Encik Sayang dan Miss Sweetheart - Bab 10


BAB 10

LENGAN kekarnya diangkat perlahan dan diletakkan di atas dahi. Perlahan-lahan matanya dikatup. Dan-dan itu juga, wajah gadis tersebut menjamah pandangan. Automatik matanya terbuka kembali, lantas tubuhnya terbangkit daripada pembaringaan. Terkujat Syamil dengan apa yang baru sahaja berlaku. Gila! Yang aku nampak dia kenapa? Apasal pula Miss Sweetheart boleh muncul dalam fikiran aku?
            ‘Miss Sweetheart…’ Hatinya terdetik sejenak dengan panggilan itu. Kemudian tanpa semena-mena dia ditebak oleh sesuatu.
            “Aku…tak tahu nama dia.”
            Ya Allah! Kau ni Syamil Imran, macam manalah kau tak tahu nama perempuan yang dah kau cop sebagai Miss Sweetheart kau? Apa tadi yang kau cakap?
            ‘Awak akan sentiasa jadi Miss Sweetheart saya.’
            Mengingati kata-kata sendiri, bulu roma Syamil menegak sendiri. Cheesy siot! Macam manalah dia boleh mengucapkan benda-benda sebegitu rupa? Geli, okey. Geli!
            “Bukan main lagi cakap macam tu. Padahal hakikatnya kau tak tahu pun nama dia. Hmm, name card dia…” Syamil mengetuk dahi. “Great! Aku dah lupa letak kat mana.”
            Sedetik kemudian, Syamil mula tertawa sendiri. Aneh, apalah yang dia buat sekarang ni? Untuk apa sibuk-sibuk dengan nama sebenar Miss Sweetheart? Bukankah gadis itu sendiri sudah pun berkata….
            “Kita takkan berjumpa lagi. Between you and me…it’s over.”
            Maka jelas lagi nyata bahawa Miss Sweetheart tidak mahu dan tidak ingin bertemu dengannya lagi. Berakhirnya urusan kereta mereka menandakan berakhirnya hubungan mereka. Ah, itu pun kalau dikira mereka punya apa-apa hubungan.
            “Tapi...itu cuma kata-kata awak, Miss Sweetheart,” suara Syamil perlahan, seakan-akan memberikan balasan buat kata-kata Miss Sweetheart siang tadi.
            Ya, kalau sudah tertakdir mereka akan bertemu kembali, mampukah gadis itu menghalang? Mampukah mengekang apa yang sudah pun tertulis dalam takdir mereka berdua? Tidak, bukan? Kerana sebagai manusia yang tidak punya apa-apa kuasa, tidak punya apa-apa hak untuk menulis takdir sendiri, kita tidak akan bisa untuk mengubah ketentuan-Nya.
            Syamil mengeluh sendiri. Entahlah, dia sendiri tidak pasti kenapa dia boleh berfikiran demikian. Separuh dirinya seakan-akan mengharapkan agar bait bicara Miss Sweetheart tidak akan menjadi kenyataan dan hanya kekal sebagai patah kata yang pernah menyusur keluar dari bibir mungil itu. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Separuh lagi pula langsung tidak ambil peduli. Ah, biarkan sahaja! Bukannya gadis itu punya apa-apa makna pada dirinya. Malahan, mereka tidak kenal antara satu sama lain pun.
            “Angah!”
            Sedang Syamil bermonolog dan berperasaaan sendiri, pintu biliknya dirempuh dari luar. Syamil merengus kecil dan menoleh.
            “Tak reti nak ketuk pintu bilik Angah dulu ke? Main rempuh aje.” Separuh memarahi, Syamil menempelak Safiya.
            “Eleh, tak payah nak kecil hati sangat. Nak suruh ketuk pintu bagai. Macamlah ada apa-apa yang nak disorok dalam bilik ni,” sinis Safiya selamba.
            Syamil melirik sekilas pada adiknya yang sudah pun selesa menyandar pada dinding dengan tangan yang disilang ke dada.
            “So, kenapa panggil Angah?” sela Syamil seraya bangkit dari birai katil. Sempat dia membetulkan kedudukan patung Iron Man kesayangannya. Ekor matanya sempat menangkap tingkah Safiya yang menjuih bibir. Cis, mengata akulah tu!
            “Mummy ajak turun makan. Kata mummy, dalam rumah ni ada seorang putera raja yang nak kena panggil dulu, baru nak turun. Yalah, orang tu memang berangan nak jadi prince charming dari dulu lagi. Ops, silap! Sekarang dia dah bertukar cita-cita. Dia nak jadi Iron Man pula.” Sempat Safiya mengutuk abangnya di hujung bicara.
            Syamil membulatkan mata pada adiknya. “Amboi, bahagia nampak mengata Angah? Panjang lebar pula tu.”
            Safiya menjelirkan lidah dan menjongket bahu.
            “Angah tak tahu ke? Kebahagiaan Fiya terletak dalam…dapat mengata dan kenakan Angah.”
            “Oh, iya ke? Meh sini! Biar Angah pula yang kenakan Fiya!” ugut Syamil sambil menyerbu ke arah adiknya. Tanpa menunggu sesaat pun, Safiya mencicit lari. Bergema suara riang Syamil dan Safiya dalam rumah dua tingkat milik Prof. Suhaimi.
*****
“SO, kiranya semua dah settle antara Orked dengan orang yang langgar Orked tu?”
            Pertanyaan Encik Roslan dibalas dengan anggukan kecil Orked. Mulutnya penuh dengan nasi. Fuh, sedap sungguh masakan emak. Sedap sehingga menjilat jari. Kalah KFC.
            “Kamu tak payah bayar apa-apa langsung? Dia cover semuanya?”
            Orked menelan sisa makanan di dalam mulut dan meneguk air suam. Isy, ayah ni…orang nak makan pun tak senang. Beriya pula dia soal macam-macam.
            “Ha’ah. Kiranya dia tu bertamadun jugaklah orangnya. Reti nak bertanggungjawab.”
            ‘Walaupun pelik lagi gatal menggeletis,’ sambung Orked dalam hati. Mengingati lelaki yang seorang itu, hatinya rasa seriau semacam. Lebih-lebih lagi kala teringatkan kata-kata terakhirnya.
            “Saya akan selalu jadi Encik Sayang awak. Dan awak…akan sentiasa jadi Miss Sweetheart saya.”
            Woah, woah! Itu dah macam bicara seorang penghendap a.k.a stalker yang akan sentiasa menghantui mangsanya. Kemudian buat benda-benda pelik lagi mengerikan macam dalam drama Criminal Minds.
            “Orked…”
            Oh, tidak! Tidak rela aku jadi mangsa dia. Nanti tak pasal-pasal pula nightmare seumur hidup. Itu pun kalau hidup untuk punya nightmare. Dibuatnya jadi betul-betul macam Criminal Minds? Oh, simpang malaikat empat puluh empat. Minta dijauhkan sangat-sangat.
            “Orked Imani!”
            “Hah?” Terperanjat besar Orked saat suara kuat ayahnya menghentak gegendang telinga. Mujur sahaja dia tidak pekak jadinya. Habis terbang lenyap segala bayangannya tentang Encik Sayang yang dah bertukar menjadi stalker dalam Criminal Minds. “Ayah, kenapa jerit macam tu? Terkejut, tau!”
            “Kalau ayah tak jerit tadi, ada Orked nak dengar cakap ayah?” bidas Encik Roslan kembali.
            “Entahlah, kakak ni. Punyalah ayah beriya-iya tanya kakak, bercakap dengan kakak…dia boleh buat derk aje.”
            Orked menjeling ke sebelah. Amboi, Melati. Ambil kesempatan nampak? Ada aje cara dia nak menyibuk.
            “Hah, kakak fikir pasal siapa sebenarnya ni? Pasal lelaki yang langgar kakak tu, ek?”
            Bulat mata Orked. Eh, sejak bila pula budak ni ada kuasa psikik? Macam mana dia boleh tahu apa yang aku fikirkan tadi?
            “Betul ke Orked fikir pasal dia?” Sekonyong-konyong suara Puan Jasmin pula yang menyampuk. Orked cepat-cepat memanggung kepala pada ibunya yang tiba-tiba sahaja muncul sambil membawa dulang air.
            “Mana…mana…”
            “Hah, tergagap-gagap! Mesti betul, kan?” Laju dan kuat Melati menyergah, kemudian disusuli dengan tawa jahatnya.
            Orked menjojolkan mata pada adiknya. Eh, eh…budak kecil ni. Menyibuk sangat tu kenapa? Ada kaitan dengan dia ke kalau aku fikir pasal siapa-siapa pun? Ada orang tu akan minta hutang daripada dia?
            “Ya, memang kakak fikir pasal dia. Puas hati?” tekan Orked pada Melati yang kemudiannya tersengih lebar. Seronok dapat kenakan aku, ya? Huh, jangan harap!
            “Kakak kenalah fikir sebab ayah tanya tadi. Takkanlah kakak nak fikir pasal Mak Senah rumah sebelah? Lainlah kalau dia yang langgar kereta kakak.” Orked menyambung lagi dengan sebelah mata tertala pada Melati. Sengaja mahu melihat reaksi adiknya. Wow! Hampir melompat rasanya saat menatap Melati yang hanya mampu menyebik tidak puas hati.
            “Dah, sudah. Kau orang berdua ni memang tak ada kerja lain ke? Depan rezeki pun nak bergaduh,” bebel Puan Jasmin. Pening sungguh dia dengan perangai kedua-dua anak daranya. Si adik suka mengacau, si kakak tak boleh mengalah. Hmm, bilalah nak pandai berkompromi sikit?
            “Nak kena hantuk kepala, kut,” gumam Encik Roslan tiba-tiba. Selamba sambil menyedut air sirap yang selesai dituang oleh isterinya. Serentak tiga pasang mata terkalih padanya. Encik Roslan memandang kembali dengan wajah bersahajanya.
            “What? Memang itulah kata orang tua-tua. Kalau dah bergaduh banyak sangat, hantukkan kepala tu.” Encik Roslan menyambung kata dengan bibir yang mula menyengih.
            “Ayah!!” Orked dan Melati serentak terjerit.
            Meledak tawa Encik Roslan. “Sebab itulah, jangan asyik bergaduh aje depan makanan ni. Kalau nak juga….” Encik Roslan menggamit kedua-dua anaknya agar mendekatkan kepala. Puan Jasmin mula menjeling curiga. “Pergi bukak gelangggang tengah ruang tamu tu. Nak juga ayah tengok anak dara ayah buat smackdown. Biar ayah jadi pengadil.”
            “Hah, pandailah dia ajar anak benda bukan-bukan. Dia ingat anak tu budak lelaki gamaknya. Abang…” Puan Jasmin merenung ke dalam kedua-dua mata suaminya. “Anak kita ni perempuan. Anak dara. So, anak dara tak boleh diajar benda-benda ganas macam tu. Dia orang kena...”
            “Lemah-lembut macam awak, ya? Yang dah buat abang jatuh hati, dari dulu sampai sekarang,” pintas Encik Roslan dan menyudahkannya dengan suatu kenyitan nakal di ekor mata.
            Bulat mata Puan Jasmin. Kedua-dua belah pipi mula memerah.
            “Uwek!! Ayah!!!” Tanpa semena-mena, suara Orked dan Melati memecah suasana hening.
            “Ayah, kalau nak jiwang sangat…janganlah depan kita orang. Geli semacam aje,” gumam Orked sambil menggeliat-geliatkan tubuhnya ala-ala cacing kepanasan. Isy, meremang bulu roma dengan adegan romantis ibu bapanya.
            “Entahlah, ayah ni. Adik ni bawah umur lagi, tau.” Melati turut menyampuk.
            “Bawah umurlah sangat! Umur tu dah boleh dibuat kahwin.” Lembut Encik Roslan mengetuk kepala anak keduanya.
            “Apa adik pula? Itu, suruh kakak dulu.” Mulut Melati memuncung tajam kala berbicara. Kepalanya digosok-gosok.
            Orked menjegil mata. Nak libatkan aku pula?
            “Kakak ni…special case. Umur dah nak masuk three series, duk buat perangai macam awal dua puluh-an. Tak reti-reti nak bawa balik calon untuk emak. Orang lain dah bercucu bagai, emak ni…habuk pun tak ada.” Puan Jasmin menjawab dengan suara yang dibuat-buat kecewa.
            Menggeletek rasa ingin tawa dalam ulu hati Orked. Emak memang layak menang anugerah pelakon wanita terbaik. Drama queen sangat!
            “Kalau macam tu, emak ajelah cari calon untuk kakak. Senang cerita.” Selamba Orked membalas.
            “Amboi, amboi…nak jadi perigi cari timba nampak? Tak payah nak suruh emak buat kerja gila! Kamu tu perempuan. Kalau lelaki, dah lama mak carikan calon.”
            “Emak, sekarang orang dah tak kira perigi ke timba ke baldi ke. Dunia sekarang ni serba boleh. So emak ikut ajelah cakap kakak tu. Nak harapkan dia, memang kempunanlah jawabnya.”
            Orked membuntangkan mata pada adiknya. Eh, eh…budak ni. Memandai-mandai pula!
            “Betul juga tu.” Encik Roslan menyokong cadangan anak keduanya. Kemudian dia menoleh pada isteri tersayang. “Min, lepas ni kita buat mesyuarat tergempar. Agenda utama…calon suami untuk kakak.”
            Erk, Orked menelan air liur yang tiba-tiba terasa pekat. Jantungnya mula mengalunkan debaran yang tidak kena. Dah, sudah! Janganlah dibuatnya dia orang betul-betul carikan aku calon. Tak rela aku!
*****
“BILA Angah nak kahwin?”
            Tersembur air oren dari mulutnya. Mujur sekali kakak iparnya sudah bangun tadi. Kalau tidak, pasti-pasti sahaja ditimpa hujan di dalam rumah sendiri. Hujan air oren pula tu.
            “Along! Apa jenis soalan tu?” bentak Syamil sambil kelam-kabut mengelap mulut.
            “Apa jenis apanya? Soalan cerdik lagi bernaslah tu.” Syahril menjawab. Mulutnya disumbat dengan tembikai yang baru sahaja tiba, dihantar oleh isterinya sebentar tadi.
            “Mana ada. Itu soalan yang paling….”
            “Cerdik lagi bernas.” Tiga mulut lain menyambung.
            Syamil membulatkan mata pada setiap manusia yang baru sahaja menuturkannya. Mummy, daddy dan semestinya budak nakal Safiya. Cis, berpakat sungguh! Dalam bab-bab macam ni, sehati sejiwa pula, ya?
            “Angah ni muda lagilah. Belum puas enjoy pun.”
            “Nak enjoy apa lagi? Umur tu dah dekat 27 tahun.” Kali ini Puan Rozana pula bersuara.
            Alahai, mummy pun nak mula juga? Syamil mengomel dalam hati. Mereka semua ni tak tahu ke? Umur dua puluh tujuh tahun pada zaman sekarang ni dikira sebagai sangatlah muda remaja untuk menamatkan zaman bujang.
            “Along masa umur macam Angah ni, anak dah seorang, tahu.”
            Itu sebab Along yang gatal sangat kahwin muda. Kak Long baru habis belajar, dah masuk meminang. Setahun kemudian, dah jadi mak boyot.
            ‘Err, tapi, sebab mak boyot itulah, aku dapat anak saudara comel macam Risya.’ Syamil membalas monolog sendiri. Matanya dikerling pada Risya yang sedang bermain-main dengan anak patungnya di ruang tamu. Hmm, comel macam bapa saudara dia!
            “Angah…”
            Tapi, bapa saudara dia lebih lagi kut. Sebab selain comel, dia juga kacak bergaya.
            “Syamil Imran!”
            “What?!” Syamil tersentak. Perhatiannya kembali tertala pada empat pasang mata yang memandang. “A…apa?”
            “Ya Allah, budak ni! Kita bukan main berbuih mulut cakap dengan dia, boleh pula dia terbang sampai planet mana entah.” Puan Rozana mula membebel.
            “Err, tak jauh mana pun, mummy. Sampai Marikh aje,” balas Syamil sambil tersengih lebar.
            “Tak payah nak buat lawak bodoh kat sini.”
            Bodoh ke? Cerdik aje dia rasa.
            “Mummy bukan main-main, tau. Mummy teringin jugak nak tengok Angah naik pelamin. Lepas tu bagi mummy cucu…”
            “Alah, mummy…Risya kan dah ada.” Syamil membangkang sambil memusatkan pandang pada ayahnya yang hanya membalas dengan lagak ‘Daddy tak boleh buat apa-apa. Ikut aje cakap mummy.
            Isy, daddy ni!
            “Risya seorang mana cukup. Nak harapkan Along kamu ni? Banyaklah dia punya perancangan keluarga.”
            Syamil melirikkan mata pada abangnya dan kakak iparnya, Amira yang saling berpandangan. Masing-masing mula menunjukkan muka cuak. Hah, padan muka! Pandai sangat buka topik ni, kan? Nah, sekarang rasakan.
            “Tak nak anak lagi sehingga Risya cukup umur lima tahun. Entah mana dapat sifir tu,” Puan Rozana menyambung lagi. Terherot-herot mulutnya menitipkan bebelan buat kedua-dua anak lelaki. Safiya yang diam tidak berkutik dipandang sekilas. “Hah, kamu pula Fiya!”
            “Aaa…apa, mummy?” Terkulat-kulat Safiya menjawab.
            Syamil tergelak kecil. Habislah, kamu dik Fiya. Mummy dalam mood nak sembur semua orang tu.
            “Jangan pula jadi macam abang-abang kamu ni. Dah habis belajar nanti, cepat-cepat kahwin.”
            “Mummy! Apa ni? Fiya pula yang kena,” rungut Safiya kegeraman. Tidak pasal-pasal pula dia yang turut terbias. Ini semua sebab Along dan Angah. Kedua-dua abangnya dicerlung tajam. Siap, kalian semua!
            Sepantas kilat juga Syamil dan Syahril memandang ke lain dan berpura-pura sibuk dengan minuman dan makanan di hadapan mata. Mulut masing-masing dizip kemas-kemas. Kalau menjawab nanti, tidak pasal-pasal pula dihambur kembali oleh Puan Rozana.
            “Kita tengah bercakap pasal Angahlah, mummy. Bukan orang lain.”
            Tersentap Syamil. Terpanggung kepalanya pada Safiya yang sudah menyengih tidak ubah seperti kerang busuk. Jelas lagi bersuluh sengaja mengenakannya. Safiya Humaira, what…are you trying to do?
            “Oh, okey. Betul juga tu.” Puan Rozana mengalihkan kembali perhatiannya pada anak terunanya.
            “Err, mummy…kita tak payah cakap pasal inilah, ya.” Sambil menayangkan senyum kelat lagi tidak ikhlas, Syamil cepat-cepat bersuara. Bibirnya sedikit dijuih pada Safiya yang sudah pun melepaskan nafas lega. 
            “Angah jangan cuba lari. Mummy nak tanya sikit ni…”
            Aduh, habislah dia. Kena soal siasat pula.
            “Takkanlah Angah tak ada calon kut? Umur tu, sikit lagi dah nak tua…”
            Amboi, siap mengata dia dah nak tua pula? Agak-agaklah mummy. Dia baru sweet twenty-seven kut. Lagi satu…calon? Benaknya mula terbayangkan Misha yang belum diketahui akan kewujudan oleh keluarganya. Misha yang manja…tidak bertempat, yang lemah gemalai…lebih ke arah gedik menggeletis, yang cantik…tapi waktu pakai mekap tebal ajelah, Misha yang….apa lagi, ya? Isy, takkanlah dia tak ada kelebihan kut?
            Okey, fikir Syamil Imran. Fikir. Hmm, masak. Misha tahu masak tak? Ya, memang boleh. Dia memang boleh masak…telur goreng hangus dan mi segera lembik (Misha pernah bagitahu). Misha suka mengemas? Ya, memang boleh atau dengan kata lain, arahkan orang gaji dia kemaskan rumah (Juga diberitahu oleh Misha). Misha sukakan anak-anak kecil? Ya, kalau budak-budak tu jauh daripadanya sejarak seratus meter.
            Sah! Memang baby yang seorang ini kalau dibawa berjumpa mummy, akan ditolak mentah-mentah.
            “Angah, mummy tanya betul-betul ni. Angah memang tak ada calon, ke?”
            “Well…”
            “Mummy! Fiya rasa Angah dah ada calon!” Sekonyong-konyong suara Safiya bergema, dan semerta menarik beberapa pasang mata tepat padanya.
            “Siapa, Fiya?” Hampir serentak semua pemilik mata-mata itu menyoal, membiarkan Syamil yang terkelip-kelip sendiri, tidak memahami akan ‘calon’ yang dimaksudkan.      
            “Entahlah.”
            Semua di meja makan merengus.
            “Huh, ingatkan Fiya memang tahu. Buat suspens orang aje,” gumam Prof. Suhaimi.
            “Tapi…Angah panggil dia Miss Sweetheart,” sambung Safiya kemudiannya.
            Mulut Syamil ternganga luas. Menjojol matanya pada si adik yang menayangkan muka selamba lagi tidak berperasaan. Ya Tuhan, budak ni memang nak kena! Boleh pula dia babitkan Miss Sweetheart dalam hal ni.
            “Hah? Miss Sweetheart?!!” Hampir pecah telinga Syamil mendengar tempikan ahli keluarganya yang mula menunjukkan muka teruja dan mungkin juga…geli-geleman? Mesti dia orang fikir aku ni cheesy sangat. Adoi, buat malu saja!
            Syamil menggali nafas dalam-dalam dengan cukup sebal dan melepaskannya. Wajahnya cuba dimaniskan walaupun kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mencekik-cekik Safiya yang tak reti zip mulut. Kaki penyibuk! Mulut tempayan! Busybody!
            “Ya, tuan-tuan dan puan-puan. Betul tu, anda tidak salah dengar. It’sMiss Sweetheart.”

~Bersambung...~

Untuk bab ini, somehow Cik SA rasa excited. Sebab it's gonna take Orked and Syamil to a whole lot new level in their relationship. Tunggguuuu....haha! 

Orked Imani, sedikit pesanan daripada cik writer, ya...anda takkan dapat lari daripada Encik Sayang. Hahahaha!! *gelak jahat*

Do comment, darlings. Love uolss!! 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

19 comments:

  1. Cepat sikit boleh cik writer...kekek padahal JIMK pun blm baca betul2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trying, dear. tp for now, busy sungguh dgn kerja ofis. itu yg lambt bebenorr updatenya.

      p/s: habiskan baca JIMK tu cepat...haha

      Delete
  2. Haha..Padan sgt la muka miss sweetheart,ktuk2 mr sayang,akhrnya dpt kt dia.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah org ckp, jgn menyampah sgt, nnti yg tulah dpt...haha

      Delete
  3. Best! <3
    Looking forward for the next chapter

    ReplyDelete
  4. sara...cpt update nxt episode...dh x sbr nk tgu pertembungan hati Miss Sweetheart & En Sayang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan diusahakan. tp now busy sungguh...huhu...

      Delete
  5. Best....
    Orked Imani vs. Syamil....
    Cepat2 sambung ya miss writer.... #^_^

    ReplyDelete
  6. Heeee saya excited jugakkkkk! Comelnyaaaa

    ReplyDelete
  7. woahh...suka2... masing2 berangan antara satu sama lain....hahaha.. kan dah kantoi syamil... ;) habis la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...tanpa sedar, dah mula suka tuuuu...

      Delete
  8. masing-masing dah ada taman dlm hati tu.....

    ReplyDelete
  9. Excited sangat! Encik Sayang and Miss Sweetheart tak boleh dipisahkan :)

    ReplyDelete
  10. pergh!!! dua buah keluarga bincang pasal jodoh...
    yg ayat mak orked xabes tu mst pasal tunang masa kecik2 orked...

    ReplyDelete