Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Bab 23]


BAB 23

“MANA DIAN? Apa dah jadi pada dia???” pekik Karn kuat seraya meluru pada Mak Teh. Sebelah belah bahu wanita tua itu digoncang kuat, menggunakan tangan kanannya yang masih elok.
            “Tuan…Tuan…”
            Panggilan Mak Teh segera menyedarkan Karn tentang tindakan kasarnya. Tangannya dijatuhkan.
            “Cik Dian…dalam bilik dia. Tapi…”
          Serta-merta Karn mengangkat pandangan pada tangga dan bergegas menaikinya. Kata-kata Mak Teh dibiarkan tergantung. Ruang tidur di bilik Dian dirempuh kasar. Itulah kali pertamanya dia berbuat demikian. Namun baru sahaja dia melangkah masuk, suatu objek terbang ke arahnya. Mujur sekali Karn sempat mengelak. Objek itu pecah berderai menghentak dinding dan jatuh bertaburan di sisinya. Mata Karn membulat. Terkejut bukan kepalang.
         “Jangan!! Jangan dekat dengan aku!!!” Jeritan kuat Dian menampar gegendang telinganya. Karn meliarkan pandangan pada bilik yang bersepah. Bantal-bantal bertaburan di atas lantai. Serpihan kaca memenuhi ruang bilik.
‘Dian!!’ Rasa risau dalam hati Karn tambah menggunung.
            “Tidak…tidak!!! Jangan apa-apakan aku…jangan…”
            Penuh hati-hati Karn melangkah ke arah penjuru bilik. Di sebalik katil yang besar, dia dapat melihat dengan jelas sebahagian daripada kepala Dian.
            “Dian…”
            “Tidak!!!” Jeritan Dian menyambut panggilan Karn dan saat itu juga mata Karn terbeliak besar. Dian sedang menggenggam satu serpihan kaca di tangannya! Darah pekat menitis sedikit demi sedikit daripada tangan itu. Gadis itu mencerlung tajam sambil mengunjukkan serpihan kaca itu padanya. “Jangan…jangan dekat…”
        Lambat-lambat Karn menjatuhkan lutut ke atas lantai. Tangan kanannya dihulurkan pada Dian. “Dian…ini saya, Karn. Bagi saya kaca tu….”
            Dian menatap wajah di hadapannya. “Karn?”
            “Yes, dear. Karn ni...bagi kaca tu, ya.”
            Pantas Dian menggelengkan kepala. “Tak…tak nak…nanti dia datang lagi…”
            “Siapa, Dian? Tak ada sesiapa yang datang…tak ada siapa…”
           “Tak!!! Tadi dia datang…dia bagi saya bunga tu!!” balas Dian dengan kuat. Matanya dihalakan pada lantai.
         Karn turut mengikut pergerakan bebola mata Dian. Hatinya tersentap kuat. Bunga mawar kuning bertaburan di atas lantai. Siapa? Siapa yang datang pada Dian?!
          “Saya…saya tak kenal dia. Kenapa dia..dia nak rapat dengan saya? Apa dia nak daripada saya?” Terkumat-kamit mulut Dian dan kemudian tanpa disangka-sangka dia mencengkam bahu Karn. Kaca di tangannya dilepaskan. Melekat kesan darah merah pada baju kemeja Karn.
            Karn terpana.
          “Dia nak bunuh saya ke, Karn? Dia nak bunuh saya, kan? Dia nak bunuh saya!!!” pekik Dian kuat sambil menggoncang bahu Karn.
          “Tak, Dian…tak! Dia dah tak ada. Dia dah tak ada,” pujuk Karn sambil mengerling pada Mak Teh yang sedari tadi berdiri di muka pintu. Melalui isyarat mata, dia mengarahkan wanita itu untuk mengambil ubat penenang yang diberikan oleh doktor. Pantas Mak Teh berlalu.
         “Awak jangan takut, ya.” Berkali-kali Karn memujuk Dian. Kali ini gadis itu sudah tidak berkasar dengannya, sebaliknya Dian mula memeluk lutut sambil menangis teresak-esak. Tubuhnya menggeletar kuat. Sebak sungguh hati Karn melihat keadaan sahabatnya itu.
          “Tuan, ubat…”
       Segera Karn mengangkat kepala. Tangannya laju sahaja mengambil beberapa biji pil daripada tangan Mak Teh. “Dian, makan ubat ni ya…”
         Dian tersentak. “Ubat? Kenapa? Saya..saya tak sakit.”
         “Awak memang tak sakit, tapi….”
     “Saya tak sakitlah!!!” Tiba-tiba Dian menjerit dan menolak tubuh Karn. Separuh terbaring Karn dibuatnya.
        “Tuan!!!” Mak Teh terjerit. Bergegas dia mendapatkan bosnya.
        “Pegang dia, Mak Teh,” bisik Karn. “Sekarang!"
         Laju tangan Mak Teh memegang tubuh Dian. Kemas sekali. Dian meronta-ronta.
     “Lepaslah! Lepas…” Jeritan Dian mati saat tangan Karn menyumbat beberapa biji pil ke dalam mulutnya. Tersedak Dian dengan tindakan agak kasar Karn. Tangannya memegang leher. Habis lehernya dibasahi darah yang masih bersisa di telapak tangan. “Uhuk..uhukk…”
Pantas Karn menyambar gelas berisi air yang dibawa Mak Teh tadi dan membawa gelas itu ke mulut Dian. Dengan rakus Dian meneguk.
Mak Teh melepaskan pegangannya perlahan-lahan. Namun pegangannya digantikan pula dengan tangan Karn yang bertindak menepuk-nepuk belakang Dian yang kelihatan semakin tenang.
“Tuan…”
Karn menjeling tajam pada Mak Teh sebelum bersuara dengan tegas dan keras.
“Tell me…siapa yang datang tadi?”
*****
“KRIS!!!” Lantang Karn menjerit seraya meluru ke arah Krissada yang sedang duduk memegang kepala di atas sofa yang terletak di tengah-tengah ruang tamu utama.
        Krissada terbangun dan dengan teragak-agak menghampiri sepupunya. Belum pun sempat dia membuka mulut, tubuhnya ditolak kasar hingga ke dinding.
            “Apa kau dah buat pada dia, hah???” tengking Karn. Kedua-dua matanya mencerlung tajam.
            “Aku…aku…aku tak ada buat apa-apa…” Tersekat-sekat suara Krissada menjawab.
            Karn merengus. “Tak ada? Tak ada apa kalau macam tu sekali keadaan dia?! Aku tahu kau mesti ada buat something.”
            Berdesing telinga Krissada. Perasaan marah mula meruap-ruap dalam diri. Karn ingat dia ini apa? Penjahat? Perogol? Pembunuh?
            “Apa maksud kau?” Di sebalik bibirnya yang diketap, Krissada menyoal. Dingin.
            “Dian takkan react macam tu kalau kau tak cuba buat apa-apa pada dia,” balas Karn dengan nada menuduh.
            Lagi tersentap hati Krissada. Kasar dia menolak tubuh Karn. Sepupunya itu terdorong ke belakang. “Kau ingat aku ni apa, hah??  Penjahat yang akan cuba apa-apakan dia?!”
            “Manalah aku tahu! Entah-entah kau memang….”
            Buk! Tanpa sedar Krissada menumbuk muka Karn. Terpana Karn dengan tindakan luar jangkaan sepupunya. Kedua-dua matanya membulat.
“Kau sedar tak kau cakap dengan siapa ni, Karn?! Ini aku! Kau ingat aku jahat macam tu ke, hah?” tempelak Krissada dengan kuat. Dadanya turun naik dengan laju. “Ya, memang! Memang salah aku sebab tak dengar cakap kau dan cuba dekat dengan Dian. Tapi, aku tak ada langsung niat buruk pada dia. Aku cuma…”
“Cuma apa, hah?!” sampuk Karn, juga lantang. Bawah bibirnya yang ngilu kesan tumbukan tadi dibiarkan sahaja. Jika diikutkan hatinya yang panas, mahu sahaja dia membalas tumbukan tadi. Namun bila difikirkan keadaannya yang terkekang dengan tangan kiri yang masih beranduh, dia melupakan niat itu. Ah, geram sungguh dia dengan keadaan yang terbatas ini!
“Cuma nak berkawan dengan  dia. Salah ke?”
“Kau tak perlu susah-susah cuba untuk berkawan dengan dia. Cukuplah apa yang dah jadi pada dia lepas kau muncul depan mata dia.” Kasar Karn membalas. Penuh sindiran. Kemudian dia menuding jari telunjuk ke muka Krissada. “Dan sekali lagi aku nak bagi amaran…jangan cuba dekat dengan dia.”
Perlahan-lahan Krissada mengenggam jari-jemarinya. Membara sungguh hati dia dengan segala perilaku Karn. Langsung dia tidak menyangka begitu sekali reaksi sepupunya itu atas apa yang berlaku pada Dian.
“Siapa dia pada kau sebenarnya, Karn?” Tanpa sedar, soalan sebegitu terpacul keluar dari mulut Krissada.
Karn terpempan. Agak terkejut dengan soalan Krissada yang tidak disangka-sangka. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum menjawab dengan cukup dingin.
“Siapa dia pada aku, tak ada kaitan dengan kau. Yang pasti, kau jangan sekali-kali muncul depan mata dia. Kalau tak, tahulah aku kerjakan kau.”
Krissada merengus penuh kegeraman. Sanggup Karn, sepupu yang selama ini rapat dengannya berkata demikian hanya kerana seorang gadis!
*****
TEPAT pandangan mata Karn pada Dian yang baru sahaja terlelap. Baju Dian yang dipenuhi darah tadi sudah pun berganti. Kemudian dia menjatuhkan pandangan pada telapak tangan Dian yang berbalut. Sebentar tadi Mak Teh telah pun mencuci dan membalut luka itu.
           Lembut dan perlahan Karn menyentuh telapak tangan Dian dengan menggunakan hujung jari telunjuk. Seakan terbayang-bayang lagi di matanya, tangan itu yang berlumuran darah. Kemudian wajah Dian yang ketakutan dan terdesak pula menerpa dalam fikiran. Tindakannya yang menyumbat kasar pil penenang ke dalam mulut Dian turut menjengah masuk. Ah, dia tidak pernah punya niat untuk bertindak kasar begitu!
            “Maafkan saya, Dian. Saya tak ada niat untuk buat macam tu.” Tanpa sedar, Karn mula mengelus pipi Dian dengan ibu jarinya. “Saya cuma…saya tak sanggup tengok awak macam tadi. You were so out of control. Saya…saya dah tak tahu apa lagi yang patut saya buat.”
Lambat-lambat Karn menjatuhkan kepala ke atas birai katil. Matanya dipejam rapat-rapat bersama jiwa yang sangat sesak. Ya, sudah hampir putus nyawanya dengan apa yang terjadi pada Dian siang tadi.
“Siapa dia pada kau sebenarnya, Karn?”
Tidak semena-mena soalan Krissada siang tadi menampar gegendang telinganya. Serta-merta Karn membuka matanya kembali dan mengangkat kepala. Pandangannya segera melekat pada gadis di hadapannya. Lama dia merenung wajah lena Dian sambil cuba mentafsir perasaan yang kian menggebu dalam hati.
“Siapa awak pada saya, Dian? Kenapa saya mesti rasa macam ni? Kenapa hati saya perit sangat bila saya tengok awak terseksa?”
            

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

11 comments:

  1. ouhh akak..lia sayang akak..serius nihhh
    sentap baca entry nihh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...
      sentap ek? cian dian...

      Delete
    2. hmm..sedih baca bila Dian jd mcm tuhh
      T A K S U K A K R I S S -.-

      Delete
  2. kesiannya dian...bila boleh kawen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kawen? kena take it slow...hehe...
      diorg kn btl2 jatuh centa dulu...awwww....=)

      Delete
  3. Nasib baik Karn balik cepat tengok Dian...
    Kesian dekat Dian...

    ReplyDelete
  4. xkn lah karn dgn sepupu dy jd musuh sbb dian kot.
    xmugkn jd cm 2 kn.hihi
    k.sara bile nk cite ttg hati dian n karn lop ni.hehe..

    ReplyDelete
  5. kesian dian. please jauhkan si moto kriss tu drpd karn & dian :(

    ReplyDelete
  6. Ngape penulis x cuba ubah jln cite sikit. Misal n3 baru wat Karn kahwin dgn Dian semata-mata nak lebih dekat dirinya dgn gadis itu. Maybe dgn cara itu dian boleh totally sembuh dan Karn akan sentiasa ada disisi dia (Dian). Biar Kriss tahu yg Karn sebenarnya cinta pada Dian. baru gempak sikit. (p/s: jgn mare.. alamak terlebih sudah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err, thanks atas cadangan dan komen awak. dalam perancangan saya, memang diorg akan kawen. tp lps karn dan dian betul2 dah jatuh cinta dgn satu sama lain. bukan atas sebab karn nak jaga dian semata-mata...hehe...

      buat masa skrg, take it sloooow...sbb karn br nk fhm perasaan sendiri...hehe. sabar ya, sikit aje lg before diorang kawen...hehe

      Delete
  7. Kenapa hati saya perit sangat bila saya tengok awak terseksa?<-this is sooooo swettt!!!!

    ReplyDelete