Encik Sayang dan Miss Sweetheart - Bab 13


BAB 13

“JADI, rasanya you dah tahu apa yang pihak kami nak. What type of design, fabric, colour and everything. Design tu perlu bertepatan dengan imej Ivory yang selama ini kami tonjolkan. Exclusive, classy and yet simple.”
            “Yes, I’ll do my best.” Syamil menjawab penuh keyakinan saat mendengarkan tutur kata yang terpancul keluar dari mulut Cik Amanda, selaku pengurus bahagian rekaan bagi Ivory.
            “Then i’ll see you in next...two months?” balas Cik Amanda seraya bangkit dari kerusi. Syamil turut mengambil tindakan yang sama.
            “Yes, two months.”
            “Come, I temankan you keluar.” Cik Amanda melangkah ke pintu dan membukanya.
            “Oh, tak perlulah. I boleh keluar sendiri.” Cepat-cepat Syamil membantah.
            Menyimpul senyum di bibir Cik Amanda. “Susah apanya? Kebetulan I pun nak keluar jumpa klien.”
            “Okay, then. Thank you.” Penuh berhemah Syamil mengucapkan terima kasih. Kini mereka berdua selamat meloloskan diri dari bilik mesyuarat yang digunakan untuk perbincangan mereka tadi.
            “Oh, our CEO is here,” getus Cik Amanda tiba-tiba. Spontan Syamil menjatuhkan pandangan pada sekujur tubuh tegap yang sedang membelakanginya.
            “Jom I kenalkan you.”
            Tanpa sempat berkata apa-apa, Syamil ditarik mendekati lelaki yang dikenali sebagai CEO baru Ivory. Menurut pengetahuannya, lelaki ini dilantik menggantikan bapanya yang telah melepaskan jawatan kira-kira setahun yang lalu.
            “So, you’re Syamil from House of Syamil Imran?” tutur CEO Ivory kala Syamil merapati.
            “Yes, nice to meet you.” Tangan kanannya dihulur dan bercantum dengan jejaka bersut kemas di hadapannya.
            “I believe Cik Amanda dah explain pada kamu pasal apa yang pihak kami nak, dan apa yang kami expect daripada your fashion house.”
            Syamil mengganggukkan kepala. “Yes. Insya’ Allah, kami akan berikan hasil yang terbaik, sepertimana yang Ivory mahu.”
            “Great! And good luck!”
            Bait kata Syamil turut dibalas dengan senyuman lebar, lantas sepasang mata jejaka itu berubah bentuk. Garisan halus di tepi matanya membuatkan dia tampak macho dan maskulin. Kulitnya yang putih melepak membuatkan kedua-dua belah pipi kelihatan agak kemerah-merahan. Rambutnya yang kemas dan hitam berkilat pula jelas bersinar di bawah sinaran lampu syarikat.
            ‘Fuh, handsome juga mamat ni. Patutlah dia orang duk cakap dia ni…apa? The most dashing, hottest eligible bachelor on Earth?’ Sedetik pujian meletus di suatu sudut hati Syamil sambil memikirkan pelbagai gelaran yang pernah didengar mengenai CEO baru Ivory ini.
            “Oh, I kena pergi dulu. Got another meeting in thirty minutes time. Nice meeting you.” Usai menitipkan kata, lelaki itu melangkah pergi.
            ‘Gaya berjalan pun dah macam model catwalk,’ komen Syamil. Matanya tidak lepas daripada memandang langkah gagah lelaki tersebut. Tubuh yang tinggi lampai, kaki panjang, dengan bahu yang tegap benar-benar menampakkan dirinya yang sangat maskulin. Memang cukup syarat untuk jadi bahan cemburuan semua lelaki di Malaysia dan bahan dambaan gadis-gadis.
*****
“WELCOME.” Dengan senyuman manis Orked mengucapkan selamat datang kepada pelanggannya yang baru menjelma sebelum mengalihkan pandang pada keadaan sekeliling butik. Kelihatan beberapa orang gadis yang sedang melihat-lihat pakaian dan tudung yang tersangkut kemas. Di suatu sudut pula, kelihatan seorang wanita sedang merengek-rengek pada teman lelakinya.
            ‘Hmmm, perempuan...’ Sempat Orked mengomel.
            “Cik Orked, tudung ini yang baru ada lagi tak?” Suara Ainul, pembantu butik menarik perhatian Orked.
            “Dalam rak bawah tu, tak ada ke?”
            Ainul menggelengkan kepala.
            “Then, tengok kat belakang. Kalau still tak ada, that’s mean kita dah habis stok. Tinggal yang display ajelah.”
            “Okey, then.” Usai membalas bicara Orked, Ainul menoleh pada pelanggan di sisi. “Kejap, ya. Saya pergi check.”
            Orked yang melihat hanya tersenyum dan kembali melayan seorang lagi pelanggan yang mahu membuat pembayaran. Setelah selesai, dia mendongak pada jam dinding.
            “Isy, mak ni. Lama betul dia pergi spa. Kita tengah sibuk, sempat pula dia berspa bagai...”
*****
“DAH settle ke?”
            Suara Hazri yang muncul tiba-tiba menyentak Syamil. Kepalanya terngadah pada Hazri yang kini terpacak di hadapan mata.
            “Done. Eh, kau dah makan belum? Aku dah siaplah. Lapar tadi.”
            “Dah. Kenyang dah pun.”
            “So, macam mana dengan urusan bank?” soal Syamil sambil tangannya mengemas beberapa helai kertas yang berterabur di atas meja. Sebentar tadi, sempat juga dia membuat kerja sambil-sambil menanti Hazri.
            “Hmmm, aku tak boleh nak cakap okey.”
            Tangan Syamil terkaku sendiri. Perkataan ‘tidak okey’ itu umpama sejenis virus yang menunggu saat sahaja untuk membunuh seorang lelaki bernama Syamil Imran. Sungguh dia tidak gemar kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini dalam urusan kerjanya.
            “Kenapa? Don’t tell me…” Wajah Syamil mula berubah serius.
            “Masih ada few other procedures yang kena lalui. Kau ingat senang dia orang nak bagi loan untuk kita besarkan business? Tapi based on discussion tadi, semuanya macam positif. Sebab kita punya financial memang stabil. Kau janganlah bimbang. Tahulah aku buat kerja aku.”
            Terlepas nafas lega dari mulut Syamil. Jadi, tidak adalah apa-apa yang buruk berlaku? Syukur, Ya Tuhan! Sungguh dia tidak mahu rancangan masa depan House of Syamil terjejas kerana masalah wang. Lagipun, dia merasakan bahawa rumah fesyen mereka lebih dari kuat dan stabil untuk membolehkan mereka memperoleh pinjaman tersebut. Dia mahu menggunakannya untuk meningkatkan produksi, membayar kos promosi serta sebagai dana untuk projek baru nanti.
            Syamil mengangkat kaki, mahu keluar dari restoran. Selepas ini dia perlu menjemput mummy dari sesi mummy-stress-jadi-mummy-kena-pergi-spa. Entahlah, apalah yang nak distresskan sangat? Nak kata urusan kerja, mummy sudah dua tahun pencen dari kerjayanya sebagai pegawai pertanian.
            “So, kau pula? Urusan kau tadi macam mana pula?” soal Hazri pula. Elok dia membuntuti langkah sahabatnya.
            “Alhamdulillah, semuanya okey. Jadi sekarang kita dah tahu apa yang kita kena buat. What they want and everything.”
            Hazri mendengar dengan teliti sambil mengganggukkan kepala beberapa kali.
            “Oh! Aku jumpa dia tadi.”
            “Dia siapa?” soal Hazri kembali. Kening hampir-hampir bertaut, berkerut tebal.
            “CEO baru Ivory.”
            Sedikit demi sedikit mata Hazri membulat. “You mean, that…”
            “Yup.”
            “Si....the most dashing, hottest eligible bachelor on Earth?!” tekan Hazri lagi. Siap menyebut gelaran yang sangatlah terkenal itu. Entahlah, dia sendiri berasa pelik. Apalah yang hebat sangat pasal lelaki itu sampaikan Nani dan Nana, si kembar yang bekerja dengan mereka itu boleh terkinja-kinja excited dan menjerit ‘Oh, my most dashing, hottest eligible bachelor on Earth!!’ Huh, tegar sungguh bagi gelaran panjang berjela macam tu. Buat sakit lidah aje nak menyebut.
            “Yup. Kalau kau nak tahu, dia memang…the most dashing, hottest eligible bachelor on Earth. Terbukti.” Sengaja Syamil mengesahkan begitu, ingin mengusik Hazri yang mula menunjukkan muka skeptikal terhadap kemungkinan wujud seorang lelaki yang layak untuk digelar sebegitu rupa.
            “Betul ke?”
            “Kau ingat orang yang dah mix Melayu, Cina, orang putih macam dia tu takkan jadi handsome ke?” sinis Syamil, sempat memperkenalkan salah silah keturunan subjek perbualan mereka.
            Hazri terdiam sejenak. “So...dia memang handsomelah? Sama macam dalam paper, magazine, TV yang kita tengok tu?”
            “Unfortunately untuk lelaki-lelaki macam kita ni, yes. Dia memang sebijik macam dalam tu semua. Sampaikan aku yang memang kacak mengancam jiwa ni pun terpaksa angkat bendera putih.”
            “Hmm, kalau kau yang memang punya tahap perasan paling tinggi dalam dunia ni pun, boleh puji dia…then, memang betullah tu.”
            “Itu kau nak puji dia atau kau nak kutuk aku sebenarnya?”
            “Two in one? Sambil-sambil puji dia, dapat jugak aku kutuk kau.”
            Pantas Syamil menghentak bahu Hazri dengan fail di tangan. “Dah tak ada kerja lain, ek?
            “Woi, kau ingat bahu aku ni apa? Tempat untuk kau lampiaskan perasaan geram kau?”
            Syamil tergelak kecil. Tidak terkesan langsung dengan tempelak Syamil yang nampak sangat olok-olok. Siap dengan perkataan ‘lampias’ pula tu. Perkataan novel! Pandangan matanya diliarkan ke sekeliling, melihat orang ramai yang bersimpang siur di Paradigm Mall. Apalah yang dicari oleh mereka, dia juga tidak pasti. Mungkin membeli barang atau sekadar melihat-lihat sahaja.
            “Mil…”
            Seruan Hazri mengembalikan perhatian Syamil kepada sahabat di sebelah. “Apa?”
            “Itu…macam kukenal aje.”
            Syamil merewangkan pandangan pada arah yang ditunjukkan. Sepasang matanya dikecilkan, mahu menetapkan fokus pada bayangan seorang gadis yang semakin lama semakin jelas di mata. Okey, apa yang sebenarnya sedang berlaku?
*****
“ALA, tak naklah yang ini.”
            “Kenapa? Cantik apa? Ada corak bunga-bunga. Design baru ni.”
            “Berlian dia tak cukup besar. Baby nak yang kebaboom! Yang bila orang tengok, orang akan cakap…bertuahnya perempuan tu.”
            “Oh, yang kebaboom, ya? Apa kata ambil yang itu?”
            “Yang itu? Yang mana?”
            “Itu…yang hujung atas belah kanan. Yang berlian tu dah sebesar penumbuk, I tengok.”
            Jari runcing si gadis yang baru sahaja hendak diangkat ke arah cincin yang dimaksudkan terhenti sendiri. Kepalanya tertoleh ke sebelah kanan dan semerta sepasang matanya membuntang luas pada wajah lelaki yang sedang menyengih itu.
            “Amacam? Cantik tak cincin dengan berlian sebesar penumbuk tu?”
            “Sa…you!”
            Erk, sa…you? Melampau Misha! Baru aje bakal dapat cincin berlian, terus aje dia yang digelar ‘sayang’ selama ini jadi ‘you’ aje? Sa…you pula tu. Tambah sebiji ‘R’, automatik sahaja jadi sayur. Apa Misha nak suruh Syamil Imran jadi sayur bayam kat sini? Atau nak dia makan bayam dan bertukar jadi Popeye, kemudian tumbuk pak cik tua itu yang…sedang tenung dia macam nak makan dia hidup-hidup?
            “Baby, siapa ni?”
            Uwek, nak muntah! Anak tekak Syamil meliuk-lentuk kegelian. Baby? Jadi, dengan pak cik ini pun, Misha membahasakan dirinya ‘Baby’? Agak-agak…
            “Sayang, ini…”
            Oh, ho! Pak cik ni pun digelar ‘Sayang’? Wow, ini sangatlah menarik, tertarik…kebaboom, bak kata Misha tadi.
            “Siapa? Lelaki ni…”
            Cepat-cepat Syamil memusing tubuh pada pak-cik-sayang-yang-buat-dia-kegelian. Senget dia menguntum senyum, penuh kepura-puraan. Salam dihulur, walaupun hatinya sarat dengan rasa menyampah.
            “Saya Syamil. Kawan Misha.”
            Lelaki separuh umur di hadapannya melihat dia atas bawah dengan muka yang cukup kerek. Motif, pak cik oi? Tak puas hati sebab aku ni muda belia lagi handsome?
            “Datuk Musa. Kekasih Misha.” Salam yang dihulur tidak berbalas, tergantung sahaja.
            ‘Kekasih gelap, maksud Pak Cik?’ Syamil mengejek dalam hati sebelum mengangkat sedikit tangannya ke atas dan mengauk angin dengan wajah yang cukup selamba. Pekerja Cartier yang tadi melayan pasangan sayang tua dan baby Misha kelihatan terkebil-kebil.
            “Nyamuk.” Sepatah kata meletus keluar dari bibir Syamil. Hazri di sebelah sudah pun tertawa halus.
            “Syamil, I…” Suara manja Misha menyapa hujung telinga, lantas membawa perhatian Syamil kembali padanya. Wajah gadis itu yang serba-salah ditenung sedalam mungkin. Sengaja mahu menusuk-nusuk Misha agar tambah berasa serba-salah. Huh, ini rupa-rupanya yang dibuat oleh ‘Baby’ selama ni? Agak-agak dia ni jadi ‘Baby’ untuk berapa ramai ‘Sayang’?
            “I...I…”
            Sekarang, jadi gagap pula?
            “I tak sangka jumpa you kat sini. Bila kali terakhir kita jumpa?” pintas Syamil, masih lagi dengan senyuman olok-olok.
            “Huh?” Misha mengelip-ngelipkan mata, menayangkan muka kebingungan.
            “Was it…three years ago?”
            Lagi Misha tunjuk muka blur.
            “Or five years ago?”
            “You ni…” Suara Datuk Musa berkumandang, mencelah.
            Syamil memusing muka. “Oh, we were coursemate masa kat universiti dulu. Dah lama tak jumpa Misha. Tak sangka pula boleh terserempak kat sini. Dunia ni memang betul-betul kecil, kan?”
            Wajah Datuk Musa mula berubah riak. Kalau tadi bagaikan harimau yang mahu menerkamnya hidup-hidup, sekarang sudah jadi harimau yang kekenyangan. Dah tak lalu untuk melahap Syamil Imran.
            “Oh, coursemate rupanya?”
            “Habis tu, Datuk ingat apa?” tanya Syamil, kemudian dia menjeling ke arah Misha yang jelas tidak keruan. “Skandal Misha ke?”
            “Huh?” Misha terjerit kecil dengan muka cuak.
            Syamil meledakkan tawa mengejek. “Isy, you ni Misha. I gurau ajelah. Kita mana mungkin ada skandal…kan?”
            “Err…”
            “You ni pandai bergurau. I like you,” sampuk Datuk Musa tiba-tiba.
            Syamil dan Hazri berpandangan sesama sendiri dan membuat muka ‘okey, itu sangat menakutkan’.
            “So, what are you doing?” Datuk Musa menyoal lagi. Kali ini siap dengan tangan yang disangkut ke atas bahu Syamil. “Business, anything?”
            Terkemap Syamil dengan tindakan bersahaja lelaki itu. Eh, eh…dia ni tak tahu ke kewujudan ‘personal space’? You cannot cross that personal space in the first meeting. Itu adalah benda paling asas dalam pertemuan pertama antara dua orang manusia yang tidak saling mengenali.
            “Err, business.”
            “So what kind of business?”
            Dah, sudah. Melebih-lebih pula pak cik ni, omel Syamil dalam hati.
            “Just something,” jawab Syamil sekadar berbasi-basi. Eh, gelilah nak layan pak cik ni. Lagipun, jika difikirkan mereka sebenarnya tidak ubah seperti pasangan madu yang berkongsi seorang…baby. Oh, baby Misha! Syamil pantas mengalihkan perhatian pada Misha yang di sisi Datuk Musa.
            “Something as in…”
            “A ring.” Cepat-cepat Syamil mencantas. “Datuk ada cincin untuk dipilih, remember?”
            Datuk Musa membulatkan mata dan cepat-cepat mendapatkan Misha. “Oh, baby! I’m so sorry. Sayang tak bermaksud nak abaikan baby.”
            ‘Oh. My. God. Lagi lama aku kat sini, lagi nak terkeluar isi perut dan segala macam organ dalam badan aku ni.’ Syamil memberi isyarat pada Hazri agar cepat-cepat keluar. Datuk Musa dan Misha yang sedang bermadu cinta dibiarkan sahaja. Namun kala mendekati Misha, sempat dia berbisik…
            “You. Me. We’re so over.”
*****
SYAMIL yang sedang berjalan tanpa sepatah kata dikerling sekilas. Manusia seorang ni okey atau tidak? Sejak pertemuan dengan Misha tadi, sepatah haram pun tidak keluar dari mulut. Tengah bersedih sangat ke? Aduh, ini yang susah ni. Aku mana reti pujuk orang tengah frust menonggeng.
            “Err, Mil…kau…”
            “Seriously! Misha tak ada taste yang lagi elok ke? Pak cik tua kerepot tu juga yang dia pilih. Siap ber-baby, ber-sayang pula tu. Geli, wei!” Tanpa semena-mena Syamil menjerit kecil.
            Terkalih kepala Hazri pada sahabat yang sudah pun mematikan langkah dan berpaling menghadapnya.
            “Tak faham sungguh aku. Kalau iya pun dia nak ada affair belakang aku, pilihlah yang standard aku sikit. Ini tidak!” Tergapai-gapai tangan Syamil menyuarakan ketidakpuasan hati. “Isy, tercalar ego aku bila kena bermadu dengan orang tua macam tu.”
            Hazri mengerdip-ngerdipkan matanya. Okey, aku nak kena proses sikit apa yang sedang berlaku. Syamil tengah geram sebab Misha curang pada dia atau dia geram sebab lelaki yang ada affair dengan Misha tu adalah orang tua?
            “Chup! Chup!” Hazri menunjukkan isyarat ‘chup’. “Kau sekarang tak puas hati sebab Misha ada affair atau…”
            “Eh, aku tak pedulilah pasal affair dia tu. Yang aku tak puas hati sekarang ni sebab…come on! Pak cik yang dah boleh jadi bapak dia? Carilah yang muda menawan, kacak macam aku kalau nak dijadikan saingan aku pun.”
            Automatik Hazri ketawa terkekeh-kekeh. Ulu hatinya bagaikan digaru-garu dengan bulu pelepah ayam. Ini memang sangat kelakar!
            “Yang kau gelak macam langsuir, kenapa?” tanya Syamil dengan muka suci dan tidak mengerti apa-apa.
            “You know what?” Hazri memegang perut dan cuba menahan ledakan tawa. “You really are something. Orang bila break up, makwe curang macam tu…haruslah rasa sedih, dikhianati, rasa macam nak bunuh diri…”
            Syamil menjojolkan mata.
            “Okey…okey, itu sudah melampau. Bukan tahap bunuh diri. Isy, berdosa. Tak cium bau syurga nanti.” Sempat Hazri membuat komentar berhubung isu bunuh diri. “What I’m trying to say is…isu pak cik tua yang jadi saingan? Like seriously, Syamil? Itu yang lebih penting?”
            “Haruslah itu lebih penting. Kau boleh bayangkan tak macam mana perasaan aku tadi? Misha ada affair dengan orang tua yang dua kali ganda umur aku, okey! Aku dibandingkan dengan lelaki tua? Woah! Itu memang something yang aku tak boleh terima. Tercabar maruah aku sebagai lelaki.”
            Hazri terlopong. Aduh, kawannya yang seorang ini memang pelik. Tak normal sungguh. Benda lain yang sepatutnya jadi isu, benda lain pula yang diutamakan.
            “I think you forgot something here…” ucap Hazri.
            “Apa?”
            “That pak cik tua yang kau tengah bebelkan ni adalah seorang…Datuk.”
            Syamil tergamam buat seketika, sebelum menayangkan riak muka ‘Oh, okey.’        “Which means…”
            “Dia mampu beli cincin dengan berlian sebesar penumbuk.” Selamba Syamil menyambung.
            Lagi Hazri menghambur tawa. Sah! Syamil Imran memang sah bukan manusia normal.
            “Okay, fine. Dia tu kaya. Sesuailah dengan si Misha yang high maintenance. Aku ni siapalah, kan? Designer yang baru nak naik…”
            “Bunyi macam orang jauh hati aje,” usik Hazri. Muka keruh sahabatnya dipandang sekali lalu.
            Syamil menjongket bahu. “Jauh hati atau pun tidak, aku tak peduli. Yang paling penting sekarang…I’m free!! Finally, aku boleh boloskan diri daripada Misha.”
            Buat sekian kalinya, Hazri terkedu. Tidak menduga reaksi sebegini yang terpantul keluar daripada sahabat peliknya.
            “Eh, kau tak payahlah tunjuk poker face macam tu sekali. Kau sendiri tahu,kan? Betapa selama ni aku bertahan dengan Misha? Padahal aku rasa macam dah tak ada perasaan pada dia. Bak kata kau selama ni, aku tak sampai hati nak tinggalkan dia. Dan aku ni pula lelaki setia nombor satu di dunia, which means aku tak pernah curang pada dia. So…”
            Terkebil-kebil mata Hazri memerhati Syamil yang bersuara panjang lebar dan laju sekali. Eh, dia ni ada ambil nafas ke tidak masa tengah bercakap? Musykil aku!
            “Bila dia curang pada aku, itulah saat-saatnya untuk aku lepaskan diri aku. Alasan paling sempurna untuk aku dan dia berpisah secara rasmi. Well, it’s not my fault, right? Bukan aku yang rosakkan hubungan ni tapi…dia dan sayang tua dia tu.”
            Fuh, aku pula rasa sesak nafas, getus suara hati Hazri. Akhirnya, berhenti juga dia ni bercakap. Hazri tersenyum lebar. Bahu Syamil dipeluk kemas. “Then, congrats, bro. You’re back! Single and available.”
            “All set and ready to make the girls swoon over me,” sambung Syamil dengan wajah bangga.
            “Ceh, perasan!”
            Meletus gelak tawa dari mulut Syamil. Sungguh, dia terasa ringan dan tenang sekali. Pelik? Ya, memang pelik! Baru sahaja berpisah, tetapi saat ini dialah manusia paling bahagia di dunia. Tak perlu lagi berdepan dengan Baby Misha. Oh, yeah! Selamat tinggal! Bye-bye! Adios! Sayonara!
~Bersambung...~

Rasa-rasanya, kan Encik Sayang ni kena tukar jadi Encik Paling Perasan Seantero Dunia kut...haha! So, girls...are you ready to swoon over Encik Sayang kita? hehe...

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

12 comments:

  1. Yayy! Finally :) Adakah saya orang pertama yang baca. Rindu Encik Sayang gaduh dengan Miss Sweetheart :( Bab kali ini Encik Sayang perasan melampau Anyway, double thumbs up kak Sara. Can't wait for the next chapter.

    ReplyDelete
  2. Yey ! Syamil dan bleh dah dgn miss sweetheart. Hehe

    ReplyDelete
  3. Hmmm....En. Sayang dan available nampaknya. So lepas ni Ms Sweetheart takde chance nak lari lari lagilah yea....

    ReplyDelete
  4. finally!!! putus jugak en sayang dgn misha tu... cik writer, pls satukan cpt en syg dgn ms sweetheart... ;)

    ReplyDelete
  5. Akhrnya,syamil single and available.yeay.tp tk bestnye tkda cite pasal orked bab ni.:-(

    ReplyDelete
  6. X sabar nk tgu....

    ReplyDelete
  7. saya baru terjumpa blog nie dan saya terjatuh cinta dgn ESMS ini..huhu.. x sabar nak tunggu sambungannya.. nak tanya, crita nie akan dipublish x?kalau ye, bla agaknya..sbb really fall in love with it..nak jadikan koleksi novel favourite nie..

    ReplyDelete
  8. bestla..bila boleh sambung lagi

    ReplyDelete
  9. lambatnye nak sambung...cepat la sambung

    ReplyDelete
  10. bila nk sambung cite nie... huhuhuhu x sabo nk tau kesudahannya

    ReplyDelete