[Mini Novel Edisi Terhad] I'm Not A Monster - Bab 3

BAB 3

“AKU nak kau cari perempuan ni sampai dapat.”                                    
            Ryu memanggung kepala kepada lelaki yang baru sahaja menyerahkan satu sampul surat kepadanya.
            “Sebelum ini, aku serahkan hal ini pada Hector. Tapi, jantan keparat tu...bukannya nak sudahkan kerja aku, tapi berangan nak jatuhkan aku.”
            Kata-kata Zachary Ho pantas mengembalikan ingatan Ryu terhadap peristiwa satu minggu lalu. Saat dia dipaksa untuk berlawan dengan Hector demi memastikan bahawa dia tidak bersubahat dalam agenda Hector untuk menggulingkan Zachary Ho. Berlawan sampai mati. Itulah ujian yang telah dikenakan oleh Zachary Ho terhadapnya. Ya, demi membuktikan kesetiaannya terhadap lelaki itu, dia wajib membunuh Hector. Kerana itu kedua-dua tangannya kini sudah pun bermandikan darah. Dan Ryu yakin, Hector bukanlah mangsanya yang terakhir.
            “Tengok isi sampul lepas dah keluar. Aku tak nak sesiapa perasan akan tugas yang aku bagi pada kau ini. Dan ingat!” Jari telunjuk Zachary Ho terangkat ke muka Ryu. “Pastikan kau bawa dia pada aku hidup-hidup. Aku tak nak apa-apa jadi pada dia.”
Ryu menganggukkan kepala. Sudah jadi kebiasaannya untuk tidak banyak menyoal ketika mendapat apa-apa arahan daripada ketuanya itu.
            “Sekarang kau boleh pergi.”
            Selesai menerima segala arahan, Ryu mengundurkan tubuh dan meloloskan diri daripada pintu besar yang menyembunyikan Zachary Ho. Langsung tidak dipandang ke kiri dan kanan. Kepalanya tegak dan serius. Langkahnya panjang dan kemas hingga ke kereta. Usai melabuhkan punggung di tempat duduk pemandu, Ryu membuka penutup sampul. Tangan kanannya diseluk masuk ke dalam lalu dia menarik keluar beberapa keping gambar. Saat itu juga, matanya terbeliak besar. Jantungnya pula terasa bagaikan berhenti berdegup.
*****
KRANG!!
            Maya yang sedang mencuci pinggan di sinki mengeraskan badan. Kalau tidak silap perhitungan, dia baru sahaja mendengar bunyi sesuatu yang pecah.
            “Dah balik ke? Awalnya...”
            Tangan dilap pada tuala. Kaki melangkah setapak demi setapak ke arah pintu dapur. Baru sahaja Maya mahu membuka pintu tersebut, dia menutupnya kembali. Tubuhnya tersandar ke dinding. Matanya membuntang. Jari-jemarinya pula melekap di bibir, menghalang daripada cetusan apa-apa bunyi.
            “Cari dia.”
           Dari celah-celah pintu dapur, Maya dapat melihat seorang lelaki bersut hitam yang menendang pintu biliknya hingga pecah. Seorang lagi pula menyepak bilik air. Beberapa orang lagi membaling, melempar dan membanting barang-barang di ruang tamu. Berdentam-dentum bunyinya. Habis segala-galanya pecah. Hancur berderai!
       Setitis demi setitis peluh membasahi dahi Maya. Jantung yang sedia berdebar-debar, jadi bertambah laju degupannya. Dadanya turun naik dengan rasa takut dan seriau yang membuak-buak. Dia sedar bahawa dia hanya menanti saat sahaja untuk mereka menemuinya di sini.
“Little girl, are you in there?”
Bahu Maya terangkat. Terkejut besar. Matanya berbalam-balam memerhati tombol pintu dapur yang digoncang-goncang dari luar. Perlahan-lahan dia mengengsotkan tubuh ke belakang. Cuba melarikan diri walhal Maya sedar, tiada tempat untuk dia berbuat demikian. Ini bukan dapur yang punya pintu kedua. Ini bukan dapur yang menyediakan laluan bolos!
            “Kenapa main hide and seek ni? Abang-abang bukan nak apa-apakan kau....”
            Air mata Maya sudah pun meleleh di pipi. Suara garau diselangi tawa jengkel di luar sana benar-benar menakutkan dia. Sama. Ya, sama. Ketakutan ini sama. Serupa benar dengan malam itu. Malam di mana segala-galanya bermula. Malam kotor yang dicemari darah.
            “Pecahkan pintu.”
     Maya bertambah panik. Jantungnya terasa pecah bersama setiap satu tendangan yang menghempap pintu dari luar. Sekali, dua kali, tiga kali. Dan akhirnya....
            “Oh, kat sini pun kau...”
           Sedikit demi sedikit Maya mengundurkan diri ke belakang. Kepalanya tergeleng-geleng seraya melihat setiap satu wajah yang terpacak dari sebalik muka pintu.
            “Hmmm, cantik....”
            Pantas Maya menepis tangan lelaki bertubuh sasa yang tiba-tiba menyentuh pipi.
            “Woooo, woooo....berani nampak.” Lelaki yang sama menyindir pedas, diselangi tawa-tawa yang mengjengkelkan. Dan kemudian....
            “Erghh...”
       Berkerut dahi Maya menahan perit yang mencucuk-cucuk. Bagaikan mahu tercabut kulit tengkorak kepalanya saat lelaki yang Maya kira sebagai ketua merengkuh rambutnya. Kasar. Cukup kasar. Bibir Maya diketap kuat, mengekang bibir daripada mengerang kuat atau mengeluarkan apa-apa perkataan. Dia bisu. Dia harus kekal bisu!
        Masih dengan rambut yang ditarik kuat, Maya diseret keluar. Kedua-dua tangannya mencengkam tangan di kepala, berharap agar lelaki itu melepaskannya. Seketika kemudian, Maya dibanting ke tengah-tengah ruang tamu. Tubuhnya terhempap ke atas lantai yang keras lagi sejuk. Maya mengaduh dalam diam. Segala tulang-temulangnya rasa hampir patah.
            “Tsk...tsk...tsk...tak sangka betul, kan? Rupa-rupanya Ryu simpan perempuan dalam rumah dia. Patutlah tak pernah pandang mana-mana perempuan yang aku bagi selama ni. So tell me, darling...dah berapa lama kau jadi perempuan dia?”
            Maya membungkam tanpa suara. Mata basahnya terkelip-kelip melihat wajah lelaki yang dekat benar itu. Dalam hati, dia meraung-raung nama Ryu. Tolong, Ryu! Tolong pulang!!!
            “Aku tanya ni. Kau pekak ke apa?!!”
            Kepala Maya ditujah kasar hingga terpusing ke kiri.
            “Angkat dia.”
            Kedua-dua belah lengan Maya ditarik rakus, dan dicengkam ke belakang. Tubuh genit Maya dipaksa bangun.
            “Tengok sini.”
            Bawah dagu Maya dicengkam sehingga mukanya terangkat bertentang mata dengan lelaki yang tidak habis-habis melakukan macam-macam padanya. Dalam peritnya menahan segala keganasan, Maya membayangkan dirinya meludah ke muka itu. Mahu benar mencarut-mencarut dan menyumpah seranah ke muka hodoh ini. Berani lelaki ini berkasar dengan wanita! Berani memperlakukan dia macam tak ada nyawa!
            “Aku tanya, berapa lama kau jadi perempuan dia?”
            Diam. Maya tetap mendiam. Satu kerana lakonannya sebagai perempuan bisu. Kedua kerana dia tidak mahu membazir air liur menjawab soalan bodoh itu. Untuk apa dia memberikan kepuasan pada lelaki hina ini kerana mendapat jawapan? Tidak! Dia tidak setolol itu!
            “Aku paling pantang kalau orang tak menjawab soalan aku.”
           Maya mengetap bibir rapat-rapat. Lelaki di hadapannya merengus-rengus ganas. Jelas menahan amarah yang membuak-buak.
            “Perempuan jahanam!!!”
            Pang!
            Terpusing muka Maya. Pipinya rasa terkehel. Kepalanya berpinar-pinar. Bibirnya pula pecah dan basah. Darah!
            Sekonyong-konyong kedengaran bunyi hingar-bingar. Tidak lama kemudian pintu besar rumah terbuka luas. Baru sahaja ditendang dari luar. Ryu terpacak bersama wajah yang berdarah bercampur dengan hanyirnya peluh. Sepasang mata memerah garang. Sebelah tangan mencengkam leher seorang lelaki. Konco kepada manusia-manusia yang enak menghancurkan rumah mereka, mungkin. Merah padam muka lelaki itu menahan sakit dan cuba menghirup nafas yang semakin pendek.


            “Pilih. Kau nak lepaskan dia. Atau kau nak mati di tangan aku.” Suara Ryu yang sangat mendatar mula berkumandang.
            “Finally, you’re here! Ryu...Ryu, sejak kau jadi ketua Red Dragon, kau jadi makin sombong, kan? Tak tegur aku semalam.”
            Maya tersentak. Semalam? Jadi lelaki ini tahu tentang kewujudan dia kerana dia keluar bersama Ryu semalam?
            “Aku ni Rex. Ketua Bloody Tiger, mana boleh kau tunjuk lagak dengan aku.” Lelaki yang sama menyambung bicara dengan gaya yang cukup angkuh. Ryu pula masih mendiam dengan wajah tanpa perasaannya.
            “Jadi...aku ingat nak bagi kau ajaran sikit. Dan ajarannya mestilah....”
            Pipi Maya diusap kasar. Hampir muntah Maya dengan sentuhan itu.
            “Perempuan kau ni. Kenapa kau nak simpan dia seorang-seorang?”
            Raut wajah Ryu berubah sedikit. Anak matanya jelas terkesan dengan kata-kata dan tindakan Rex. Namun riak muka itu kembali dikeraskan.
            “Kau tahu tak kau datang tepat pada masanya?” soal Ryu dengan bibir yang menyenget sinis.
            Rex mengerutkan dahi. “Apa maksud kau?”
            “Aku sekarang tak ada mood. Jadi aku perlukan orang untuk aku lepaskan perasaan aku.”
            Usai menyudahkan kata, Ryu terus sahaja menghentak muka lelaki di tangannya ke dinding. Bersembur darah merah. Tubuh lelaki itu longlai melurut ke lantai dengan muka yang separuh hancur. Ryu melihat sahaja tanpa perasaan. Bibirnya setia mengulum senyum sinis lagi menakutkan. Langkahnya diangkat ke hadapan dan kemudian dia menyerbu ke arah konco-konco yang lain. Semuanya diterajang, ditumbuk dan dibelasah.
Tidak cukup dengan itu, dia menarik keluar dua bilah pisau rambo dari celah pergelangan kaki dan merodok perut mangsa-mangsanya. Ada juga beberapa orang yang dikelar lehernya. Semuanya dilakukan dengan cukup tangkas dan ganas. Darah pekat memancut-mancut di mana-mana. Ruang tamu sudah tidak serupa ruang tamu, sebaliknya bertukar menjadi tempat penyembelihan.
            Rex menjerit-jerit mengarahkan orang-orangnya menyebu lagi. Maya sudah pun terlepas daripada pegangan dan kini elok terjelepuk menyaksikan semua adegan di hadapan mata. Kedua-dua mata gadis itu terbeliak besar. Badannya menggeletar kuat. Inilah kali pertamanya dia melihat sisi Ryu yang ini. Ryu yang mencabut nyawa manusia lain tanpa ragu. Ryu yang selamba sahaja menjadi malaikat maut. Ryu...si pembunuh kejam.
            “Kau silap hari, Rex...sangat tersilap,” desis Ryu saat menarik keluar nyawa mangsanya yang kesepuluh untuk kali ini. Sepasang matanya tajam membunuh di sebalik muka yang berlumuran darah hanyir.
            “Kau...” Rex tidak mampu bersuara. Peluh merenik-renik ke atas dahi. Jelas dia tidak menduga bahawa begini sekali reaksi Ryu atas kemunculannya kali ini. Ryu yang selama ini dia kenal lebih tenang orangnya. Bukan seganas ini!
            “Kau tak sepatutnya datang waktu aku tak ada mood.”
            Saat berbicara dengan suara senadanya, Maya perasan bahawa Ryu menjeling tajam ke arahnya. Spontan Maya menelan air liur. Lelaki itu bagaikan menghantar signal bahawa apa yang dituturkan sebenarnya ditujukan kepada Maya.
            “Dan sekarang kau yang akan menyesal.”
            Ryu meluru laju ke hadapan, melekat pada Rex yang tidak sempat berbuat apa-apa. Beberapa saat berlalu, Rex akhirnya terkulai jatuh ke kaki Ryu. Matanya terbelalak luas, mulutnya tersembur dengan cecair merah manakala perutnya terburai. Ryu pula hanya terpacak kaku bersama pisau rambo yang meleleh-leleh dengan darah mangsanya.
            Maya mengalihkan pandangan. Tidak sanggup melihat. Pelbagai emosi berkecamuk dalam diri. Bohonglah jika dia mengatakan bahawa dia tidak gerun dengan Ryu yang ini. Ryu yang seratus kali ganda berbeza dengan Ryu yang selama ini dia lihat, yang selama ini dia kenal. Ryu yang satu ini...kejamnya terlampau!
            Selesai menyudahkan segala urusan mencabut nyawa orang lain, Ryu menapak ke arah sinki. Langsung tidak ditoleh pada Maya, langsung tidak menegur. Tangannya dicuci. Mukanya dibasuh. Sesudah itu, dia menarik keluar telefon bimbit dari kocek seluar.
            “Kosuke, bawa budak-budak datang rumah aku. Kena cuci sikit.”
Telefon bimbit dimatikan. Dan kemudian, dengan gerak yang cukup perlahan Ryu mengalihkan muka pada Maya. Sepasang matanya kosong tanpa biasan emosi. Mati daripada kemanusiaan. Tiada langsung pandangan lembut yang selalunya dia hadiahkan buat Maya. Yang ada cuma renungan maut sang pemangsa.
Maya tersentak kuat. Secara refleks dan di luar kesedaran, dia mengengsotkan tubuh ke belakang. Bagaikan cuba melindungi diri.
Perasan akan tindakan gadis itu, Ryu menjuih bibir dengan gaya yang sangat sinis. “Sekarang kau dah takut pada aku?”
Setapak Ryu mendekat. Kepalanya ditundukkan agar mukanya benar-benar bertentangan dengan muka Maya. Ditenung lama. Senyap.
Maya jadi bertambah tidak ketahuan. Ryu terang-terangan sedang membaca dirinya. Seketika berlalu, Ryu akhirnya menyambung kata. Pendek tapi cukup untuk membuatkan dia terkejut bukan kepalang.
“May.”

~Bersambung dalam kompilasi mininovel Cereka Cinta...~

Scary, kan si Ryu ni? Giler ganas. Dan...jeng3...tiba masanya untuk May muncul!!!


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

22 comments:

  1. Huwaaaa.... scarylah!! P dia nk lindung maya kaaan.. haaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??? scary giler Ryu. so jgn main2 dgn dia...hehe

      Delete
  2. wahhh macam tengok fiem friends 2 the legacy lakonan KWB....jinja daebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! kak sara x sempat lg nak tgk filem tu. mesti KWB awesome giler dlm tu, kan?

      Delete
  3. Wowww. May. Maya mesti ada rahsia sendiri. Makin interesting. Tak sabar la kak sara untuk hug Ryu nanti. Anyway, can't wait for the next chapter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Maya mmg ada rahsia sendiri. that's why dia berlakon bisu. tak sabar jugak nk bg awak hug ryu...hehe

      Delete
  4. Mak aii, akk. why sooooooooooooooooooo ganas?//?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha!! sbb ini kan citer monster..

      Delete
  5. May ??? aaaaaa!!! interesting ni! kak sara,, please jangan main dengan perasaan saya :( siapa may ni?? HAAHAAA

    ReplyDelete
    Replies
    1. isy, mn boleh ckp skrg. nanti dh x suspens...haha!

      Delete
  6. sambungan2 !!! x sabar dh ni,,, hehehe XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan kn dapatkan versi cetak...hihi. sempat promote tuuu....hehe

      Delete
  7. Woww!!!!..
    Ganas plus macho ryu niee..
    Apapon mmng trbaek cik SA..
    Tunggu strusnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn? mmg ganas yg amat dia ni...haha!
      tapi, ada ramai peminat...
      tq...=)

      Delete
  8. This is different...love it!! Ni kalau publish i beli..coz i love gangster love story..so romantic and ganas

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ. Actually, versi cetak utk mininovel ni ada dalam kompilasi mininovel Cereka Cinta limited edition yg sy keluarkan sendiri. order sudah pun dibuka. =)

      Delete
  9. Salam...
    Alhamdulillah dah habis baca 'ceritera cinta'.
    Act sy kurang suka dgn cerita seram, thriller, pembunuhan. Bila baca kisah Ryu dan Maya mmg rs scary. Sampai terbawa2 dlm mimpi. But, I'm not monster mmg best3x. Paling suka ending dia.
    Tahniah Cik SA.

    ReplyDelete
  10. Alaaaaa. Kenapa baru jumpa blog ni sekarang?! Nak baca jugakkkkk. Bukak order lagi tak?

    ReplyDelete
  11. Ganas.. tapi ada kesedihan dlm kehidupannya...
    Tiada kasih sayang.. Kawan.. Keluarga jauh sekali...
    Siapa may yg sebenarnya... anak Mr ho mungkin...

    ReplyDelete
  12. Ganas.. tapi ada kesedihan dlm kehidupannya...
    Tiada kasih sayang.. Kawan.. Keluarga jauh sekali...
    Siapa may yg sebenarnya... anak Mr ho mungkin...

    ReplyDelete
  13. Series best...bukak order lagi x....kenape lah baru sekarang jumpe blog ni

    ReplyDelete
  14. Sis.ada lagi x compilasi ni? Nak jugak... other novel sis sy dah ada

    ReplyDelete