SALJU KYOTO - BAB 8


BAB 8

“KAMU udah pulang?”
            Aku yang baru keluar dari balik air memusing pandang kepada Chinta. Dia sedang mengacau sesuatu di dalam mug. Pastinya kopi, memandangkan baunya mengerumuni dapur. Satu yang aku perasan tentang Chinta. Dia gemar sekali meminum kopi di malam hari. Pernah sekali aku menyoal, sama ada dia mampu tidur atau pun tidak. Tetapi jelas Chinta, kafein tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.
            “Semalam, kamu tidurnya di mana, sih?” soalnya lagi.
            Semerta, aku teringatkan Arjuna dan rumahnya yang cantik.
            “Di rumah kawan,” jawabku padahal dalam hati, aku menggerutu sendiri. ‘Sejak bila pula aku berkawan dengan Arjuna? Dia sekadar lelaki yang asyik muncul depan aku, seolah-olah di Kyoto ini cuma ada aku dan dia.’
            “Kawan? Saya fikir kamu enggak punya kenalan di Kyoto.”
            Aku menggaru belakang leher dan memasang senyum canggung. “Ada. Tapi saya enggak pernah bilang sama kamu.”
            “Oh, okey.” Chinta mengangguk-anggukkan kepala.
           “Kamu dan Surya mau ke Osaka ya, esok pagi?” tanyaku usai teringat akan rancangan mereka.
            Chinta mempamer muka sedih. “Iya. Kok kita harus berpisah.”
            Gelak kecilku meletus.
      “Kamu fikir sekarang zaman batu? Internet ada, whatsapp ada, skype pun ada. Macam-macamlah. Kalau kamu kangen sama saya, call aje dong,” gurauku, masih dengan Bahasa Indonesia yang sesuka hati aku guna.
            Chinta turut ketawa. Sebelah tangannya memeluk bahuku. Sebelah lagi memegang mug.
            “Saya senang kenalan sama kamu.”
            Aku mencebik bibir. “Jiwang, ya kamu.”
            “Jiwang?” Dahi Chinta berkerut tebal.
            “Romantis,” tafsirku.
         Sepantas kilat, Chinta melepaskan tangannya dan menolak aku. “Romantis sama kamu? Uwek!”
           Aku menghambur tawa kuat. Hatiku rasa senang. Tidak pernah aku sangka bahawa perkenalan yang singkat di Hitsuji-an ini akan membuahkan persahabatan yang sebegini rapat. Benarlah kata orang, untuk benar-benar bersahabat, kita tidak memerlukan masa yang lama. Seperti itu juga dengan cinta. Allah bisa membuahkan cinta ke dalam hati hamba-Nya dalam masa sesaat. Dia mampu menarik cinta itu pergi, juga dalam masa sesaat.
            “So…”
            Sebelah keningku terangkat, menyoal dengan isyarat.
            “Kamu jadi tinggal di sini hingga minggu hadapan?”
            Pertanyaan Chinta membuatkan aku bungkam sejenak. Kalau diikutkan perancangan asal, aku akan tinggal di Kyoto selama dua minggu memandangkan peruntukan wang aku tidaklah banyak mana. Dalam masa itu, aku akan memperjudikan nasib untuk mencari Badri. Sama ada akan menemuinya atau pun tidak, semuanya bergantung kepada ketentuan-Nya. Tetapi, siapa sangka? Rupa-rupanya Allah telah mengatakan bahawa hanya selepas seminggu di sini, aku akan bertentang empat mata dengan sahabat yang dicari-cari. Namun sayang, sahabat itu bukan lagi sahabat yang sama.
            “Saya…mau pulang lusa. Lagi dua hari.” Lambat-lambat, aku menjawab.
            Bebola mata Chinta membulat. “Ke Malaysia?”
            “Yup.”
            “Kenapa?”
            “Kenapa…apa? Saya enggak boleh pulang ke negara sendiri?” Aku bermain soalan.
           “Enggak. Bukan itu soalnya. Tapi…” Chinta menghenti bicara dan melepaskan nafas. “Iya, kamu kan di Japang. Mending libur di Tokyo, Osaka, Hokkaido…”
            “Kamu fikir saya banyak wang?” pintasku.
            Chinta menyeringai. “Enggak. Tapi…”
          “Saya punya urusan di Malaysia. Harus pulang lebih awal,” jelasku, memberikan alasan.    “Oh, really? Sayang sih.”
            Aku senyum kecil.
            “Enggak apa-apa. Kamu udah siap packing? Esok check-out pukul sebelas pagi, kan?”
            Chinta menepuk bahuku tiba-tiba dan pantas melihat jam di tangan. “Belum. Aduh, saya ke atas dulu, ya.”
            Usai bersuara, Chinta mencicit lari ke tingkat atas. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Gadis dari Jakarta itu memang comel. Peramah. Suka ketawa. Suka bercanda. Temannya, Surya juga begitu. Kadang-kala, melihat mereka membuatkan aku teringatkan Badri.
         Ah, Badri. Lagi-lagi Badri yang datang menerpa ke dalam akal fikiranku. Seketika, aku mengetap bibir. Pertemuan terakhir kami benar-benar memberi kesan kepadaku.
            “Aku ingatkan kau kawan aku. Sekurang-kurangnya, kau patut cuba untuk tanya aku, kenapa aku jadi macam ni.”
            Sungguh aku rasa terhenyak mendengarkan bicara sedemikian rupa. Aku tiba-tiba merasakan bahawa aku adalah seorang sahabat yang tidak baik. Sahabat yang memekakkan telinga dan membutakan mata. Sahabat yang cuma pandai menilai dan menjatuhkan hukum tanpa mendengar penjelasan. Tetapi, penjelasan jenis apa yang akan benar-benar memberikan justifikasi atas apa yang dia sudah buat? Wujudkah alasan yang boleh menghalalkan semuanya? Tidak. Aku tidak fikir begitu.
            Kerana itulah aku membuat keputusan untuk pulang secepat mungkin ke Malaysia. Hajatku mahu pulang esok, tetapi tiket penerbangan sudah kehabisan. Sejujurnya, terselit juga rasa gentar untuk kembali ke tanah air. Bagaimana aku mahu menghadap Mak Cik Kasmah? Patutkah aku mengikut cakap Badri dan berbohong mengatakan bahawa aku tidak menemui anaknya? Tidak cukupkah aku beralasan begitu saat berwhatsapp dengan Mak Cik Kasmah sepanjang berada di sini? Atau aku perlu berterus-terang semuanya?
            Ah, itu lagi tidak patut! Pasti robek hati dan jiwa kecil seorang ibu jika mengetahui bahawa anak yang disanjung selama ini sudah menjadi seorang yakuza yang kasar lagi ganas.
            Arghhh!!! Aku keliru.
*****
PERLAHAN-LAHAN aku mengangkat langkah menuju ke stesyen Ninojomae. Bagasi berat aku heret dari belakang. Dari sini, aku akan ke stesen keretapi Kyoto untuk menuju ke Lapangan Terbang Kensai, Osaka. Hatiku terasa berat, seolah-olah aku sedang membuat keputusan yang salah. Malahan, separuh jiwaku bagai meronta-ronta meminta agar aku tidak meninggalkan Badri sendirian.
            ‘Kau perlu bantu dia! Kau perlu kembalikan dia ke jalan yang benar! Kau perlu selamatkan dia dari dunia gelap!’
            Itulah yang tidak habis-habis bergema dalam akal fikiran. Cepat-cepat, aku menggelengkan kepala, cuba menghambat semua itu pergi.
            ‘Kau sedar tak itu dunia apa? Dunia yakuza! Sekali kau dekat, nyawa galang-gantinya.’ Aku menempelak diri sendiri.
            Ya, dunia Badri bukanlah dunia yang patut didekati. Panggillah aku pengecut, atau sahabat yang mementingkan diri, tetapi aku tidak mahu terlibat dalam dunia yang cuma tahu menggunakan kekerasan. Dunia yang memperlekehkan nyawa manusia. Dunia yang bertuhankan kuasa dan melempar kemanusiaan jauh-jauh.
            Aku tidak mahu masuk ke dalam dunia itu. Tidak mahu!
            Sedang aku bermonolog dan berkeluh-kesah, hujung telingaku tiba-tiba menangkap bunyi kenderaan berhenti di tepi jalan. Betul-betul di sebelahku. Lantas, aku menoleh. Saat itu juga, anak mataku terbelalak besar.
*****
GELAP. Semuanya gelap. Telingaku sayup-sayup mendengar suara orang bercakap-cakap dalam Bahasa Jepun. Entah apa yang mereka bicarakan, aku tidak pasti. Semuanya kedengaran tenggelam timbul sahaja. Tetapi aku yakin, tiada yang elok daripada perbualan mereka. Bahkan, mereka mungkin sedang berbincang tentang bagaimana caranya untuk…
            Hapuskan aku.
            Rasa panik menyerbu masuk. Walau dengan mata dan mulut terkatup, serta tubuh yang terikat di kerusi, aku mula meronta. Sedikit-sedikit, hingga akhirnya aku meronta dengan kuat. Kesakitan dan rasa pedih yang mencucuk-cucuk tubuh tidak aku pedulikan langsung. Yang aku tahu cuma satu.
            Aku. Mahu. Lepas.
            “Shhh…” Sekonyong-konyong ada satu suara bergema. Serentak dengan itu, sebatang jari terasa melekat pada bibirku yang dikatup dengan pita pelekat.
            Automatik aku mengeraskan badan. Rasa takut menyelinap ke setiap pembuluh darah.
            “Kenapa meronta ni?” Suara yang sama menyoal. Dalam Bahasa Jepun dengan dialek yang aneh.
            “Kau tahu tak kenapa kau ada di sini?”
            Aku masih pegun.
            “Sebab…”
            Bau rokok yang busuk semakin lama semakin kuat, disertai dengan dengusan nafas seorang lelaki yang rapat ke muka.
            “Aku rogol seorang perempuan.” Bisikan itu kedengaran betul-betul di hujung telinga. Aku tersentak kuat. Lelaki itu kemudiannya menghambur tawa. Sangat jelik bunyinya.
            “Ya, aku rogol seorang perempuan! Aku rogol dia!!!”
            Bunyi ketawa semakin kuat dan semakin meriah. Bukan itu sahaja, ada bunyi sorakan yang turut bergema. Aku mulai sedar bahawa sekarang aku bukan sekadar berdua. Ada ramai lelaki di ruang yang sama ini.
            Dadaku semakin sesak. Rasa mual membuak-buak di celah tekak. Hampir muntah membayangkan betapa mereka mereka berbangga dengan apa yang sudah dilakukan. Mereka ini manusia jenis apa? Tidak! Ini bukan manusia namanya. Bahkan, bukan binatang. Ini syaitan. Selaknat-laknat syaitan!
            Dan sekarang, aku berada bersama syaitan-syaitan itu.
            ‘Ya, Allah! Tolong aku,’ teriakku dalam senyap. Rasa takut semakin ganas mencucuk-cucuk jiwa. Dari sebalik mata yang tertutup, air mataku mengalir laju.
            Sebelah pipiku tiba-tiba rasa disentuh dan diusap-usap. Aku meronta dan menggerak-gerakkan kepala. Walau dalam keadaan terpasung begini, aku cuba sedaya-upaya untuk mengelak. Sungguh, aku tidak rela disentuh mana-mana jantan kotor. Tidak rela!
            Pang!
            Mukaku terteleng ke sebelah. Kepalaku berpinar. Tidak cukup dengan itu, bawah daguku pula yang menjadi mangsa. Direngkuh kasar hinggakan separuh mukaku terangkat. Penutup di mataku kemudian ditarik kasar. Terpisat-pisat aku membuka mata.
Dekat di hadapanku adalah muka seorang lelaki yang tidak pernah ditemui. Ada parut di atas dahi. Sepasang mata sepetnya merah membara. Penuh kebencian, penuh dendam. Serta-merta, aku menelan air liur. Lelaki ini sungguh menakutkan.
Tanpa semena-mena, hujung bibirnya menyenget sinis. Bulu romaku automatik meremang.
“Sakit ke?” Dia tiba-tiba menyoal lembut, siap dengan  jari-jemari yang membelai-belai pipi bekas tamparannya tadi.
Buat kesekian kalinya, segenap inci tubuhku mengeras. Aku hanya mampu melirikkan ekor mata ke tangannya yang galak menyentuh pipi. Ya, Tuhan! Sungguh aku jijik dengan sentuhan itu.
“Kau tahu tak?”
Dia sudah pun melepaskan tangan dan menarik kerusi ke hadapanku. Elok dia duduk terkangkang dengan belakang kerusi yang terbalik menghadapku. Dagunya disangkut ke atas tangan yang diletakkan di belakang kerusi tersebut.
“Kau tak patut tengok aku dengan pandangan jijik macam tu. Jangan salahkan aku atas apa yang jadi sekarang. Aku tak bermusuh dengan kau. Kau pun tak bermusuh dengan aku.”
‘Jadi kenapa?’ Aku menyoal di sebalik mulut yang masih terkatup.
“Sebab...” Bagaikan mengerti apa yang bermain dalam fikiranku, dia tiba-tiba menyambung. Anak matanya mengecil garang. “Jantan keparat tu.”
“Kau sedang bercakap tentang aku ke, Goro?”
Sekonyong-konyong, ada satu suara lain berkumandang. Serentak itu, konco-konco kepada lelaki di hadapanku berdiri tegak. Tangan masing-masing menyambar senjata. Suasana serta-merta berubah tegang.
Perlahan-lahan, aku menoleh ke arah datangnya suara tadi. Tidak jauh dari kedudukanku, Badri sedang mendekat setapak demi setapak. Sepasang matanya mencerun tajam. Rahangnya terketap-ketap atas bawah. Di belakangnya pula, kelihatan kira-kira lapan orang lelaki berkot hitam yang tersusun elok dan sedang membuntuti.
“Nampaknya orang yang dinanti-nanti dah sampai.” Lelaki di hadapanku bertutur sinis. Kemudian dia bangkit dari kerusi dan berjalan hingga akhirnya berdiri menghadap Badri.
“Aku tak sangka ada perempuan yang kau sayang. Huh, kalau aku tahu...”
“Kalau kau tahu, apa kau nak buat? Gunakan dia macam sekarang?” pintas Badri. Suaranya keras dengan rasa jengkel.
“Mestilah! Dari awal-awal aku gunakan dia. Sebelum kau...”
“Sebelum aku maklumkan kepada kaicho apa yang kau dah buat?”
Lelaki yang dipanggil Goro itu meludah tiba-tiba. “Huh, kau memang pandai membodek supaya kau dapat kawasan, kan?”
“Bodek? Aku tak perlu bodek dia. Aku cuma bagitahu dia perkara sebenar.”
“Hei, perempuan tu adalah pelacur!” Goro menengking kuat. Mukanya merah padam penuh kegeraman,
“Kalau pun dia seorang pelacur, bila dia tak rela, kau tak patut sentuh dia.” Masih dengan lagak tenang tidak berperasaan, Badri membidas.
“Eh, kau jangan nak agungkan sangat peraturan lapuk tu!”
“Itu tradisi kumpulan kita, Goro. Itu pantang larang kita. Dari dulu sampai sekarang. Kalau kau buat macam tu, kau akan dibuang kumpulan. Dari awal lagi kau tahu itu, kan?”
“Huh, alasan! Kau memang dah lama menanti masa untuk rampas kedudukan aku. Mengaku sajalah!!!” Goro semakin hilang kawalan. Dia tidak habis-habis menjerit dan melolong-lolong.
Badri senyum sinis. “Kau memang macam budak-budak, kan?”
“Apa maksud kau?”
“Budak-budak yang mengamuk tak tentu pasal sebab tak dapat gula-gula yang dia nak.”
“Jahanam!!!” Goro menengking kuat seraya menyerbu laju ke arah Badri. Sebelah tangan yang menggenggam parang diangkat tinggi. Sepantas kilat, Badri mengeluarkan nunchaku dan menghadang serangan Goro. Serentak itu juga, konco masing-masing memulakan langkah.
“Kau fikir senang untuk bunuh aku? Huh, jangan berangan!” pekik Badri. Dia menendang perut Goro hingga tersorong ke belakang. Belum sempat Goro berdiri tegak, Badri terlebih dahulu menyerbu dan mengetuk kuat kepala Goro dengan menggunakan nunchaku. Parang di tangan lelaki itu terlepas. Dia menggenggam kepala yang mula berdarah. Akan tetapi, matanya tetap ganas mencerun. Goro menerkam Badri. Mereka bergumpal sesama sendiri.
Suasana jadi semakin kecoh. Konco masing-masing juga tidak kurang dahsyatnya. Tumbukan demi tumbukan, tendangan demi tendangan, hentakan demi hentakan...semuanya berterabur sana-sini. Bunyi pelbagai jenis senjata yang bertembung tidak henti-henti bergema di segenap gudang. 
Aku masih di tempat yang sama, terikat di kerusi dengan mulut yang dikatup, serta mata yang terbeliak menyaksikan semuanya.
Di suatu sudut, Badri dan Goro masih ralit berlawan. Satu ketika, Badri berjaya menghentam Goro hingga tersungkur ke bawah. Namun tangkas, Goro bangkit dan melemparkan tendangan ke perut Badri. Seketika, Badri terdorong ke belakang sebelum dia melompat tinggi dan menghentak muka Badri dengan menggunakan kepala lututnya. Bersembur darah dari mulut Goro. Sedang Goro terhuyung-hayang, Badri memusing tubuh pada skala tiga ratus enam puluh darjah dan melibas kepala lelaki itu. Serta-merta Goro melayang ke belakang dan terhempap ke atas lantai. Badri berdiri termengah-mengah memerhatikan lawan yang sudah tersungkur. Ada biasan puas di mukanya. Namun...
‘Badri!!!’ Aku berteriak sekuat hati. Tetapi yang terluah cuma bunyi kecil yang tidak mampu didengar sesiapa. Lalu, yang termampu aku buat cuma melihat Badri dihentak dari belakang oleh salah seorang konco Goro.
Sedikit demi sedikit, Badri melurut ke atas lantai. Dadanya kemudian dipijak-pijak oleh konco yang sama tadi. Darah memancut-mancut dari hidung dan mulutnya. Goro yang sudah kembali bangkit menolak konconya ke tepi.
“Mati kau! Mati kau!!!” Goro kelihatan sudah seperti dirasuk. Tanpa henti, dia menendang perut, dada dan kepala Badri. Berkali-kali Badri cuba bangun dan melawan. Tetapi, setiap kali itu juga Goro menyerang.
‘Bad...Badri...’ desisku lemah dengan linangan air mata. Sungguh aku tidak rela melihat sabahatku diperlakukan begitu.
Penuh rasa terdesak, aku meronta-ronta di kerusi. Oh, Tuhan! Aku mahu ke sana. Aku mahu mendapatkan Badri. Aku mahu menyelamatkan dia. Tetapi, walau sekuat mana pun aku meronta, ikatan di tubuhku langsung tidak terjejas. Bahkan semakin ketat memerangkapku. Lalu, dalam hati aku meraung sekuat-kuatnya...
‘Ya, Allah! Tolong dia. Tolong dia, Ya Allah!!!!’
Tidak semena-mena....
            Suasana jadi senyap. Tiada secebis pun bunyi. Segala kekecohan dan setiap tempikan terhenti, seolah-olah ada satu kuasa yang telah muncul dan mematikan semua itu. Langsung, aku melarikan anak mata kepada satu susuk tubuh yang sedang berjalan masuk dari arah hadapan pintu gudang. Di sebalik samar-samar cahaya bulan dari luar, wajah itu terpampang sedikit demi sedikit.
            Tenang dan serius.



*************

TEASER BAB 9:

“You...young lady, are such a naive girl.”
Aku menggaritkan kening. Lain macam sekali jawapan yang baru menjadi halwa telinga.
“What is that supposed to mean? Apa awak nak buat kepada saya?” tukasku berulang kali. Rasa sangsi semakin mencanak naik.
Segala soalanku tidak berbalas. Arjuna sekadar menjauhkan muka dengan bibir yang menyenget sinis. Kemudian, dia meloloskan diri dari kereta. Secepat itu juga, aku mengambil tindakan yang sama.
“Arjuna, saya tengah cakap dengan awak. Answer me!” Dari kejauhan, aku menjerit. Namun sia-sia sahaja. Lelaki itu tetap menonong berjalan meninggalkan aku. Tetapi, sebelum dia melangkah masuk ke perkarangan rumah, sempat dia menjatuhkan arahan buat Ryohei dan Sato.
“Halang dia kalau dia cuba larikan diri.”
Mulutku terbuka luas. Halang aku? Maksudnya, Arjuna mahu memerangkap aku di rumahnya ini? Mahu aku jadi tidak ubah seperti banduan dalam penjara?
“Arjuna Kaede, what do you think you’re doing? Awak tak ada hak untuk sekat saya atau paksa saya masuk ke dalam rumah ni.” Tanpa menunggu lama, terus aku menempelak.
Langkah kaki Arjuna termati. Dia kemudiannya memusing badan dan kembali menghadapku. Sepasang matanya mencerlung tajam.
“Pada saat aku terlibat antara kau, Badri dan Goro, aku dah dapat hak tu,” gumam Arjuna dengan suara kerasnya.
“Apa awak merepek ni? Tak ada siapa bagi awak apa-apa hak ke atas saya dan tak ada siapa pun paksa awak terlibat dalam hal tu.”
“Then, don’t make me worry! Don’t come to me looking so lost, so confused that I feel like I have to protect you!”

******************

NOTA CIK SA:

'Rape is a taboo'. 
Yup, menurut ensiklopedia yakuza yang Cik SA beli dan baca demi menyiapkan Salju Kyoto: Certain offenses were particularly taboo, including rape and petty theft. Hukumannya adalah dibuang kumpulan, di mana ketua kumpulan tu akan inform kumpulan yakuza lain. Berdasarkan perjanjian, kumpulan lain TIDAK boleh menerima ahli kumpulan yang sudah dibuang. Itulah tradisi yakuza sampai ke hari ini. 
Basically, that's what happended to Goro. Okay, that's all for today's lesson...hehe. Sudi-sudilah tinggalkan komen, ya.
Thank you sooo much and see you this Thursday. =)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

22 comments:

  1. Tak sabar tunggu hari Khamis hehe
    Tq Cik SA

    ReplyDelete
  2. Oh Badri.. Spt biasa, AK dtg as hero.
    Bab aksi kali ni lagi dahsyat than CRT, yakuza kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AK mmg hero yg always come to d rescue...hihi
      rasanya tu baru sikit aksinya. baru bab 8, kan? hihihi..

      Delete
  3. Menanti lgi utk khamis akn dtg..huhu,,bru je excited part baris terakhir..alahai..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm dlm drama TV. sampai je part best terus...to be continued...hehe

      Delete
  4. Ok.officially saya dh jdi team AK...cepat la khamis =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome to team AK. tapi ada ramai madu...haha

      Delete
    2. Haha...Apabila AK dah jdi prhatian...

      Delete
  5. nggak sabar nunggu kamis....

    #salam dari Indonesia

    ReplyDelete
  6. Dear,

    This story different sangat, sweet and so curiosity.
    Keep it uu dear.
    Saya suka sangat bila baca.

    Lina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Lina

      TQ sooooo much. Glad to know that. Alhamdulillah. =)

      Delete
    2. Oh my,i love this type of novel. Keep it up writer,btw love CRT!

      Delete
  7. Maaf nak tnya , siapa nama lelaki yg dlm gmbar tu? Nk tahu la .. AK sebenar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama dia Dai Xiang Yu. Pelakon dari China. Tapi sebelum ke China, dia pelakon famous kat Singapore. So, dia bukan AK sebenar...hehe

      Delete