Countdown to drama Jodoh Itu Milik Kita (JIMK)

Assalamualaikum, darlings

First of all, Salam Aidilfitri maaf zahir batin buat semua. Semoga raya kali ini berada di bawah keredhaan-Nya dan membuahkan kenangan terindah buat anda semua. I'm so sorry, sebab lambat bebenor nak wish raya kat anda semua... :-(

So...puasa sudah, raya pun sudah dan kini, tiba masanya untuk kita menyaksikan Jodoh Itu Milik Kita pula. Yup, lagi beberapa hari JIMK akan muncul di kaca TV, bermula Isnin depan (19 Ogos 2013) pukul 10 malam, di ASTRO Mustika HD.

Perasaan saya sebagai penulisnya? Fuh, dah hampir nervous breakdown ni. Berdebar mahu menantikan reaksi para penonton. Apakah pembaca novel JIMK yang selama ni ada imaginasi sendiri tentang JIMK akan suka? Apakah watak2 dalam novel ni benar-benar dapat diterjemahkan dalam bentuk drama? Mampukah para pelakonnya membawa watak dengan sebetulnya? Semua ini asyik bermain dalam fikiran saya. Hmm, saya percaya inilah perasaan yang dirasai oleh semua penulis lain yang mana novel mereka diangkat menjadi drama/filem.

Honestly, setakat ini saya rasa semuanya baik-baik sahaja tentang drama JIMK.

1) Pemilihan pelakon yang dipersetujui oleh saya

Oh, well...Aariz dalam bayangan saya memang tidak berjambang, tetapi Cik SA suka FK yang berjambang sebab nampak sangat macho. Serius, i'm telling you...kalau berdepan dengan FK in real life, dengan wajah berjambang dia tu...he looks so handsome. Dia adalah manusia berjambang pertama yang saya rasa kacak...haha! Oh, ini bukan percubaan untuk promote hero sendiri, tapi ini betul-betul apa yang saya rasa, tau.

Okey, berbalik kepada pemilihan pelakon. Mereka semua hampir menyamai watak novel JIMK itu sendiri, terutama dari segi umur dan fizikal. Contohnya:

Aariz Danial: 31 tahun, tinggi, putih (he's Filipino, haruslah putih, kan?) Farid Kamil: 32 tahun, tinggi (184 cm) dan putih. Nampak tak persamaan di situ?

Dahlia Darius: 26 tahun, putih gebu, bertubuh kecil. Tiz Zaqyah: 25 tahun. Dari segi fizikal, memang kita tahu betapa putih dan kecil molek Tiz, kan?

Syafiq: 28 tahun, lebih gelap dari Aariz dan lebih gelap. Syazwan Zulkifly: 26 tahun. Sawo matang dan ketinggian sederhana. Sama dengan Syafiq, kan?

Even, watak2 lain pun hampir menyamai watak dalam novel. Seperti, Joshua yang dilakonkan oleh Keith, Redza (Zul Ariffin) dan lain-lain.

2) Hubungan antara saya sebagai penulis dan pihak produksi

Saya sebenarnya merasakan agak bertuah bila pihak Pena Creative yang menjadi penerbit JIMK. Yup, ini adalah kali pertama Pena Creative menghasilkan drama adaptasi novel. Tetapi, pada pendapat saya...they did good job. Nak tahu kenapa? Sebab mereka menghormati saya sebagai penulis. Mereka tidak membelakangkan saya atau tinggalkan saya tak tahu apa-apa. I was involved, even from the start of the whole processes. Saya selalu dimaklumkan tentang apa yang berlaku.

Juga, saya selalu berhubung dengan Kak Rozie Rashid sebagai penulis skrip. Beliau maklumkan pada saya dan minta pendapat bila mahu membuat perubahan. Yup, basically saya sudah pun baca skrip JIMK dan saya berpuas hati. Dari skrip tersebut, storyline asal novel JIMK memang dikekalkan, malahan dialog yang digunakan adalah sama dengan novel. Jadi, hampir semua adegan dalam novel ada dalam drama.

Tetapi, sedikit perubahan dan pertambahan tetap ada dalam drama. Perbezaan paling ketara antara novel JIMK dan drama JIMK, bagi saya adalah perkembangan kisah Syafiq dan Alya. Sesiapa yang sudah membaca novel JIMK, pun tahu kan...sebenarnya watak Alya tak adalah banyak sangat pun dalam novel. Tetapi watak Alya inilah yang menunjukkan siapa itu Syafiq. Hanya dia yang tahu pasal perangai sebenar Syafiq, yang tahu pasal kegilaan Syafiq tu. Maka, bila dikembangkan lagi watak ini dan kisah Syafiq-Alya, saya bersetuju.

Oh, lagi satu yang saya sangat2 gembira tentang produksi ini adalah....dalam montaj JIMK, nama pertama yang keluar adalah...tidak lain dan tidak bukan, nama SARA AISHA. It was such a surprise for me! Rasa macam..."Wow! Nama i yang keluar dulu sebelum nama pelakon2?" Tahu tak apa maksudnya itu? Itu bermakna pihak produksi, Pena Creative memang betul2 menghargai penulis novel ini. Terima kasih, terharu, tau...hehe.

Hmmm, moga-moga perasaan baik-baik sahaja yang saya rasakan terhadap drama JIMK ini akan berterusan sehingga tamat tayangannya. So, jangan lupa saksikan Jodoh Itu Milik Kita, tau. Kita pakat-pakat tengok Aariz Danial yang sweet, Dahlia yang comel dan Syafiq yang psiko. Buat yang tak ada Astro tu, mungkin akan ada orang baik hati yang letak kat internet nanti. Let's just wait and see.

Oh, untuk tahu lebih lanjut pasal Jodoh Itu Milik Kita dan perkembangannya, jom like fanpage JIMK yang saya sendiri kelolakan.

Ini pula gambar sekitar majlis pelancaran dan sidang media yang diadakan pada 29 Julai yang lalu.








Dan ini pula BTS, trailer, promo JIMK dan MV OST JIMK, Takkan Terpisah...




Lots of love,
Cik SA

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

10 comments:

  1. Banyak kali sy buka page ni. Tiba petang, eh,ada entry baru.Dear SA, memang sy tak sabar nak tengok JIMK. Tp I decide nak tengok drama baru baca novelnya.Novel tak beli lagi, overbudget raya ni.hehe. nanti ek? So far baca Chan Rak Ter. OMG! I love it!! Karn yang sgt protective dan romantik. SA akan jadi list fav novelist sy untuk next PBAKL. Goodluck dengan rating terunggul JIMK nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww, kamu tunggu entri, ya? Ops, lama bebenor xade apa2, kan? hihi, busy raya...

      Oh, okey. Tengok drama dulu pun ok gak, jd you xdelah terikat dgn imginasi waktu baca novel. Tak gitu?

      Thanks, dear. Khop khun maak na ka sbb suka CRT. Aww, Karn tu mmg my fave gak (Aariz pun sama..hehe)...=)

      Delete
  2. begitu teruja akk nk tengok drama yg akk baca novel nyer...hope sama lh ngan ape yg akk baca di novel u dek,cam tk best jer kalu terpesong jauh dari novel nyer...ngan lagu thema nyanyian Black yg amat merdu wat akk tk sabar2 nunggu JIMK.barisan pelakon pn hebat2...hope sngt2 drama yg di adaptasi dari novel JIMK dapat membuat kn peminat2 duk nonton drama JKIM tiap kali keudara di kaca tv...yg pasti cik penulis lebih sukses berkarya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sangat2, dear. hopefully mcam tulah. based on skrip, x byk beza (kecuali tambahn kisah syafiq-alya). harap2 mmg betul2 samalah dgn skrip yg dibaca. jgn pulak ada perubahan sendiri.

      apa2 pun, kita pakat2 tgk dan sokong JIMK! wah, sempat promote...hihi

      Delete
  3. Hi Cik Sara Aishah.. saya nak menyibuk tumpang bangga jugak la.. sebab nama sama kan! hikhik.. well, congrats sarah.. tibe2 i jadi fan u pulak kan.. dah several time gi popular kat amcorp takde dah JIMK.. tak dapat nak p beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! yelah, nama kita kan sama. oh, lg senang klu beli direct dgn KS atau saya sendiri...=)

      Delete
  4. Salam Sara....lots of congratulations to you. Wah! Tak sabarnya nak tunggu 19th Aug. Harus tiap2 malam mengadap TV nih! Saya suka yang amat JIMK, tapi rasanya percentage kesukaan saya lebih pada Chan Rak Ter......Puan Ziela Jalil tak nak buat drama ke utk yang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dear. Thanks a lot. yup, jom kita pakat2 terpck dpn JIMK nnti..hehe...

      CRT? hurmmm, ada juga ura2 (dah ad pihak chup utk buat drama) tp blm confirm. so sy x berani nk ckp apa2. let's just wait and pray, ya...=)

      Delete
  5. Wahhh. tahniah Cik SA. I'm proud of you. Novel JIMK adalah my favourite novel. Tahniah2.. Tak sabar nak tunggu dramanya :)

    ReplyDelete
  6. Tak sabar nk tunggu drama JIMK ni ditayangkn..
    Sy habiskan novel JIMK dlm masa 3 hari tau, kak Sara..
    Best sgt novel JIMK dan skang tgh nk abiskn bca novel Chun Ruk Ter.. :)

    ReplyDelete