SARA AISHA
  • HOME
  • CERPEN
  • TEMPAHAN NOVEL
  • REVIEW NOVEL
  • CERITERA CRAFT
  • LAKORNS (OLD)
  • REVIEW LAKORN
  • BORAK2 LAKORN
Home Archive for January 2012
Masih ingat bahawa saya pernah inform tentang website KS? Tak pasti? Klik sini!

Ya, website KS kini sudah pun selamat di'upgrade'. Jadi sekarang pembaca sudah boleh mendaftar sebagai ahli, bagi memudahkan lagi urusan pesanan novel2 terbitan KS.

Link ke website KS:

Karya Seni
Alhamdulillah, rasa gembira sangat bila tengok cover JIMK yang dah dipamerkan secara rasminya oleh pihak KS hari ini. 

So, tada!!! Inilah dia cover JIMK!! =)


Wedding card ni!!! Hehe...

Yup, cover ini adalah based on kad kahwin. Sekali tengok, memang ingat kad undangan perkahwinan tetapi rupa-rupanya cover novel...hehe...

Saya sangat-sangatlah berterima kasih pada En. Muz dari KS sebab dah hasilkan cover yang bagi saya cantik. Saya ingat lagi waktu En. Muz tanya nak cover macam mana, saya cuma jawab... "Saya nak cincin atas cover tu.." 

So, nah..ambik!! Bukan setakat cincin yang saya dapat, bunga tulip kuning dan kad undangan kahwin pun ada sekali...haha!!

Blurp (sinopsis belakang) JIMK:

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

Harga:

SM : RM26.00
SS : RM29.00

p/s: tempahan akan dibuka sedikit masa lagi..=)
Kehidupan bagi saya penuh kesuraman. Saya tersenyum hanya pada keluarga itu. Dan siapa sangka, kerana dia...awak tiba-tiba hadir. Awak ubah segalanya tentang saya.

Dahlia, awak tak perasan ke? Awak punya kuasa untuk buat saya bahagia? Awak buat saya benar-benar tersenyum dari hati. 

Tetapi macam mana kalau awak cuma persinggahan dalam kehidupan saya? Tidak ubah seperti pelangi yang akan hilang tiba-tiba. Dan akhirnya saya akan kembali seperti dulu...kosong tanpa rasa...

Saya tahu....saya pengecut! Saya tak berani nak gapai kebahagiaan depan mata, tapi...hati saya tak cukup kuat, Lia...tak cukup kuat untuk lihat kebencian dalam mata awak kalau awak tahu siapa sebenarnya saya.

Jadi, tolonglah..tolonglah jangan sukakan saya, jangan sayangkan saya...kerana akhirnya awak yang akan terluka. 

Dan sesungguhnya saya seorang suami, Dahlia...mana mungkin saya tegar melihat isteri saya sendiri terluka kerana saya....

~Aariz Danial~
Kehidupan bagi saya selalu sahaja indah. Tapi kerana dia, saya mengalirkan air mata. Tetapi kerana dia juga, awak hadir, Aariz. Awak hadir bersama ketulusan dan keindahan kasih yang tak pernah saya rasa.

Awak buat saya gembira, awak buat saya bahagia…dengan cara awak sendiri. Tetapi di sebalik senyuman dan tawa awak tu, kenapa saya boleh nampak kesakitan dan penderitaan? Kenapa mata awak selalu saja sedih?

Awak tahu tak, Aariz…betapa luluhnya hati saya bila saya nampak sendu itu? Sendu dalam dua mata awak yang selalu sahaja pandang saya dengan pandangan yang terlalu sukar untuk saya tafsirkan?

Saya nak sangat, Aariz…saya nak sangat ubah kesakitan, kesedihan dalam hati awak tu kepada kegembiraan, kebahagiaan…macam yang awak hadiahkan pada saya.

Tetapi…kenapa? Kenapa awak mahu saya pergi jauh? Kenapa awak tak nak kongsi semua penderitaan tu dengan saya?

Awak…awak tak nampak ke betapa hancurnya hati saya bila awak nak saya pergi? Saya seorang isteri, Aariz…mana mungkin saya pergi jauh daripada suami saya sendiri.

~Dahlia~


Wah!! Finally!!! Finally I can write my review on GRGR. Ok, ok..i have to admit that I’ve just watched GRGR. Well, what to do? I was seriously, seriously busy with lots of things. Yup, so busy to the point of not having time to watch lakorn…huhu.. And I was like…keep telling myself to watch GRGR and the other lakorns in my to-be-watched list (which A LOT!!)

Ok, back to GRGR. One main point for us to watch this is of course….YADECH!! Yup, our Nadech and Yaya, the….hmmm…currently most popular Pra’nang? Their chemistry on screen is undeniably perfect! And I guess it’s the main reason why they’re always paired together. They are like…Ken-Ann pair, or Tik-Aum pair…

For those who don’t know (which I think not many)…this is the second time Nadech and Yaya are paired together. The last time was in Duangjai Akkanee and…the third one is coming soon in Toranee Ni Nee Krai Krong. Wah!! They really are becoming like Ken-Ann which have…if I’m not mistaken, 6 lakorns together.

The second point for GRGR is its genre. It’s a romantic, dramatic, revenge, slap and kiss genre!! Sounds familiar? Think of Sawan Biang and Jam Leuy Ruk…hehe…

I think I better go straight to the whole story of GRGR before I start to write about SB and JLR…haha!! So, what is this GRGR all about?

Synopsis:


This beautiful yet heart wrenching love story is about Saichon, a naïve and innocent man and NangFah, a lovely lady. These two met by the thread of destiny when Saichon, an orphan living in the Min Island found an unconscious girl who was swept away by the tsunami. Saichon helps her, only to find out that she lost her memory and acts like an 8-year old girl. She couldn’t even remember her own name.

Because of her beauty that is like an angel that he used to see in paintings, Saichon names her ‘NangFah’ which means Angel. Saichon takes care of NangFah as a sister. And as they become closer, neither of them realizes that the love has blossoms in their heart.

When Mami, the girl who had a crush on Saichon realizes the closeness between the two, it is already too late…for Saichon’s heart had became NangFah’s and NangFah’s heart had became Saichon’s. When Saengdao, the village head man's wife, knew about this, she tells Saichon to make NangFah his wife because Saichon is a lonely orphan and he should have his own family now.

And so…begins the innocent, sweet and beautiful love story between Saichon and NangFah, without knowing that the danger was drawing near along with their blooming love…a danger named Chompooprae, the only sister of NangFah or Fahlada, her real name. Chompooprae wants to seize the inheritance of the family from Fahlada. She’s in fact only an adopted daughter and all inheritance is in Fahlada's name.

The love of Saichon and NangFah is torn apart when Choompooprae finds them and separate them in a heartbreaking Romeo and Juliet style of separation. Choompooprae takes NangFah back to Bangkok. Due to her very bad condition, Nangfah is given an electric shock. She regains her memory but everything about Min Island and Saichon are all gone…leaving Saichon with a broken heart.

Years after…

Saichon became Charles, a charming, handsome and talented businessman, the CEO of the new airline company in Bangkok. And it seems that his life is still tangled with the thread of destiny...named NangFah who is now known as Fahlada.

They finally meet…

But Fahlada have no idea about Charles, her beloved Saichon, though he is actually the man in her dreams. Charles wants to know the truth if Fahlada is indeed his NangFah and if she is, why she doesn’t remember him, her own husband and everything about Min Island.

As Charles tries to find out the truth, the lies and betrayals of Choompooprae come into the picture. His heart becomes more and more vengeful, for he thinks that Fahlada pretends to not knowing him. The love, the hurt and the vengence in his heart turn him into a man who hurts Fahlada in every possible ways. And Fahlada, without knowing anything gets hurt over and over again by the one man who owns her heart….

The Cast:

Nadech Kugimiya (Barry) as Saichon/Charles


Urassaya Sperbund (Yaya) as Fahlada/Nang Fah


Natwara Wongwasana (Mint) as Chompooprae


Thanawat Wattanaphut (Pope) as Dr.Wattana


What can I say about GRGR??

Hmmm…reminds me a lot of Sawan Biang?? Yup, that’s exactly what I feel. Whenever I see Charles being the bad guy, I see Kawee…hehe…

~This angry man seriously reminds me of Kawee~

I really like the beautiful-innocent-sweet love of Saichon and NangFah, though. It’s like chocolate or lollipop…so sweet! And their love is so innocent, as it is their first crush and their first love. When I watched them, I can feel the…hmmm…what can I say? Sweetness overloaded?? Hehe…

~The sweet Saichon and NangFah~

And then…Charles…oh, dear Charles…you’re such a bad boy. Like seriously…seriously bad! He’s mean…though we can see how much it hurts him to see Fahlada’s tears. It’s breaking him into pieces every time he hurts her, every time she yells at him and tells him that she hates him. We can really feel his heart and his longing for his one love, NangFah/Fahlada.

~Charles and Fahlada~

But…

Me being me…I can’t really accept what he did to her. I mean, come on!!! Why do you have to ‘R’ the girl to show that you love her? Okay..okay, it wasn't really a 'R' scene, but rather 'R' turned to 'willing' but still....quite unacceptable for me..hehe...

Oh, Sara...it’s lakorn!! That’s what we call ‘slap and kiss’…haha!!

~The wicked Charles~

Overall for GRGR:

One word.....LOVE!!! Yup, i love it!! haha!! Though some of the Charles-Fahlada scenes are quite disturbing, but overall...the whole story is just super, duper fine!!! =)

Pics:

~Saichon vs Charles~

~NangFah vs Fahlada~

Eye candy ---> Charles (Haha!!)



Trailer:





Link:

 wishboniko

p/s: i do not own the pictures esp. that beautiful header (at the top). Fully credits to their respective owner..=)

Wah, perasan tak layout baru ni?? Hehe...dah lama rasanya since last time saya tukar layout Watashinosara ni. So tadi waktu my sis duk godek2 layout baru untuk blog dia, boleh pulak saya pun terpikir nak tukar jugak...hehe...

So cam ne? Ok tak layout baru ni? Or cam budak2 sangat? Tapi nak wat cam ne, kan? Sara Aisha ni mmg orang tua yang selalu je rs young at heart, haha!! 

Ok, last weekend memang saya gunakan untuk tonton filem2 Melayu yang ada dalam laptop tu. Mula2 tengok Misteri Jalan Lama (akan di'review' dalam next entry). Dan tadi baru saja tonton filem pecah panggung kita. Apalagi kalau bukan Ombak Rindu....

Dan konklusi saya? 

Hmmm....memang tak terkata!!

Oh, no..no...no!!! Bukan sebab Hariz tu nampak hensem ke, atau kesian dengan Izzah, atau betapa menyampahnya dengan Mila dan mak Hariz...

Tetapi....

Sebab apa yang saya nampak dalam filem tu adalah betapa seorang wanita diperkotak-katikkan oleh seorang lelaki, betapa maruah dan harga diri seorang perempuan diletakkan di bawah tapak kaki seorang lelaki dan betapa bodohnya seorang perempuan yang hanya membiarkan semua tu berlaku pada dia dengan alasan kononnya menerima takdir.

Sejujurnya, saya suka novel Ombak Rindu. Tetapi saya tak boleh membuat diri saya suka akan filemnya. Mungkin sebab dalam novel, kita tak nampak sangat apa yang digambarkan tetapi dalam filem, bila nampak semua tu depan mata....apa yang masuk dalam fikiran saya adalah tentang kesadisan seorang lelaki dan kebodohan seorang perempuan. Tambahan pula, filem Ombak Rindu tidak betul-betul mengikut jalan cerita asal novelnya.

 Saya minta maaf, tetapi memang itu yang saya rasa bila tonton filem tu. Saya tak boleh nampak kehebatan cinta Hariz pada Izzah atau kehebatan cinta Izzah pada Hariz. 

Mungkin ada yang tidak puas hati dengan pendapat saya ni. Tetapi ini hanyalah pendapat peribadi semata-mata. Tidak ada maksud apa-apa, ya!


Ok, ramai jugak yang mintak link utk tengok BH sejak sy tulis pasal BH dlm last entri. So untuk tidak mengecewakan peminat2 BH, ini dia link utk BH ep. 1!!!

YouTube : http://www.youtube.com/watch?v=YQBsEZAup2o

download link: http://jieazzmovie.net/tv-show/bicara-hati-2012-malay-sdtvrip-mkv-ep-01/

Enjoy, ya!! =)
Dua hari lepas baru berpeluang untuk tengok Bicara Hati. Nak wat cam ne, kan? Astro takde kat rumah sewa ni, so kenalah tengok online…huhu

First impression on first episode?

Best!!! Yup, suka dgn perangai Tengku Syahran dan Zahlia. TS dalam BH drama version ni rasanya lagi best drpd TS dlm BH novel version. Sbb TS dlm novel lg kerek!!! First time jumpa pn..dh tnjk perangai kerek dia tu..

Tapi, TS dlm drama…alahai, comey jer. Paling best scene diorg accident, bertikam lidah jap n then dia ckp psl keta dia mahal bla2… Dan bila Zahlia marah sebab hina dia, TS dgn muka innocent nya tanya “Bila masa saya hina awak?” Serius!! Suka scene tu! Takleh blah muka comey TS bila tye Zahlia cm tu. Innocent jer, mcm bdk2 yg tak tau apa2…haha!!

Lagi satu scene yg sy suka, scene TS dan Adli kt restoran, lps Adlib wk TS jumpa perempuan mn yag gedik2 tu. Ms tu TS tye Adli… “ Apasal dia gedik sangat? Apa masalah dia??” Haha!! Kelakar…=)

Bila tengok scene accident dalam BH tu, teringat lar pulak masa saya accident dulu. Or to be more precise, waktu mamat tu pegi sodok keta Kelisa kesayangan saya. Taular, keta kita keta biasa je…tapi janganlar memandai je nk langgar belakang keta kita!!

Dan dia mmg kira bernasib baik sbb yg dia langgar tu…saya. Sebab saya mana reti nak marah2 dia. Dan perbualan antara saya dengan dia plak cm ni:

Dia (dgn muka takut2) : Cik, sorry...i'm so sorry
Saya (dgn muka terkejut) : .......
Dia : Cik okay ke?
Saya (terkebil-kebil pandang dia) : Terkejutnya!!!!

So in the end dialah yang tolong ajar sy cm ne nak wat report polis, kt police station mana and everything. Dan yang paling kelakarnya, bila dia bagitau saya that dia dh pun kena saman RM300, sy dgn muka sedihnya ckp kat dia... "Oh, ye ke? Sorry ek..."

Haha!! Itu mmg tak boleh blah! Lepas je sy ckp cm tu, terus je sy terfikir "apasal mintak maaf dgn dia? mmg patut kot dia kn saman..." 

My bestie yg teman sy masa tu pun tengok sy dengan pandangan... "You ni kenapa pelik sangat???" Haha!!

BAB 13

SYAFIQ menggosok tapak tangannya beberapa kali dan menghembuskan nafas ke tangannya. Angin sejuk bumi Wellington membuatkan tubuhnya sedikit menggeletar. Sudah hampir dua bulan dia berada di sini, sejak dia meninggalkan rumah pada malam sebelum hari pernikahannya.

“Hari pernikahan…”

Syafiq tersenyum sinis mengingatkan hal itu. Terbayang wajah umi dan abah yang beriya-iya mahukan dia berkahwin dengan perempuan itu. Siapa namanya? Syafiq mengerutkan dahi, cuba mengingati nama perempuan yang sepatutnya dia nikahi.

‘Lia…Dahlia. Yes, Dahlia,’ getus hatinya, menjawab sendiri persoalan yang bermain-main di matanya.

Wajah gadis itu menjelma pada pandangannya. Dari mata seorang lelaki, Syafiq akui gadis itu memang manis. Walaupun tidak tergolong dalam golongan wanita-wanita yang terlalu cantik, Dahlia punya keistimewaannya sendiri. Sayangnya keistimewaan itu tetap tidak mampu menarik hati Syafiq.

“Seriously!! Umi ingat sekarang ni zaman apa? Nak tentukan dengan siapa Fiq kena kahwin!!”

Itulah jawapan keras yang diberikan kepada umi tatkala pertama kali umi menyuarakan cadangannya untuk menjodohkan Syafiq dengan Dahlia, seorang gadis yang langsung tidak dikenalinya. Namun dia akhirnya bersetuju selepas umi merayu-rayu. Juga setelah umi mula mengungkit tentang hubungannya dengan Alya, wanita yang paling dicintainya. Kata umi, untuk apa diingat lagi tentang hubungan yang tidak ke mana-mana itu, hubungan yang terputus di tengah jalan apatah lagi hubungan itu putus gara-gara dirinya sendiri.

Tanpa sedar, Syafiq mula mengetap bibir. Menahan rasa geram dalam diri. Umi selalu sahaja begitu. Suka mengungkit tentang hal itu. Dan kerana tidak mahu lagi mendengar bebalan umi tentang hubungannya dengan Alya, dia bersetuju untuk mengahwini Dahlia. Namun kata setuju itu hanya pada bibirnya sahaja.

Bagi Syafiq, tidak mungkin untuk dia menerima Dahlia atau sesiapa pun. Hanya Alya seorang yang paling layak untuk bersamanya. Untuk itu, Syafiq telah membuat rancangan yang dirasakan paling sempurna. Dia akan mencari Alya dan membuatkan gadis itu menerimanya kembali. Pada masa yang sama dia akan meneruskan lakonannya sebagai anak yang baik, yang sanggup berkorban demi ibu sendiri. Juga sebagai tunang yang benar-benar menerima jodoh pilihan keluarga.

“Bagi saya, pilihan umi mungkin yang terbaik untuk saya. Jadi saya terima semua ni dengan rela.”

“Mungkin juga takdir dah tentukan awak adalah suri dalam hidup saya.”

Syafiq tergelak sendiri bila teringatkan kata-kata yang pernah lahir dari mulutnya itu. Jawapan itu diucapkannya ketika Dahlia menyoal kenapa dia bersetuju dengan rancangan umi untuk menjodohkan mereka. Dan seperti jangkaannya, Dahlia benar-benar percaya akan jawapannya.

Ternyata rancangan Syafiq berjalan dengan benar-benar lancar. Tiada siapa yang tahu bahawa di sebalik gemilang persiapan pernikahannya, Syafiq sedang membuat persiapan untuk berlepas ke New Zealand. Dia mahu mendapatkan Alya setelah menerima berita tentang gadis itu yang kini sedang melanjutkankan pelajaran di Wellington.Tidak langsung dia berfikir tentang Dahlia. Malah nota terakhir yang ditinggalkan untuk Dahlia juga hanyalah nota yang penuh kepura-puraan.

“I’m so sorry. Saya ingat saya boleh teruskan perkahwinan ini, for the sake of umi. Tapi saya gagal!! Please forgive me…”

Bagi sesiapa yang membaca nota itu, pasti mereka beranggapan bahawa dia telah berusaha untuk menerima perkahwinan itu demi ibunya yang sakit, namun usaha itu tetap tidak berjaya. Dan akhirnya dia terpaksa melarikan diri. Nota itu sengaja ditinggalkan Syafiq dengan tujuan supaya mereka semua berfikir bahawa dia tidak pernah merancang untuk meninggalkan Dahlia.

Syafiq akui, hampir-hampir sahaja dia melupakan niatnya untuk mencari Alya setelah umi tiba-tiba terpaksa dibedah seminggu sebelum hari pernikahannya. Namun apabila doktor mengesahkan tentang kejayaan pembedahan itu, Syafiq kembali bertekad untuk meneruskan rancangan asalnya itu.

Rasa bersalah? Ya, dia akui mungkin ada sedikit rasa bersalah pada umi dan Dahlia, tapi dia tidak peduli. Sebab yang paling penting baginya adalah Alya, gadis yang sentiasa dicintainya, gadis yang sentiasa menjadi pujaan hatinya.

Syafiq memandang sekeliling sebelum melangkah. Di sepanjang perjalanan, mindanya penuh dengan agendanya untuk hari ini. Dia mahu melihat wajah yang amat dirinduinya, mahu melihat gerak-gerinya. Sejak Syafiq berjaya menemui alamat rumah Alya, dia sering sahaja berulang-alik dari tempat dia menginap ke rumah itu. Untuk apa? Hanya untuk memandang wajah itu, memastikan gadis kesayangannya sihat dan gembira, juga untuk memastikan tiada lelaki yang cuba menghampiri Alya.

Dari kejauhan Syafiq dapat melihat tubuh Alya yang membelakanginya. Gadis itu sedang menutup pintu pagar rumahnya. Di tangan sebelah kirinya terselit sebuah fail dan dua buah buku. Syafiq tersenyum riang lantas merapati Alya yang sedang membelakanginya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Terus sahaja Alya menjawab.

Wajah Alya terus sahaja berubah saat melihat siapakah gerangannya yang memberi salam tadi. Rasa geram mula menyelinap masuk dalam hatinya. Sudah acap kali dia memberitahu lelaki itu agar tidak mencari dan mengganggunya lagi, namun apa sahaja yang diucapkannya tidak ubah seperti mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Alya menjeling tajam ke arah Syafiq dan terus sahaja menapak pergi tanpa langsung mempedulikan lelaki itu.
Spontan Syafiq mengetap bibir. Terasa marah apabila tidak dipedulikan oleh wanita pujaan hatinya. Dia menggenggam tangan, cuba menahan rasa amarah itu.

“Awak nak pergi mana ni?” soal Syafiq sambil kakinya mengejar langkah Alya.

Alya tetap seperti tadi. Tidak mempedulikan Syafiq. Pandangannya dihalakan ke hadapan seolah-olah lelaki itu tidak ada di sisinya.

Syafiq menarik nafas panjang. Tindakan Alya memang betul-betul mencabar egonya.

“Awak nak pergi fakulti ke? Banyak kelas hari ni?” Sekali lagi Syafiq menyoal Alya, dan sekali lagi gadis itu tidak mengendahkannya.

Syafiq cuba menyabarkan hatinya yang sudah semakin membara. Dia menguntum senyum, berharap senyumannya itu mempu membuatkan Alya melayaninya.

“Lepas kelas, awak pergi mana? Saya belanja makan, nak?” Lagi Syafiq menyoal Alya, masih mahu berbual-bual dan bermesra dengan wanita pujaannya.

Dengusan kasar terbit dari mulut Alya. Perasaan geram dan marah bercampur-baur dalam dirinya. Langkahnya dilajukan, seakan-akan berharap dia akan dapat lari daripada Syafiq.

Melihatkan perilaku Alya yang terus-terusan tidak mempedulikannya, perasaan marah dalam diri Syafiq tidak dapat dibendung lagi. Lantas dia berjalan laju dan memintas Alya sebelum tiba-tiba berhenti dan berpaling menghadap Alya. Tindakannya membuatkan Alya hampir-hampir sahaja bertembung dengannya.

“Hei, awak ni kenapa?” jerit Alya dengan geram.

Senyuman sinis pantas terukir pada bibir Syafiq.

“Oh, sedar saya ada kat sini rupanya. Ingatkan tak nampak saya,” jawab Syafiq. Jawapan yang berupa sindiran yang tajam. Wajah Alya direnung.

Alya mendongakkan kepala, membalas renungan itu dengan penuh perasaan benci. Lelaki yang pernah disayanginya suatu masa dulu kini berubah menjadi manusia pertama yang dia benci seumur hidupnya.

“Berapa kali saya nak cakap, jangan ganggu saya lagi. Stop bothering me! What part of it that you don’t understand?” teriak Alya. Suaranya kuat dan sedikit menengking. Beberapa orang pejalan kaki yang berada di sekeliling mereka mula memandang mereka. Namun langsung tidak dipedulikan oleh Alya.

Syafiq tidak terus menjawab, sebaliknya dia berjalan merapati Alya yang masih merenungnya tajam. Bibirnya mengukir senyuman yang kelihatan sangat jelik di mata Alya.

Automatik Alya berundur beberapa tapak ke belakang. Perilaku Syafiq agak menakutkannya. Lelaki di hadapannya seperti seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya, walhal hubungan cinta mereka bertahan agak lama. Hampir tiga tahun lamanya.

“What part of it that I don’t understand? Rasanya saya yang patut tanya itu pada awak. Kan saya dah cakap, saya tak boleh biarkan awak sendiri.” Lembut sahaja suara yang lahir dari mulut Syafiq, namun kelembutan itulah yang sangat menakutkan Alya. Kelembutan yang hanya pada luaran sahaja, apa yang tersirat di sebalik kelembutan itu tiada siapa yang tahu.

“I’m not bothering you, sayang. I’m just…I cannot leave you,” sambungnya lagi masih dengan senyuman di bibir, tetapi sesaat kemudian senyuman itu mati.

“I’ve told you that for so many times. So many, many times. Kenapa awak tak nak faham?” Kali ini keras pula kata-kata yang dituturkan oleh Syafiq.

Tersentak Alya. Namun dia tetap cuba untuk memberanikan diri berhadapan dengan lelaki itu. Dia berusaha sedaya upaya agar rasa gentarnya pada Syafiq tidak jelas kelihatan.

“Cannot leave me? Yes, that is soooo true!! Sampaikan awak tentukan dengan siapa saya boleh bercakap, apa yang saya patut buat, mana saya boleh pergi, semuanya awak tentukan!!” balas Alya kembali. Suaranya meninggi.

Teringat Alya pada saat-saat dia hidup dalam penjara yang dibina oleh Syafiq. Pada awal perhubungan mereka, Alya tidak kisah dengan semua itu kerana baginya Syafiq mungkin terlalu menyayangi dia. Namun bila usia perhubungan mereka masuk ke tahun kedua, perangai Syafiq semakin menjadi-jadi. Setiap hari lelaki itu akan memeriksa telefonnya dan akan marah-marah apabila terdapat mesej atau panggilan telefon daripada sahabat lelakinya. Syafiq juga akan menelefonnya hampir setiap jam dan akan memarahinya jika dia tidak mengangkat panggilan telefon itu.

Kesabaran Alya sampai ke puncaknya apabila Syafiq hampir-hampir memukulnya kerana perasaan cemburu Syafiq terhadap sepupu lelakinya. Waktu itu sepupunya, Akhif menghantarnya pulang ke rumah setelah kereta Alya tiba-tiba rosak di kampung. Akhif kemudiannya menawarkan diri untuk menghantar Alya pulang. Malang bagi Alya kerana sewaktu tiba di rumah, rupa-rupanya Syafiq sedang menunggunya di luar pintu rumah. Pertemuan empat mata antara Syafiq dan Akhif membawa kepada pergaduhan besar antara mereka. Semuanya gara-gara Syafiq yang berfikir bahawa Alya mempunyai hubungan dengan Akhif.

“Awak cuba pukul saya pada malam sepupu saya hantar saya pulang, remember?” sambung Alya lagi, sedikit menyindir.

Soalan Alya hanya dibalas dengan wajah Syafiq yang kelat. Perkara itu juga yang diungkitkan Alya. Dia memang mengakui bahawa sepanjang perhubungan mereka, dia agak mengongkong Alya. Tetapi baginya itu kerana dia terlalu mencintai Alya. Dia tidak mahu Alya jatuh ke tangan lelaki lain. Dan Alya cuma miliknya seorang. Sejujurnya bagi Syafiq, Alya terlalu istimewa.

Alya memberikan rasa kasih yang dalam kepadanya. Apabila dia bersama Alya, Syafiq terasa seperti dihargai. Alya menerimanya dengan seadanya. Alya bukan seperti orang lain yang selalu sahaja membandingkan dia dengan orang itu. Orang yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya dan merampas segala-galanya daripada Syafiq. Orang itu yang bernama Aariz Danial, yang dianggap oleh semua orang di sekeliling mereka sebagai abangnya.

Syafiq mendengus kasar. Setiap kali terbayangkan wajah Aariz, pasti rasa marah akan bertamu dalam hatinya.

“Awak tahu tak? Dalam hati awak tu cuma ada perasaan cemburu buta!” Alya menyambung lagi.

“Okey, okey! Saya mengaku saya silap. Saya bersalah. Saya tak patut buat awak macam tu. Tapi, saya buat semua tu sebab saya sayangkan awak.” Syafiq akhirnya membuka mulut. Dia bersuara lembut, cuba memujuk Alya yang jelas sedang marah.

Alya membatu. Hanya matanya yang tetap merenung wajah Syafiq. Wajah itu yang pernah menjadi kegilaannya suatu ketika dulu seperti sudah hilang serinya di mata Alya. Langsung tidak mampu menarik hatinya.

“Awak kan tahu, saya nak kahwin dengan awak. Sebab saya…saya cintakan awak. Terlalu cintakan awak,” sambung Syafiq lagi.

Alya tetap diam tanpa sebarang kata.

“I love you, sayang. I love you so much. Bagi saya peluang lagi, ya. Sekali je. Saya janji, saya takkan marah-marah, saya takkan kawal awak lagi. Awak…awak boleh buat apa sahaja yang awak nak. Please, sayang…” Kali ini Syafiq mula merayu.

Tanpa disangka-sangka, Alya tiba-tiba sahaja ketawa. Entah apa yang mencuit hatinya, Syafiq juga tidak pasti.

Berkerut dahi Syafiq, tanda tidak senang dengan ketawa Alya. Ketawa itu seolah-olah mentertawakan dirinya.

“Sayang? Cinta?” soal Alya diselangi tawanya yang masih bersisa.

“Awak jangan nak buat lawak kat sinilah, Syafiq. Selama tiga tahun saya bodoh percayakan kata-kata awak tu. Cukuplah! Cukuplah tiga tahun saya memperbodohkan diri saya kerana awak. Saya biarkan awak control saya semahunya sebab saya ingat itu caranya awak mencintai saya.” Alya membentak.

“Huh! Saya memang bodoh!” Alya menyambung lagi. Kali ini mengutuk dirinya sendiri pula.

Syafiq mendiamkan diri, sengaja tidak mahu membalas kata-kata Alya sudah semakin mencabarnya. Hanya matanya yang masih membalas renungan berani Alya. Syafiq dapat melihat rasa benci yang dalam pada sepasang mata Alya. Dan Syafiq sedar rasa benci itu ditujukan padanya.

“Let me tell you something, Syafiq. Selama tiga tahun kita bersama, awak sebenarnya tak pernah sayangkan saya. Jauh sekali cintakan saya. Apa yang ada dalam hati awak tu……”

Alya menghentikan kata-katanya dan menarik nafas panjang. Dia tahu apa yang bakal dia katakan ini pasti akan membuatkan Syafiq mengamuk. Namun Alya sudah tidak peduli lagi. Biarlah apa akan jadi lepas ini, yang pasti dia mahu meluahkan apa yang dirasakannya selama ini.

“Apa yang ada dalam hati awak tu cuma rasa benci dan cemburu awak pada abang awak.” Dengan berani Alya menyambung katanya.

Tersirap darah ke wajah Syafiq. Wajahnya berubah mejadi tegang. Langsung dia tidak menyangka ucapan itu akan keluar dari mulut Alya, satu-satunya manusia yang tidak pernah membandingkan dia dengan Aariz. Perlahan dia menggenggam tangannya.

“A….apa..maksud awak?” Perlahan Syafiq menyoal Alya.

Alya sedikit tergamam mendengar nada suara Syafiq yang mendatar, tanpa sebarang perasaan. Dalam hati, Alya berasa takut. Namun dia tetap cuba memberanikan diri. Kali ini dia sudah tidak mahu melarikan diri lagi, biarlah dia berdepan dengan Syafiq.

“Bagi awak, abang awak dah rampas semuanya yang sepatutnya jadi milik awak. Sebab tulah awak anggap saya ni macam barang yang awak miliki. Satu-satunya milik awak yang abang awak tak boleh rampas.”

Alya menarik nafas sebelum menyambung lagi.

“Perasaan awak pada saya bukan sayang atau cinta, Syafiq. It’s just obsession. Obses bukan sebab rasa cinta awak pada saya pula tu. Awak obses sebab rasa cemburu dan benci awak pada abang awak.”

Syafiq hanya mendiamkan diri. Akan tetapi jelas di mata Alya, dadanya yang berombak. Nampak sangat lelaki itu sedang menahan marah.

“I’m just your possession. Your property. You wanted to show off pada semua yang awak juga ada something yang awak miliki. Something yang abang awak tak ada. Sebab tulah awak control saya macam tu sekali.” Alya menyambung lagi dengan penuh emosi. Rasa terluka mula menjengah masuk dalam hatinya. Air matanya juga mula bertakung di tubir mata.

“Awak jangan nak provoke saya.” Syafiq mula menjawab. Suaranya keras.

Alya tersenyum pahit. Matanya dikelipkan beberapa kali bagi menghalang air matanya yang seakan-akan menunggu masa untuk gugur.

“Provoke? Hei, saya tak perlulah nak provoke awak. Apa…”

“Shut up.” Syafiq memotong kata-kata Alya, cuba menghentikan gadis itu daripada meneruskan kata-katanya. Namun tidak dipedulikan oleh Alya.

“Apa yang saya cakap semuanya betul. Memang itu yang awak buat pada saya. Awak memang tak….”

“I said, shut up!!! Kenapa susah sangat kau nak faham, hah?” Tanpa sedar, Syafiq menengking Alya. Tangannya laju sahaja bergerak dan mencengkam kedua bahu Alya.

Alya tergamam. Wajahnya menyeringai kesakitan. Cengkaman Syafiq pada bahunya terlalu kuat. Terasa seperti tulangnya mahu patah. Perlahan air matanya menitis. Rasa terluka yang sedia ada dalam dirinya bercampur pula dengan rasa sakit pada kedua bahunya menyebabkan Alya tidak dapat lagi menahan matanya daripada mengalirkan manik-manik jernih itu.

“Aku cukup benci kalau ada orang sebut-sebut pasal lelaki tu. Kau jangan fikir kau ni pernah jadi girlfriend aku, kau boleh cakap apa saja yang kau nak.” Keras kata-kata Syafiq sambil matanya tidak lepas daripada merenung Alya dengan tajam. Hilang sudah ‘saya, awak’ yang digunakan tadi, dan kini digantikan dengan ‘aku, kau’ yang kasar.

Pandangan Syafiq cukup tajam sehinggakan membuatkan tubuh Alya menggeletar. Namun tetap juga dia cuba untuk membalas renungan itu di sebalik matanya yang semakin kabur dek kerana air mata yang laju sahaja mengalir.

“Alya?” Tiba-tiba telinga Alya menangkap suatu suara.

Pantas Alya berpaling ke arah suara itu. Dia seperti dapat meneka siapa pemilik suara garau itu. Syafiq turut menoleh.

‘Jarrad…’ Hati Alya berbisik.

“Hey, what’s going on here? Who are you? Let her go!!”

Jelas di mata Alya kelibat lelaki yang sangat dikenalinya itu. Lelaki itu semakin menghampiri mereka berdua. Alya dapat mendengar dengusan kasar Syafiq sebelum dia lambat-lambat melepaskan cengkamannya.

“Alya, are you alright?” soal Jarrad yang kini sudah berdiri di samping Alya. Nada suaranya penuh dengan rasa bimbang.

Alya tidak menjawab. Hanya matanya yang memandang Jarrad. Suaranya seperti tersekat di kerongkong. Tidak mampu langsung bersuara. Air matanya juga laju sahaja mengalir.

Jarrad yang melihat mula menggelabah. Selama dia mengenali Alya, gadis itu tidak pernah menangis begitu. Walaupun dia selalu sahaja melihat Alya bermuram dan kelihatan sedih, namun tidak pernah sekali pun Alya menangis dengan teruk begitu.

Perlahan Jarrad berpaling ke arah lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka. Lelaki yang dilihat berkasar dengan Alya tadi.

“What have you done to her?” Keras suara Jarrad menuturkan kata-kata.

Syafiq tidak menjawab. Hanya matanya yang memandang Alya dan juga lelaki yang semakin menghampirinya. Timbul sedikit rasa bersalah pada Alya kerana mengasari gadis itu tadi. Dia langsung tidak berniat untuk bertindak begitu. Apa yang dituturkan Alya benar-benar membuatkan darahnya mendidih. Sedar-sedar sahaja, dia sudah pun mencengkam bahu Alya dengan cukup kasar.

“I said, what have you done to her???” tengking Jarrad sambil berjalan mendekati Syafiq.

Tangan Jarrad dikepal, membentuk penumbuk. Jika diikutkan hatinya, sudah lama wajah lelaki yang mengasari Alya itu menerima habuan penumbuknya.

Syafiq sedikit tersentak. Namun dia tetap seperti tadi. Langsung tidak menjawab. Juga langsung tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Hanya matanya yang merenung lelaki di hadapannya dengan berani, seakan-akan mencabarnya.

“Jarrad…..” Tiba-tiba Alya bersuara.

Automatik sahaja Jarrad berpaling dan merapati Alya. Matanya sempat menjeling tajam ke arah Syafiq.
Alya menarik nafas dalam-dalam. Jarinya menyeka titis air mata yang masih berbaki.

“Leave him alone.”

“What? You want me to let him go? He…” Jarrad cuba membantah. Wajahnya jelas mempamerkan rasa tidak puas hati.

“He’s not worth it. Don’t waste your time on him.” Alya memotong kata-kata Jarrad. Sekali sindiran tajam ditujukan kepada Syafiq.

Syafiq mengetap bibir. Alya memang tidak habis-habis menyindirnya. Gadis itu memang sengaja membakar hatinya.

“Kau….” Syafiq membuka mulut, mahu membalas kata-kata Alya tadi namun mulutnya terkatup sendiri saat Jarrad tiba-tiba merapatinya.

“You better leave this girl alone.” Keras amaran yang diberikan Jarrad. Jari telunjuknya ditujukan ke muka Syafiq yang hanya memandang tanpa perasaan. Hatinya mengutuk lelaki itu yang cuba masuk campur dalam hal dia dan Alya.

“Let’s go, Alya.” Jarrad mengarahkan Alya mengikutnya. Fail dan buku yang terselit pada tangan Alya diambilnya dan dipegang kemas. Tangannya kemudiannya memegang pergelangan tangan Alya dan menarik Alya pergi. Langsung tidak mempedulikan Syafiq yang masih tercegat memerhatikan perilaku mereka.
Syafiq menggenggam tangannya erat sambil matanya tidak lepas daripada memandang Alya dan lelaki asing itu yang semakin menghilang daripada pandangan matanya. Dadanya berombak, bibirnya terketar-ketar menggambarkan rasa amarah dalam dirinya.
*****
TUBUHNYA dihempas kasar ke atas katil. Perlahan dia memejamkan mata. Terbayang di matanya wajah Alya bersilih ganti dengan wajah lelaki yang dipanggil Jarrad oleh Alya. Syafiq membuka matanya kembali dan terus sahaja bangun daripada pembaringan. Tangannya digenggam erat. Perasaan geram dan amarah bertamu lagi dalam dirinya. Hatinya mendidih tatkala teringatkan perlakuan lelaki itu yang selamba sahaja memegang tangan Alya di hadapannya.

Seketika kemudian terngiang-ngiang pula kata-kata Alya yang mengungkit tentang dia dan abangnya, Aariz Danial. Hatinya tambah mendidih. Sungguh! Langsung Syafiq tidak menyangka bahawa Alya boleh berkata demikian. Sepanjang dia mengenali Alya, tidak pernah sekali pun Alya menyebut tentang abangnya. Lagipun, mereka tidak pernah berjumpa. Sekali pun tidak pernah! Apa sahaja pengetahuan Alya tentang abangnya datang dari Syafiq sendiri. Jadi bagaimana pula Alya boleh membuat konklusi sebegitu tentang hubungannya dengan Aariz?

Aariz…Aariz Danial, abangnya. Tidak! Lelaki itu bukan abangnya. Lelaki itu cuma penumpang dalam keluarganya. Lelaki yang telah merampas segala-galanyanya milik Syafiq. Sayang umi pada dia, kasih abah pada dia, perhatian mereka dan semuanya dirampas kejam oleh Aariz.

Sejak kecil, Syafiq selalu sahaja mendengar umi dan abah memuji-muji Aariz.

Aariz yang comel.

Aariz yang bijak.

Aariz yang mendengar kata.

Dia pula adalah segala-galanya yang bertentangan dengan Aariz. Walaupun umi dan abah tidak pernah secara lisan membandingkan dia dengan Aariz, namun Syafiq bukan bodoh untuk tidak mengerti makna di sebalik pandangan mata umi dan abah padanya setiap kali mereka memuji Aariz. Pandangan yang seakan-akan bermakna ‘kenapa Syafiq tak boleh jadi macam Aariz?’

Syafiq masih ingat betapa gembiranya dia apabila Aariz menyambung pelajaran di US dan kemudiannya bekerja di Australia. Dia berasa akhirnya dia bebas daripada Aariz. Tidak perlu lagi dia memandang wajah lelaki itu. Tidak perlu lagi dia mendengar suara garau lelaki itu. Juga, tidak perlu lagi dia mendengar segala puji-pujian umi dan abah pada Aariz yang cuma menjelikkan dia dan menyakitkan telinganya.

Kemudian teringat pula Syafiq pada saat-saat kepulangan Aariz ke Malaysia sebulan sebelum majlis perkahwinannya. Masih terbayang di matanya wajah terlalu gembira yang dipamerkan umi dan abah, seolah-olah menerima kepulangan orang yang paling penting di dunia ini. Atau mungkin juga Aariz Danial adalah orang paling penting dalam hidup dan dunia mereka. Syafiq pula tidak lebih seperti tetamu yang tidak diundang, yang muncul tanpa jemputan. Mengingatkan itu, hati Syafiq benar-benar sakit.

“Arggghhhhhh!!!” jerit Syafiq.

“Kenapa kau harus ungkit pasal dia, Alya? Kenapa?”
“Saya minta maaf. I’m so sorry…”

“Huh! Awak ingat sesenang tu je saya akan maafkan awak?”

Dahlia terdiam sejenak sebelum dia menarik nafas dalam-dalam. Dengan teragak-agak dia kembali duduk di birai katil.

“Jadi….jadi, apa yang saya patut buat untuk awak maafkan saya?” Perlahan Dahlia menyoal. Tangannya mula menyentuh lengan Aariz namun sepantas kilat juga tangannya ditepis. Terperanjat Dahlia dengan tindakan refleks suaminya. Juga tersinggung!

“Awak tak perlu buat apa-apa. Just stay out of my sight.”

Bergenang air mata Dahlia mendengar jawapan keras suaminya. Hatinya terasa pedih. Sanggup Aariz berkata demikian padanya. Dia tahu dia yang bersalah dalam hal ini. Tetapi dia sudah pun meminta maaf seikhlasnya, jadi kenapa…kenapa susah benar nampaknya untuk Aariz memaafkannya?

“Aariz, please….don’t do this to me.”

“Apa yang saya buat? It’s not like saya tuduh awak ada lelaki simpanan, kan?” Laju Aariz menjawab, mula mengungkit kesalahan Dahlia walaupun dia sebenarnya sudah lama memaafkan isterinya itu.

Air mata Dahlia mula mengalir perlahan. Wajahnya yang keruh jelas mempamerkan rasa terluka atas apa yang baru sahaja diucapkan suaminya.

“Saya merayu, Aariz….maafkan saya. Sa…saya janji saya takkan…takkan tuduh awak macam-macam lagi.” Lirih suara Dahlia memohon kemaafan, diselangi esak tangisannya yang mendayu.

Keluhan berat terpacul keluar dari mulut Aariz. Sedaya-upaya dia cuba menguatkan hati agar tidak mengikut perasaan cintanya buat Dahlia. Walau sekuat manapun keinginannya untuk menarik Dahlia ke dalam pelukannya dan menyapu air mata yang membasahi kedua pipi isterinya itu, dia tidak boleh berbuat demikian. Tidak boleh!

“Dahlah, Lia….awak tak payahlah nak menangis kat sini. Keluar jelah.”

“Tapi…”

“Saya baru balik dari outstation, letih and now kena menghadap drama air mata awak ni, awak tak kesian kat saya ke?”

Lagi laju air mata Dahlia merembes keluar. Keras sungguh kata-kata Aariz. Langsung tidak memikirkan hatinya yang dirasakan seperti sudah remuk. Hancur lebur!

“Tolong jangan serabutkan kepala otak saya ni, boleh tak?” sambung Aariz lagi. Masih lagi dengan nada suara yang cukup dingin.

Perlahan Dahlia bangun dan berdiri di tepi katil. Matanya masih lagi terkebil-kebil menatap wajah Aariz di sebalik air mata yang bercucuran. Hatinya benar-benar berharap agar Aariz akan menarik kembali kata-katanya.

“Tunggu apa lagi. Keluarlah!”

Tersentak Dahlia sebelum dia akhirnya berpaling dan lekas berlari keluar dari bilik Aariz. Tangannya memegang dada yang terasa perit. Fikirannya meneriak…

‘Sanggup awak, Aariz!!!’
Jom layan individual teaser untuk JIMK!!!

Hero kita, Aariz Danial...



Heroin kita, Dahlia...


Psycho Syafiq!!

Pasti semua sudah perasan akan trend novel didramakan atau difilemkan di Malaysia. Dan sudah semestinya yang paling popular adalah drama Nora Elena yang diangkat dari novel Kasih yang Suci, karya Meen Zulaikha. Begitu juga dengan filem Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu. Dan yang terbaru sekali adalah Gemersik Kalbu dan Bicara Hati.

Tapi…tahukah semua bahawa trend ini sebenarnya sudah lama di negara jiran kita, Thailand? Kebanyakan (jika bukan semua) lakorn yang top-rating adalah diadaptasikan dari novel. Contoh klasik sudah semestinya ‘Silamanee’ lakonan Kob dan Paul yang rasanya hingga kini memang sukar ditandingi.

Silamanee



Contoh untuk lakorn terbaru yang diadaptasi dari novel pula adalah:

Ka Kaung Khon (Pong dan Noon)


Mia Taeng (Rome dan Chompoo Araya)


Game Rai Game Rak (Nadech dan Yaya)


Dan seperti di Malaysia, kebanyakan lakorn yang top ini berkisar tentang kahwin paksa…haha!! Yup, the marriage-in-name only plot. Mula-mula tak suka + benci + menyampah tahap gaban lepas tu fall deeply in love. Bila dah suka sama suka tu pulak, ramai lar muncul penyibuk2 yang nak buat hero-heroin kita ni divorce.

Atau...

Plot hero yang sangat jerk, suka berdendam dengan heroin. Lepas tu selalu wat jahat jat heroin sebab nak balas dendamlah kononnya and then...tup..tup..tup...terjatuh cinta kat the girl. Yup, the slap and kiss punya genre.

Cliché?? Sangat!! Tapi itular yang kita suka, kan?

p/s: nak sangat tulis review pasal GRGR, tp blm smpt lagi utk tgk so tak dptlar review lg.
Mental note: cari masa untuk tengok GRGR!!
Subscribe to: Posts ( Atom )

TENTANG SARA AISHA

Gadis ringkas bergigi taring. Jangan kacau, nanti kena gigit!

Penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai genre.

Co-founder Ceritera Craft. Kalau sudi, followlah IG: @ceriteracraft. Thank you!

NOVEL

NOVEL

MINI NOVEL

MINI NOVEL

AMARAN

Semua karya Sara Aisha yang dipaparkan di blog ini adalah hak milik sepenuhnya Sara Aisha dan syarikat penerbitan. Karya-karya ini dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia.

Sara Aisha dan syarikat penerbitan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba plagiat/copy paste/yang seumpama dengannya.

Powered by Blogger.

ARCHIVE

  • ►  2018 (3)
    • ►  April (3)
  • ►  2017 (17)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (7)
  • ►  2016 (8)
    • ►  June (6)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2015 (49)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  June (1)
    • ►  May (15)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
  • ►  2014 (10)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2013 (38)
    • ►  November (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (10)
  • ▼  2012 (104)
    • ►  December (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (16)
    • ►  April (14)
    • ►  March (35)
    • ►  February (17)
    • ▼  January (13)
      • Karya Seni ---> Web site dah upgrade
      • Finally!!! Cover Jodoh itu Milik Kita is out..=)
      • Suara hati seorang Aariz Danial
      • Suara hati seorang Dahlia
      • Game Rai Game Ruk aka Evil Game Love Game
      • Whoot...whoot...new layout!! =)
      • Filem Ombak Rindu?? Tak terkata!!!
      • [Bicara Hati] Link episod 1...
      • [Bicara Hati] Tengku Syahran + Scene accident
      • Jodoh itu Milik Kita - Bab 13
      • Jodoh itu Milik Kita - Teaser bab 42
      • Jodoh itu Milik Kita_individual teaser
      • [Trend] Lakorn juga dari novel!!
  • ►  2011 (207)
    • ►  December (28)
    • ►  November (5)
    • ►  October (8)
    • ►  September (22)
    • ►  August (7)
    • ►  July (12)
    • ►  June (23)
    • ►  May (21)
    • ►  April (25)
    • ►  March (22)
    • ►  February (17)
    • ►  January (17)
  • ►  2010 (49)
    • ►  December (2)
    • ►  November (12)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ►  June (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (20)

POPULAR POSTS

  • [Cerpen] Jodoh Bersulamkan Dendam
  • [Cerpen] Babysitter atau isteri?
  • [Cerpen] Coklat Cinta??
  • [Cerpen] Kisah Aku dan Dia
  • [Cerpen] BFF?? Best friend, ok! Not Boyfriend...

LABELS

cereka cinta ceritera craft Chan Rak Ter Encik Sayang dan Miss Sweetheart Jodoh itu Milik Kita lakorn life novel novelis review novel Salju Kyoto

SAHABAT

Copyright 2014 SARA AISHA.
Designed by OddThemes