Sneak peak projek baru Cik SA

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi!

Siapa suka novel kedua Cik SA, Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu? Okey, kali ni, untuk projek baru, Cik SA plan untuk tulis satu lagi novel action romance. CRT punya setting kat Thailand. Projek baru plak, setting kat Jepun. How's that sound? Tapi, tajuk belum confirm.

So, kita tgk sneak peak sikit, ya. Manuskrip baru siap satu bab, so memang sikitlah teaser nya...hehe.

*****

“Da-re?! (Siapa?!)”
            Satu jerkahan hinggap di peluput telinga. Aku tahu dia menyoal siapa aku, namun lidahku kelu untuk mengeluarkan bicara.
            “Omae da-re?!! (Siapa kau?!!)”
            Sekali lagi dia menengking, siap dengan parang yang diangkat tinggi.
            “Argh!!!!” Aku menempik kuat sambil memejam mata ketat-ketat.
            Prang!
            Suatu bunyi aneh menerjah gegendang telinga. Libasan yang sepatutnya hinggap di tubuh tidak sampai-sampai. Takut-takut, aku membuka mata.
            Aku. Masih. Bernyawa.  
            Tetapi apa yang terhampar di ekor mataku sekarang, cukup mengejutkan. Tepat di tepi leher kiriku adalah sebilah pedang samurai yang sedang menghadang parang. Mata pedang itu cuma beberapa inci jauh daripada mengenaiku. Lututku spontan lemah. Tubuh mula longlai ke bawah, namun satu tangan kekar terlebih dahulu menarik pinggangku. Langsung, aku terdorong ke arah tuan empunya badan dan terhampar dalam satu pelukan erat. Sesaat, aku terkesima.
            Dengan sebelah tangan yang kemas di pinggangku, dia memusing tubuh. Automatik aku terpusing sama, tidak ubah seperti pasangan yang sedang berdansa. Sebelah tangannya yang lain pula ligat melibas pedang, menghadang serangan yang bertubi-tubi datang. Pedang tersebut sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Menahan dan menyerang. Beberapa batang tubuh mulai jatuh bergelimpangan di sekeliling, sudah selamat menjadi mangsa lelaki di sisiku.
            Satu saat, dia menolakku ke tepi sebelum melemparkan tendangan buat seorang lelaki yang hampir-hampir menyerangku dari belakang. Kemudian, aku kembali ditarik ke dalam rangkulan gagahnya. Dalam keadaan bingung, aku menengadah muka. Dari sebalik bayang-bayang cahaya bulan, aku melihat sisi wajah seorang lelaki yang jelas serius. Sepasang matanya merah garang. Hidung mancungnya mendengus-denus. Bibirnya pula diketap kuat bersama rahang yang turun naik.
            Dia. Sedang. Marah.
            Setelah menjatuhkan lawan yang terakhir, dia melepaskan tubuhku. Kasar sekali caranya. Mujur sahaja aku cepat-cepat mengimbangkan badan. Kalau tidak, pasti sudah tersungkur jatuh. Lambat-lambat aku mendongak. Saat itu juga, air liurku terasa melekat di celah kerongkong. Bulu romaku tegak meremang. Dan sekarang, aku sudah tidak pasti sama ada aku telah diselamatkan atau mungkin juga bakal menjadi mangsa.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

3 comments: