Encik Sayang dan Miss Sweetheart - Bab 3


BAB 3

“SAYANG, apa yang sayang bisik-bisikkan tadi? Huh?”
      Syamil membuat tidak peduli sahaja. Matanya tepat pada jalan raya di hadapan. Tidak mahu sekali lagi terbabit dalam kemalangan. Tadi, mujur sahaja BMW milik bapanya tidak punya apa-apa kesan. Kalau tidak, memang kena cincang empat belas!
      “Sayang!”
      “Apa?” Kali ini dia menjawab. Tanpa emosi. Kosong seperti lagu Najwa Latif. Sebal sungguh dia dengan perangai manja Misha. Kalau sesekali itu, masih boleh diterima. Tetapi, kalau sampai dua puluh empat jam? Itu memang boleh blah!
Dia pun satu, macam manalah boleh terlibat dengan perempuan serupa ini? Kerana sayang? Cinta? Kerjaya? Hmm…entahlah. Makin lama dia dengan Misha, makin tawar hatinya. Manja tidak bertempat dan suka merendah-rendahkan orang lain. Ya, dia akui Misha memang berjaya dalam karier dan dikenali ramai, sama seperti dirinya tetapi adakah itu boleh dijadikan alasan untuk menjatuhkan orang lain? Tidak, bukan?
“Sayang ni tak dengar ke baby cakap apa tadi?”
Baby? Uwek! Geli pula anak tekaknya. Huh, dia pun satu. Kenapalah dia terima saja cadangan Misha untuk membahasakan dirinya ‘baby’ dulu?
      “Dengar.” Sepatah saja Syamil membalas.
      “Habis tu? Kenapa tak jawab? Kenapa biarkan baby cakap seorang-seorang?”
      ‘Sebab aku memang tak nak jawab. So? Tak puas hati?’
      Ingin sahaja Syamil membentak begitu. Tetapi ditahan-tahan kerana dia tahu kalau betul diluahkan, meroyan pula perempuan yang seorang ini di dalam kereta. Nanti tak pasal-pasal pula cium buntut kereta orang lagi. Itu jugalah yang terjadi sebentar tadi. Misha yang merengek-rengek, dia yang malas mengambil peduli dan natijahnya? Bum!
      “Nothing.” Akhirnya itu yang menjadi jawapannya. Tidak serupa langsung dengan jawapan dalam fikiran dan angan-angannya.
      “Hah? Nothing? Apa yang nothingnya? Jawab soalan baby tu nothing ke bagi sayang?” Suara Misha mula berbaur rajukan.
      Syamil mengeluh dalam hati. Sabar, Syamil Imran…sabar. Kau boleh sabar, kan?
      “Nothing tu…jawapan bagi soalan you tadi. Apa yang I bisikkan dengan that girl.”
      ‘Dengan Miss Sweetheart yang kelakar tu,’ sambung Syamil dalam hati. Sedaya-upaya dia cuba menyembunyikan senyum. Ya, mengingati peristiwa tadi, hatinya digeletek rasa lucu. Gadis kecil itu yang ganas menyembur Misha dan Misha yang hanya mampu merengek-rengek padanya. Itulah, siapa suruh hina orang? Kan dah kena sebiji. Dan apa pula yang dibuat oleh Syamil Imran? Haruslah buat tak tahu saja! Kalau dia tidak mampu memarahi Misha, biar sahaja orang lain yang berbuat demikian.
      Sekonyong-konyong wajah memerah gadis tadi, dengan anak mata yang membulat saat Syamil meninggalkannya di tepi jalan menjengah kotak memori.
Hmmm, Miss Sweetheart? Memang sengaja dia memanggil begitu selepas gadis itu memanggilnya Encik Sayang. Secocok! Tapi yang pasti…
‘Mesti awak tengah tak puas hati dengan saya, kan…Miss Sweetheart?’
*****
“KAU bayangkan, Elina! Lelaki tu panggil aku Miss Sweetheart, okey! Dalam banyak-banyak panggilan yang wujud kat atas muka bumi ni, kenapa itu juga yang dia pilih? Seriously! Miss Sweetheart? Uwek! Geli geleman aku!”
Berdekah-dekah Elina menghamburkan tawa. Ini sangat-sangatlah menarik. Miss Sweetheart? Orked Imani digelar Miss Sweetheart? Haha, itu memang sangat kelakar.
“Tak cukup dengan girlfriend gincu merah dia tu sakitkan hati aku, dia pun nak tambah juga? Memang nak kena betul!” Bersemangat waja Orked bercerita. Tangan kanan dan kirinya terkapai-kapai ke sana sini. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah, kemudian ke kanan, dan kemudian ke kiri pula. Terherot-herot mulutnya dalam menayangkan ekspresi muka yang sangat menyampah.
Lagi kuat Elina ketawa. Hampir senak perutnya.
“Eh, yang kau tak habis-habis gelak ni, kenapa? Aku ajak kau jumpa sebab nak kau dengar cerita aku. Bukannya nak suruh kau gelakkan aku!” sergah Orked. Apa punya kawanlah si Elina ni? Aku punyalah geram, boleh pula dia gelak-gelak macam hantu.
“Macam mana…aku tak…aku tak gelak?” Elina cuba membalas dalam gelak tawanya. Sesekali dia menarik nafas. “This is just too funny! Kau…Orked, as in Orked Imani…dah jadi Miss Sweetheart? Oh, how sweet…” Sempat Elina mencuit hidung Orked di akhir bicara.
Kasar Orked menepis.
“Kau jangan buat aku yang tengah hot ni jadi makin hot, boleh tak?” ancam Orked dengan mata yang sengaja dicerlung tajam.
“Oh, I see. Lepas kau dah jadi Miss Sweetheart, kau dah jadi hot. Awwww….” usik Elina dengan wajah yang sengaja diseksikan. Bibir bawahnya digigit dengan kening yang turun naik.
Erk! Tersedak besar Orked melihatkan reaksi Elina. Meremang bulu romanya.
“Nur Elina binti Hamzah, kau nak aku simbah kau dengan kopi ni ke?” Dengan senyuman olok-olok, Orked menggertak. Cawan di atas meja diambil dan ditayangkan ke muka Elina.
Elina membulatkan mata. “Melampau kau! Nak simbah aku dengan kopi pula!”
“Dah kau tu buat lawak bodoh kat sini. Aku tengah geram, dia boleh pula buat hot...hot, awww…awww bagai”
“Okey, okey!” Elina cuba menahan tawa. “Aku tak gelak lagi. Aku takkan cakap apa-apa lagi.”
Orked menarik nafas dalam-dalam dan menyandarkan tubuh ke kerusi. Sabar...sabar, Orked Imani. Cukup-cukuplah meroyan tu. Tapi...
“Haish!! Geramnya aku!!!” Orked menjerit kecil. Suaranya ditahan-tahan agar tidak mengejutkan manusia-manusia lain yang berada di dalam kafe. Tangannya kemudian mengorek beg sandang dan mengeluarkan kad nama yang diserahkan padanya tadi. Matanya mencerun tajam pada kad tersebut, sambil membayangkan wajah lelaki itu.
‘Miss Sweetheart? Sweetheart? Sayang? Sejak bila pula aku jadi sayang kau, hah?!’ Terkumat-kamit Orked memarahi dalam hati. Jari telunjuknya dicucuk-cucuk pada kad tersebut.
“Eh? Elina! Apa kau buat ni?” Tanpa semena-mena kad di tangan dirampas.
“Saja nak tengok siapa yang buat kau sentap macam ni sekali,” jawab Elina sambil menilik-nilik kad yang kini beralih arah padanya. 
“Kalau nak tengok, cakaplah elok-elok. Janganlah main rampas je,” omel Orked. Buat terkejut dia sahaja tadi.
“Orked...”
“Hmmm...” Endah tak endah, Orked membalas seruan sahabatnya.
“Kau tak rasa ke dia ni...”
“Dia ni apa?” Masih dengan lagak malas ambil peduli, Orked menyoal kembali.
“THAT Syamil Imran?” sambung Elina dengan kening yang ternaik tinggi.
“Apa maksud kau THAT Syamil Imran?”
Terlepas keluhan dari mulut Elina. Kenapalah kawannya yang seorang ini bengap sangat? Takkanlah tak ada ilmu pengetahuan langsung pasal dunia fesyen tanah air? Katanya bekerja di Amour, butik milik Auntie Jasmin. Oh, yalah! Hampir pula dia terlupa. Orked bekerja di sana hanya kerana perjanjiannya dengan ibunya.
“Aku deal dengan mak aku. Kalau dia benarkan aku hiking dan buat all those extreme sports, aku akan tolong dia manage Amour.”
Ya, itulah perjanjian yang telah termeterai antara Orked Imani dan Puan Jasmin sejak bertahun-tahun lamanya. Kalau diikutkan minat Orked, dia mahu mengambil alih kedai peralatan sukan lasak milik Uncle Roslan. Tetapi mengenangkan Auntie Jasmin yang tidak gemar dia bergelumang dalam dunia lasak, terpaksalah dia menyerah kalah.
Namun, apa yang membuatkan Elina amat menghormati Orked adalah sikap bertanggungjawabnya. Sekali Orked bekerja dengan ibunya, dia sangat bersungguh-sungguh. Tidak pernah sekali pun dia mengecewakan Auntie Jasmin.
“Elina, Elina...hellooooo...”
“Hah?” Teguran Orked menyentak Elina.
“Kau ni...aku tanya kaulah. Sempat pula dia mengelamun.”
“Oh, kejap ek,” ucap Elina seraya menekan ikon Google Chrome pada komputer riba yang sedia terbuka. Setelah melakukan proses soal siasat bersama Pak Cik Google, dia mengunjukkan hasil siasatan kepada Orked. “Is this him?”
Orked menetapkan bebola mata pada skrin komputer.
“Hah, dia nilah! Yang mengada-ngada sangat panggil aku Miss Sweetheart!” Bersemangat Orked menyambung luahan perasaannya. Namun sesaat kemudian, dia terdiam. Otaknya bagai ditebak sesuatu. Sepantas kilat dia menoleh kembali pada foto-foto yang terpampang pada Google Image. “Eh, kejap. Kenapa muka dia ada dalam Google? Dia ni siapa?”
“Ya Allah!” Elina mengetuk dahi sendiri. “Orked Imani binti Roslan, takkanlah kau tak kenal Syamil Imran....as in Syamil Imran?”
Terkelip-kelip mata Orked. Bingung dan keliru.
“Dia ni...” terang Elina sambil jari telunjuk ditalakan ke foto Syamil. “Fashion designer yang sedang meningkat naik di Malaysia. He got his own fashion house. Kalau tak silap aku, dia famous dengan dia punya ready-to-wear collection for men. Basically, dia tak buat baju perempuan.”
‘Fashion designer? Mamat sengal macam tu...fashion designer?’ Bait bicara Elina cuba ditangkap dan dianalisa oleh Orked.
“Takkanlah kau tak kenal dia kut? Kau ni duduk dalam gua ke selama ni?” tukas Elina, separuh membebel dan separuh menyindir pada sahabat sendiri.
Orked menjeling tajam pada Elina. Mengutuk orang pula!
“Sebab dia tak cukup famous untuk aku kenal.” Selamba Orked membalas seraya kembali pada proses menekan-nekan tetikus dan membaca segala informasi yang terpampang. “Anyway, macam mana pula kau boleh kenal dia?”
“Aku kan banyak pengetahuan umum.” Bersahaja juga jawapan yang dipantulkan oleh Elina. Matanya tepat pada gelagat Orked. “Amboi, berminat nampak?”
“Excuse me, ini bukan berminat, okey. Aku just nak tahu pasal dia.”
‘Yalah, tu,’ ejek Elina dalam hati.
Sedang Orked khusyuk membuat operasi stalk-sambil-kutuk manusia bernama Syamil Imran, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Terkapai-kapai Orked mencapainya dan menekapnya ke telinga.
“Orked Imani!!!”
Oh, mak kau! Hampir terbang melayang telefon bimbit Orked kala mendengarkan suara ibunya yang kuat menyergah.
“Emak, apa ni? Nak tercabut jantung ni, tau.”
“Kalau tercabut, kutip balik.”
Eh, emak ni buat lawak pula.
“Sekarang emak nak kakak balik ke butik. Kata tadi nak keluar hantar adik, kan? Ini dah tiga jam keluar. Macamlah KL Live tu jauh sangat.”
“Kakak jumpa dengan Elina kejap.”
“So dah, kan? Cepat salam, laga-laga pipi dengan BFF kamu tu. Cakap kat dia, kakak dah kena balik.”
‘Emak ni, tak boleh nak bagi aku senang sikit,’ rungut Orked dalam hati tetapi mulutnya berbunyi, “Yalah, yalah. Jap lagi kakak balik.”
“Mak kau?” tanya Elina sesudah Orked mematikan telefon.
“Ha’ah, dia suruh balik butik. Aku ciao dulu, ek.”
“Tak nak sambung stalk mamat ni?”
“Buat apa?”
“Tak adalah, manalah tahu kalau-kalau kau dah tangkap cintan dengan dia lepas dia bagi gelaran manja lagi istimewa tu kat kau.” Dengan lagak suci, Elina menjawab. Kemudian dia mengangkat cawan dan meneguk kopi kegemaran.
“Huh, tak ada maknanya! Bye! Adios!” Orked bangkit dan memboloskan diri keluar dari Starbucks. Tangannya diseluk ke dalam beg sandang, mencari-cari kunci kereta. Aduh, mana pula ni?
Orked menundukkan kepala pada beg di tangan tanpa menghentikan langkah, anak matanya melilau di celah-celah barang yang berterabur. Kunci, oh...kunci, di manakah dikau? Sempat dia menyanyi dalam hati. Namun tiba-tiba...
Bum!
Aduh! Kepalanya tidak semena-mena terasa berpinar. Bagus, bagus sangat! Tadi dia kena langgar, sekarang dia pula langgar...apa ni? Sedikit demi sedikit Orked menaikkan anak mata, mahu melihat objek yang baru sahaja menjadi mangsa rempuhannya.
Rahang terlurut jatuh. Bebola mata terjegil besar. Jantung bagai berhenti berdegup. Lutut menggigil. Dan lidah cuma mampu mengungkapkan....
Oh. My. God! 
~Bersambung...~

Kan Orked dah cakap BMW tu bapak dia yang punya. Haha...

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

12 comments:

  1. Haila..manyak best n hot..salute to u...

    ReplyDelete
  2. Seriously best la,kak sara...
    Bakal third baby yee..hehe...xsabar nak tunggu next entry^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks. InsyaAllah..klu ad rezeki, jadilah third baby...=)

      Delete
  3. fuhhh!!! nseb baek name card tu xilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu hilang, mmg menangis x berlagu si Orked...haha!

      Delete
  4. Ok... as usual... sgt menarik... best... Chop mak ti sud ^,^v

    ReplyDelete
  5. bestnya akak citer ni..tak sabar nak bca sampai habis :)

    ReplyDelete