CRT...ACK - Dah sign!!

Assalamualaikum, darlings!!

Semalam last minute confirm dapat gi sign kat KS hari ni. So, done signing untuk yang order direct dari Cik SA dan jugak first 300 untuk yang order online dari KS. Tapi kan...ada sedikit rasa bersalah sebab staff KS terpaksa datang kerja hari Sabtu disebabkan oleh Cik SA. 

Staff KS dah bungkus CRT yang diorder direct daripada Cik SA dan katanya akan diposkan hari Isnin nanti. Tracking no akan Cik SA letak dalam doc (dlm grup JIMK_Aarilia). Nanti boleh check kat situ je. Jangan kacau ofis KS pasal tracking no kalau anda beli dgn Cik SA, tau...hehe...

Lagi satu, dah check CRT...ACK. Ada sedikit kesilapan teknikal yang buat Cik SA ralat sikit. Part 'sawadee ka'. Sebenarnya Cik SA dah tulis 'sawadee krap' bila lelaki yang sebut. Tapi bila melalui proses editing and proof reading, sume dah jadi 'sawadee ka' tak kira lelaki or perempuan. 

I guess itu mungkin juga kesilapan Cik SA sbb tak inform dulu pasal beza 'ka' dan 'krap' tu. Tapi tak apalah, nak buat macam mana lagi, kan? Mungkin boleh dibetulkan dalam cetakan kedua dan seterusnya. Cewah, confident aje ada cetakan2 seterusnya...haha

 So, di sini Cik SA nak jelaskan ianya adalah kesilapan teknikal, ya. Kita semua kena ingat bahawa 'ka' adalah untuk perempuan sahaja dan 'krap' untuk lelaki sahaja. Fuh, dah macam dalam kelas bahasa thai pula...hehe...

Apa-apa pun, hati ni memang sangat teruja sebab dapat peluk cium my second baby tadi dan sangat bersyukur sebab KS sudi terbitkan CRT...ACK ni. Thanks KS dan thanks jugak untuk hari ni! Sayang semua!! =)

Lots of love,
Sara Aisha

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

17 comments:

  1. Salam Cik SA,

    Tgh teruja skrg nih. Dh x sabar-2 nk tggu CRT..ACK sampai ke tangan. Harap2 sebelum hari Rabu ni. hehheeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dear...

      Tengah teruja jugak ni nak tengok CRT...ACK smpai kat tangan pembaca...hehe...tp seram gak dgn penerimaan readers nanti...=)

      Delete
    2. bila nak bgi tracking no?

      Delete
    3. Cik Sara,

      Mmg the nestlah CRT...ACK ni. Sy dah habis baca pun smlm. Lain dari yang lain, sampai sy sendiri turut sama sedih apa yang Karn alami demi cintanya pada Dian.

      Good Job dear..

      Delete
    4. Cik Sara,

      Mmmg terbaek lah... sy dah baca 2 kali and mmg the best.

      P/S: Nak tanya boleh order lagi tak dgn awak, ada member nak beli itupun nak buku bersama signature awk.

      Let me know ya...

      Delete
    5. thanks a lot, dear...alhamdulillah...=)

      oh, order direct dh closed sbb stock xde dgn sy...huhu

      Delete
  2. Salam Sara.....ini first time saya masuk blog SA, walaupun saya memang suka cerita2 SA. I ordered CRT...ACK thru KS, tapi tak sangka dapat dgn signature sekali! Thank you soooo much for that. First I read this story, dekat Penulisan2U. Just for few chapters saja kan....then I keep wondering bila bukunya nak keluar ni? Last week masuk KS sebab nak order KNK, tapi tak sangka CRT...ACK pun dah keluar! OMG!!!!! Apa lagi....order sajalah, but I have to wait for one week, baru KS poslajukan buku2 saya. So, I received the books on Tuesday 26th saja.

    Cik SA....CRT...ACK is a WOW! Penceritaan awak membawa saya sama ke Pak Chong. Turut sama merasakan kenakalan, kasih sayang dan cinta, keberanian, kejahatan, kesedihan dan macam2 'ke' lagilah. Pendek kata, it's a WOW! Dah tak tahu nak describe macam mana, but one thing for sure....I like CRT...ACK sooo much! Keep up the good work, you are such a talented writter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,dear...

      terima kasih sgt2 atas komen zalida. alhamdulillah, lega dgn penerimaan kamu. mmg rasa sgt2 happy sbb kisah CRT...ACK berjaya membawa zalida rs semua emosi dan perasaan watak2 tu. dan yg plg penting...agak2 lps ni blh lah buat trip ke Pak Chong, kan? hehe...=)

      Delete
    2. trip to pak chong? wow! sound very interesting....

      Delete
    3. definitely will be...sebab pak chong sangat cantik...=)

      Delete
  3. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada SA atas kelahiran novel kedua.
    Tahniah diatas CRT-ACK ini. Saya suka sangat kerana jalan citer dia yang lain dari novel pertama dan saya sangat suka sekali...
    Melalui novel ini saya turut merasakan apa yang di alami oleh dian dan Karn...hehehe
    semoga success di masa hadapan dengan karya yang lebih menarik lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sangat2 atas komen yang positif. Alhamdulillah. Yup, saya cuba sesuatu yang berbeza dari novel pertama...=)

      Delete
  4. Aah kan... krap tuk laki n ka tuk perempuan... apa pun novel CRT mmg bestttt ^,^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??? hehe...

      awww, thanks a lot, darling...=)

      Delete
  5. Salam kak sara.. saya dh pn bc novel CRT ni.. mmg best sgt2. Jln cter yg sungguh blainan dr novel2 yg pnh saya bc b4 this. Just that nk inform.. buku yg saya beli tu ada ksilapan cetakan. Page yg sama berulang2. Byk pulak tu..tetiba dr pg 394 trus pegi ke page 427.. huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, dear...

      thanks a lot. alhamdulillah, suka kak sara sbb izzati suka...hehe...

      oh, ye ke? banyak tu. izzati boleh contact ofis KS kat no: 03-90104779, atau tulis je kat grup fb: KAMI@KARYASENI. nnti KS akan gantikan...

      Delete