[UPDATE] Drama Jodoh itu Milik Kita - Ziela Jalil sebagai Puan Marina

Assalamualaikum, semua

Seperti yang saya war-warkan di fb dan juga fanpage drama Jodoh itu Milik Kita, seorang lagi pelakon mantap tanah air akan berlakon dalam drama ini. Beliau adalah tidak lain dan tidak bukan...Kak Ziela Jalil. Pelakon senior yang sudah lama tidak berlakon dan juga merupakan bekas pengacara program Primadona di Astro. Untuk makluman, beliau keluar dari Primadona kerana bakal mengendalikan program bual bicara beliau sendiri. 

Sejujurnya, Cik SA rasa macam satu penghargaan pula bila Kak Ziela, selaku penerbit akan berlakon sendiri dalam drama ini. Serius! Rasa macam...OMG! It's Ziela Jalil. Haha! Excited terlebih pula. 

Ziela Jalil sebagai Puan Marina


Dalam drama ini, Kak Ziela Jalil akan melakonkan watak Puan Marina, ibu kepada Aariz dan Syafiq. Bagi pembaca JIMK, anda tahulah kan betapa pentingnya watak ini dalam kisah JIMK. Boleh dikatakan watak Puan Marina inilah yang sebenarnya menggerakkan seluruh jalan penceritaan. Seperti watak-watak lain, watak ini juga sangat bermain dengan emosi. Seorang ibu yang terperangkap antara kasih dua anak, antara rahsia yang disimpan rapi dan keinginan untuk melihat keluarga bahagia. Fuh, lepas ni pakat-pakatlah kita menangis dengan Kak Ziela. Haha!

Jadi, setakat ini yang sudah confirm dalam drama Jodoh itu Milik Kita ini adalah...


Farid Kamil sebagai Aariz Danial
Tiz Zaqyah sebagai Dahlia
Syazwan Zulkifly sebagai Syafiq 
Ziela Jalil sebagai Puan Marina
Keith Foo sebagai Joshua
Nabila Huda sebagai Alya

Alhamdulillah, melihat senarai barisan pelakon di atas Cik SA rasa macam...wah! Mantap-mantap semuanya. So, harap-harap dramanya pun nanti mantaplah....hehe

Salam Sayang,
Sara Aisha

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

4 comments:

  1. daebakkk...x sabar rasa nak tengok drama nanti....

    ReplyDelete
  2. akak..yang berlakon sebagai dahlia bukannya dabila huda ke?sebab saye ada terbaca kat pereka cerita they wrote nabila huda(dahlia)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear...

      yang berlakon sebagai Dahlia adalah Tiz Zaqyah. dlm pereka cerita tu salah.

      Delete