Encik Sayang dan Miss Sweetheart - Bab 2


BAB 2

JANGAN MELETUP? Dia tarik balik kata-kata itu sebab sekarang bila-bila masa sahaja lagi dia boleh meletup. Tahap kepanasan dalam hatinya sudah pun melebihi takat didih. Tolong! Siapa-siapa tolong pegang dia sebelum dia sumbat mulut perempuan ini dengan penumbuk. Sebelum dia bertukar jadi The Rock is cooking atau Hulk Hogan dan smackdown perempuan bergincu merah ini.
Okey, apa yang sebenarnya dah berlaku? Replay…
*****
ORKED menggelengkan kepala, menyentak dirinya sendiri daripada terus menikmati ciptaan Tuhan yang semakin merapati. Isy, kamu ini dah kenapa, Orked? Tengok dia betul-betul. Cuba abaikan dia yang berambut hitam berkilat dengan gaya kemas menawan. Abaikan dia yang berwajah bersih tanpa sebutir noda, dengan mata yang kelihatan nakal, dengan hidung mancung yang terpacak elok dan bibir yang tampak menggoda itu. Abaikan juga dia yang segak berkot hitam dengan rekaan yang betul-betul kena pada tubuh tingginya dan menampakkan betapa sasanya dia. Sila abaikan!
Ingat, Orked Imani. Dia tidak kacak. Dia tidak bergaya. Dia tidak ada aura mengancam. Dia tidak ada bunga mawar di sekeliling dia dengan sinaran cahaya yang menyerlahkan lagi rupa kacak dia. Isy, dia bukan hero animelah! Dia adalah manusia yang selamba badak saja langgar kereta kau!
Nafasnya dihela dalam-dalam, kemudian Orked menyambung langkah dan kini dia tercegat betul-betul di antara Vivanya dan BMW milik lelaki tersebut. Huh, itu pun kalau kereta ini bukan bapak dia yang punya. Yalah, hakikat kehidupan sebenarnya tidak seindah dalam filem atau novel. Kalau dalam filem dan novel, kereta sports atau kereta mewah itu haruslah dipandu oleh jejaka-jejaka kacak dengan badan berketak-ketak yang selalunya menjadi dambaan semua wanita. Dalam kehidupan sebenar? Huh, jangan haraplah! Kalau bukan pak cik tua dengan rambut putih, mesti pak cik tua dengan perut boroi! Kalau pun ada lelaki muda…pastilah kereta tu bapak dia yang punya. Confirm!
Mata Orked dijeling ke arah BMW tersebut. Cis, tak ada kesan langsung! Kereta mahal memang sangat gagah. Dia harus akui hakikat itu sekarang.
Pandangan Orked kemudian dialihkan pula pada keretanya. Bumper yang kemek, senget dan menunggu masa untuk jatuh menyembah bumi. Nombor plat yang separuh dah patah, hanya meninggalkan huruf WPL tanpa empat nombor yang selama ini hidup di sisi WPL itu.
Huwaa!!! My baby!!
Orked memalingkan muka pada lelaki di sebelahnya. Matanya dijegil tajam. Dan lelaki itu…hanya terkebil-kebil? Dengan muka tak bersalah? Dengan muka selamba tahap infiniti?
‘Apa tengok-tengok?!’ Ingin sahaja Orked mengherdik begitu. Namun tiba-tiba….
“Sayang! Hurry up! Pedulikan kereta tu.”
Seorang perempuan dengan baju ketat dan skirt pendek paras lutut keluar dari BMW yang tiada kesan langsung tadi dan berjalan dengan gaya cukup gedik ke arah Orked dan sang jejaka bermuka selamba.
Oh.
Dan hanya itu sahaja yang mampu terpancul keluar dari mulut Orked. Mekap dia? Ya Allah! Buruknya! Tak ada orang ke pernah beritahu dia bahawa zaman sekarang ni, orang dah tak pakai gincu merah menyala yang mampu menarik perhatian orang dari sepuluh batu jauhnya. Oh, my! Eyeshadow tu? Ungu terang kononnya sedondon dengan baju yang dipakainya. Sekali tengok, memang sebijik macam nang’rai (perempuan jahat) dalam lakorn (drama Siam) yang selalu dia tonton.
Sayup-sayup ada pula suara-suara sumbang yang mula phewit dan bermacam-macam lagi bunyi pelik yang keluar. Hah, kan dah mengundang perhatian lelaki-lelaki gatal, cik kak oi?
“Hei, you bawa kereta macam mana, hah?! Lembab macam siput babi.”
Sekonyong-konyong Cik Gincu Merah a.k.a cik nang’rai tadi menyerang Orked.
“Now you nak sayang I bayar youlah, kan? Dream on! Jangan haraplah!”
Serangan sesi kedua.
“Dasar orang miskin. Nak tapau duit orang...”
Serangan sesi ketiga.
*****
YA, ITULAH adegan-adegan yang membuatkan Orked Imani yang sememangnya tak cukup manis dan keperempuanan…bak kat emak, bakal berubah menjadi Hulk Hogan. Amboi, amboi…sedap sungguh mulut dia menyerang dan menghina aku! Apa dia ingat aku ni boleh ditindas-tindas, dipijak-pijak? Huh, bak kata awak, wahai cik-tak-pandai-mekap…dream on!!
“Excuse me! I bawa kereta macam siput babi? Hei, you sedar tak sekarang ni kita kat mana? Kat traffic light, okey! Or you tak faham traffic light tu apa? Okey, tak apa. Biar I tambahkan sikit pengetahuan am you yang cetek tu. Traffic light maksudnya lampu isyarat. Kat lampu isyarat ni, kita ada tiga warna. Hijau, kuning dan merah. Hijau untuk kita gerak. Kuning untuk kita bersedia untuk berhenti, tapi of courselah…rakyat Malaysia, kita selalunya lagi tekan minyak dan pecut. Merah pula tandanya kena berhenti.” Bertubi-tubi dan laju Orked memulakan misi menyerang kembali.
Dan sekarang ni, yes…sekarang ni, kita di hadapan lampu isyarat merah. That’s mean, I kena berhenti. I tak boleh bawa kereta laju-laju, tembus semua kereta depan I. Okey? Ada faham? Atau you nak I ulang lagi sekali? Manalah tahu, kalau-kalau you ni bebal sangat,” sambung Orked lagi, menyembur dengan cukup ganas. Dan tidak semena-mena telinganya menangkap bunyi ketawa seseorang. Matanya dijeling ke arah lelaki tadi a.k.a sayang kepada Cik Gincu Merah. Isy, suka hati dia aje nak gelak-gelak. Bukannya nak control perempuan gedik ni!
“Sayang, dia marah I…..”
Mendayu sungguh ‘sayang’ dia. Orked mencemuh dalam hati. Termasuk tadi sudah tiga kali perempuan ini bersayang dengan lelaki itu. Sayang itu…sayang ini…sayang…haish! Berapa banyak sayanglah???
Ekor mata Orked kemudiannya ditalakan pada lelaki yang tadi baru sahaja membuatkan dia terasa ‘Oh, hatiku bakal meletup’. Tetapi kini hatinya berkata ‘Kasihan awak. Tak pandai pilih girlfriend…wife…err whatever!
Lelaki itu tidak menjawab, senyap tanpa kata. Hanya membiarkan sahaja panggilan ‘sayang’ yang manja itu berlalu pergi, terbang ke awan-awangan bagaikan tidak punya makna langsung. Wajahnya tetap terpapar dengan senyuman. Eh, dia ni apasal? Tak habis-habis dengan sengih dia!
“I rasa sayang you ni tak boleh dengar kut. Tak pun bisu? Dari tadi tak cakap apa-apa pun. Sengih aje memanjang. Bukannya ada orang buat lawak kampus pun kat sini.” Selamba sahaja Orked membuat komen sendiri tentang lelaki itu. Handsome tapi bisu? Lagi sekali, kesian…
“Bisu?”
Oh, dia tidak bisu. Orked menarik balik kata-katanya sebentar tadi.
“You ingat I bisu?” Dia menyoal lagi.
Kali ini, Orked mula menelan air liur. Suara dia? Ya, ampun! Sedapnya suara dia. Macam suara Dome Pakorn. Suara yang mendatar, serak-serak basah dan….seksi. Oh, tidak! Orked Imani, anda kena fokus. Focus with capital F.O.C.U.S! Mamat ni bukan Dome Pakorn!
“Well, you tak cakap apa-apa. So I thought….”
Eh, sekejap. Kenapa pula dia kena terangkan apa yang dia fikirkan? Tak perlu kut!
“Whatever. Now I nak you bayar ganti rugi sebab langgar kereta I.” Tegas suara Orked. Beriya-iya sekali. Mindanya sudah mula mengira harga bumper Vivanya. Daripada rupa, bumper tersebut sudah tidak ada peluang untuk diselamatkan. Mesti kena ganti yang baru. Dan yang baru itu pastinya bernilai ratusan ringgit. Oh, tidak!
“Well…” Lambat suara sang jejaka menuturkan kata-kata.
Terlepas keluhan dari mulut Orked. Geram! Lelaki ini nampak sangat mahu melambat-lambatkan urusan mereka. Eh, awak kan pakai BMW…takkanlah tak mampu sangat nak bayar kerosakan Viva? Atau awak ni jenis manusia yang biar papa kedana asal bergaya? Pakai kereta besar, tapi poket lompong dan makan mi segera hari-hari?
“Ke tepilah kereta dulu kalau nak settle pun!”
Bunyi hon mula sabung-menyabung di sekeliling mereka. Orked memandang kereta-kereta yang melalui sambil tertunduk-tunduk, tanda memohon maaf. Kemudian dia menjeling pada lelaki di hadapannya yang masih tetap dengan poker face. Dia ni tak ada perasaan segan ke apa?
You ni…boleh cepat sikit tak? Orang dah marah tu.” Terketap-ketap suara Orked di sebalik wajah cemberut yang cuba dimaniskan.
“Benda macam ni bukannya boleh cepat sangat. I kena tengok kereta you dulu, lepas tu kereta I, kena buat anggaran, kena…”
Suara lelaki tersebut mulai tenggelam timbul di telinga Orked. Banyak cekadak punya lelaki!
“Chup...chup!” Orked mengangkat jari jemari dengan isyarat ‘chup’. “You sebenarnya sengaja bagi alasan, kan? Tak nak bayar, kan?”
“Eh, kalau setakat bayar kereta Viva you tu, setakat celah gigi aje, tau!” Tidak semena-mena suara nyaring Cik Gincu Merah menerjah. Siap dengan bahunya yang ditujah. Orked terpana. Amboi…amboi, main kasar nampak!
“Hei, you ni apahal? I tengah cakap dengan sayang you, so back off! Jangan masuk campur!” tempelak Orked. Kecil, besar…kecil, besar saja perempuan yang seorang ini di hadapan mata dia. Isy, dia ni memang nak makan penumbuk aku ke?
“Sayang….” Lagi Cik Gincu Merah merengek. “Dia marah I lagi…”
Perut senak. Mual, rasa nak muntah. Tolonglah, jangan menggedik depan dia.
“Sayang….”
Haish! Orked merengus dengan sekuat-kuatnya. Sebal sungguh dia dengan adegan ‘sayang…sayang…’ depan matanya. Ini sudah tidak boleh jadi. Dia sudah tidak tahan!
“Macam nilah, Encik…Encik Sayang. Sebelum I naik hantu kat sini…”
‘Sebab tak tahan dengan girlfriend awak.’
“You bagi I name card you. I’ll contact you later. Dan…jangan harap you boleh lari daripada I,” putus Orked akhirnya seraya menadah tangan. Sempat juga dia sisipkan amaran keras di akhir kata.
Lelaki itu kelihatan termangu-mangu. Ini apa hal pula? Terkebil-kebil apa lagi ni? Dah-dahlah tunjuk muka poker face!
“Cepatlah, Encik Sayang! You tak faham ke apa I cakap?” Makin galak Orked mendesak. Sungguh! Lelaki ini memang betul-betul membuatkan dia hilang sabar.
“Hey, how dare you panggil sayang I...sayang!!” Buat kesekian kalinya, Cik Gincu Merah menjerkahnya.
Orked menayangkan muka pelik. Aik, bila masa pulak aku panggil sayang dia...sayang? Tak ada maknanya aku nak panggil orang aku tak kenal macam tu. Sewel!
Tanpa mempedulikan perempuan yang sedang menjerit-jerit macam orang gila itu, Orked kembali mengalihkan perhatian pada sang jejaka. Erk! Apasal pulak senyum-senyum ni? Ah, lantaklah!
“Cepatlah!”
“Okey, okey…” Lelaki tersebut mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas, seperti menyerah diri. Kemudian dia menyeluk saku seluar dan menghulurkan sekeping kad kepada Orked.
“This is my card.”
Tanpa melihatnya terlebih dahulu, Orked terus sahaja menyumbatnya ke dalam beg silang.
“And yours?”
Baru sahaja Orked mahu memusing tubuh, satu soalan menyapa peluput telinga. Oh, ya! Kad nama. Mestilah dia kena bagi supaya senang urusan mereka nanti, kan?
Orked membuka kembali begnya dan mengeluarkan sekeping kad nama. Kad yang dihulur pantas sahaja bertukar tangan. Dan lelaki itu…lelaki itu tetap dengan sengih peliknya. Motif sengih macam tu, cik abang oi?
“Then, see you again….” ujarnya seraya berjalan mendekati Orked. Saat jarak antara mereka cuma kira-kira dua puluh sentimeter, lelaki itu menundukkan kepala, betul-betul di sebelah telinga Orked dan berbisik….
“Miss Sweetheart.”
Orked tergamam. Matanya terkulat-kulat memandang Encik Sayang yang sudah pun berpaling menuju ke arah BMW hitam yang tersadai itu.
Miss Sweetheart? Sweetheart? Ehhhh???
*****
SEDANG dua buah kereta tersadai di tepi jalan, di awan biru pula sebuah airbus A300 sedang melalui kawasan yang sama, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan membawa para penumpang dari kota metropolitan New York.
            Usai mendarat, berpusu-pusu penumpang membawa diri keluar dari pusat airbus lalu melangkah keluar. Di kalangan mereka, terserlah satu susuk tubuh tinggi lampai dan tegap, dilapisi kemeja biru dan kot hitam. Rambut hitamnya terpacak elok dengan kemas. Sepasang mata yang berwarna hazel meliar ke sekeliling, sebelum ditutup dengan cermin mata hitam, lantas menyembunyikan keindahan mata itu. Wajah kacaknya mula menarik perhatian beberapa gadis yang menjeling dan berbisik sesama sendiri.
            “Handsomenya.”
            “Tinggi giler!”
            “Model ke tu?”
            Suara-suara halus semakin lama semakin galak bergema. Namun sang jejaka terus sahaja menapak pergi dengan wajah yang diangkat tinggi. Kaki panjangnya mengatur langkah dengan penuh keyakinan, meninggalkan mata-mata yang masih memerhati.

~Bersambung~

Hoho...inilah pertemuan empat mata yang akan menjadi permulaan kisah cinta kacau bilau Miss Sweetheart dan Encik Sayangnya...=)

p/s: mungkin ada yang confuse. ini adalah novel version untuk cerpen saya yang bertajuk sama. untuk baca cerpen tu, klik sini.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

31 comments:

  1. Replies
    1. hehe!! blh buat ubat di kala stres...=)

      Delete
  2. ahhh so sweet watak dorg nie dear..:)
    i baru taw u senior i rupenye kt UM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sweet...sbb tajuknya pun dah...SWEETheart, kan? =)

      oh, really? batch tahun brpa? kak sara grad tahun 2009..

      Delete
    2. masuk batch 2010/2011..hehee pttla xknal..xsmpt nk jmpe pon..taw akak ni senior bila baca biodata writer kt blkg bku JIMK..

      Delete
  3. alahai Encik Sayang ni asyik senyum je kerjanye...

    ReplyDelete
  4. pertemuan yang sangat sweet... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweet bg kita, tp bg Orked...trauma dia ad org panggil dia mcm tu...haha!

      Delete
  5. bestnya.. nak lagi cik writer! please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...

      sabar2. cik writer akn cuba sedaya upaya...hehe

      Delete
  6. Aiyork...banyak suka...sweet saja..hehheh

    ReplyDelete
  7. hahaha...lucu la Miss Sweetheart ni...Encik Sayang pulak asyik senyum je...hihihi..suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss sweetheart yg lucu, encik sayang yg ada udang di sebalik...senyuman? hehe

      Delete
  8. dulu saya pernah baca cerpen dia lebih kurang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's my cerpen, dear.

      ini adalah novel version of the cerpen...=)

      Delete
  9. klakar lahh~ hahaaa! (Y) XDD
    "sayang, sayang, sayang..." berapa banyak sayang daaa~
    hoh0o0! Dome Pakorn? hensem, hensem~ ♥ :D
    kak, sambung lagi! :D
    saya suka bila dia tunduk, kata "Miss Sweatheart" tuuu~ ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??
      sbb 'sayang' tulah, Orked terpanggil sayang jugak...haha

      Delete
  10. SA,EN sayang dan miss sweetheart ni nvel ke? Tk sbr tgu n3 bru. Cerita santai dan kelakar. Yg bca pn ble tmpang gelak skali.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, novel.

      dinovelkan dr cerpen yg prnh sy buat dulu. ramai yg mntk dibuat novel..hehe

      Delete
  11. eeee... sara... awat best sgt ni!!!... klakar la orked... en sayang pulak sweet... exercise pipi jer ni... senyum2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!! sila2...excercise pipi tu...=)

      Delete
  12. Oh my ..Encik sayang..sweet nya...garang betul cik orked kita ya..hehehe..

    EL

    ReplyDelete
  13. haha! so sesuailah Orked yg garang dgn En. Sayang yg sweet + selamba...=)

    ReplyDelete
  14. hehe baru bleh start bace cte nie...
    bile bace tdi tetibe rase cm dejavu....
    mcm penah bace je cte nie...at the end kak sara sdiri ckp ad version cerpen. hehehe ptut la rase cmtu...
    papepun keep it up ye akak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, dr cerpen dulu tu...haha!

      dibuat novel kerana permintaan ramai....kunun. perasan plak...haha

      Delete
  15. oohh so suwitt ~ sengeh sesorang baca / and and Dome Pakorn tersangat la handsome . vampire yg hot dr edward lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, yeah!! he's the hottestt vampire on earth..=)

      Delete
  16. ei..mmg rs nk tampo je pompuan lipstik merah tu..ekekeke

    ReplyDelete