Drama Jodoh Itu Milik Kita bermula 19 Ogos 2013

Assalamualaikum, semua...

Tarikh tayangan JIMK akhirnya sudah diputuskan dan diumumkan oleh Kak Ziela Jalil sendiri di dalam sedutan akhbar Berita Harian, Ahad lepas. It's gonna be on....

19 OGOS 2013 (ISNIN)

Mark the date, ya darlings! Haha...


Fuh, bila lihat cerita pasal drama JIMK dalam one whole page BH ni, membuatkan Cik SA terasa teruja di situ. Seolah-olah bahang JIMK sudah pun bermula dan semakin membuak-buak. Cewah, terkeluar ayat novel I...haha! 

Tapi, honestly...saya rasa macam terkena nervous breakdown pun ada juga. Yalah, nak tengok novel sendiri dalam TV. Rasa macam...watak2 yang saya cipta, yang saya karang malam2 buta, tup...tup...hidup!  Okey, diorang semua hidup, bernafas, berjalan dan bercakap. 

Hati ni tertanya-tanya aje, mampukah semua watak JIMK dipertontonkan secara yang saya, sebagai penulisnya cuba gambarkan? 

Aaria Danial - lelaki tulus yang romantis dan sweet, tetapi sebenarnya menyimpan rahsia besar yang mencengkam dan membunuh jiwa. Dalam cintanya buat si isteri, kebenaran tentang dirinya menjadi penghalang untuk bahagia.

Dahlia - wanita comel yang kelihatan lembut dan manis, tetapi mempunyai ketegasan, kekuatan dan prinsip hidup yang sangat jitu. Dia takkan pernah berganjak daripada apa yang dia percaya.

Syafiq - lelaki yang penuh dengan kebencian dan dendam. Namun dalam sikap psikonya, dia sebenarnya seorang yang sangat terluka dan mendambakan kasih sayang. 

Inilah watak2 yang paling penting dalam JIMK. Dan memang besar harapan saya agar Farid Kamil (Aariz Danial), Tiz Zaqyah (Dahlia) dan Syazwan Zulkifly (Syafiq) dapat membawakan watak2 ini dengan jayanya. Apa-apa pun, saya percaya pada kemampuan mereka. So, InsyaAllah...=) 

Oh, ada satu ayat yang Kak Ziela cakap dalam sedutan akhbar ni.

"Membaca Jodoh Itu Milik Kita membuatkan hati saya berbunga-bunga."

Awww, sweet aje Kak ZJ ni...haha! 

Akhir kata, jom sama-sama kita nantikan drama JIMK di Astro Mustika HD, bermula 19 Ogos 2013. Tapi sebelum itu, of course kita puasa dulu and then raya. Salam Ramadhan untuk semua...=)

Sneak peak gambar BTS JIMK:






Untuk lagi gambar BTS dan video BTS drama Jodoh Itu Milik Kita, serta perkembangan terbaru drama ini...sila klik Page drama JIMK:


Salam sayang,
Cik SA

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. saya pn xsabo nk tgk watak2 y d hidup kn ni masyuk x ngan watak2 lam novel..hehe b'jya x dieorg lakon kn watak masing2..

    ReplyDelete
  2. Nampak serabai je farid kamil. Kak ziela jalil dh baca novel pon x leh ke pilih hero yg seswai ckit. Klu fahrin ahmad, aaron aziz, fizo omar nmpak seswai ngan ariz danial. Hihi. Apapon novel jimk mmg best.

    ReplyDelete