Encik Sayang dan Miss Sweetheart - Prolog & Bab 1


PROLOG

Gagah hulubalang memegang panji
Dayang menari bertingkah irama
Adat bertunang meterai janji
Menanti hari disanding bersama

DALAM kemeriahan majlis pertunangan antara teruna dan dara, terserlah keindahan gadis yang bersimpuh ayu di atas pelamin kecil. Raut wajah Melayu tulennya manis menyimpan seribu satu rahsia. Jari dihulur dengan perlahan, lalu tersarung sebentuk cincin belah rotan yang ringkas dan berpadanan. Namun…
            ‘Tidak!!! Kenapa ini mesti berlaku? Aku tak nak bertunang dengan dia! Aku tak nak kahwin dengan dia!!!’
            Dari kejauhan dan di kalangan sanak saudara pula, terpacak seorang jejaka yang sedari tadi memerhati. Bibirnya mengulum senyuman puas. Wajahnya cukup berseri menampakkan hati yang bersorak girang. Sepasang matanya pula menyinar indah buat si gadis yang bakal berkongsi hidup dengannya.
            ‘Awak tak nak bertunang dengan saya? Awak tak nak kahwin dengan saya? Kita tengoklah, macam mana awak nak lari…’
            Sekejapan pandangan masing-masing saling tertancap. Suasana di sekeliling sekonyong-konyong terasa hening, senyap tanpa sebarang bunyi. Perlahan-lahan mereka mengecilkan mata, mencerlung tajam. Saling bersabung. Saling memanah.
            ‘You and me...it’s a war!’ Si gadis berkata dalam diam.
            ‘Oh, really? Bring it on! Saya akan buat awak sedar yang awak dah lama jatuh sayang pada saya.’ Sang jejaka pula menjawab dalam senyap.
            ‘Huh, jangan perasan dan jangan berangan!’
            ‘Angan-angan itu akan saya jadikan kenyataan. Kita tengoklah nanti.’
            ‘Okay, fine! Kita sama-sama tengok.’



BAB 1

ANAK DARA yang sudah tidak serupa anak dara di hadapan mata ditenung lama. Tidak cukup dengan tubuh yang meniarap, siap pula dia dengan kedua-dua belah kaki yang terangkat tinggi. Menggeliat macam anak kucing Mak Senah kat rumah sebelah. Sekali tengok, sudah macam membuat gaya yoga yang semestinya mustahil untuk orang yang berbadan ‘keras’ sepertinya. Kemudian jari jemarinya terkapai-kapai mencari Pringles Hot and Spicy yang tersadai di sisi.
Memang sempurna! Memang sempurna sangat tahap tidak semenggah manusia yang seorang ini.
            “Orked Imani.”
            Kepala si dia pegun. Sepasang matanya tidak berkelip pada skrin komputer riba. Sesekali mulut kecilnya menayangkan sengih. Entah apalah yang kelakar sangat dengan cerita yang ditontonnya.
            “Orked...”
            Diam. Pegun. Tidak ada reaksi. Okey, ini sudah tidak boleh jadi!
            “Orked Imani binti Roslan!!!”
            “Oh, my Kade Tawan!!” Terlompat Orked. Tersembur Pringles yang baru sahaja mahu menyusur masuk ke dalam kerongkong. Cebisan-cebisannya menempek pada wajah Aump Atichart a.k.a Kade Tawan yang sedang memandang Yaya Urassaya a.k.a Matt dengan wajah yang cukup pongah.
            “Mak, apa ni? Terkejut kakak, tau.” Kelam-kabut Orked menyapu benda-benda tidak diingini itu daripada skrin komputer. Isy, mak ni…kesian Tawan aku.
            “Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu?”
            Gerak tangan Orked automatik terhenti. Aduh, dia cukup kenal dengan tabiat ibunya yang satu itu. Kalau sudah mula berpantun, itu bermakna dia bakal dihadiahkan dengan bebelan yang bermacam-macam. Dan yang pasti, namanya yang very the old school itu akan diungkit-ungkit buat ke…seribu kali mungkin?
            Perlahan-lahan Orked menekan punat ‘pause’ pada VLC media player yang masih menayangkan wajah kacak lagi menggoda Encik Tawan. Tubuhnya diangkat dengan cukup bersahaja sebelum dia bersila dengan mata yang sengaja dikebil-kebilkan pada ibunya.
“Dah, tak payah nak tunjuk muka macam tu. Budget innocent, comel sangatlah tu,” perli Puan Jasmin dengan bibir yang terherot-herot atas bawah. Pinggangnya sudah dicekak ala-ala ibu tiri dalam cerita-cerita klasik zaman dahulu kala.
            ‘Dah, sudah. Nak mulalah tu...’ rungut Orked dalam hati.
            “Orked Imani.”
            Orked cepat-cepat membetulkan sila dan menegakkan belakang. Bila emak sudah mula memanggil namanya dengan nada begitu, pasti-pasti sahaja dia perlu menadah telinga sebentar lagi. Aduh, habislah. Bernanah kejap lagi telinga aku!
“Ya, mak...” Lembut dan tertib suara Orked.
            “Kamu ni tak padan dengan....”
            ‘Nama Orked. Nama yang dah cukup klasik dan manis. Nama ala-ala perempuan Melayu terakhir...’ Orked mengajuk kata-kata ibunya dalam hati. Itulah bahan bebelan emak setiap kali dia berperangai tidak senonoh...konon ajelah. Yalah, apa yang tak senonoh sangat dengan tengok drama sambil meniarap?
            “Susah-susah mak bagi nama manis macam tu untuk kakak...”
            ‘Tapi kakak langsung tak tunjuk perangai keperempuanan...’ sambung Orked lagi.
            “Macam mana mak nak ajar lagi ni?”
            “Alah, mak ni...”
            “Tak payah nak alah-alah dengan mak. Bagitahu mak, macam mana mak nak hadap muka saudara mara kita kalau dia orang tahu anak dara mak ni perangai tak serupa perempuan?”
            Orked diam tidak berkutik, sudah tidak ubah macam perempuan Melayu terakhir yang memang diingini oleh ibunya. Tapi dalam hati....
‘Eh, mak ni! Siap nak babitkan saudara mara pula? Sudahlah dia orang punya perangai penyibuk tu mengalahkan CNN, CIA, FBI segala. In fact, netizens dekat Korea sana tu pun boleh gigit jari.’
            “Tak serupa perempuan apanya, Puan Jasmin oi?”
            Yes! Orked bersorak dalam hati sambil memanggung kepala pada bapanya yang tiba-tiba muncul dari sebalik pintu. Matanya tepat pada lelaki separuh umur itu dengan pandangan ‘Ayah, selamatkan anakmu ini. Please...i’m begging you...’
            “Saya tengok cukup sifat aje. Apa yang patut timbul tu, memang timbul. Tak ada leper pun...”
            Erk! Membuntang mata Orked. “Ayah, apa ni?!”
            “Eleh, nak malu apanya? Dulu ayah juga yang tukar lampin kamu.”
            Orked mengeluh. Aduh, ayah ni pun satu hal lagi. Selamba badak tak bertempat langsung!
“Itu dululah, yah. Masa kakak kecil. Zaman Pak Kaduk dulu...”
            “Dah, sudah! Tak payah nak tukar topik kat sini. Macamlah mak tak tahu apa yang kamu dua beranak nak buat.” Suara Puan Jasmin yang menyampuk mengelukan terus lidah Orked yang baru sahaja mahu berbahas tentang betapa ayah tak patut sebut pasal hal-hal sensitif walaupun pasal anak perempuannya sendiri. Mak ni kacau daun aje!
            “Mana ada abang nak buat apa-apa.”
            Puan Jasmin memusing tubuh, berhadapan dengan suaminya dan mengecilkan mata “Apa pula yang tak adanya?”
Encik Roslan menjongket kening pada Orked yang kemudiannya menyeringai. Faham dengan maksud isyarat rahsia lagi tersirat itu.
            “Abang saja nak buat saya lupa pasal si Orked ni dan abang akan bagi dia...” Wajah suaminya kelihatan semakin aneh, seakan-akan cuba menyembunyikan tawa. “Peluang untuk...” Dan-dan Puan Jasmin membundarkan mata dan menoleh kembali pada anak perempuannya. “Kamu nak ke mana tu, Orked Imani?”
            Orked yang sedang merangkak keluar bersama komputer ribanya terus terpegun. Mukanya dipalingkan dengan sengih yang cukup lebar. Kemudian dia mengangkat tangan kanan, melambai penuh selamba.
“Err, mak cakaplah dengan ayah. Rapatkan hubungan suami isteri. Kakak keluar dulu.
Bye, mak! Love you! Mmmuahhh!” Sempat Orked melayangkan flying kiss buat ibu tercinta sebelum dia akhirnya lenyap daripada pandangan mata.
Puan Jasmin menggelengkan kepala beberapa kali. Apalah nak jadi dengan budak seorang ni? Tak padan dengan umur langsung!
“Sebijik macam perangai awak masa muda-muda dulu, kan?” Suara suaminya menyentuh gegendang telinga.
“Eh, abang ni! Bila masa pula?”
Encik Roslan tersenyum menyindir. “Eleh, tak nak mengaku konon. Masa dulu, awak pun selalu mengelat kalau mak awak nak membebel, kan?”
“Saya bukan nak...”
“Kalau bukan membebel, habis tu apa?”
Terdiam sekejap Puan Jasmin. Wajah bersahaja ditayangkan buat suami sebelum dia kemudiannya berjalan melepasinya. “Nasihat...”
*****
“HAA!! KAT SINI PUN KAKAK!”
            Orked mendengus. Oh, great! Just great! Ini seorang lagi manusia yang tak boleh tengok aku duduk diam.
            “Kakak...”
            Orked menoleh pada Melati dengan muka ‘Perlu ke kacau kakak waktu kakak nak dating dengan pakwe kakak?’
            “Kakak tak payah buat muka tak puas hati macam tu. Tak laku pun.” Melati terus sahaja mengambil komputer riba Orked.
            ‘Eh, komputer aku...’ Terkelip-kelip mata Orked.
            Melati menutupnya.
            ‘Aku nak tengok cerita tu...’ Lagi pejam celik, pejam celik mata si kakak.
            Melati meletakkannya ke tepi.
            “Ewah, ewah...selamba sungguh dia...” Dan akhirnya meletus kata kegeraman dari mulut Orked.
            “Hantar adik,” pintas Melati cepat-cepat. Kalau ditunggu lama, pasti dia takkan dapat meluahkan hajatnya. Bukan dia tidak kenal dengan perangai kakaknya yang selalu sahaja banyak songeh terutama sekali bila berkaitan dengan apa yang bakal dipintanya.
            Orked menyilangkan tangan ke dada. Keningnya diangkat tinggi. “Okey, tell me. Siapa pula kali ni?”
            Tersungging senyuman di bibir Melati.
            “Boyfriend.”
            Terlurut jatuh rahang Orked.
“Hah? Boyfriend? Boyfriend siapa pula? Adik ke? Bila masa pula adik ada boyfriend?” Orked menyergah adiknya. Laju bagaikan bullet train di Jepun.
            Sekonyong-konyong Melati ketawa besar, lantas membiarkan kakaknya termangu-mangu tidak mengerti. Siap terguling-guling di atas sofa.
            “Boyfriend tu...idollah, kak. K-pop. Itu pun kakak tak tahu ke?”
            Orked mencebik. Cis, ingatkan apa. K-pop rupa-rupanya. Tapi kan...kenapa nama dia macam tu? Pelik sangat kut.
            “Dah, tak payah nak gelak-gelak macam langsuir. Buruk sangat, okey!”
            “Kakak ni memang hidup bawah tempurung betullah. Boyfriend pun tak kenal,” sindir Melati, masih lagi dengan sisa tawanya.
            Orked melopongkan mulut. Amboi, nak cakap aku jakun sangatlah tu. Dia ni memang nak kena!
            “Hah, gelak lagi. Gelak lagi. Kakak takkan hantar adik ke...mana-manalah yang adik nak pergi tu.”
            Semerta Melati menekup mulut dan mendapatkan kakaknya. Lengan Orked digoyang-goyang dengan cukup manja. Wajahnya juga dimaniskan dengan sehabis daya.
            “Kakak....” Panjang sungguh nadanya. Meremang bulu roma Orked.
            “Apa? Tak payah nak kakak-kakak dengan kakak. Nak buat manja macam tu. Kakak kan jakun, tak kenal...siapa tu? Boyfriend? Sebab kakak tak kenal, makanya...kakak tak perlu bersusah-payah hantar adik jumpa dia orang.” Pedas Orked memerli adiknya yang mula berwajah keruh.
            “Alah...adik minta maaf, okey. Janganlah, kak....please, hantar adik. Boyfriend ada buat showcase kat KL Live esok.”
            Orked menjongket bahu, memaparkan wajah ‘ada aku kisah?’ pada adiknya. Kemudian dia mengambil kembali komputer ribanya dan kembali kepada Maya Tawan.
            “Kakak!”
            “Adik tak perlu nak hentak-hentak kaki segala. Ingat comel sangat ke buat macam tu? Macam orang tak cukup wayar adalah...” Melati yang dah macam budak tiga tahun tengah mengamuk dikerling tanpa perasaan. Buatlah macam tu. Tak ada effect pun.
            “Kakak ni kan...”
            “Apanya?”
            “Kalau kakak tak nak hantar adik ke sana, adik akan....” Suara Melati sudah mula semacam. Berbunyi jahat.
            “Apa?” Orked mula terpancing dengan kata-kata adiknya. Melati ini bukan boleh dibawa kira sangat. Orangnya pelik! Banyak sangat muslihat!
            “Kejap ek...” Melati membuka telefon bimbitnya dan menekan-nekan sesuatu. “Nah!”
            Terbuntang luas mata Orked. Gambar yang terpampang pada skrin telefon Melati mula menyesak-nyesak jantungnya. Oh, God! Macam mana....macam mana dia boleh ada gambar ni?!
            “So...” Kali ini Melati pula yang mula menunjukkan wajah sombong. Bibirnya lebar dengan senyuman menyindir.
            “Yalah, yalah! Kakak hantar. Tapi...delete gambar tu.”
            Melati menjelirkan lidah.
            “Melati Areesa, delete sekarang jugak!!!”
*****
“ISY, macamlah aku ni tak ada kerja lain. Asyik jadi driver dia aje. Dia yang minat K-pop, aku pulak yang sengsara...” gerutu Orked tidak habis-habis. Itulah yang dibuatnya sepanjang perjalanan pulang dari KL Live.
Apa tidaknya, sejak Melati secara rasminya mengisytiharkan diri sebagai peminat tegar K-Pop, muka dialah yang menjadi mangsa untuk hantar adiknya ke konsertlah, ke showcaselah, ke fan-meetinglah. Yang lagi haru, hantar Melati ke airport untuk skodeng artis Korea yang baru turun dari kapal terbang. Gila ke apa nak buat macam tu? Tak ada kerja lain gamaknya!
Semalam, kalau tidak kerana gambar dia panjat pokok mangga Mak Senah yang ditangkap curi-curi oleh Melati dan dijadikan senjata paling berbahaya itu, tak ada maknanya dia mahu menempuh kesesakan lalu lintas demi menghantar budak kecil tu ke KL Live. Tetapi...dia lebih rela menempuhi semua itu daripada terpaksa berdepan dengan emak kalau emak mendapat tahu bahawa dia, Orked Imani yang sepatutnya lemah lembut, manis dan innocent panjat pokok mangga dengan rupa yang sangat buruk. Macam monyet!
Okey, biarkan sahaja isu monyet ini. Sekarang...kenapalah traffic light ni lama sangat?! Ingat dia ni free sangat ke nak terkurung lama-lama dalam kereta macam ni? Dia pun ada banyak kerjalah!
            Bum!!
            Terhentak Orked ke hadapan. Hampir-hampir sahaja kepalanya terhantuk pada stereng kereta. Kalau tidak kerana tali pinggang keledar yang dipakainya, mungkin sahaja dia sudah tercampak keluar. Terbaiklah! Ini malaun mana pula yang berani langgar dia?!
            Sambil mulutnya merengus-rengus, Orked menekan butang lampu kecemasan dan membuka pintu kereta. Berdentum bunyi pintu yang dikatup. Langkahnya laju diangkat dengan muka yang sudah cukup bersedia untuk berperang.
            Pintu BMW yang kini nampak kerdil benar di hadapan matanya dibuka perlahan. Satu kaki panjang mula muncul. Dan satu lagi menyusul. Perlahan-lahan Orked menggerakkan bebola mata. Dari kaki ke perut, kemudian ke dada yang tampak...hmmm...bidang. Okey, fokus Cik Orked! Jangan nak menggatal. Dan kemudian ke wajah.
            Sekejapan Orked menghentikan kaki. Terpaku terus ke atas jalan tar yang semakin tidak terasa panasnya. Matanya membulat sedikit demi sedikit dengan setiap langkah sang jejaka yang semakin mendekat. Kenapa…kenapa dia macam nampak bunga-bunga yang mekar di sekeliling wajah lelaki ini? Kemudian ada cahaya bergemerlapan menambahkan sinar yang membuatkan hatinya…

Okey, hati...hang jangan mengada-ngada nak buat hal kat sini. Jangan meletup!


~Bersambung....~

Oh, yeah! Siapakah jejaki itu? Dah macam jumpa Sou Tamaki aje...hihi


p/s:  Cik SA pernah pergi KL Live untuk tengok performance K-pop dan pernah pergi fan-meeting Beast. Yup, diorng mmg hensem dlm real life...=) 

Iklan jap: Jangan lupa like fanpage drama Jodoh itu Milik Kita untuk tahu perkembangan terbaru drama ini...

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

23 comments:

  1. jeng..jeng..sape la jejaka 2..xsabo nk tau nehh =)..btw thankz cik SA cz da nek kn cite baru..mmg rndu nk bca hasil penulisan cik SA after CRT..ACK ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng...jeng...haha!

      oh, ur wc. n sorry sbb lama x up entri...huhu

      Delete
  2. intro yg best lah...dah siap nak dibuat novel ke sis...hati dah doki2 nak baca full story nie...hehe...hope soonlh ye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, plannya nk dibuat novel nanti...hehe

      Delete
  3. best....kita pun peminat giler kpop...hahaha :)

    ReplyDelete
  4. Waaaa... Encik Sayang da muncul...
    WC suke cite ni... Nampak santai gaya pnulisan e-novel ketiga kak sara ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!! yg ni santai...

      tapi...kaka sara pun tgh tulis Pembuka Hati, citer Syafiq yg melo tu. hah, yg tu mmg xde santai langsung...haha

      Delete
  5. yeah.. dah ada yg baru. sy fan SA. suka sgt dgn chan rak ter & jodoh itu milik kita.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sabor...nanti kak sara update entri sikit2...hehe

      Delete
  7. hahaaa! "Kenapa…kenapa dia macam nampak bunga-bunga yang mekar di sekeliling wajah lelaki ini? Kemudian ada cahaya bergemerlapan menambahkan sinar yang membuatkan hatinya…"

    kemain backgr0und dia... xD ada bunga2~ b0leh jadi dia nampak Usui Takumi gak~ xD
    Suou Tomaki tu...dari anime Ouran High School kan? rupa mcm Usui je~
    hensem~ <3

    nak lagi! nak lagi! mcm best je! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!! itulah...dh mcm anime je..=)

      Delete
  8. sy suka ~ btw , i love aum atichart haha just saying

    ReplyDelete
  9. sweet nyer nama bunga..mcm nama adik bradik kwn sy juga...

    ReplyDelete
  10. Cik writer suka jepun ea?Saya pun sama..clap our hands..Haha lagi2 la kalau anime or manga yang ada mamat hensem.. :-) nice writing..
    Saya pun writer gak..Baru belajar.. Blog saya
    nursofea-novella.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka! hehe...dulu mmg hantu drama jepun dan anime. cuma skrg, jd kurang sikit sbb suka drama korea dan thailand pula..hehe

      tq soo much. good luck dalam penulisan adik..=)

      Delete
  11. Salam...

    Saya baru perasan nama adik Orked Imani tu MELATI AREESA. Macam nama anak saya, Melati Cinta Areesa. Ejaan dan kombinasi nama pun sama. Dia dilahirkan tahun 2011, sebelum novel ni dipublish lagi. Kebetulan atau bagaimana? ;)

    ReplyDelete