Encik Sayang dan Miss Sweetheart - Bab 9


BAB 9

HAPPILY EVER AFTER? Ya, memang itulah yang dia rasakan sekarang. Kenapa? Kerana dia tidak perlu lagi bertemu dengan manusia paling sengal di antara manusia-manusia sengal di muka bumi ini. Yes!! Ingin sahaja Orked melompat bintang setinggi-tingginya.
Matanya tepat pada Syamil yang sedang membayar harga kerosakan Viva. Tujuh ratus ringgit, semuanya! Fuh, nasib baik dia tidak perlu mengeluarkan hatta satu sen pun. Okey, satu perangai elok yang ada pada Syamil dan dia perlu akui adalah sikap bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya lelaki ini tidak lari dan sanggup bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya.
“Amboi, leka nampak tengok dia.”
Orked tersentak. Aduh, macam mana pula dia boleh lupa akan kewujudan Elina di sebelah?
“Err…mana…mana ada aku…”
“Eleh, tak payahlah nak nafikan. Aku bukannya buta, boleh nampak dengan jelas dan nyata betapa kau asyik duk tengok dia aje sejak tadi,” perli Elina separuh berbisik. Bibirnya lebar dengan senyum, sengaja mahu mengusik sahabatnya.
Laju Orked menyiku perut Elina. “Mulut tu jaga sikit. Kau ingat aku tak ada kerja lain ke? Nak tengok dia aje.”
Elina menggosok perut yang tidaklah terasa sakitnya.“Well…buat masa sekarang, memang tak ada kerja lain pun. Kau, aku…kita terpacak kat bawah bengkel ini tunggu dia orang settlekan semua dengan uncle tu.”
Orked terdiam sejenak. Pandai pula Elina menjawab. Kalau diikutkan, memang mereka tidak punya apa-apa kerja sekarang. Dibiarkan sahaja homo sapiens dari kromosom XY itu yang menguruskan hal-hal keretanya. Apa yang telah dibaiki dan berapa harganya, semuanya dia serahkan bulat-bulat pada mereka. Yalah, untuk apa dia menyibuk sama? Bukannya dia faham apa-apa pun. Apa yang dia tahu cuma isi minyak dan isi air. Alah, itu kan standard bagi seorang perempuan sejati dengan satu objek yang digelar sebagai kereta?
“Okey, done.” Tanpa semena-mena terpampang wajah Syamil di hadapan mata. Hampir-hampir sahaja Orked terlompat dek rasa terkejutnya. Sudahlah muka lelaki itu dekat benar dengan mukanya sendiri. Apa dia ini tidak tahu istilah personal space? Nak juga melangkaui sempadan.
“Jadi awak, Miss Sweetheart dah boleh peluk balik Viva awak tu.” Kunci di tangan dihulurkan pada Orked yang pantas menyambut.
“Oh, okey. Thanks,” balas Orked pendek sambil mencemik dalam diam. Dia ini tengah menyindir aku ke apa? Anak matanya kemudian dikerling pada seorang lagi lelaki yang sedari tadi berdiri di sisi Syamil.
“Oh, ini Hazri, kawan saya.” Bagaikan perasan akan tindakannya tadi, lelaki itu diperkenalkan padanya.
“Hai.” Orked menyapa dengan hati yang pelik. Motif nak kenalkan aku dengan kawan dia? Tak perlu kut. Lagipun ini kali terakhir aku jumpa dia.
“Jadi, inilah Miss Sweetheart yang super famous tu? Banyak yang saya dengar pasal awak.”
Semerta Orked membulatkan mata dan memandang Syamil dengan pandangan mata ‘Apa awak dah cakap pasal saya?’
Syamil pantas menggelengkan kepala, juga menjawab dengan pandangan berupa ‘Saya tak cakap apa-apa.’
Orked mencebik, tidak percaya. Mesti mamat ni dah mengumpat aku macam-macam.
“Saya tak cakap apa-apa pasal awak!” Tiba-tiba tercetus bantahan dari mulut Syamil. Orked terpana sekejap. Eh, dia ini memang boleh baca fikiran aku gamaknya.
“Eh, kau ni Hazri. Mulut tu…”
“Awak tak cakap apa-apa pasal saya? Huh, awak ingat saya boleh percaya?” Belum pun sempat Syamil memarahi sahabatnya, Orked lebih dahulu menyampuk.
Syamil terdiam seketika. Kemudian tanpa disangka-sangka oleh Orked, dia mula mengulum senyum. Okey, dia dah nak mula dah. Perangai pelik akan bersambung lagi.
“Well, kalau awak tak nak percaya sangat, terpulanglah pada awak. Tapi…”
“Tapi apa?”
“Awak cakap macam tu sebab awak memang NAK saya bercakap pasal awak dengan kawan-kawan saya, kan? Mesti awak bangga jadi Miss Sweetheart saya, dan awak nak saya perkenalkan awak pada semua orang.”
Orked menayangkan muka tidak beremosi. Kan dah cakap perangai pelik dia ni akan bermula lagi. Aku dah faham sangatlah. Ceh, ini konklusi dan angan-angan apa yang keluar dari mulut dia? Orked Imani bangga jadi Miss Sweetheart dia? Huh, tak ada makna. Menyampah lagi adalah!
“Awak boleh tak tengok cermin dulu?” sindir Orked.
“Hari-hari saya tengok. Muka saya memang kacak sejak azali lagi.”
Uwek! Orked menahan rasa gatal di celah tekak. Mamat ni nak suruh aku muntah kat sini nampaknya.
“Hobi awak memang perasan, kan? Awaklah yang kacak, awaklah yang hebat, awaklah yang jadi Encik Sayang saya…”
Sekonyong-konyong lelaki tersebut ketawa. Orked mengerutkan dahi.
“Nak juga awak sebut pasal Encik Sayang awak, kan? Ini bermakna dalam hati, jiwa raga dan juga fikiran luar sedar awak, awak sebenarnya dah mengaku yang saya ni…” Telapak tangan dilekatkan ke dada. “Adalah Encik Sayang awak. And will always be your Encik Sayang. Forever and ever.”
Menyirap darah panas ke muka Orked. Kata-kata akhir Syamil yang gemersik lagi lembut mula membuatkan dia rasa semacam. Hatinya mula berlagu dengan pelbagai jenis lagu yang membuai-buai perasaan lalu membawanya ke awan-awangan. Dah sudah, yang kau terbang ke cloud nine bagai ni, kenapa?
“Hah, kenapa senyap? Sebab saya betul, kan?” Tanpa menunggu lama, Syamil menyemburnya dengan usikan.
Orked menggelengkan kepala, menarik kembali jiwanya yang sudah terbang ke awan sembilan tadi. Kemudian dia mengetap bibir rapat-rapat dan menjegilkan anak mata pada lelaki yang tidak habis-habis menyengih di hadapannya. Ya Allah, muka dia ni memang buat darah aku meluap-luap!
“Ya, memang betul! Betul sangat-sangat!”
Berubah riak wajah Syamil, bagaikan tidak menduga jawapan begitu yang akan terkeluar dari mulutnya. Orked mencebik dalam hati dan menyambung, “Bila kucing mula ada tanduk dan gajah dah boleh terbang.”
Terkelip-kelip sepasang mata Syamil. Namun untuk sesaat cuma, kerana selepas itu dia tiba-tiba terduduk di kerusi sambil meledakkan tawa besar lagi galak. Perut lepernya ditekan-tekan dengan gaya yang sungguh bahagia kerana dapat mentertawakan orang.
“Eh, awak ni kenapa? Ingat saya tengah buat lawak ke apa?” bentak Orked, penuh kegeraman.
“Bukan ke?” Sebelah kening Syamil terjongket sendiri. Merah mukanya menahan tawa yang masih membuak-buak.
Orked merengus sekuat-kuatnya. Sungguh! Semakin lama dia melayan lelaki ini, semakin kewarasan seorang manusia itu meninggalkan dirinya. Ya, dia boleh jadi gila segila-gilanya!
*****
ADEGAN di hadapan mata diperhati dengan penuh rasa minat. Ulu hatinya bagaikan digeletek bulu ayam, menanti saat untuk si pemilik jasad menghamburkan tawa.
            “I guess, awak nilah gadis hebat yang tendang Syamil dua hari lepas.”
Suatu suara tiba-tiba menampar gegendang telinga Elina, lantas dia menoleh ke sebelah. Matanya melekat pada wajah lelaki yang dikatakan sebagai kawan Syamil a.k.a Encik Sayang tadi. Lelaki tersebut langsung tidak memandangnya sebaliknya tekun memerhati Orked dan lawannya.
“Huh?”
“Awak. Tendang. Dia.” Tanpa menoleh sekalipun, lelaki itu menjawab lambat-lambat.
Membahang rasa pipi Elina. Aduh, Syamil cerita pada kawan dia ke? Malulah aku!
“Err…well…”
“Baguslah awak buat macam tu. Biar padan sikit muka si Syamil tu.”
Buntang mata Elina, rasa tidak percaya dengan bait bicara yang baru didengari. Mamat ni kawan Encik Sayang ke tidak? Kenapa pula sokong aku?
“Seronok tengok muka cemberut dia waktu dia balik hari tu,” sambung sang lelaki lagi, diakhiri dengan tawa halus.
Elina turut sama tergelak. Memang cemberut pun muka Syamil selepas menerima penangannya tempoh hari. Kelakar!
“Awak rasa…” Hazri tiba-tiba menyoal, masih tetap dengan mata yang tertala ke hadapan.
“Hmm…” sahut Elina, juga membuang pandang pada adegan di hadapan mata. Pada Miss Sweetheart dan Encik Sayangnya yang masih leka bertengkar.
“Apa yang kita perlukan sekarang?”
“Saya rasa…kita perlukan popcorn.” Serius sahaja Elina berbicara.
“With caramel.”
“And coke, too.”
Serentak Elina dan kawan Encik Sayang menoleh, memandang satu sama lain dan menjerit kecil. “Perfect!”
Tercetus tawa besar antara mereka. Masing-masing berasa geli hati dengan apa yang telah mereka ucapkan. Boleh pula mereka membayangkan diri sendiri sedang menonton filem di pawagam.
“By the way, kita belum berkenalan lagi, kan?” ucap lelaki di hadapannya. Elina pantas menggeleng.
“A’ah. Dia orang sibuk bergaduh sampaikan lupa nak introduce kita.”
“Then, saya Hazri.”
Elina mengulum senyum lebar. “Saya Elina.”
“So Cik Elina, gadis yang dah tendang kawan baik saya tu…” Hazri menghentikan kata buat seketika.
“Ya, saya?”
“Seronok tak tendang dia?”
Tergamam Elina dengan soalan tidak terjangka Hazri sebelum dia akhirnya tertawa. Hazri turut ketawa galak.
“Woi! Kau orang ni kenapa?” Tidak semena-mena, mereka disergah.
Cepat-cepat Elina menekup mulut. Matanya tertala pada Hazri yang turut berusaha untuk menyembunyikan senyum.
“Jom, balik Elina. Lagi lama aku kat sini, lagi gila aku dibuatnya.” Orked mula menarik lengan Elina.
“Gilakan saya ke maksud awak?” Syamil menyampuk selamba disusuli dengan kenyitan mata.
“Nampak ni?” Orked menayangkan penumbuk seraya mengheret sahabatnya. Bagaikan mahu cepat-cepat melenyapkan diri dari tempat ini.
Elina mengikut sahaja sambil memandang Hazri yang sedang menjongket bahu. Riak mukanya tertera ‘Kan dah cakap, mereka ni sesuai.’
Terangguk-angguk kepala Elina, memberikan balasan ‘Ya, betul tu.’
“Yang kau terangguk-angguk macam burung belatuk kenapa?”
Terkejut Elina. Kejung terus kepalanya. Isy, Orked ni perasan pula.
“Tak payah nak excited sangat sebab dapat jumpa kawan kepada mamat sengal lagi perasan tu.” Tiba-tiba Orked memarahinya.
Elina mengerutkan dahi. Eh, kenapa pula Hazri tiba-tiba dikaitkan dengan dia? Agaknya Orked tak sedar kut. Ini bukan kisah Hazri dan Elina tetapi ini kisah Miss Sweetheart dan Encik Sayangnya.
“Miss Sweetheart!!”
Baru sahaja Orked dan Elina mahu menapak ke kereta, suara Encik Sayang kedengaran dari jauh. Orked mendengus sekali sebelum menoleh dengan muka yang terpampang rasa meluat.
‘Ceh, kata menyampah. Orang tu panggil sekali aje, terus berpaling,’ komen Elina dalam hati. Orked, Orked…kata tak suka, tapi melayan juga, kan?
“Apanya?!” Kasar Orked menjawab.
“Nanti rindukan saya, ya.”
“Hah?” Ternganga mulut Orked.
“Walaupun hal kereta ni dah selesai, hal kita berdua belum selesai lagi, tau. Sebab macam yang saya cakap tadi, Encik Sayang awak ni akan selalu jadi Encik Sayang awak. Dan awak…”
Orked memerhatikan gerak langkah Encik Sayang yang tiba-tiba mendekati. “Akan sentiasa jadi Miss Sweetheart saya.”
Sedaya upaya Orked memaparkan wajah dingin lagi garang, walhal jantungnya mula berdetak aneh. Wahai, jantung…jangan mengada-ngada, boleh tak?
Elina yang sudah tergelak-gelak di sebelah dijeling tajam. Kemudian Orked menaikkan panahan matanya tepat ke dalam mata lelaki di hadapannya.
“Oh, really? Tapi sayangnya…” Sedikit demi sedikit bibirnya menyenget, membentuk senyum sinis. “Hari ini akan jadi hari terakhir awak berangan jadi Encik Sayang saya. Dan Miss Sweetheart awak ni…kononnyalah, kan…tidak akan awak tengok lagi. Pendek kata, kita takkan jumpa lagi. Between you and me…it’s over. The end.”
Dengan kata-kata terakhir itu, Orked memusing tubuh. Tangan kanannya menyelak selendang ala-ala menyelak rambut panjang. Ekor matanya mengerling dengan cukup angkuh. Kakinya yang disalut kasut tumit tinggi mula melangkah dengan penuh yakin. Woah, gaya diva-in-the-house, kau Orked Imani!

Oh, yeah! Kalau mahu tinggalkan seorang lelaki, gaya vougue itu yang paling penting!

~Bersambung~

Sorry, darlings for this late entry. Cik SA baru aje pulang dari Thailand, berjimba-jimbi dekat sana. Semalam dah janji nak up entri ESMS ni, tapi....huwaaa!! Internet rupa-rupanya kena cut sebab sebulan lupa nak bayar...huhu...

Oh, by the way...jom sneak peak kat kisah cinta Encik Sayang dan Miss Sweetheart kita ni. Scene bawah ni akan ada dalam bab akan datang, tapi tak pasti bab berapa...hehe...

~Sneak peak~

THE END? Pengakhiran kepada kisah kami? Takkan berjumpa lagi. Haha! Orked tergelak dalam hati. Gelak tidak ikhlas langsung. Gelak yang ditujukan khas untuk menyindir diri sendiri. Sungguh dia yakin bahawa mereka tidak akan bertemu lagi, tidak perlu bertentang mata hatta sekali lagi. Tetapi ternyata apa yang tertulis dalam takdirnya bukanlah seperti itu. Ya, bukan seperti itu kerana kini mereka…mereka…
            Argh!! Tidak sanggup untuk dia menyebut perkataan itu. Perkataan yang mungkin akan membawa kepada suatu perkataan lain yang lebih menyeramkan dan akan menghantuinya sehingga akhir hayat.
            “Hai, tunang! Hai, bakal isteri!”
            Orked menjegil mata. Selamba sungguh dia menitipkan dua patah perkataan itu. Tunang dan isteri. Tunang, perkataan yang akan membawa kepada perkataan keramat lain, iaitu isteri. Okey, ulang lagi sekali. Isteri. Isteri, okey! Isteri kepada manusia paling sengal yang pernah dia jumpa dalam seumur hidup dia ini. Aduh, siapa-siapa…tolong sambut dia. Rasa nak pengsan dah ni.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

11 comments:

  1. sara...cpt postkan sambungannya

    ReplyDelete
  2. bile nak sambung lagi...tak sabar nye...please sambung cepat2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh, sabar2...kena siapkan dulu...hehe

      Delete
  3. Sara,kalu dinovelkan lg best.nk buat koleksi.

    ReplyDelete
  4. sumpah sweeet sangat :) kahwin dengan orang yang macam Encik Sayang tue memang boleh buat orang jadi gila. Double Thumbs Up kak sara :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, yeah! betul tu. mmg blh buat org jadi gila yg amat. pening kepala...haha

      Delete
  5. hadoi... gaduh ajer la orked dgn syamil ni... mmg best la... n dorang nak kawen... weeee....suka suka suka... tq dear Sara... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur wc. haha! mmg kerja diorng gaduh aje. dah Syamil tu nakal sangat...=)

      Delete
  6. suka sangat orked ni eh... dia ingat hubungan dorg tamat kat situ rupe2nye nanti akan jumpa lagi...

    ReplyDelete