[Mininovel Limited Edition] Dendam Bersulam Cinta - Bab 1

Assalamualaikum, darlings

Seperti diwar-warkan, Cereka Cinta mengandungi tiga buah mininovel. Ryu, yang hot, ganas dan cold korang dah kenal, kan? So, kali ini Cik SA memperkenalkan sebuah lagi mininovel. Sebagai kelainan, DBC adalah novel POV1. Fefeeling 'aku' gitu....hehe

I'm Not A Monster, Cik SA takkan upload sambungan dah sbb nk perkenalkan mininovel yg lain pula. So, kalau nak sambung dating dgn Ryu, bolehlar order kompilasi mininovel Cereka Cinta, ya. TQ sooooo much!

So, without further ado, enjoy DBC! 

******



BAB 1

“JODOH? Huh! Jodoh tu cuma alasan aje!! Tak ada makna langsung!!”
            Terbuntang luas mataku mendengar setiap patah kata yang terbit daripada bibir suami yang baru sahaja aku nikahi. Tadi sewaktu aku mengatakan bahawa akhirnya kami dapat bersama kerana jodoh, Amsyar tiba-tiba sahaja ketawa. Bukan ketawa biasa yang aku gemar, tetapi ketawa yang kedengaran terlalu jelik di gegendang telinga.
            “Abang?” Hanya itu sahaja yang mampu terluah daripada kerongkongku. Amsyar kulihat cuma tersenyum sinis sambil melabuhkan punggung ke atas sofa. Kemudian dia merenungku dari atas ke bawah, bagaikan menelanjangiku dengan renungan tajam membunuhnya itu. Perasaan tidak selesa automatik menyerbu masuk.
            “Kau tahu tak, kenapa aku kahwin dengan kau?”
            Dahiku mula berlapis. Aku, kau? Sejak bila ada ‘aku’ dan ‘kau’ di antara kami berdua? Mana hilangnya ‘abang’ dan ‘sayang’ yang kami guna selama ini? Soalan jenis apa pula yang dia soal tadi? Aku dan dia sudah bercinta selama dua tahun lamanya. Bukankah…bukankah kami bernikah kerana saling mencintai?
            “Kita…kita kan…aaahhh!!!” Belum pun sempat aku menyudahkan kata, tidak semena-mena Amsyar menarik aku ke arahnya lantas membuatkan aku mendarat ke atas ribaannya. Wajahnya cuma beberapa inci jauhnya daripada wajahku sendiri. Dekat!
            “Apa…apa...abang buat ni?” Tersekat-sekat suara yang terpacul. Segenap muka terasa membahang. Seperti tadi, senyuman maha sinis tersungging di bibir Amsyar. Seketika kemudian tangan kanannya mula menjalar ke pipiku.
            “Apa ni?!” Tanpa sedar laju sahaja aku menempelak perbuatannya. Tangan itu ditepis kuat. Entah kenapa aku berasa tidak selesa dengan perlakuannya, walhal dia sudah sah menjadi suamiku.
            “Kau tanya apa tadi? Apa ni? Huh, kau ingat apa aku buat? Kau tu….” Tiba-tiba Amsyar memegang belakang leherku dan menarik wajahku mendekati mukanya.
            Aku sedikit terpana sebelum akhirnya bertindak merenung tajam ke muka Amsyar. Kami bersabung mata. Amsyar mencerlung tajam umpama helang mencari mangsa. Saat itu, aku seperti dapat melihat suatu perasaan yang kelihatan terlalu berlainan dalam sepasang mata itu. Tidak ada lagi cinta dan sayang yang selalu dihadiahkan buat diriku. Yang tinggal cuma….kebencian?
            Oh, Tuhan! Hampir-hampir sahaja aku menekup mulut. Amsyar, lelaki yang paling aku sayangi, suamiku sendiri….membenciku? Tapi...tapi kenapa?
            “Kau tu isteri aku. Dan aku boleh buat apa sahaja yang aku nak pada kau.”
            Berdesing telingaku mendengar tutur katanya yang dingin dan mendatar. Amsyar yang selama ini romantis dan lembut sudah hilang entah ke mana. Yang tinggal di hadapanku kini adalah lelaki yang langsung aku tidak kenali. Lelaki yang dinginnya terlampau!
            “Aku akan buat kau….menderita,” bisik Amsyar ke telingaku.
            Mataku terbeliak. Hatiku pula terasa seperti ditusuk belati yang paling tajam, dirobek-robek dengan cukup kejam.
            “Apa abang cakap ni?” Perlahan aku menyoal kembali. Mataku sudah pun berkaca-kaca.
            Buat kesekian kalinya Amsyar mempamerkan senyuman sinis. Dan dengan setiap senyuman sinis itu, secebis hatiku seperti dibawa pergi. Tidak! Bukan dibawa pergi tetapi dibunuh kejam!
            “Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.”
            Duniaku terasa berdentum. Jantungku terhentak kuat. Sekelipan aku terbangun daripada ribaan Amsyar. Segenap tubuhku mula menggeletar. Tutur katanya sebentar tadi berdengung-dengung di hujung telinga. Dia mahu hancurkan aku? Amsyar, lelaki yang bertahun-tahun menjadi kekasihku sebenarnya mengahwiniku kerana mahu menghancurkan aku? Apa semua ini?!
            Amsyar menyandarkan tubuhnya ke sofa dengan lagak penuh selesa. Sebelah tangannya diangkat ke belakang leher. Matanya pula tidak lepas daripada meratahku.
            “Kau ingat aku cintakan kau? Huh! Pergi jahanamlah dengan perasaan cinta kau tu!!” jerkah Amsyar tiba-tiba.
Bahuku terhinjut. Terkejut!
            “Kau tahu tak berapa lama aku tunggu saat ni? Berapa lama aku terpaksa berlakon cintakan kau sebab nak kau jatuh ke genggaman aku? Dua tahun! Dua tahun aku terpaksa maniskan muka depan kau sedangkan dalam hati ni, aku nak sangat cekik-cekik kau sampai mampus!!”
            Aku mengetap bibir kuat-kuat. Air mata yang sedari tadi hanya bergenang di tubir mata akhirnya bercucuran turun. Ya Allah! Pedihnya hatiku saat ini. Hancur lumat sekeping hati ini mendengarkan setiap patah kata yang keluar daripada mulut Amsyar.
            “Ke…kenapa? Apa Ana dah buat? Apa dosa Ana?”
            Tidak semena-mena Amsyar bangun dari duduknya. Dengan gaya yang cukup perlahan, dia menapak, dekat dan semakin dekat bersama wajah yang sangat keras. Aku menelan air liur. Sedikit demi sedikit aku berundur ke belakang. Namun belum pun sempat aku menjauh, Amsyar terlebih dahulu merengkuh bahuku. Cengkamannya cukup kuat.
            “Sa…sakit…” Aku bersuara dengan wajah yang menyeringai kesakitan.
            “Kau tanya aku kenapa? Baik kau tanya papa kesayangan kau tu, apa dia dah buat pada keluarga Adam.” Tanpa mempedulikan aku yang kesakitan, Amsyar menjawab. Dingin sekali! Seketika kemudian dia melepaskan pegangan di bahuku dengan cukup kasar. Dek kerana tidak dapat meneka tindakannya itu, aku terjelepuk jatuh.
            “Aduh!” Aku mengaduh sambil memandang Amsyar yang hanya membalas pandanganku dengan kosong.
            “Bangun. Jangan nak buat muka sedih kat situ,” sinis suamiku itu. Tiada langsung biasan rasa bersalah atas kekasarannya tadi.
            “Bangun…aku cakap,” selanya lagi. Kepalanya sedikit ditundukkan padaku yang masih elok terduduk di atas lantai.
            Perlahan aku menyeka air mata dan bangkit. Punggungku yang terasa perit dibiarkan sahaja. Ah, apalah sangat rasa sakit itu jika dibandingkan dengan betapa hancurnya hatiku saat ini!
            “Pergi mandi,” arah Amsyar sambil memusing tubuh.
            Aku terkaku di belakang suamiku yang kelihatan tegap. Bagaikan perasan akan tingkah bingung aku, dia menoleh dengan kening yang terangkat.
            “Malam ni kan malam perkahwinan kita. Mestilah kau kena bersih, kena wangi untuk aku.”
            Tersirap darah panas ke wajahku. Setelah apa yang dia ucapkan tadi, berani sungguh dia berkata begitu? Kurang ajar!
            Perlahan aku menggenggam kedua-dua tanganku. Perasaan sebak yang sedari tadi bertamu dalam diri sedikit demi sedikit berubah menjadi amarah. Amsyar fikir kerana dia suami, dia ada hak untuk memperlekehkan maruah aku? Apa dia fikir kerana aku ini seorang isteri, aku akan biarkan dia perlakukan sewenangnya padaku? Tidak! Aku bukan perempuan yang boleh diperkotak-katikkan begitu!
            “Takkan ada malam perkahwinan antara kita.”
Usai aku menyudahkan kata, kedua tangan tegap Amsyar hinggap lagi di bahuku. Kasar dia menolak tubuh kecilku hingga melekat ke dinding. Terpana aku dengan tindakan drastik lelaki itu. Namun sesaat cuma! Kerana selepas itu aku dengan berani mengangkat pandangan dan merenung tajam. Aku mahu dia tahu bahawa walau sedalam mana pun perasaan cinta aku pada dia, aku takkan biarkan dia perlakukan aku begini. Takkan!
“Kau tak layak untuk cakap macam tu. Aku akan buat apa sahaja yang aku nak pada kau. Dan aku nak kau balas balik atas segala perbuatan Dato’ Johari pada keluarga aku. Aku nak kau musnah.”
Dengan bisikan dingin itu, Amsyar mendukung dan membanting tubuh genitku ke atas katil.
“Apa…apa awak nak buat?” Takut-takut aku menyoal. Tubuh yang separuh baring diangkat kembali.
“Kau fikir?” Amsyar menyinis tajam. Baju melayu yang membaluti tubuh sudah pun ditarik keluar.
“Jangan…” rayuku sambil menolak tubuh ke hujung katil. Tetapi, Amsyar lebih cepat bertindak. Hujung kakiku ditarik lantas membawa aku kepadanya kembali. Tubuhku dipusing dengan cukup rakus, menempatkan diriku betul-betul di bawahnya. Muka garangnya kini benar-benar dekat dengan mukaku. Berdengus-dengus!
“Please, Amsyar. Don’t do this to me.” Lagi aku merayu. Air mataku meleleh laju, menahan rasa takut dan perit. Namun tiada guna. Bahkan Amsyar semakin menguatkan cengkaman di kedua-dua belah pergelangan tanganku. Sesaat kemudian, suami yang baru aku nikahi, suami yang sepatutnya melindungiku bertukar menjadi syaitan. Ya, syaitan yang bertopengkan manusia!
Dan aku….apalah sangat kudratku untuk melawan tenaga seorang lelaki? Yang termampu aku lakukan hanyalah menangis dan menjerit dengan suara yang tersekat di celah kerongkong.
‘Ya Allah!!! Selamatkan aku….’
*****
RAUT wajah yang terpantul di hadapan cermin itu aku tatap dengan pandangan mata yang mati. Sembab, buruk, hodoh. Itulah yang terpampang. Kemudian anak mataku ditalakan pula pada kesan lebam yang ternampak di leher, bahu dan lengan. Mengingati segala yang sudah terjadi membuatkan setiap inci tubuhku bergetar kuat. Pelbagai perasaan membuak-buak dalam diri. Benci! Marah! Hina! Jijik! Keji! Semuanya bergaul sebati, membuatkan aku jadi menyampah melihat wajah sendiri.
            ‘Perempuan jenis apa kau ini, Nurul Jannah? Kenapa kau tak boleh pertahankan diri kau sendiri? Kenapa kau biarkan dia buat macam tu pada kau? Kenapa?!!!’
            “Kerana dia suami kau? Kerana dia berhak?” Suaraku meletus perlahan, menjawab monolog yang tidak sudah-sudah.
            “Tak…tak.” Aku menggelengkan kepala. “Mungkin benar dia suami kau, Jannah. Tapi dia tak ada hak untuk buat kau macam tu. Tak ada!”
            “Hei!!!”
            Bahuku terjongket. Bunyi ketukan yang bertalu-talu di pintu bilik air menghentak gegendang telinga. Ekor mataku dilirik ke arah pintu yang tertutup itu.
            “Apa yang kau lama sangat dalam tu? Buka pintu ni!”
            Sekali lagi aku membasuh muka. Rambut yang basah diselit ke belakang telinga. Nafas pula ditarik dalam-dalam. Aku mahu menayangkan muka yang kuat. Muka yang tidak terkesan dengan apa yang sudah berlaku, walhal seluruh diri, hati, jiwaku sudah remuk redam. Tiada apa lagi yang tertinggal!
            Langkah diangkat satu persatu, hingga aku akhirnya terpacak di hadapan muka pintu. Bibirku digigit sesaat sebelum tombol pintu dipulas. Wajah Amsyar tersembul jelas. Masih dengan lagak sinis yang serupa.
            “Tak perlulah kau cuci diri kau lama sangat. Hakikatnya kau dah kotor.”
            Berderau air mukaku. Terketar-ketar tanganku menahan diri daripada menampar mulut lancang lelaki ini.
            “Ya, kau memang betul. Aku dah jadi kotor sebab aku disentuh lelaki kotor macam kau. Lelaki jijik. Lelaki keji!” balasku kasar. Sudah aku buang jauh-jauh perkataan ‘Ana-abang’ atau ‘saya-awak.’ Kau yang mahu beraku-kau, itu yang kau dapat, Amsyar!
            Riak muka Amsyar tampak berubah. Rahangnya terketap-ketap. Matanya memerah. Menyinga!
            “Well, you’re right. Aku memang lelaki jijik, lelaki kotor. Dan…” Amsyar mendekat dan memerangkapku ke dinding. Kepalanya diturunkan menyamai aras mukaku. “Tugas kau adalah layan lelaki keji ini.” 
            Aku tidak menjawab. Sebaliknya aku menyepetkan mata, membalas renungannya. Lelaki yang menjadi pujaan hati selama ini, kupandang dengan rasa marah yang meluap-luap. Aku memang bodoh kerana mencintai dia. Memang bodoh!
            “Hmm, wangi…” Tanpa semena-mena, Amsyar mengubah laku. Suaranya lembut dan perlahan. Tetapi aku tahu, dia cuma menyindir. Atau lebih tepat lagi, menghinaku.
            “Macam nilah isteri aku,” sela Amsyar lagi. Mukanya semakin didekatkan. Cepat-cepat aku memusing kepala ke sebelah kiri. Tidak rela disentuh. Namun secepat itu juga, Amsyar memegang bawah daguku dan membawa mukaku kembali menghadapnya. Kemudian dengan kasar, dia memagut bibirku.
            Mataku terbeliak sejenak sebelum aku meronta-ronta. Tanganku terkapai-kapai cuba menolak tubuh kekar Amsyar.
            Seketika berlalu, Amsyar akhirnya menghentikan tindakannya.
            “Kau memang…” desisku di sebalik bibir yang terketap-ketap.
            “Kenapa? Mahu tampar aku? Mahu buat adegan macam dalam drama tu?” sindir Amsyar sambil menayangkan pipi ke hadapanku.
            Aku mengepal kedua-dua belah tangan.
            “Huh, kau jangan harap boleh buat macam tu pada aku. Lagi kau berkasar dengan aku, lagi aku akan kerjakan kau. Jadi lebih baik kau behave.” Usai menghamburkan kata berbaur amaran, Amsyar lenyap di sebalik pintu bilik air. Lalu tinggallah aku terkontang-kanting dengan rasa pedih dalam hati. Sakit! Perit!
******
“ANAK papa macam mana?”
            Suara girang papa bergema di hujung gagang telefon. Aku menyengap tanpa kata. Apa yang bermain-main dalam fikiranku cuma kata-katanya.
            “Baik kau tanya papa kesayangan kau tu, apa dia dah buat pada keluarga Adam.”
            “Aku nak kau balas balik atas segala perbuatan Dato’ Johari pada keluarga aku.”
            Ingin sekali aku membuka mulut dan terang-terangan menyoal papa. Namun lidahku kelu, seolah-olah ada gumpalan besar yang menyekat aku daripada melantunkan pertanyaan. Bagaimana kalau jawapannya akan meremukkan lagi hati yang sudah remuk ini? Bagaimana kalau papa benar-benar sudah membuat sesuatu kepada keluarga Amsyar? Bagaimana kalau papa ada kena-mengena dengan hakikat Amsyar adalah anak yatim piatu? Entahlah, aku tidak fikir bahawa aku sanggup untuk mendengar hakikat yang sedemikian rupa. Aku tidak sanggup melihat papa sebagai seorang pemusnah, penghancur keluarga orang.
            Dahulu, saat aku dan Amsyar bercinta…konon-kononnya, dia sukar sekali membuka mulut tentang keluarganya. Apa yang aku tahu cuma, Amsyar adalah seorang anak yatim piatu. Dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sewaktu berusia lima tahun. Amsyar berusaha sendiri untuk menjadi seperti dia sekarang, seorang penganalisa kewangan yang berjaya, malahan pernah bekerja di Wall Street Journal. Kerana itulah, aku dengan senang dan bodohnya membuka hati kepada lelaki itu. Kerana aku fikir dia adalah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab, yang sanggup berusaha dari bawah, yang tidak memerlukan pengaruh ibu bapa dalam membuat apa-apa pun, seperti kebanyakan sahabat-sahabatku yang rata-rata dari golongan anak-anak Tan Sri dan Datuk.
            “Ana! Ana!”
            Aku tersentak. “Ya, ya, papa.”
            “Kenapa senyap aje ni? Rindukan papa, ya?”
            Senyuman kelat terkulum di hujung bibir. Kepalaku terangguk dengan rasa hati yang mula sebak. Kalaulah papa tahu apa yang sudah berlaku, pasti papa sanggup terbang kembali pulang ke sini.
            “Ana rindukan papa. Sangat-sangat,” jawabku dengan suara yang ditahan-tahan, tidak mahu papa mengesan apa-apa yang tidak kena.
            “Aduh, anak papa ni manja sangat. Kan dah ada suami tu, bermanja sajalah dengan dia.”
            Bermanja dengan Amsyar? Huh, jauh panggang dari api. Apa yang lelaki itu tahu cuma menyakitkan aku.
            “Papa minta maaf, sayang. Lepas aje majlis Ana, papa terpaksa fly ke sini. Bila dah selesai urusan, balik ya. Ana nak apa-apa tak?”
            Ya, seusai majlis pernikahan aku dan Amsyar, papa terpaksa ke Sweeden demi urusan perniagaan. Lalu tinggallah aku sendiri bersama suami yang membenci diri ini.
            “Ana…”
            “Ana tak nak apa-apa. Ana just nak papa.”
            Papa tergelak di sebelah sana. Ah, pasti papa fikir aku cuma bercanda sedangkan apa yang baru terluah itu benar-benar datang dari hati.
            “Isy, tak habis-habis manja dia. Kalau nak papa, Ana kena tunggu lamalah. Papa masih ada banyak urusan di sini.”
            “Tapi…”
            “Ana sepatutnya berterima kasih pada papa, tau. Sebab papa bagi privacy pada Ana dan Amsyar.” Usikan papa diakhiri dengan tawa halus.
            Aku menjuih bibir. Gurauan yang sepatutnya menggeletek hati itu tidak menyentuh hati langsung, bahkan membuatkan aku kepanasan.
            “Okeylah, papa kena pergi dulu. Take care, sayang. Love you. Assalamualaikum.”
            Baru sahaja aku mahu menghalang, papa terlebih dahulu meletakkan telefon. Keluhan aku lepaskan sekali. Dalam diam, aku menjawab.
            ‘Waalaikumussalam.’

            
~Bersambung...~

Jahat kan hero kali ni? Huh, menyampah! Haha...

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

9 comments:

  1. Mencik haku! Ahahaahaha. Eeii!! Geramnyee!!!

    ReplyDelete
  2. Haha..jahat mcm hero cite siam jgk. :)

    ReplyDelete
  3. Wahhhh serius benci dgn hero nih... Huhuhu sabo je la..

    ReplyDelete
  4. Why sooo kejam? Huhu!

    ReplyDelete
  5. Rasa nak tembak je Amsyar ni! Urghhhh

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak beli buku tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh emel di novelissaraaisha@gmail. =)

      Delete