[UPDATE] Drama Jodoh itu Milik Kita - Redza, Teja, Tuan Haikal

Assalamualaikum, semua

Update terbaru dari drama Jodoh Itu Milik Kita!

Masihkah anda ingat pada Redza, sahabat baik Dahlia yang sudah menganggapnya seperti adik kandung sendiri? Seorang lelaki yang selalu bertindak seperti 'abang' kepada Dahlia? 

Juga, pada Teja? Isteri Redza yang sangat selamba dan agak ganas sedikit? Yang banyak memberikan nasihat pada Dahlia?

Dan pada...Tuan Haikal? Suami Puan Marina? Bapa kepada Aariz dan Syafiq?

Pelakon-pelakon yang akan membawakan watak mereka adalah....

Zul Ariffin sebagai Redza


Sejujurnya, saya tak tahu nak bayangkan siapa sebagai Redza. So, yup...saya agak happy bila Encik Zul ini yang dipilih untuk bawakan watak Redza. Nak tahu kenapa? Sebab dia macam...terserlah sifat ke'abang'an dia tu? Bolehlah untuk jadi seorang abang yang sangat melindungi adiknya. Dan lagi satu...sebab dia lagi besar daripada Farid Kamil untuk scene tumbuk Aariz Danial nanti...haha! Tapi memang betullah, bila tengok keek BTS JIMK, untuk scene itu...fuh, kuat gila si Zul ni tumbuk FK. Mantap giler tumbukan dia...haha! 

Aishah Ilias sebagai Teja


Okey, untuk Cik Aishah kita ni...saya tak boleh nak komen lebih-lebih sebab honestly saya tak kenal dia. Saya cuma tahu dia jadi tunang Aqasha dalam drama Dejavu di Kinabalu. Kalau berdasarkan drama itu, dia agak pandai berlakon. So harap-harap Aishah boleh bawakan watak Teja dengan baik. Oh, seperti Tiz yang bertudung sebagai Dahlia, Aishah juga bertudung sebagai Teja. Manis aje dia...=)

Haryanto Hassan sebagai Tuan Haikal


Oh, yeah! Finally!! Tuan Haikal is here! Lama juga saya tertanya-tanya siapalah yang akan jadi Tuan Haikal...hehe...

Okeylah, that's all. Nanti kalau ada apa-apa lagi update, saya akan kongsikan di sini. Tapi, lebih mudah kalau anda like page FB JIMK. Semua perkembangan terbaru ada di situ, termasuk gambar2 BTS dan video2 BTS drama Jodoh Itu Milik Kita yang bakal bersiaran Ogos nanti.

Salam sayang,
Cik SA

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment