Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Bab 28]



BAB 28

“DIAN DAMIA!!!”
            Terpelanting buku di tangan Dian. Suara Karn yang menjerkah kuat benar-benar mengejutkannya. Jantungnya dirasakan seperti berhenti berdegup. Terkebil-kebil matanya memandang Karn yang mula merapati bersama sepasang mata yang mencerlung tajam.
            “What do you think you’re doing?!” Lagi suara lantang Karn menjamah gegendang telinganya.
            “Err…reading.” Takut-takut Dian menjawab. Air liurnya ditelan berkali-kali.
            Karn merengus dan mencengkam rambutnya. Dadanya berombak laju. Geram dengan Dian yang hanya terkulat-kulat menatapnya. Haish!!!
            “Awak…awak kenapa?”
            “Awak tanya saya kenapa?!” Di luar kesedaran, Karn membentak kuat. “Awak sedar tak apa yang awak dah buat???”
            Dian menyepi tanpa kata. Dia ada buat salah apa-apa ke? Atau…bilik ini adalah kawasan larangan?
            “Saya…saya tak boleh masuk sini ke?” Tanpa mengerti apa-apa, Dian menyoal. Gerun pula dia melihat perilaku Karn. Menakutkan betul!
            Bibir Karn yang terketar-ketar diketap kuat. Riak naïf Dian ini dirasakan benar-benar mencabar kesabarannya. Tidak tahukah gadis itu betapa risaunya dia sekarang? Betapa hampir putus nyawanya kerana terlampau bimbang akan keselamatan Dian? 
            Melihat Karn yang hanya bungkam dengan mata yang merah menyala, Dian merasakan bahawa benar telahannya. Nampaknya Karn memang pantang jika orang lain memasuki perpustakaannya. Perlahan-lahan Dian mengutip buku-buku yang bertaburan di sekelilingnya dan bangun dari duduknya.
            “Maaf, saya tak tahu awak tak suka orang lain masuk sini.” Perlahan Dian bersuara. Tubuhnya dipalingkan. Namun…
            “Ahhh!!!”
Terpusing tubuh Dian saat pergelangan tangannya ditarik kasar oleh Karn. Sedar-sedar sahaja kedua-dua belah tangannya kini melekat pada rak di belakangnya. Terangkat tinggi dalam genggaman Karn yang kuat. Buku-buku dalam pegangannya tadi berterabur di atas lantai.
Bulat mata Dian menatap wajah Karn yang hanya beberapa inci jauh daripada wajahnya sendiri. Lelaki itu sedang tunduk merenungnya dengan sepasang mata yang kelihatan membara. Dada Karn berombak laju bersama bibir yang diketap kuat.
“Awak buat jantung saya macam nak tercabut, awak buat saya risau macam nak mati…dan awak cuma fikir pasal bilik ni?”
Terkedu Dian mendengar nada suara Karn yang tegang, mendatar dan dingin. Wajah lelaki itu yang merah ditatap lama.
“Awak…awak risaukan saya?”
“Macam mana saya tak risaukan awak?! Saya balik aje tadi, saya tengok awak tak ada dalam bilik. Dah tu, semua orang tak tahu ke mana awak pergi!” tempelak Karn kuat.
Lagi terangkat bahu Dian. Dengan kedudukan mereka yang dekat sekali, dapat dia lihat urat-urat merah yang timbul di muka Karn. Nampak sangat lelaki itu terlampau marah. Dian mula kecut perut. Sungguh dia terasa sangat kerdil di mata Karn sekarang.
Setelah beberapa ketika membaham wajah Dian dengan renungan mata penuh amarahnya, Karn akhirnya melepaskan cengkaman di kedua-dua belah pergelangan tangan Dian. Nafasnya dihela beberapa kali dalam usaha menenangkan diri sendiri.
“Awak dengar sini, Dian. Awak tak boleh keluar dari bilik, tak boleh ke mana-mana tanpa pengetahuan orang lain. Saya tak benarkan. Awak faham tak?” tegas Karn dengan jari telunjuk yang tepat ke muka Dian. Nada suaranya sudah mula mengendur.
Lama Dian mendiamkan diri. Bebola matanya merenung wajah tegang Karn, cuba membaca lelaki itu.
“Okey, saya faham. Saya akan ikut cakap awak.”
Karn menganggukkan kepala, tanda puas hati. Namun bait bicara Dian yang kemudiannya singgah di telinga membuatkan dia cukup tersentak.
“Apa awak cakap tadi?” Dengan suara yang terketar-ketar, Karn menyoal.
Dian menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab perlahan. “Suatu hari nanti awak perlu benarkan saya keluar dari sini. Bila saya dah sembuh nanti, bila saya tak perlu lagi bergantung pada awak…”
Lambat-lambat Karn menggenggam tangannya. Kata-kata Dian dirasakan umpama belati yang menusuk hatinya. Tidak tegar hatinya membayangkan Dian keluar dari rumah itu, keluar dari hidupnya. Tidak!
“Bila saya tak perlu lagi bebankan awak…”
“Stop it.”
“Bila saya…”
“Stop it, Dian Damia!!!”
Automatik Dian menutup mulut. Matanya membulat dengan rasa terkejut atas tengkingan Karn yang sudah entah ke kali berapa.
“Saya…saya tak nak dengar awak cakap macam tu,” luah Karn serius, dengan suara yang ditahan-tahan.
“Kalau boleh, memang saya tak nak cakap macam tu. Tapi hakikatnya…suatu hari nanti, awak tetap perlu lepaskan saya pergi.” Entah kenapa, seakan berderai hati Dian saat ucapan itu dipanculkan. Jiwanya terasa disiat kejam. Kenapa perit sungguh hatinya saat ini?
Tanpa sedar Karn merengkuh bahu Dian. Sekali lagi dia menolak tubuh gadis itu ke rak buku.
“Don’t you dare stay out of my sight, Dian Damia.”
Dian tergamam. Suara Karn yang mendatar tanpa rasa menyentakkan perasaannya.
“Awak kena ingat tu,” sambung Karn lagi seraya melepaskan cengkamannya dan memalingkan tubuh. Dia mahu berlalu pergi sebelum dia makin terjunam dalam mengawal perasaannya. Makin lama dia di situ, makin pelik tingkahnya. Jadi sebelum dia mengapa-ngapakan Dian, lebih baik dia pergi.
Tepat Dian memandang belakang Karn yang tampak longlai. Tanpa sedar, dia membalas. “Awak suka atau pun tidak, saya tetap perlu pergi suatu hari nanti. Takkanlah awak nak terus-terusan simpan saya kat sini?”
Berdesing telinga Karn. Perkataan ‘simpan’ yang diluahkan Dian mengingatkan dia pada bicara Uncle Sukrit tempoh hari. Serta-merta darahnya mendidih. Perlahan dia berpaling dan menyilangkan tangan ke dada.
Dian menelan air liurnya yang terasa kelat. Riak wajah Karn yang jelas lagi bersuluh tegang dan keruh menghadirkan rasa tidak enak dalam dirinya.
            “Simpan? Kenapa semua orang asyik cakap saya simpan awak?” tanya Karn dengan cukup dingin. “Let me ask you one thing, Dian Damia. Awak ni perempuan simpanan saya ke untuk saya simpan kat sini?”
            Tersirap darah panas ke muka Dian. Maruahnya terasa tercabar. Berani Karn cakap begitu?!
            “Tak, bukan? Awak terlalu berharga untuk jadi macam tu. You’re too precious.” Karn menjawab sendiri pertanyannya. “Jadi jangan sekali-kali awak cakap macam tu lagi.”
            Dian terkesima. Dalam marahnya sebentar tadi terhadap Karn yang berkata kasar, timbul pula rasa tersentuh kerana lelaki itu mengatakan dia terlalu bernilai. Langsung sejuk hatinya, tidak mampu untuk mempunyai secalit pun rasa marah pada Karn.
            “Awak tahu itu bukan maksud saya, kan? Saya cuma rasa…”
            “Yeah, I know. Saya tahu apa maksud awak sebenarnya, Dian. Tapi….” pintas Karn. Lambat-lambat dia merapati Dian sehingga dia akhirnya elok berdiri di hadapan gadis itu.
            “Tapi apa?” soal Dian perlahan sambil cuba membalas pandangan Karn yang dirasakan sangat lunak. Seakan terselit suatu perasaan yang sukar dimengertikan dalam renungan mata lelaki itu.
            “Tapi…saya dah tak boleh imagine hidup macam dulu. I can’t see myself without you, anymore. I can’t even imagine not having you by my side!” luah Karn penuh emosi.
            Terbeliak mata Dian. Terkejut bukan kepalang. Apa maksud Karn? Apa yang cuba diluahkan lelaki itu?
            Karn mengetap bibir dan meraup wajah beberapa kali.
            “Awak tahu tak, betapa risaunya saya tadi? Betapa takutnya saya kalau-kalau awak jatuh dalam genggaman Sakda lagi? Betapa tak sanggupnya saya kalau awak….” Kata-kata Karn terhenti buat seketika. Nafasnya terasa sesak. “Kalau awak hilang daripada pandangan mata saya.”
            Menitis air mata Dian saat mendengar pengakuan Karn. Hatinya menggebu dengan rasa terharu. Di suatu sudut hatinya, dia seakan dapat merasakan apa yang dirasai oleh Karn. Ya, dia juga tidak rela berjauhan dengan lelaki itu. Tetapi…dia juga sedar akan satu lagi hakikat. Antara dia dan Karn, tidak punya apa-apa hubungan. Jadi, tidak mungkin untuk dia terus-terusan bersama dengan jejaka itu.
            “Saya…saya minta maaf sebab buat awak risau. Saya tak bermaksud untuk buat macam tu. Saya..saya cuma rasa, sudah tiba masanya untuk saya kurang bergantung pada awak. Dan perkara pertama yang saya perlu buat adalah…keluar dari bilik.”
            “And then, awak akan keluar dari rumah ni…dari hidup saya. Macam tu ke, Dian?” Karn menyambung perlahan.
            Dian terkedu. Hanya matanya yang menatap wajah kusut Karn. Jelas riak hiba dalam sepasang mata milik lelaki itu. Ah, sakitnya hati dia saat ini hanya Allah yang tahu. Kenapa Karn harus bersedih begitu?
            Karn menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil menggigit bibir. Hatinya yang sebak cuba ditenangkan. Tetapi dapat dia rasakan betapa gagalnya dia dalam mengawal emosi. Kalau tidak, masakan tubir matanya kini menakung air jernih yang bila-bila masa sahaja lagi akan merembes keluar.
            “Can’t you stay with me, Dian?” Lirih Karn menyoal. Kepalanya kini tunduk ke bawah. Tidak sanggup dia memandang wajah Dian kerana dia tidak mahu gadis itu nampak betapa lemahnya dia saat ini.
            Dian menekup mulut dan menangis teresak-esak. Sungguh tidak tegar untuk dia membuka mulut dan mengatakan ‘tidak’ kerana dia merasakan betapa hatinya bagai disiat-siat dengan kejam sekali. Ya, dia tidak mahu meninggalkan Karn Klaharan! Tidak!!!
            Lambat-lambat Karn mengangkat wajah dan merenung Dian yang kini menangis hiba. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Ingin sekali dia memujuk Dian dan menghadiahkan ketenangan kepadanya. Namun, dia tidak berdaya kerana dia juga jauh daripada sebuah ketenangan. Jantungnya sebu, jiwanya sesak!
            “Dian…please…jangan menangis lagi. It hurts me,” pujuk Karn.
            “But it hurts me too, seeing you like this. Sakit hati saya tengok awak sedih macam ni,” balas Dian di sebalik esak tangisannya. Tangannya digenggam kemas.
            Karn tergamam. Itulah kali pertamanya ada gadis yang menangis dengan ikhlas demi dirinya. Bukan tangisan palsu demi wang dan harta kekayaannya sahaja. Dian menangis bukan kerana takut, bukan kerana traumanya tetapi…demi Karn Klaharn!
            “Pom ruk khun (Saya cintakan awak)...” Tanpa sedar, tercetus kata-kata itu dari mulut Karn. Cukup perlahan, hanya buat santapan telinganya sahaja.
Tepat dan dalam renungan Karn buat Dian yang masih menangis. Ya, dia cintakan gadis itu!
            “Dian Damia…will you…”
            Dian mengangkat kepala. Dari pandangan matanya yang berbalam-balam, dia menatap wajah Karn yang semakin mendekati wajahnya. Sepasang mata milik Dian Damia kemudiannya membuntang luas saat Karn berbisik lembut di tepi telinganya.
            “Marry me?”


P/s: Proposal dalam library. How awesome is that?? haha..

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

39 comments:

  1. sweetnyer sara...even mula tu dup dap dup dap ngan Karn punya temper...mmg awesome lamaran kat Library...yess finally..

    ReplyDelete
  2. *pengsan* Karn lamar dalam library ? -.-'
    kalau lia..lia reject..muahahaha
    tp Karn marah Dian :(
    tapi Karn lamar Dian
    tapi..tapi..gosh cair nihh
    byee..nk p masuk peti jap, nak bagi beku..haha

    ReplyDelete
  3. argggggg...best nyer...

    ReplyDelete
  4. Kak sara! Chun ruk ter <3
    Lamaran Dlm library,sweet sangat!
    K.sara update cpat2 , klau boleh publish novel thun ni jugak...keke
    -BlueApple

    ReplyDelete
  5. seriously !!
    love it :)
    library & propose - ahhh sweeetttt ^^
    jeles ngan dian hahaha

    ReplyDelete
  6. cepat-cepat sambung lagi dh tak sabar nk tau cite selanjutnya. Dian
    terimalh lamaran dari Karn tu ye... sweet saaangat...

    ReplyDelete
  7. terbaik la sara.... dah agak confirm karn mesti jmpa dian dlm library tu..hehehe... tpi x tersangka blh melamar dian kat c2 jgk.. apa pun.. tahniah... semoga dpt kembangkan lgi cerita ni utk di jadikan novel yg terbaik

    ReplyDelete
  8. ouuu..s0 sweett ^^

    ReplyDelete
  9. emmm..manisnya..

    ReplyDelete
  10. Hrp dian akn terima..
    Tp Karn tu Islam ke?

    ReplyDelete
  11. Akhirnya.. karn melamar Dian. So sweet sebab cinta telah ditakdirkan. Harap Dian dpt membimbing Karn.. Tq dear

    ReplyDelete
  12. kak sara, good job! gambate! so cute this lovely couple...

    ReplyDelete
  13. bes cite ni rupeny keke
    dlu bce bab1 je,.sbb ssh nk sbut nme hero pny psl,trus xfollow keke

    ReplyDelete
  14. ahh sweet, nice one. ni yang ditunggu-tunggu dari awal-awal lagi.

    ReplyDelete
  15. super awesome!! as awesome as u are, sara.. =)

    ReplyDelete
  16. please say yes!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!xsabar nak tggu next n3~~writer please post new n3 quickly! :D

    anyway very good job! :D keep it up~

    ReplyDelete
  17. chun ruk ter or pom ruk khun lg ssuai?? cam pom ruk khun je kak sara...hehhee,sbb dorg knl xlame..tp plik plak lau tjuk da jd pom ruk khun..anyway,bez!

    ReplyDelete
  18. tersedak akak...:)
    akak blh bygkan btp terkezutnya dian dgn lamaran itu...
    msti lah dian tolak ats alasan perbezaan ugama....

    ReplyDelete
  19. OMG...OMG...OMG....SARA, D BESSSSST........can't wait to know what dian's answer would be (or what exactly u have in that sneaky-brain of yours!)...psiko akak di buat nye.....

    ReplyDelete
  20. wargh!!!
    suka nyeer!!!
    kt library which is one of my fvrite places!
    think hard either Dian will accept or not, oh stress!!!

    ReplyDelete
  21. One of the best chapter. keep up the good work.

    ReplyDelete
  22. sorry ya sara. sy rs precious lg sesuai berbanding priceless... maksudnya dh berubah bila letak priceless... sorry again. this is just my 2 cent opinion!. sakura

    ReplyDelete
  23. kalu dian tak terima, aku bunuh kau... ahaha. (tertiba jeh)
    dalam sweet2, terserlah ketegasan karn...
    bab agama antara penghalangnya kot..

    ReplyDelete
  24. yes...i will...huhu

    ReplyDelete
  25. Kak sara, buku ni masih ada di pasaran lagi x?...huh! Syg nyer terlambat membaca blog akk n cite ni.. SGT2 BEST!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat pulak reply. tapi buku ni masih ada di pasaran...hehe

      Delete
  26. i love this story..it is so interesting.....kalu lah saya nie pandai karang cerita kan best....blog nie mmg terbaikkkk.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sooo much, dear. khop khun maak na ka. =)

      Delete
  27. kak sara, sy baru terasa nk baca cter ni kot. aiseh.. amende la lambat sgt baru sy tersedar yg crite ni best gilas..

    erm jodoh itu milik kita, novel first akk yg kite beli, pastu jatuh chenta dgn encik sayang miss sweetheart, eh pastu dengan pembuka hati, ini chun ruk ter baru nak cari.. tiheee... best r kak. ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, xpe, dear. biar lambat asal baca jugak akhirnya. thanks ya sbb rasa CRT ni best. alhamdulillah. novel ni masih boleh didapatkan di kedai. tak pun, order direct drpd kak sara. =)

      Delete
  28. Huaaa , best akak best ! Sekarang tgh mengumpul duit nak beli novel chan rak ter , ekekeke .

    ReplyDelete
  29. da xde ke publish buku nie,..nak belii

    ReplyDelete
  30. Akak bab 29 ade takk? T-T..serius besttt saya cari novel kat kedai mendang tadak..btw salju kyoto best sangat!!

    ReplyDelete