SALJU KYOTO - BAB 3


BAB 3

“HAH?” Mulutku terlopong luas. Telingaku seperti baru sahaja disogokkan dengan bahasa ibunda. Tetapi...takkanlah?
            “Kau memang tak reti jaga diri sendiri, kan?”
Mata terkelip-kelip. Masih sukar mempercayai telinga sendiri.
“Kenapa tengok aku macam tu?”
Diam. Aku masih pegun.
“Hei, helo! Excuse me. Sumimasen...” Dia memetik jari dia hadapan mukaku, lantas membuatkan aku tersedar.
“Awak...cakap melayu.”
“Yeah, so?” akuinya dengan muka selamba lagak tiada apa-apa yang pelik. “Kau dari Malaysia, kan? Aku cakaplah melayu.”
“Tapi...”
“Itu bukan pointnya sekarang. Yang lebih penting, apa yang kau fikirkan tadi? Tak cukup hampir mati semalam, kau nak kena langgar pula?”
Aku tersentap. Nafas sejuk dihembus kuat. Dia ni tak ubah macam semalam, suka membebel marahkan aku. Harapkan muka sahaja seperti orang berhati dingin dan pendiam, tetapi rupa-rupanya mak nenek sangat.
“Kalau Ryohei tak ada tadi, kau dah mati, tahu tak?”
“Saya tahu. Sebab tu...” Aku melirik ke arah lelaki yang berdiri tidak jauh dari kami. “Ryohei? Nama dia Ryohei, kan?”
“Huh?”
Tanpa menunggu lagi, aku meninggalkan dia. Ryohei, kurapati. Lelaki itu tampak serba-salah. Matanya dilirik pada ketuanya, seakan-akan menyoal apa yang patut dibuat.
“Ryohei-san?” Aku menegurnya.
“Hait.”
Aku tarik senyum paling manis dan kemudian, menundukkan kepala. “Arigatou gozaimasu.”
“Err...”
Masih dengan kepala yang tertunduk, aku dapat melihat Ryohei yang tidak tahu mahu buat apa. Setelah beberapa saat, dia turut menundukkan badan. Perkara yang biasa dibuat oleh orang-orang Jepun.
Sesudah itu, aku mengangkat kembali tubuh dan menapak ke arah A.K.
“Apa kau buat?” Terus dia menyoal.
“Awak betul. Entah apa yang tak kena dengan saya. Baru beberapa hari di sini, berkali-kali hampir mati. Kalau tak kerana awak dan dia, saya mungkin dah tak ada. Jadi saya berterima kasih pada dia,” ucapku bersahaja.
Inilah yang selalu aku buat kala berhadapan dengan manusia-manusia yang kufikir tidak penting. Tamatkan apa-apa yang ada antara kami, dan selepas itu, jangan jumpa lagi. Tidak akan ada kekusutan. Tiada drama. Dan aku boleh buat tidak peduli selepas itu.
“Lagi satu, semalam saya terlalu terkejut. Langsung terlupa untuk berterima kasih pada awak. Jadi, terima kasih sebab selamatkan saya.”
Dia tidak mengatakan apa-apa, kecuali menatapku. Muka tenang, mata tajam macam X-ray. Aku mula rasa tidak selesa.
“Oh, saya hampir terlupa.” Aku menepuk dahi. Poket kot diseluk, lalu aku mengeluarkan sapu tangannya. “This is yours. Lupa nak bagi balik semalam.”
Jari-jemari yang berbalut dengan sarung tangan hitam, menyambutnya.
“Saya dah boleh pergilah, kan? Sebab, semalam awak sendiri cakap. Awak tak kenal saya. Saya tak kenal awak. Jadi, saya pergi dulu.” Laju aku bercakap seraya mengundur diri ke belakang. Kemudian aku memusing tubuh dan berjalan pergi. Namun...
Leherku tersekat. Langkah terhenti. Sedikit-sedikit, aku melirikkan mata ke belakang. Penutup kepala jaketku sedang elok ditarik oleh A.K. Dia masih seperti biasa, menayang muka tanpa emosi.
“Apa ni?” tempelakku.
Dia melepaskan pegangan dan mendekatiku. Usai terpacak menghadap, dia bersuara. “Stay away from him.”
“Siapa?” Aku menyoal kembali dengan kerutan tebal.
“Siapa pun dia bagi kau, hinggakan kau hampir-hampir dilanggar, lebih baik kau jauhkan diri daripada dia.”
Badri. Dia bercakap tentang Badri.
“Kenapa?”
Dia tidak menjawab, sebaliknya dia melangkah meninggalkan aku. Rengusan kuat, aku lepaskan. Sudah cakap benda-benda pelik, sesuka hati pula mahu berhenti tengah jalan. Kalau dah mula cakap tu, cakap ajelah sampai sudah.
Lalu, aku berlari anak dan menghadang laluannya.
“Apa?” soalnya dengan suara separuh jengkel.
“Saya tanya, kenapa? Kenapa awak cakap macam tu? Awak kenal dia ke? Mana dia tinggal? Apa dia buat?” Bertalu-talu soalan yang aku pantulkan. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam hati.
Dia melihat tepat ke mukaku sebelum bertutur penuh ketegasan. “Dengar cakap aku. Stay. Away. From. Him.”
“Kenapa pula saya nak dengar cakap awak? Dan kenapa pula saya perlu jauhkan diri daripada dia? For your information, dia kawan baik saya. Sejak sepuluh tahun lalu,” bangkangku dengan suara yang semakin beremosi.
“Kalau macam tu, dah tiba masanya untuk kau tamatkan persahabatan sepuluh tahun ini.”
Aku terkemap. Mudah sekali dia menuturkan bicara sedemikian. Tamatkan persahabatan yang berusia sepuluh tahun? Buang satu-satunya kawan baik aku? Lempar manusia yang paling bermakna dalam hidup aku? Tidak mungkin!
“Ikuzo (Jom).”
Suaranya mengejutkan aku. Belum sempat aku menghalang, dia dan Ryohei sudah pun berjalan pergi. Lalu, yang termampu aku buat cuma memandang belakang gagah dua orang lelaki. Langkah mereka pantas tanpa ragu-ragu. Jelas menampakkan bahawa mereka tidak akan menoleh lagi. Jelas menandakan bahawa aku di sini bingung sendiri.
“Stay away from him.”
Bicara yang satu itu berdengung-dengung di seluruh telinga.
*****
GAMBAR yang tertera di skrin telefon kupandang lama. Inilah gambar terakhir yang aku ambil bersama Badri. Waktu itu, dia bakal berlepas ke Jepun. Aku masih ingat betapa gembiranya Mak Cik Kasmah atas kejayaan anaknya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di Jepun. Wanita tua itu percaya, dengan adanya master, Badri pasti akan lebih mudah mendapat kerja dengan gaji yang lebih tinggi. Mereka akan lebih senang, lebih bahagia. Tetapi, sekarang...entahlah! Aku tidak tahu mahu berfikir apa lagi. Semuanya terlalu membingungkan.
Aku meletakkan telefon di bawah bantal. Muka diraup perlahan. Keluhan dilepaskan. Kepala yang sedikit berdenyut dipicit-picit. Seketika berlalu, aku bangkit dari pembaringan. Jaket tebal diambil dan disarung ke tubuh. Selendang dililitkan di kepala. Kemudian, aku menyelak pintu tarik jenis tradisional bergelar shoji yang menutupi ruang dormitari. Langkahku laju menuruni anak tangga yang menuju ke tingkat bawah. Hajatku, mahu mengambil angin. Serabut rasanya terkurung dalam dormitari yang agak sempit. Sudahlah kepala otak memang tengah serabut.
Seusai memakai kasut, aku membuka pintu hadapan Hitsuji-An. Setapak aku melangkah keluar. Jaket ditarik lebih rapat ke dada. Kepala didongak ke langit. Tiada bintang. Tiada bulan.
“Nailah Farafisha.”
Segenap tubuhku keras. Jantung bagai berhenti berdegup. Perlahan-lahan, aku memalingkan muka ke sebelah kanan. Dari sebalik dinding, satu kaki keluar. Dan satu lagi hinggalah sesusuk tubuh elok terpacak di bawah bayang-bayang cahaya lampu.
“Badri...” cetus bibirku antara dengar tak dengar.
Dia mengangkat sebelah tangan dan melambai padaku. “Long time no see.”
Dan-dan, kolam mataku bergenang. Oh, Tuhan! Dia betul-betul Badri yang aku cari selama ini.
“Hei, cik kak. Aku bukan suruh kau menangis.” Suara yang sekian lama tidak didengari itu berkumandang lagi. Kali ini, lebih dekat kerana dia sudah pun tercegat di hadapanku.
“Bad...Badri...”
“Ya, aku.” Dia menyambut dengan senyuman. “Ini betul-betul aku. Bukan hantu.”
“Apa...macam mana...” Suaraku tersekat-sekat. Entah apa yang aku mahu cakap, aku sendiri tidak tahu. Otakku kosong.
“Aku yang patut tanya soalan pada kau. Apa kau buat di sini, Nailah? Kenapa kau ada di Jepun?”
“Kau tahu kenapa.”
Air muka Badri berubah sedikit. Serius.
“Then, go back. Kau takkan dapat apa yang kau cari.”
Aku mengerutkan dahi. “Apa maksud kau?”
“Aku...” Badri menghenti kata buat sesaat, meraup wajah dan menyambung. “Takkan pulang.”
“Kenapa?” Laju aku menyoal.
“Jangan tanya kenapa.”
“Kenapa pula tak boleh?”
“Kan aku dah cakap tadi. Jangan tanya kenapa.” Nada suara Badri kedengaran semakin keras.
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Kau kena balik Malaysia secepat mungkin,” sampuk Badri. Tangan kananku yang berbalut dengan sarung tangan diambil. Kemudian dia meletakkan sesuatu di atas telapak tangan. “Ambil duit ni. Cukup untuk beli tiket flight.”
Aku pandang Badri lama-lama. Rasa geram mula membanjiri hati. Apa masalah dengan dia ni? Beribu-ribu batu aku tempuh, bermacam-macam cara aku buat untuk cari dia, dan sekarang bila dia sudah terpacak depan mata, sesenang itu sahaja dia mahu aku pergi?
“Aku tak nak duit kau, Badri. Aku nak kau balik dengan aku,” tegasku seraya menyerahkan kembali duit tersebut.
“Aku tak boleh balik, kau faham tak?”
“Mak kau cari kau. Hari-hari dia menangis. Kau tak kasihan kepada dia?”
Badri terdiam. Melalui pandangan matanya, aku tahu dia jelas terkesan saat soal ibunya disebut. Bibirnya digigit. Itulah tabiat Badri yang sangat aku jelas. Kala kekusutan, lelaki itu gemar mengigigit bawah bibirnya.
“Aku hantar duit tiap-tiap bulan.” Perlahan dan tanpa keyakinan Badri bersuara.
“Kau fikir dia hadap duit kau? Eh, dia nakkan anak dia. Bukan wang ringgit!” bentakku.
Sekonyong-konyong, Badri senyum. Sinis dan kelat sekali.
“Tapi duit penting juga, kan? Kalau tak, takkanlah ayah aku sanggup...”
“Kau nak jadi macam dia? Hidup bertuhankan duit sampai musnahkan semuanya. Macam tu?”
Riak wajah Badri berubah tegang. Dia memusing tubuh dan tanpa kuduga, menendang tong sampah berdekatan. Berdentum bunyi tong besi tersebut. Aku tersentak kuat.
“Aku...” Dia bertutur dengan tubuh yang masih membelakangi aku. Kedua-dua belah tangannya dikepal kuat. “Bukan macam dia. Jangan kau berani samakan aku dengan dia.”
Aku diam. Ingin sekali aku mengetuk kepala sendiri. Sudah tahu itu pantang dia, kenapa diungkit-ungkit lagi?
“Ingat, Nailah. Kau kena pergi dari sini.” Badri menyambung bicara. Nada suara sudah tidak sekeras tadi, tetapi masih berbalut ketegasan.
“Aku tak boleh, Bad. Aku dah janji dengan emak kau. Aku kena bawa kau balik.” Buat kesekian kali, aku membangkang.
Badri kembali menghadapku. Renungan matanya tampak sedih.
“Tolong jaga mak aku.”
Wajah sugul itu kutatap dalam-dalam. Sepuluh tahun mengenali dia, membuatkan aku dapat membaca Badri. Ada sesuatu yang tidak kena. Aku tahu. Aku pasti.
“Apa yang kau dah buat, Badri? Kenapa kau tak boleh balik?” tebakku tanpa berlindung.
Dia senyum tiba-tiba. Kelat. Palsu. Plastik.
“Ini pilihan aku. Dan aku dah tak boleh berpatah balik.”
“Pilihan? Pilihan apanya? Kau pilih untuk tinggalkan mak kau macam tu aje? Tinggalkan aku?” Aku bermain soalan. Hati semakin diamuk emosi. Kotak memori pula ditujah-tujah dengan muka Mak Cik Kasmah, pandangan mengharap wanita itu, suaranya yang merayu aku mencari anaknya.
“Kalau boleh, aku tak mahu tinggalkan mak. Tinggalkan kau. Kau tahu itu, kan? Tapi Nailah...” Dia senyum lagi. Senyum yang tidak sampai ke mata. “Kadang-kadang, kita takkan dapat apa yang kita nak dan apa yang kita harapkan.”
“Tapi sekurang-kurangnya, tolong bagitahu kenapa. Kami berhak tahu sebabnya, Bad. Kalau aku balik Malaysia tanpa kau, apa yang aku nak bagitahu mak kau?”
“Cakap saja, kau tak jumpa aku.”
“Itu berbohong namanya.”
“Pembohongan yang perlu. Itu lebih baik daripada kau cakap terus-terang yang aku tak mahu balik, kan?”
Aku terdiam. Badri betul. Pasti hancur hati Mak Cik Kasmah itu kalau aku beritahu perkara yang sebenar. Tetapi, aku juga tidak tegar merodok hati tua itu dengan sebuah pembohongan.
“Dengar cakap aku. Pergi dan jangan sesekali cuba cari aku lagi.”
Wajah yang sedang bercakap itu aku tatap dengan rasa hati yang berat. Pedih. Ibu yang bersusah payah mengandungkan dia, melahirkan dan membesarkan dia bagai tiada makna baginya. Persahabatan yang lama pula ditamatkan begitu sahaja. Adakah aku dan Mak Cik Kasmah betul-betul tiada erti bagi Badri? Tiada makna langsung? Aku tertanya-tanya sendiri.
“Kau memang tak nak jumpa mak kau lagi ke? Dah tak nak jumpa aku?” soalku lirih.
Pandangan mata sedih Badri terbias lagi. Dia seperti tidak rela dengan bicara sendiri. Jadi, kenapa perlu luahkannya kalau tidak memaksudkan?
“Seperti yang aku cakap tadi, kita takkan selalu dapat apa yang kita nak. Jadi kau baliklah. Tolong jaga mak aku. Tiap-tiap bulan aku akan masukkan duit.”
“Tapi...”
“Kau teringin buka kedai kek sendiri, kan? Bila aku cukup duit nanti, aku bagi kau. Kau bukalah kedai impian kau.”
Air mataku menitik setitis. Entahlah, kata-kata yang terluncur dari mulut Badri itu kedengaran seperti wasiat. Seperti pesanan terakhir. Dan dia akan pergi untuk selama-lamanya. Aku akan kehilangan dia.
“Kau ni memang tak berubah dari dulu, kan? Asyik menangis aje,” ucap Badri disusuli tawa halus.
“Aku cuma...”
“Aku tahu. Kau cuma menangis depan aku, sebab hanya aku yang akan hentikan tangisan kau. Tapi Nailah...”
“Hmmm...”
“Lepas ni, aku dah tak boleh ada dengan kau lagi. Jadi kau kena jaga diri kau sendiri.”
Kala mendengar bicara tersebut, rasa sebakku mencanak naik. Mulut kutekup, bersama air mata yang semakin berjurai.
Badri merapat dan menundukkan sedikit kepalanya agar sama aras dengan mukaku. Birai matanya tampak bergenang. Berkaca-kaca.
“I’m sorry. Tapi percayalah, aku buat ini demi kebaikan kita semua.”
Kebaikan apanya? Apa yang baik tentang dia lempar kami jauh-jauh?! Ingin aku menempelak begitu, tetapi lidahku kelu. Aku cuma mampu melihat dia mengundurkan badannya ke belakang, menayang senyum plastik dan melambaikan tangan tanda perpisahan. Kemudian dia memalingkan tubuh.
“Bad...Badri!” teriakku seraya berlari mendapatkannya. Kedua-dua tangan didepa di hadapannya. “Kau tak boleh buat kami macam ni.”
Dia memandangku sekilas, sebelum menolak tubuhku ke tepi. Tidak kasar, tetapi cukup untuk membuatkan aku membuka laluan.
“Aku pergi dulu,” ucapnya seraya menyambung langkah.
“Bad, please....” Aku mula merayu.
Dia menghentikan langkah beberapa depa jauh dariku. Tanpa menoleh, Badri kemudiannya bertutur.
          “Lelaki tadi...stay away from him.”

~Bersambung...~

Siapa AK? Siapa Badri? Kenapa Nailah perlu jauhkan diri? Jeng3..

Oh, ya! Sape2 ada wattpad, jom follow Cik SA (ID: sara_aisha). TQ. =)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

25 comments:

  1. Mama pon terkezut AK cakap malay... Rupanya mmg dia bleh cakap malay ek... Org malaysia ke??? Haishhh nape badri xleh balik pulak??? Dia dag join geng jahat ka??? Uwaaaa byknya persoalan... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk, banyak sungguh persoalan mummy ni...haha! sabar2. semuanya akan dijawab nanti...=)

      Delete
  2. Mama pon terkezut AK cakap malay... Rupanya mmg dia bleh cakap malay ek... Org malaysia ke??? Haishhh nape badri xleh balik pulak??? Dia dag join geng jahat ka??? Uwaaaa byknya persoalan... :(

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Bestnya... X sabar nak baca bab 4. Lambat lagi ke nak keluar novel ni cik sara??

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ. Err, manuskrip belum siap. Hopefully end of the year, dah publish. Kalau tak, mungkin awal tahun depan.

      Delete
  6. Sesuatu nih! Badri cam terlibat dalam aktiviti gelap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeng3...itu kita kena tunggu...hehe

      Delete
  7. Replies
    1. insyaAllah nanti sy masukkan. =)

      Delete
  8. Sukaaaaaaa!!!tak sabat tggu full novel =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, dear. tak sabar jugak nak siapkan..hehe

      Delete
  9. Best sangat... oh AK....oh Badri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ! Eh, minat AK ke Badri ni? hahaha

      Delete
  10. Best sangat... oh AK....oh Badri...

    ReplyDelete