Coming very soon: Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu

Assalamualaikum, darlings...

Sepertimana yang Cik SA dah announce di FB, Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu akan berada di pasaran sedikit masa lagi. Insya'Allah keluar untuk slot bulan Februari, under penerbit KaryaSeni. So, yeah...few days lagi akan selamat menemui semua (sebab biasanya novel KS keluar akhir bulan, kan?)

Buat masa sekarang, Cik SA tengah tunggu cover dan harganya. Rasanya kurang dari RM25 sebab CRT lebih nipis berbanding JIMK. Bila dah dapat harganya nanti, Cik SA akan buka order buat sape2 yang nak beli direct daripada Cik SA. Insya' Allah, disertakan dengan signature dan ayat-ayat bermadah sikit...hehe...

Hmm, apa ya perasaan Cik SA sekarang?

Unbelievable? Yup, rasa macam baru sahaja 'melahirkan' novel pertama, Jodoh itu Milik Kita. Sekarang baby kedua pula hampir 'dilahirkan'. Time goes really fast. Aariz dah pun bakal dapat adik...haha...

Menulis CRT, bagi Cik SA...suatu cabaran yang lebih sukar daripada saat-saat tulis JIMK.  Cik SA ambil masa setahun untuk siapkan CRT ni. JIMK cuma enam bulan. Part rombakan, editing tu...jangan cakaplah, berkali-kali kut. Well, mungkin inilah cabaran untuk Cik SA bila cuba sesuatu yang baru. Yup, CRT adalah sebuah novel cinta aksi. Romantic action. Ini adalah percubaan pertama Cik SA dan harap-harap menjadilah. Kalau tidak, hmmm....entahlah. Kena banyak belajar lagilah nampak gayanya. 

Okeylah, ini Cik SA selitkan blurp yang dihantar pada KS hari tu. Entahlah akan sama dengan novel ke tak nanti...hehe...

 -Ejaan CRT kat atas ni, yang before diubah...hehe..-

“Kadang-kala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn adalah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian adalah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa….siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibat. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak…izinkan saya lindungi awak, Dian…” – Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia. I would do anything for her, termasuk…membunuh.”


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

21 comments:

  1. sungguh saya teruja menanti kelahiran adik Aariz ni :D

    ReplyDelete
  2. Bace blurb ni mcm cerita misteri je... xpe WC tunggu novel dia =)

    ReplyDelete
  3. uiks..nak kuar dah ye.. waaaa tak sabar...cop seketul.. apa2 pun tahniah... n haruslah menjadi.. dont wori..

    ReplyDelete
    Replies
    1. incik ensem!!! yup, udah mau keluar. tunggu KS tunjuk cover dkt website je skrg ni...=)

      Delete
  4. Tahniah, akhirnya kuar juga novel ni. Dah lama say ikuti cerita ini sampai Dian tinggal dgn Karn semasa proses pemulihan dia. X sabar nak tahu kisah selanjutnya tentang percintaan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks a lot, dear. finally, kan? fuh...mcm lama je perjalanan CRT ni nk keluar...hehe...=)

      Delete
  5. biasa tengok akak post dlm blog tapi belum sempat baca. tapi confirm saya beli. novel akak yang JIMK memang best. hope yang ni lagi best. hihi ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, luv...hopefully mcm tulah..=)

      Delete
  6. fulamak... tahniah k.sara! :)

    tunggu nak rembat ni... nak beli direct dr k.sara... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, dear...okies, nnti dh tau harga, kak sara bukak order...hehe

      Delete
  7. X sabar mnunggu novel ini kuar Sara..

    ReplyDelete
  8. kak SA,
    ble novel ni nk kuar? takk sabar da niehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bln ni, dear. kejap je lagi...hehe

      Delete
  9. Tahniah.. lama tunggu.. hari2 dok cek kt blog ni.. tahniah!

    ReplyDelete
  10. Kak sara, apa pekerjaan karn klaharn dalam novel ni?

    ReplyDelete