataku tenggelam sejenak, di sebalik emosi berat yang mencucuk jiwa.
"Tapi, apa yang patut saya buat sekarang? Saya rasa saya tak ignore awak betul-betul. Dan sekarang saya dah tak mampu untuk buat tak peduli tentang awak."
Air muka Arjuna berubah. Matanya membulat, jelas terkejut.
"So please, don't ask me to NOT care about you. I can't do that. I just can't!
Usai menitipkan kata-kata itu, aku memusing badan dan terus sahaja melangkah pergi. Biarlah Arjuna dengan rasa terkejut itu. Biarlah apa-apa pun yang dia mahu fikir. Yang pasti, aku bukannya jenis manusia yang tidak akan rasa apa-apa bila manusia lain terpaksa korbankan diri untuk selamatkan aku.
Aku tidak sekejam itu.
*****
"CIK NAILAH..." Suara Inoue-san berkumandang dari luar pintu bilik.
"Hmm..." balasku endah tak endah.
"Saya bawakan sarapan untuk Cik Nailah."
Lambat-lambat, aku bangun membuka pintu. Kelihatan Inoue-san sedang berdiri dengan kedua-dua belah tangan memegang dulang makanan. Tanpa menunggu lama, dia melangkah masuk ke dalam bilik.
"Tuan Arjuna minta saya bawakan sarapan ke bilik, sebab dia cakap Cik Nailah tak berapa okey."
"Dia..."
"Dah keluar. Hari ni Cik Nailah tak perlu ikut. Tuan Arjuna mahu Cik Nailah berehat di rumah," pintas Inoue-san, jelas memahami apa yang ingin aku tanya.
"O...key," ucapku tanpa semangat.
"Nampaknya Cik Nailah dah tahu."
Ekor mataku melirik ke muka tenang wanita separuh umur itu.
"Betul cakap Inoue-san. Saya jadi tak tahu nak buat apa bila saya tahu hal sebenar. Saya rasa bersalah."
Tutur kataku tidak terus berbalas. Buat seketika, Inoue-san mendiamkan diri. Namun, daripada raut mukanya, aku yakin dia sedang memikirkan sesuatu.
"Cik Nailah tahu tak?" Setelah beberapa minit, Inoue-san membuka mulut.
"Hmm..."
"Tuan Arjuna takkan pernah terburu-buru dalam berbuat apa-apa. Dia dah agak sesuatu akan berlaku bila Cik Nailah jumpa Badri hari itu. Sebab itulah dia pasang Sato untuk perhatikan Cik Nailah."
Aku mendengar teliti. Patutlah Arjuna boleh tiba-tiba muncul di tengah-tengah perbalahan antara Badri dan Goro. Rupa-rupanya Sato sudah diletakkan sebagai pengintip.
"Pendek kata, dia sendiri yang ambil keputusan untuk masuk campur. Dari awal lagi, Tuan Arjuna dah bersedia untuk semua ini berlaku."
"Mungkin. Tapi, saya tetap rasa macam..." Keluhan berat aku lepaskan di tengah-tengah bicara. "Entahlah."
"Apa yang dah berlaku, sudah pun berlaku. Dah tak boleh patah balik. Jadi bukankah lebih baik kalau Cik Nailah dan Tuan Arjuna sama-sama hadapi semuanya? Dan berhenti panjangkan hal ini. Lagi Cik Nailah berperangai macam ni, lagi Tuan Arjuna akan rasa tidak senang."
Apa yang baru menjadi halwa telinga terngiang-ngiang berulang kali. Betul kata Inoue-san. Untuk apa aku terus-terusan berperasaan seperti ini? Tiada gunanya. Bahkan, aku cuma akan merumitkan lagi keadaan yang sudah sedia rumit.
Sungguh, aku tidak boleh berbuat demikian terhadap Arjuna. Cukuplah sudah aku menyusahkan dia selama ini.
*****
PINTU SHOJI yang tersergam depan mata, aku pandang dengan perasaan yang berbelah bahagi. Sesekali, aku mengetap bibir. Mengingati apa yang berlaku antara aku dan Arjuna pagi tadi, membuatkan aku jadi tidak keruan. Segan kerana tidak semena-mena menangis. Gementar kerana tidak pasti apa reaksi Arjuna nanti.
"Kalau kau tenung semata-mata, pintu tu takkan terbuka."
Sekonyong-konyong, suara garau Arjuna bergema. Aku tersentak. Mukaku automatik berkalih ke sebelah. Dia sedang menghampiri dalam satu persalinan kimono, pakaian yang selalu dipakai di rumah. Kali ini, berwarna kelabu pula.
"Kau nak cari apa di bilik kerja aku?" tanyanya sebaik sahaja berdiri di sisi. Tanpa memandangku, Arjuna menarik pintu besar di hadapan kami.
"Err...saya...saya..." Suaraku tersekat-sekat bagai ada benda terlekat di celah kerongkong. Rasa canggung membuak-buak dalam diri. Sementelah, Arjuna menonong sahaja masuk ke dalam bilik kerjanya dan meninggalkan aku terpacak di muka pintu.
"Masuk dulu. Kita bercakap di dalam," pelawa Arjuna, masih dengan riak laku yang dingin.
Sedikit demi sedikit, aku melangkah masuk dan kemudian menjatuhkan duduk di atas sofa. Itu pun selepas mendapat isyarat Arjuna yang mahu aku mengambil tempat duduk. Dia kini berdiri membelakangi aku di suatu sudut bilik. Entah apa yang sedang dibuat. Lalu, aku mengambil peluang untuk meneliti bilik kerja yang pertama kali aku masuk ini.
Kalau bilik pejabat Arjuna di syarikat berlandaskan tema warna hitam, putih dan kelabu, bilik kerja di rumah ini lebih kepada warna coklat gelap. Rekaannya tidak seperti rekaan tradisional Jepun yang memenuhi hampir setiap genap rumah. Sebaliknya, telah dimasukkan unsur-unsur Inggeris. Dinding diperbuat sepenuhnya daripada kayu, di mana separuh daripadanya merupakan rak buku. Bilik ini juga mempunyai satu ruang panjang mengelilingi tingkat atas. Rak-rak buku bertindak sebagai dindingnya. Di suatu bahagian, kelihatan jendela besar. Dari celah-celahnya, aku dapat melihat kegelapan malam.
Aku meliarkan pula pandangan kepada perabot-perabot yang tersusun elok. Meja kerja yang besar dan terukir indah terletak di suatu penjuru. Set sofa dari jenis fabrik berwarna coklat pula disusun di tengah-tengah bilik. Sofa inilah yang diduduki aku sekarang.
"Here."
Arjuna muncul meletakkan cawan di hadapanku. Dia kemudiannya menjatuhkan punggung betul-betul setentang denganku dan menghirup teh. Aku mengambil tindakan yang sama, namun mataku asyik-asyik menjeling kepadanya.
"So..." Arjuna menyandarkan badan ke sofa. Kedua-dua belah tangannya disilang ke dada. Muka serius dan kosong yang terpampang membuatkan aku tidak pasti apa yang sedang bermain dalam akal fikirannya.
"Kembali kepada soalan tadi. Apa yang kau cari di sini?"
Aku menghela nafas panjang, berusaha untuk berlagak tenang.
"Awak."
Sebelah kening Arjuna terangkat.
"Saya cari awak," jelasku, memahami dia yang menyoal melalui isyarat.
"Kenapa?"
"Pasal pagi tadi. Saya...saya tak patut paksa awak terima rasa bersalah saya. Ya, saya memang betul-betul rasa macam tu, tapi saya tak patut susahkan hati awak. Saya tak patut berperangai seolah-olah apa yang awak buat tu salah. And in fact, saya patut lebih berterima kasih. Kalau tak kerana awak, saya mungkin..."
"You talked too much." Sekonyong-konyong, Arjuna menyampuk.
"Huh?" Aku terpana.
Bibir Arjuna menyenget kecil. Dia tersenyum. Bukannya menayang muka serius dan dingin. Ini bukan apa yang aku bayangkan. Fikirku tadi, aku bakal berhadapan dengan amarah Arjuna Kaede.
"Aku faham apa yang kau nak cakapkan. So, thank you and I'm sorry."
"For...what?" tanyaku, masih diulit rasa aneh.
"Thank you for your understanding. I'm sorry for making you cry."
Suara Arjuna yang selama ini garau kedengaran gemersik sekali. Bagaikan satu melodi yang menyentuh hati. Lebih-lebih lagi, pandangan matanya kali ini kelihatan berlainan. Tiada ketajaman yang bisa menusuk ke hati manusia, tetapi digantikan dengan kelembutan seperti baldu. Tanpa dapat ditahan-tahan, hatiku mula berdetak aneh.
Ah, aku sudah gila.
"But then, you were the first," sambung Arjuna lagi. Perlahan seolah-olah sedang bercakap dengan diri sendiri.
"First?" Laju aku menyoal.
"Selain arwah emak aku, kau perempuan pertama yang menangis demi aku. It feels weird."
"Kalau awak pelik, saya pun rasa pelik. Dah kenapa pula saya menangis sebab awak? Memalukan aje," gumamku jengkel. Ada rasa ingin mengetuk diri sendiri.
"Mungkin sebab..." Arjuna sengaja mematikan kata dan mendekatkan muka. "Sepertimana aku tak boleh biarkan kau sendiri, kau juga tak boleh biarkan aku. Like you said, you do care for me."
Aku terkelip-kelip memandang wajah yang dekat di hadapan. Air liur tertelan sendiri. Pipi membahang. Telinga rasa kepanasan. Mujur aku bertudung, kalau tidak pasti akan jelas merahnya.
"You know what?" soal Arjuna memecahkan keheningan yang mula terasa.
"Hmm..." Aku tidak mampu bersuara.
"Kau tak perlulah tunjuk muka macam baru lepas tengok horror movie. Aku rasa muka aku tak adalah menakutkan sangat."
"Siapa cakap?" semburku laju.
Arjuna mengerutkan dahi.
"Awak tak pernah tengok muka serius awak kat cermin? Dengan mata helang awak tu..."
"Mata helang?"
"Ha'ah. Tengok orang macam nak terkam orang tu. Macamlah semua orang buat salah dengan awak." Laju sahaja aku bercakap. Entah apa yang aku bebelkan, aku sendiri tidak pasti.
Tanpa disangka-sangka, Arjuna tiba-tiba menghambur tawa. Tidaklah terbahak-bahak, tetapi...dia ketawa. Tidak sinis. Tidak mengejek. Sebaliknya, Arjuna Kaede benar-benar sedang ketawa. Mata separuh sepetnya rapat. Pipinya naik ke atas. Bibirnya senyum lebar hingga menampakkan gigi yang tersusun elok. Bunyi ketawanya pula sangat manis membelai telinga.
Indah sekali.
Langsung, aku jadi terpaku menatap jejaka kacak ini.
"Well, that's new."
Suara Arjuna menggamitku ke realiti.
"Aku tak sangka pula aku ada mata helang. Eagle eyes. That should be sexy, right?"
Seksi? Mulutku terlopong. Dah kenapa pula dia boleh fikir macam tu? Dia ini betul-betul Arjuna atau tidak? Perangai lain macam sahaja.
"Ehem," Arjuna berdehem sekali dan membawa belakangnya bersandar ke sofa. Muka serius kembali dipamerkan. "Apa-apa pun, kau tak perlu bimbangkan hal itu lagi. Aku ni Arjuna Kaede. Aku tak buat keputusan melulu dan aku takkan pernah menyesal dengan apa yang sudah aku putuskan."
Wajah penuh keyakinan Arjuna, kutatap dalam diam. Tiada keraguan. Tiada kesangsian. Kalau sudah tuan empunya badan yang bercakap begitu, rasanya aku tidak perlu risaukan apa-apa lagi.
"Saya faham. So, semua dah okey antara kita, kan?"
"Well..." Arjuna mengjongket bahu. "Kita ada bergaduh ke?"
Selamba sekali suara dan muka Arjuna. Automatik, aku mengulum senyum lebar. Mengerti apa yang dia maksudkan.
"Taklah. Kita mana ada bergaduh. Everything is just fine," ucapku sekadar melayan tingkah lelaki di hadapanku.
Arjuna turut menayang senyum. Cawan di tangan diangkat dan didekatkan ke bibir. Seperti selalu, matanya sedikit terpejam saat menikmati hangatnya teh hijau.
Aku melihat sekeliling.
"Arjuna..."
"Hmm..."
"Banyak betul buku di sini."
"I love reading. Kalau kau nak membaca, kau boleh saja masuk ke sini. Just look for whatever you want," jawab Arjuna. Dia juga meliarkan anak mata ke persekitaran bilik.
"Are they in Japanese?"
"Mostly."
Aku membuat muka tidak puas hati. Bahasa Jepun? Bertutur pun cukup-cukup makan sahaja, inikan pula untuk membaca. Huh, memang tidaklah mampu.
"But that section is for English." Arjuna menyambung. Sebelah tangan diunjuk ke satu sudut di tingkat atas.
"Oh, okey."
Kepalaku terangguk-angguk. Ada rasa lega yang terselit. Kalau kebosanan, sekurang-kurangnya aku boleh menghabiskan masa di sini. Tidak perlu bergantung kepada bahan bacaan di Wattpad sahaja. Lagipun aku bukannya gemar membaca dengan menggunakan peralatan elektronik. Mungkin aku lebih tradisional. Aku tetap gemar kepada buku dalam bentuk kertas. Aku gemarkan baunya yang wangi.
"So, buku jenis apa yang kau suka?" Dia bertanya.
"Oh, saya suka...."
Beberapa ketika kemudian, aku dan Arjuna mula berbual tentang buku-buku kegemaran kami. Sesekali kami berdebat tentang plot dan maksud yang cuba disampaikan dalam sesebuah karya. Sesekali juga, kami tergelak bila cuba mengingati suatu adegan yang mencuit hati.
Tuk..tuk...tuk..
Sedang kami leka sendiri, satu bunyi ketukan tiba-tiba berkumandang. Arjuna melirik kepadaku sekejap sebelum menjawab, "Masuklah."
Pintu ditarik dari luar. Sedikit demi sedikit, susuk tubuh kecil Inoue-san terpampang di hadapan mata.
"Tuan, kita ada tetamu."
~Bersambung...~

************
TEASER BAB 16:
"Nailah..." Suara senada Arjuna sipi-sipi menujah telinga.
"Hmm..."
"Dah lewat malam. Kau masuklah rehat," tuturnya tanpa sekalipun menoleh kepadaku. Muka kerasnya tetap terpampang. Jari-jemari kekal bergetar. Dia...masih menahan marah.
"Awak?"
Dengan gerak perlahan, Arjuna memaling muka dan menghadapku. Sepasang matanya kosong, sekosong-kosongnya.
"Kenapa dengan aku? Kau nak aku ikut masuk ke bilik?"
Anak mataku membuntang.
"Bukan itu maksud saya!" Intonasi suara ternaik sedikit.
Tidak semena-mena, hujung bibir Arjuna mengulum senyum. Namun, jelas sekali canggungnya. Plastik. Ketat.
"I'm okay, if that's what you want to know."
Aku memandang tepat ke mukanya. Awak berbohong, Arjuna. Awak sangat-sangat berbohong.
Nafas berat, aku tarik dan hembus dalam diam. Kemudian, aku membalas senyumannya. Juga canggung. Juga plastik. Juga ketat.
"Selamat malam, Arjuna Kaede."
Arjuna tidak terus membalas. Sebaliknya, dia merenungku lama. Entah apa yang bermain-main dalam fikirannya, aku tidak mampu menebak. Seketika kemudian, dia akhirnya mengeluarkan suara garaunya.
"Selamat malam, Nailah Farafisha."
**************
NOTA CIK SA:
Tetiba rasa macam tekak ni dahagakan teh yang AK bancuh. Eh!
Siapa rasa dub...dab...dub...dab bila AK ulang tiga kali tu? Baik ngaku cepat. Sebab kita geng. Haha!
TQ sooo much and see you this Monday. =)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

23 comments:

  1. Keep writing, sara... thumb up!!

    ReplyDelete
  2. Loveee AK!!*lambai2 tangan dkt syiqin*

    ReplyDelete
    Replies
    1. love AK too!

      syikin tu sape? hehe

      Delete
    2. *Lambai2 balik dkt batqah*keep it up cik SA!tazabar nak tunggu senin ni:D

      Delete
  3. Thanks Cik SA...memang kita geng! (high five) plot AK gelak & ckp psl mata helang tu pn dah cukup dub..dab :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur wc. yay, high five!!! simple gesture dh buat kt dub dab, klu lebih dr simple gesture, apa jadi agaknya? haha

      Delete
  4. memang dub dap dub dab...hehehe...tq kak SA...bila nailah nangis depan AK pun dah buat jantung terasa dub dab...hehehe

    ReplyDelete
  5. AK.....cpt la update lagi
    xsabar ni..

    ReplyDelete
  6. keep it up..cepat2 yea update..wink2

    ReplyDelete
  7. I love this too much. They look real!! Adore them! Ahh... Bayak sangat tengok drama cam niee.. Thumbs up writer!! Awak sangat talented.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ soooo much! Alhamdulillah. =)

      Delete
  8. hmm.... rasa macam saya akan sukakan arjuna!!! and saya mengaku saya baca lebih dari 3x ayat tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha!!! lebih dari 3x tuuuu. kalah AK. =)

      Delete
  9. Writer, gmbr ni drama apa ya? Next nk beli SKlah, sebab dh keluar pasaran, right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar atas bkn drama apa2. kak sara gabung gmbr diorg. hihi

      Delete