Berlabuhnya Jodoh Itu Milik Kita

Selamat petang, semua!

First and foremost, thanks sangat2 pada semua yang menyokong #JodohItuMilikKita selama 40 episod ini. It has been a 3-months journey with you all, and i enjoyed it so much. Sebenarnya saya tak pernah menduga #JIMK akan mendapat feedback yang sangat positif dan rating yang tinggi. Alhamdulillah, semua pembaca novel dan penonton dah buat apa yang saya tak duga ini menjadi kenyataan. Tak mampu saya nak cakap apa-apa selain TERIMA KASIH.

Mengenai ending yang ramai cakap tak puas hati sebab tak tunjuk betul2 ending dalam novel yang sweet...yes, novel berakhir dengan kelahiran baby kembar #Adam dan #Azfar, Aariz ucapkan terima kasih pada Dahlia dan mereka mengucapkan syukur pada Allah atas jodoh yang ditentukan-Nya. Tapi, bagi saya...saya tetap gembira sebab segala peleraian yang sepatutnya ada benar2 ditunjukkan.

Syafiq yang membawa diri, Alya yang akhirnya dengan Andy (ya, memang tak ada dalam novel tapi ini pengakhiran utk Alya), Tuan Haikal dan Puan Marina yang menyedari kesilapan diri kerana tanpa sedar melebihkan Aariz, dan juga...AarizDahlia yang akhirnya bahagia dengan kelahiran anak mereka.

Sejujurnya, saya sebagai penulis #JIMK berpuas hati bila masa karya saya divisualkan dengan sehampir mungkin seperti dalam novel. Iya, bukan senang untuk benar-benar visualkan apa yang tertulis dalam novel. Tetapi dalam JIMK, dari scene pertama, dialog yang dituturkan, karakter dan feeling yang cuba disampaikan...semuanya sama seperti yang saya inginkan bila saya tulis kisah JIMK.

Saya nak penonton rasa:

1) keindahan cinta pertama yang halal antara Aariz dan Dahlia

2) konflik Aariz yang terhimpit dengan kisah silam yang memeritkan
3) kesedihan dan kekuatan jiwa Dahlia yang tak pernah berhenti berjuang (yes, she's a fighter!)
4) keresahan jiwa Syafiq yang penuh dengan kebencian (perasaan benci itu terlalu menyakitkan)
5) ketakutan Alya yang terperangkap dengan lelaki seperti Syafiq
6) nilai2 kekeluargaan, bagaimana parents memainkan peranan dalam membimbing anak2 walaupun anak2 dah dewasa
7) isu rogol, anak angkat, anak tidak sah yang selalu dikeji dan dihina dalam masyarakat kita.

Ya, #JIMK bukan kisah cinta semata-mata. Bila saya tulis novel ini, saya mengharapkan pembaca mendapat lebih dari kisah cinta manis semata-mata. Saya mahu pembaca/penonton mengerti akan nilai dan isu yang cuba diketengahkan. Itulah harapan saya.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi. Terima kasih atas sokongan buat saya dan team JIMK. Tanpa sokongan anda semua, kami takkan ke mana. You guys are just amazing!!!

Love you all!

~Cik SA~


p/s: lamanya tak jenguk blog sendiri. dah bersawang dah ni...huhu. sorry sangat...


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. Salam cik SA,

    Tahniah untuk sambutan drama JIMK..mmg rasa mcm tak puas je nak tgk kisah AarizDahlia lagi..walaupun ending tak sama dgn novel tapi saya pun dah puas hati..semoga lepas nie CRT plak ambil giliran untuk didramakan...chaiyok3...lepas nie nak tunggu pengakhiran kisah syafiq lak dalam PH...yeayyy!...semoga terus maju jaya cik SA...:)

    ReplyDelete