Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Bab 25]



BAB 25

KASAR Karn menghempaskan tubuh ke atas katil. Segala tingkah dan perbualannya dengan Dian pagi tadi menjengah kotak memorinya. Pelik! Dia benar-benar pelik dengan reaksi terlebih emosinya. Boleh pula dia hampir-hampir menitiskan air mata jantannya di hadapan Dian. Itu belum lagi termasuk reaksi seriusnya kala Dian mula berkata macam-macam.
            Petang tadi pula, sekali lagi dia hampir terasuk dengan emosi sendiri. Waktu itu dia sedang berbicara dengan Uncle Sukrit di pejabatnya.
            “Tuan, sampai bila Cik Dian akan tinggal di rumah Tuan?”
          “Kenapa?” jawabnya acuh tak acuh. Tangan kanannya masih lagi menyelak beberapa kertas cadangan daripada bahagian pengurusan resort.
            “Tak adalah, saya rasa Tuan tak patut simpan dia lama-lama.”
            Masih dia ingat betapa tersirapnya muka dia waktu kata-kata Uncle Sukdit singgah di gegendang telinganya. Simpan? Apa Uncle Sukrit ingat Dian itu perempuan simpanannya?!
            “Uncle jangan ingat sebab uncle jaga saya selama ni, bekerja dengan keturunan Thanasukolwit berkurun lamanya…uncle boleh cakap macam tu pasal Dian.”
            “Saya bukannya apa, Tuan tapi…”
            “You say one more word, dan saya akan pecat uncle.”
            Sungguh! Langsung dia tidak menduga akan menuturkan kata-kata sekasar itu kepada Uncle Sukrit, lelaki yang sudah dia anggap umpama bapa. Seakan tergambar dalam ingatannya wajah kelat Uncle Sukrit usai dia memanculkan bait bicaranya. Jelas rasa tersinggung pada riak wajah lelaki itu. Ah, dia pun satu. Kenapalah terlalu senang dihambat emosi sejak kebelakangan ini?
            “Dian…” Karn menjawab sendiri. “Ya, semuanya kerana Dian.”
            Kemudian perlahan Karn meletakkan telapak tangan di dada. Seakan terasa jantungnya yang berkocak hebat. Degupan jantungnya pula dirasakan seperti lain daripada biasa. Aneh!
            “Takkanlah aku….sukakan dia?”
*****
USAI memberi salam kiri dan kanan, Dian membetulkan duduknya dan mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas. Setelah menyudahkan doa selepas solat, Dian menyambung lagi.
            “Ya Allah, Tuhan sekalian alam, pencipta dan pemilik segala-galanya, aku dengan rendah hati memohon pada-Mu, ampunkan aku atas segala dosa. Aku sedar sejak kebelakangan ini, aku banyak membelakangi-Mu, aku mula bergantung pada manusia lain, sedangkan manusia hanyalah makhluk lemah. Aku tersasar dalam mengingati betapa hanya Engkau yang paling berkuasa. Ampunkan aku, Ya Allah Ya Tuhanku.”
            Dian mengetap bibir buat seketika. Hatinya yang mula dihimpit rasa sesak cuba ditenangkan.
            “Aku sedar, Ya Allah….Engkau hadiahkan aku segala dugaan dan cubaan ini bukan untuk menyeksaku, tetapi kerana Engkau tahu yang aku mampu untuk menghadapinya. Cuma, berikanlah aku secebis kekuatan untuk terus-terusan menerima semua ini dengan rela. Sembuhkanlah aku daripada ketakutan ini, kerana sesungguhnya hanya pada Engkau…aku seharusnya takut.”
            Selesai mengaminkan doa, Dian mengambil al-Quran dan mula membaca kitab suci itu. Baru sahaja setengah muka surat, suaranya mula serak. Jantungnya terasa sebak. Ah, sudah berapa lama dia tidak mengabadikan diri buat Dia yang Maha Esa? Sudah berapa lama dia hanya solat tanpa rasa? Hanya sekadar menunaikan suruhan-Nya dengan rasa yang kosong? Dan yang paling penting…bergantung harap pada manusia yang kudratnya langsung tidak boleh dibandingkan dengan Sang Pencipta. Kala itu, Dian merasakan dirinya sangat berdosa.
            ‘Ampunkan aku…’ Dalam membaca tiap patah ayat suci, sempat Dian berdoa dalam hati.
            Usai menyudahkan pembacaannya, Dian kembali mengambil tempat duduk di atas sofa. Segala ingatannya sepanjang berada di rumah Karn ini menerpa dalam dirinya. Sudah lebih sebulan dia di situ dan sudah lebih sebulan jugalah dia hanya terperuk di dalam bilik. Tidak sekali pun dia menjengah keluar. Entahlah, dia tidak punya kekuatan. Dia selalu sahaja merasakan bilik itu adalah tempat yang paling selamat.
            Kemudian mereka yang selama ini berhubung dengannya pula menerpa dalam fikiran. Hanya dua orang. Ya, hanya Karn Klaharn dan Mak Teh. Tidak ada langsung orang lain. Tidak ada Kak Liza, tidak ada Abang Azmi, tidak ada Encik Razlan. Mengenangkan Kak Liza, hati Dian serta-merta terasa pedih. Dia ingat lagi akan peristiwa di hospital dulu. Ya, saat itu dia memang tidak dapat mengecam kakak angkatnya. Tetapi kini, saat hatinya mula terasa lebih tenang, ingatannya tentang Kak Liza seakan-akan menjelma dalam dirinya.
            “Ah, dah berapa banyak hati yang aku lukakan? Maafkan Dian, semua orang…” ujar Dian perlahan. Sebu jiwanya dengan rasa bersalah.
            “Karn, saya janji saya akan cuba kuatkan diri saya, bukan lagi demi diri saya sendiri. Tapi…demi awak…demi Kak Liza…demi semua orang,” janji Dian pada dirinya sendiri. Dalam hati dia mula berazam untuk menyembuhkan dirinya. Dia sudah tidak boleh bergantung harap pada orang lain, sudah tidak boleh mengharapkan Karn untuk menjaga dan melindunginya kerana dia…hanyalah orang yang tahu melukakan lelaki itu.
      Dan kini perkara pertama yang harus dia buat adalah keluar dari bilik yang selama ini menyembunyikannya. Perkara kedua pula adalah….keluar dari rumah Karn Klaharn. Ya, sampai bila dia harus terus-terusan tinggal di rumah seorang lelaki? Walaupun rumah itu dihuni oleh ramai lagi orang lain, perbuatan itu tetap tidak manis.
            Cuma, persoalannya sekarang…kenapa saat dia mula memikirkan untuk berjauhan daripada Karn, hatinya pula seperti tidak rela?
*****
TUBUHNYA dipusing ke kiri, kemudian ke kanan. Setelah beberapa kali melakukan perkara yang sama, Krissada bingkas bangun. Rambutnya diraup kasar.
“Isy, kenapa tak boleh tidur ni?!” jerit Krissada penuh kegeraman.
Semua ini gara-gara gadis itu. Sudahlah siangnya sudah dihambat dengan rasa bersalah atas kejadian semalam, waktu tidurnya juga dihantui oleh wajah mulus Dian Damia. Sungguh! Inilah kali pertamanya dia merasakan sedemikian rupa pada seorang wanita, padahal sudah terlalu ramai wanita yang dikenalinya. Malah kebanyakan daripada mereka jauh lebih cantik, seksi dan menggoda, namun kenapa perempuan berwacah pucat dengan mata sembab itu jugalah yang bermain-main dalam fikirannya?
Musykil sungguh Krissada dengan keadaannya sendiri. Setiap saat Dian Damia seperti ada dalam fikirannya. Sudah seakan melekat di suatu sudut otaknya. Hendak dikata mereka kenal rapat, memang tidaklah! Dia cuma ternampak Dian sekali. Itu pun cuma beberapa minit. Namun beberapa minit itu sudah cukup untuk membuatkan dia melakukan perkara bodoh. Dia mengabaikan pesanan Karn dan kini dia bergaduh dengan sepupunya walhal mereka jarang-jarang sekali bertegang urat.
Dalam berjeda sendiri, Krissada tiba-tiba ditebak dengan satu kemungkinan. Namun cepat-cepat dia menggelengkan kepala, cuba mengusir agakan yang dirasakan pelik lagi ajaib.
“Isy, gila! Takkanlah aku…jatuh cinta pandang pertama kut?”

p/s: Entri ni pendek sikit, ya. Just monolog tiga watak utama CRT. Apa-apa pun, enjoy! 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

11 comments:

  1. jangan cakap Kriss suka Dian ?
    Karn suka Dian takpa..but Kriss tak boleh -.-
    yeahhh..Dian dah ada keyakinan :D
    mohon Karn cepat luah perasaan dia dekat Dian boleh ? HAHA

    ReplyDelete
  2. huhuhu..........sibuk je Kriss ni...x suke..huhuhu
    nape Karn cam dh l0st his 0wn grip t0 himself...huhuhuhu....xnk la camni...

    ReplyDelete
  3. Kriss dah jatuh cinta dgn dian...parah ni karn kena cepat bertindak huhu

    ReplyDelete
  4. suh!!!suh!!!pergi main jauh-jauh Kriss!!!
    Kacau je...hahaha!!!XD

    ReplyDelete
  5. Tak suka..tak suka.. knp Kriss bukan Karn. Penulis kenapa jadi mcm ni plak, n3 pon pendek aje. X sabar nak tahu kisah selanjutnya. Please.......

    ReplyDelete
  6. Krissada ni laki upenya....hakhak

    ReplyDelete
  7. Sat...saya x faham kat sini.. Ni bukan mcm drama Thailand ke? Mcm mn jd novel? Pelakon dia Chakrit Yamnarm ..mafia tee ruk.. Haha.. Drama thai dulu2 best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ini novel yang sy fikir sendiri jalan ceritanya. Sy x pernah tgk citer Mafia Tee Ruk tu. Dan kalau baca novel ni sampai akhir, xde kaitan dgn mafia pun.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete