Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu - Cover is up!!!

Assalamualaikum, darlings!!

Finally, cover CRT dah diupload ke laman web rasmi KS (Novel CRT). Fuh, hati berbunga-bunga je. Excited, okay! =)

Memang sebelum ini bos, Datuk Muz dah pun tunjukkan cover CRT pada saya tetapi disebabkan kena tunggu green light, katanya jadi tak boleh nak share pada para pembaca. So, hari ini...secara rasminya cover CRT is out!! 


Blurp belakang cover:

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

********

How is it? Bagi, saya....saya suka sangat!! Kata Kak Lin di FB, cover ni tampak tradisional and yet elegant. Oh, my!! Suka statement tu...haha!! And yup, it's a postcard. Nampak gayanya kad2 ni dah jadi signature Sara Aisha kut. JIMK dulu kad kahwin, sekarang CRT poskad. Agak2 lepas ni, kad apa pulak, ya? 

Salam sayang,
Sara Aisha

p/s: order direct dari Cik SA akan dibuka dan dimaklumkan macam mana caranya di entri selepas ini..=)


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

5 comments:

  1. Tahniah dik... santekkk lah sangat. yup, elegant!!! kali ni nak order dgn cik penulislah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zz!! thanks a lot, dear...okies dokies, nanti sy bukak order...hehe

      Delete
  2. Akhirnya...kuar juga cite ni dlm versi cetak. Tahniah dari saya, x sabar nak dapatkan cite ni. Buka laman web KS dah boleh order pun tp rasanyer nk order dgn penulis boleh tak? nak gak dptkan sign awak yg cantik tu..heheeee

    Let me know ya,

    ReplyDelete
  3. next novel buat yg ada kaitan dgn hari raya plak...boleh pos kad raya..hehehe

    ReplyDelete
  4. Ive read ur book..so far this novel chan rak ter the best....kata org terbaik...the full elements all there...cinta,adventure,suspense...kipidap

    ReplyDelete