SALJU KYOTO - BAB 12


BAB 12

           
PEMANDANGAN di luar jendela, aku pandang sepi. Segala kejadian dan setiap perbualan dengan dua insan sebentar tadi bermain-main dalam fikiran. Hanya dalam pertemuan yang sekejap, aku sudah pun dimomokkan dengan seribu satu informasi.
Tentang Arjuna dan Aizukotetsu-kai. Tentang Badri dan Sanshin-kai.
Ah, otakku hampir biul. Jantungku sebu. Entah apa yang patut aku fikir dan rasa sekarang. Aku tidak tahu.
"Cik Nailah tak apa-apa?"
Tanpa semena-mena, suara Ryohei menujah anak telinga. Aku mengalih pandang kepada dia yang khusyuk memandu.
"Saya okey."
"Apa yang dia bagitahu tentang Tuan Arjuna?" soal Ryohei.
"Kenapa awak rasa dia bagitahu saya sesuatu?" Soalan juga yang aku lontarkan.
"Lepas apa yang dah berlaku, tak mungkin dia berdiam sahaja bila dia ada peluang untuk bercakap dengan Cik Nailah." Ryohei membalas. Agak sinis bunyinya,
"Tak kira yang dia cakap, saya bukannya boleh buat apa-apa, kan? In the end, saya kena balik kepada Arjuna."
"Tolong jangan bercakap seolah-olah Tuan Arjuna jahat orangnya. Saya pernah bagitahu Cik Nailah, kan? Jangan berfikiran buruk tentang dia."
Suara Ryohei kedengaran tegas sekali. Dia sedikit beremosi.
"Dia...penting untuk awak, kan?" tekaku perlahan.
"Bagi orang seperti saya dan Sato, Tuan Arjuna dan Puan Besar adalah segala-galanya."
Aku mengerutkan dahi. "Puan Besar?"
"Ibu kepada Tuan Arjuna."
"Dia sekarang..."
"Dah tak ada. Sudah meninggal dunia," sambung Ryohei.
Aku terdiam sejenak, sebelum ragu-ragu menyoal, "Kenapa? Macam mana?"
Soalanku terbiar sepi. Ryohei membatu tanpa sepatah kata. Aku di belakang cuba melihat pantulan mukanya di cermin. Yang aku nampak cuma sebahagian mata yang jelas sayu.
"Itu hal keluarga Tuan Arjuna. Saya tak ada hak untuk bagitahu." Setelah beberapa minit berlalu, Ryohei akhirnya bersuara.
Keluhan kecil terlepas keluar dari mulut. Terselit rasa ingin membantah tetapi aku faham. Kalau aku jadi Arjuna, aku juga tidak gemar kalau ada orang yang sibuk menyebar cerita tentang kematian ibu kandung sendiri.
"Saya..." Aku menelan air liur sebelum menyambung lagi. "Perlu percayakan dia, kan?"
"Jawapan tu ada di tangan Cik Nailah sendiri."
Aku dipagut hairan. "Maksud awak?"
"Cuba Cik Nailah lihat Tuan Arjuna berdasarkan diri dia sendiri, bukan keturunan dia. Bukan juga hubungan dia dengan Aizukotetsu-kai."
"Awak fikir saya tak cuba? Saya tak buta, Ryohei. Saya boleh nampak dia baik orangnya. Saya juga bukan jenis manusia yang tak kenang budi. Tapi..." Suaraku tenggelam saat hati mula dirasuk emosi berat.
"Tapi apa?"
"Saya...saya takut," akuiku jujur.
"Cik Nailah takutkan Tuan Arjuna?"
Aku senyum kelat dan menggeleng.
"Pelik, kan? Saya fikir saya akan takut kepada dia lepas tahu hal sebenar. Tapi, tak. Saya langsung tak ada perasaan takut kepada Arjuna."
"Kalau bukan sebab dia, jadi..."
"Apa akan jadi lepas ni? Itu yang saya takutkan. Berapa lama saya kena tinggal dengan Arjuna? Berapa lama saya perlu dekat dengan dia? Bagaimana kalau musuh-musuh dia cuba apa-apakan saya? Saya datang jauh-jauh dari Malaysia bukan untuk dibunuh, Ryohei."
"Berapa lama Cik Nailah perlu ada dengan Tuan Arjuna, saya tak tahu. Dia tak ada cakap apa-apa pun. Tapi satu yang saya pasti."
"Apa dia?" tanyaku laju.
"Tuan Arjuna akan buat apa sahaja untuk lindung Cik Nailah."
Aku bungkam sejenak. Wajah kacak dan serius Arjuna bermain-main di mata. Memanahku dengan renungan umpama helang. Menghadiahkan aku dengan senyuman kecil yang jarang-jarang sekali dia ukirkan.
"Kenapa?" luahku antara dengar tak dengar.
"Kenapa...apa?" Ryohei bermain soalan.
"Kenapa dia nak buat macam tu untuk saya? Saya bukan sesiapa pun. Saya cuma perempuan yang dia tak kenal."
Dari pantulan cermin, aku dapat melihat Ryohei melirikkan ekor mata ke arahku.
"Cik Nailah mungkin perempuan yang dia tak kenal. Tapi Cik Nailah perempuan yang selalu muncul depan dia. Jadi tak mungkin Tuan Arjuna mampu butakan mata daripada melihat Cik Nailah."
Dalam dan penuh tersirat jawapan Ryohei. Lidahku jadi pegun. Aku yang selalu muncul? Sekonyong-konyong, kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Arjuna menujah kotak memori.
"Don't make me worry! Don't come to me looking so lost, so confused that I feel like I have to protect you!"
Sedikit demi sedikit, aku mula tersedar. Hakikatnya, aku sendiri yang pergi kepada Arjuna.
*****
"SAYA minta maaf, mak cik. Saya akan cuba lagi. Balik? Sepatutnya next week, tapi mungkin saya perlu lebih lama di sini. Ya, assalamualaikum."
Usai menamatkan perbualan dengan Mak Cik Kasmah, aku melepaskan keluhan berat. Aku berbohong lagi. Dikhabarkan belum menemui Badri sedangkan aku baru sahaja menemui anak bujangnya itu.
"Kenapa kau suka sangat duduk di luar?"
Suara garau itu menyentakku. Langsung, aku menoleh ke arah Arjuna yang berdiri di hujung koridor. Dia kemudiannya mengangkat langkah menghampiri.
"Di sini sejuk. Kau sepatutnya bercakap di dalam," sambungnya setelah dekat.
"Saja," jawabku sekadar berbasi-basi.
"Okey. Jangan sampai jatuh sakit sudahlah."
Sesudah menjawab, dia kembali membawa langkah dan berjalan melepasiku. Sato membuntuti dari belakang. Namun sebaik sahaja mendekatiku, Sato tiba-tiba berhenti dan berbisik, "Hari ni Tuan Arjuna balik kerja awal."
"Huh?" tanyaku dengan mata terkelip-kelip tidak faham.
Sato sengih lebar. Entah kenapa, wajahnya tampak nakal di mataku.
"Tadi, Tuan Arjuna tak boleh buat kerja langsung. Sekejap termenung. Sekejap mengeluh. Saya yakin dia bimbang kalau-kalau Cik Nailah lari dan tak balik rumah." Sato tiba-tiba menggelengkan kepala di tengah bicara. "Eh, tak. Bunyinya tak romantik langsung. Tuan Arjuna sebenarnya takut Cik Nailah tinggalkan dia. Hmm, itu baru betul. Dia takut Cik Nailah pergi."
Aku diam, cuba menganalisa kata-kata Sato. Dah kenapa pula dengan mamat ni? Mengarut sangat apa yang dia cakapkan.
"Cik Nailah diam kenapa? Kalau Cik Nailah nak tahu, selain Inoue-san, Cik Nailah adalah perempuan pertama yang masuk dalam rumah ni. Nampak tak? Betapa pentingnya Cik Nailah buat Tuan Arjuna."
Pot..pet, pot...pet Sato bercakap. Sudah serupa Mak Jemah sibuk bergosip tepi tingkap. Aku masih senyap memerhati. Tetapi, hati kecilku rasa digeletek. Sato tampak kelakar dengan muka penyibuknya.
"Apa kau buat tu?" Dari jauh suara Arjuna yang menyergah berkumandang.
Sato terkejut. Cepat-cepat dia mencicit  ke arah majikannya. Tetapi, sebelum itu sempat juga dia mengenyit mata kepadaku. Bibir pula masih menyengih macam kerang busuk. Melihatkan tingkah-lakunya, aku tergelak kecil. Sato memang begitu. Perangainya lain benar daripada Arjuna dan Ryohei. Dia lebih ceria dan keanak-anakan. Masih aku teringat saat pertama kali bercakap dengannya pagi tadi, sewaktu aku menanti kemunculan Ryohei untuk melawat Badri.
*****
"CIK NAILAH..."
Aku tersentak dan segera menoleh ke sebelah.
"Cik Nailah tengah tunggu Ryohei, ya?" Dia bertanya. Inilah kali pertama Sato bercakap denganku dan...dia bertutur dalam Bahasa Malaysia!
"Macam mana awak..."
Sato menyeringai.
"Oh, semua orang dalam rumah ni dipaksa belajar Bahasa Melayu. Okey, mungkin tak semua. Kecuali Inoue-san. Kata Tuan Arjuna, kasihan Inoue-san kalau tua-tua perlu belajar bahasa baru." Panjang lebar Sato menjawab, siap dengan tangan yang bergerak atas bawah.
Periang dan peramah. Itulah gambaran pertama aku tentang Sato selepas mendengar dia bercakap. Pelik pula rasanya berhadapan dengan orang yang bersikap begini dalam rumah yang dipenuhi manusia serius.
"Maksudnya, Ryohei..."
"Dia pun boleh cakap melayu."
Aku mengetuk kepala.
"Cik Nailah guna bahasa Jepun dengan dia?" teka Sato saat melihat reaksiku.
"Ha'ah."
Sato menjuih bibir dan menggerutu, "Dia memang macam tu. Kalau tak ditanya, bukan nak cakap."
Aku tarik senyum kecil. "Tak apalah. Boleh juga saya berlatih Bahasa Jepun saya yang tak seberapa ni."
"Siapa cakap? Cik Nailah dikira fasih. Sekurang-kurangnya, orang lain boleh faham. Cik Nailah memang belajar ya, bahasa Jepun ni?"
"Ha'ah. Bahasa ketiga waktu di universiti."
Kepala Sato terangguk-angguk sendiri. "Oh, macam tu rupanya."
"Tadi awak cakap Arjuna paksa belajar bahasa Melayu? Kenapa?" tanyaku penuh rasa ingin tahu.
"Aik, Cik Nailah tak tahu ke?" Dia menyoal kembali.
"Apa dia?"
"Tuan Arjuna kacukan Jepun dan Melayu."
"Kacukan Melayu-Jepun?"
Sato mengerutkan dahi.
"Dah kenapa pula Cik Nailah nampak terkejut sangat? Tuan Arjuna tu berdarah Melayu, ayah dia orang Malaysia."
"Oooo..." Itu sahaja yang aku ucap. Masih diulit rasa terkejut. Ingatanku menerawang kepada pertemuan pertama dahulu. Patutlah Arjuna senyum saat mendengar bahawa aku berasal dari Malaysia.
"Jadi untuk pastikan dia tak lupa bahasa Melayu, dia mahu kami semua belajar. Supaya dia boleh berlatih dan selalu bercakap guna bahasa Melayu."
Teliti aku mendengar penjelasan Sato. Sekarang barulah aku mengerti kenapa nama Arjuna sebegitu, kenapa dia fasih berbahasa Malaysia dan kenapa makanan-makanan di rumah ini bertanda Halal. Isy, aku pun satu. Tidak pernah langsung menyoal kepada tuan empunya badan.
"Okeylah. Saya kena pergi dulu. Kalau lambat, tak pasal-pasal pula kena bebel dengan pak cik tu," tutur Sato lagi.
"Pak cik?"
Sato sengih lagi. Kemudian dia meletakkan jari telunjuk di bibir. "Shhh, jangan cakap kepada siapa-siapa saya panggil Tuan Arjuna macam tu."
Tawa kecilku meletus.
"Ya, ya. Saya tak cakap. Saya zip mulut ni," ucapku sekadar melayan fiil Sato.
"Bagus, nanti bila ada masa, kita sambung borak-borak," kata Sato sebelum berdesup meninggalkan aku.
*****
"KAU memang tak nak masuk ke?"
Satu soalan sayup-sayup menyapa hujung telinga. Lamunanku terhenti. Pertemuan pertama dengan Sato tadi lenyap entah ke mana. Aku mengelip-ngelipkan mata ke arah Arjuna yang masih tercegat di tempat dia memanggil Sato sebentar tadi.
"Masuklah. Kau bukannya tahan sejuk."
Kalau tadi, suara Arjuna kedengaran keras, tetapi kali ini, bunyinya lebih lembut. Kalau tidak kerana aku mengenali sikapnya yang dingin, pasti aku akan beranggapan bahawa dia sedang bimbangkan aku.
"Nailah..."
"Ya, saya masuk." Cepat-cepat aku menyampuk sebelum dia mula membebel. Bak kata Sato, pak cik yang membebel. Mengingati gelaran itu, aku ketawa kecil.
"Apa yang kelakar?"
Aku terkejut dan pantas memanggung muka ke arah Arjuna. Dia memandangku dengan muka penuh persoalan.
Penuh rasa segan, aku menyeringai. "Tak...tak ada apa-apa. Saya masuk dalam dulu."
"Hmm..." Pendek balasan Arjuna. Sesudah itu, dia memusing tubuh dan melangkah pergi. Aku terpacak memandang belakangnya yang gagah. Satu keluhan berat terlepas keluar daripada mulutku. Bahu yang tegak sebentar tadi melurut ke bawah. Riak wajah tenang yang aku paparkan, sedikit demi sedikit lenyap. Lidahku pula berbisik...
"Ini keputusan kau, Nailah. Jadi, kau tak ada pilihan lain kecuali menghadapnya."
*****
"TERIMA KASIH."
Aku menelan makanan yang baru mencecah anak tekak. "Terima kasih? Untuk apa?"
Arjuna meneguk teh dengan lagak bersahaja. Kemudian dia meletakkan cawan dan kembali menatapku.
"Sebab tunaikan janji kau," jawabnya.
"Saya bukannya ada tempat lain untuk pergi."
"Aku ingat kau akan cuba lari." Jujur sekali pengakuan Arjuna.
"Kenapa saya perlu lari kalau saya lebih selamat di sini, berbanding di luar sana?" balasku tenang.
Ekor mata Arjuna dilirik kepadaku. "Kau yakin?"
"She's my woman. You touch her. And you die. Remember?"  Aku mengulangi kata-kata keramat lelaki di hadapan mataku ini.
Hujung bibir Arjuan bergerak dan membentuk senyum kecil. Dia tampak seperti terhibur dengan jawapanku.
"Awak takkan biarkan apa-apa jadi kepada saya. Though, I don't know how long you'll keep me here," sambungku lagi.
"Hingga keadaan reda."
"Bila?"
"Kenapa? Aku ingat kau tak kisah ada di sini." Arjuna mendekatkan sedikit muka dan berbisik dengan suara garau seksinya. "Dengan aku."
Dan-dan, nafasku rasa tersekat di dada. Jantung berdegup kencang. Namun, cepat-cepat aku mengambil nafas dan memasang muka tidak berperasaan.
"Saya bukan gila. Kalau tak kerana terpaksa dan sebab saya sayangkan nyawa, awak takkan nampak batang hidung saya di sini."
Arjuna mengangkat kening dan kembali menjauhkan muka. "Aku tahu. Kau bukannya jenis perempuan yang semudah itu ikut lelaki."
'Tahu tak apa!' gumamku dalam hati. Kalau di Malaysia, entah-entah aku dan dia sudah selamat ditangkap khalwat. Mungkin dah sah jadi suami isteri gara-gara kahwin koboi. Isy, simpang malaikat empat puluh empat.
"Kau jangan bimbang, Nailah. Bila keadaan lebih selamat, aku akan pastikan kau balik ke Malaysia. As for Badri, I assumed kau dah dapat jawapan daripada dia."
Aku mengangguk dan mengulum senyum pahit. "Jawapan yang buat saya tambah keliru."
"Maksud kau?"
"Awak ingat tak?"
"Apa dia?"
"Awak sebut pasal pilihan. That life is about choices. If you don't have one. Then create one. Tapi macam mana kalau seseorang tu tak ada pilihan lain dan tak mampu untuk cipta pilihan sendiri?" tanyaku bersama fikiran yang menerawang kepada Badri.
"Then, be responsible."
Aku menatap muka Arjuna dengan mata memohon penjelasan.
"You are free to choose, but you are not free from the consequences of your choice."
Lagi, aku mengerdip-ngerdipkan mata. Masih mengharapkan penjelasan lanjut. Arjuna senyum halus, mungkin mengerti akan reaksiku.
"That one and only choice yang dia ada, be responsible with it. Mungkin Badri terpaksa ambil jalan ni, walaupun dia betul-betul tak rela. Tapi in the end, inilah hidup dia sekarang. Nak tak nak, dia kena tanggung akibatnya. Dia kena bertanggungjawab. It's his responsibility. Not yours. Kau tak perlu bebankan diri kau untuk bawa dia balik. Sebab kalau dia nak, dia dah lama balik. He's a grown up man, not a ten year old kid."
Setiap patah kata yang terpancul keluar dari mulut Arjuna, kudengar teliti. Bicaranya penuh kematangan. Sejujurnya, aku bersetuju dengan semuanya. Tetapi, bila terfikirkan Mak Cik Kasmah, aku jadi serba salah.
"Tapi...saya dah janji dengan Mak Cik Kasmah."
"Kau janji untuk bawa dia balik, atau kau janji untuk cari Badri?"
Aku diam sebentar. Segala perbualan dan permintaan Mak Cik Kasmah terimbau dalam ingatan. Kalau difikirkan balik, wanita tua itu cuma mahu aku mencari Badri, bukannya membawa dia pulang.
"Cari," jawabku pendek. Suara tidak bersemangat langsung.
Arjuna menjongket bahu. "See? Kau kena lebih pandai fikir tentang diri kau sendiri. Jangan terlampau peningkan kepala fikirkan hal orang lain, walaupun orang lain tu adalah Badri. Orang yang penting untuk kau."
"Then, saya tak perlu fikir pasal awak juga," gumamku perlahan.
Riak wajah Arjuna berubah. Dia kemudiannya menyilangkan tangan ke dada dan memasang senyum senget. Matanya pula dikecilkan ke arahku. Tajam tetapi pada masa yang sama tampak...
Menggoda.
"That's interesting. Aku tak tahu pula kau fikirkan soal aku." Suara garau Arjuna sipi-sipi menyentuh telinga dan manusuk terus ke jantung.
Aku terbungkam. Mata terkelip-kelip, tidak pasti mahu menjawab apa. Fikirku, apa yang aku ucapkan tadi tiada apa-apa makna. Tetapi, kenapa Arjuna membuatkannya kedengaran...intim?
"Hey, young lady."
"Huh?"
"Kau jangan sesekali tunjuk muka macam tu depan lelaki lain."
Automatik, aku mengangkat tangan dan memegang pipi. "Muka apa?"
"That lost and confused look. Dari awal lagi, itu cuma untuk aku seorang."
Bebola mataku membulat. Air liur tiba-tiba rasa tersekat di celah kerongkong. Bulu roma menegak. Apa yang baru dituturkan oleh Arjuna, bukan sebarang kata-kata. Lelaki itu seolah-olah mengatakan bahawa aku memang milik dia.
Ah, Arjuna sudah sewel atau apa? Aku bukannya barang yang boleh jadi hak milik kepada sesiapa pun!
"Apa maksud awak?" soalku dengan suara bergetar.
"Macam yang kau dengar." Arjuna membalas tenang. Langsung dia tidak peduli dengan reaksiku yang jelas tidak gemar akan kata-katanya.
"Saya tahu apa yang saya dengar. Tapi, apa yang awak maksudkan?"
"Aku..."
"Awak fikir, bila saya setuju untuk tinggal di sini, bila saya tak banyak karenah, secara rasminya saya dah jadi hak milik awak? Huh, awak silap besar, Arjuna. I own myself. Nobody owns me. Well, except Allah." Belum sempat Arjuna menjawab, aku sudah pun menyembur. Sungguh, aku pantang benar dengan lelaki yang melihat seorang wanita umpama barang. Yang boleh dibeli, yang boleh dijual milik, yang boleh dijadikan harta kepunyaan seorang lelaki.
Arjuna senyap memerhati dengan muka tidak berperasaan. Jelas sekali, dia sedang membaca aku. Seketika berlalu, dia akhirnya bersuara, "You know what?"
"What?"
"Di luar sana, berlambak perempuan yang mahu ada di tempat kau sekarang. Sama ada nyawa mereka dalam bahaya atau pun tidak, mereka tak peduli. Asalkan ada dengan aku, Arjuna Kaede."
Angkuh sekali kata-kata Arjuna. Jantungku ditujah rasa geram. Sebal!
"Yeah, Arjuna Kaede yang gah. Yang kaya. Yang sangat-sangat berkuasa. Basically, mana-mana perempuan yang ada dengan awak, boleh dapat apa sahaja yang dia nak, kan?" perliku tajam.
"Exactly. But do I care about them? No. Because..." Arjuna tiba-tiba mematikan kata dan bangkit dari kerusi.
"Because?" tanyaku seraya mendongak memandang dia yang sudah berdiri tegak.
Arjuna mengerling sekilas kepadaku. "They are not you."
Air mukaku berubah. Jantung rasa semacam.
"What is that supposed to mean?"
Soalan yang aku lontarkan tidak pula dijawab, sebaliknya Arjuna membawa langkah hingga ke hadapan pintu ruang tamu dan menariknya ke tepi. Namun sebelum menapak keluar, dia memalingkan sedikit muka ke kanan.
"Kau jangan bimbang, Nailah. Aku boleh bezakan antara manusia yang sangat bernilai dengan barang yang boleh dijual beli," tuturnya tegas sebelum meloloskan diri dalam kegelapan malam.
Aku terpaku sendiri.

**************
TEASER BAB 13:
"Kenapa awak bawa saya ke sini?" Terus aku menerjah.
"Kau lebih selamat di sini. Kalau kat rumah, tak ada orang boleh jaga kau. Inoue-san tak larat. Aku pula perlukan Ryohei dan Sato di sini."
"Kalau pun awak nak saya selamat, takkanlah saya kena ada dengan awak dua puluh empat jam? Saya bukan budak kecil," rungutku.
"Kalau ikutkan hati, memang itu pun yang aku nak. Kalau tak pun, pasang bodyguard untuk kau."
Aku terkejut. Ini sudah melebih-lebih!
"Tapi aku tak ada masa untuk cari dan interview pengawal baru untuk kau. Orang yang aku betul-betul boleh percaya. So for now, new bodyguard is out of picture. Dan lagi satu, aku tak fikir kau gembira kalau aku terlampau kongkong kau, kan?"
'Tahu tak apa!' getusku dalam hati. Aku ingin marah, tetapi sepasang mata Arjuna yang tampak ikhlas membantutkan hasrat. Lalu, aku melepaskan nafas berat.
"Don't you think you're too much? Atau terlebih berfikir? Dah beberapa hari saya tinggal dengan awak, tak ada apa-apa jadi pun, kan?"
Muka serius Arjuna tidak beriak langsung.
"You know nothing about them. They don't just strike. They watch and they attack."
******************
NOTA CIK SA:
Okey, rama-rama dalam perut dah mula keluarkan kepak. Agak-agak siapa yang jatuh cinta terlebih dahulu? AK atau Nailah? Atau sama-sama berganding bahu jatuh cinta pada masa yang sama?
Apa-apa pun, AK tetap AK. Muka serius tak ada perasaan, tapi mulut...cewah! Dan yang lagi epik, dia tak rasa pun dia tu sweet. Kesian Nailah, confuse kejap. Haha!
Btw, hari Khamis nanti raya haji, kan? So, Cik SA akan awalkan next chapter ke hari Rabu. Sambil-sambil buat ketupat, atau asah parang untuk siang daging, bolehlah dating dengan AK.
Jom komen, jom vote, jom share! TQ sooo much and see you! =)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

15 comments:

  1. Wahhh!!AK ni sweet dh pulak #teamAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best... suka, update hari2 pun tak apa, lagi kami suka :)

      Delete
  2. AK jatuh cinta dulu ngan Nailah, sweet cara dia tu.. Cuma Nailah ni lurus sgt, x faham2 lagi bahasa kiasan AK tu.. Love it Cik Sara 👍

    ReplyDelete
  3. Ak,i'm melting!!! Haih nmpk mcm ak yg jatuh cinta dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He's good in making people melt. Hahaha!

      Delete
  4. AK sweet dalam selamba bak hang. Rasanya AK dah jatuh chenta. Tak kalau wat pe susah payah lindungi Nailah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn? Mmg selamba giler kut. Muka xde perasaan je. Haha

      Delete
  5. Hi.. Sara
    I rasa AK dh ada hati kat Naila.. sama ada perasan atau pun tidak..
    Naila pulak akan jatuh cinta dgn AK tapi dalam bentuk perbuatan.. ambil berat.. risau.. & tanpa naila perasan juga yang dia sudah jatuh cinta..
    Mungkin dlm situasi yg tidak disangka2 bahaya dihadapan hati naila berkata dia harus selamatkan AK :) hihihihih

    ReplyDelete
  6. I like it... nice story sara.. smbung lg.. 😯😯😯😯

    ReplyDelete