Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Bab 21 dan 22]


BAB 21

“KARN! HEI!”
            Automatik Karn mengangkat muka ke arah muka pintu. “Kris!”
        Cepat-cepat Krissada menapak masuk ke dalam rumah dan mengambil tempat duduk di sebelah sepupunya itu. Sempat bahu Karn ditepuk sekali.
         “So, kau macam mana? Sorrylah, aku tak dapat jumpa kau kat hospital hari tu.” Krissada memulakan bicara.
          Karn tersenyum kelat dan menggelengkan kepala. “No big deal. Uncle Sukrit dah inform aku yang kau ada jumpa dia waktu aku...aku kena culik tu. Tapi dia minta kau jaga Siripon. Thanks, man.”
        “Isy, cara kau cakap ni…macamlah aku orang lain. Siripon tu pun dah jadi macam tempat aku sendiri. Kawasan aku sendiri. Kalau aku tak jaga, siapa lagi?” balas Krissada. Matanya tidak lepas daripada melihat keadaan Karn yang jelas kusut dan berserabut. “Anyway, kau dah tak apa-apa ke? Okey tak ni?”
         Terbit keluhan berat dari mulut Karn. Tangan kanannya menyentuh tangan kiri yang masih beranduh.
         “Macam nilah. Still in the process of healing, I guess.” Lemah jawapan Karn.
        Sedikit terdiam Karissada mendengarkan balasan Karn. Kasihan sungguh dia pada sepupunya itu. Pasti Karn masih dalam keadaan terkejut.
        “So…kes kau macam mana?” tanya Krissada.
        Karn merengus. “Penculik dua orang tu akan didakwa dalam masa dua bulan lagi. So lepas ni, aku kena turun naik mahkamahlah. Cuma…”
            “Cuma apa?” sampuk Krissada penuh minat.
Tangan kanan Karn dikepal kuat sebelum dia menjawab. “Sakda.”
Tertoleh kepala Krissada. Wajah Karn ditenung lama. “Itu kan…orang yang…”
“Yup,” sambung Karn tanpa sempat Krissada menyudahkan kata. Sesaat kemudian dia tersenyum sinis dengan lagak kegeraman. “Tapi sayangnya, itu hanyalah apa yang kita cakap. Pihak polis langsung tak boleh jejaki dia, tak boleh nak kaitkan dia dengan semua ni. Dia tu hantu ke apa???”
Krissada membatu tanpa kata. Dia memahami perasaan Karn. Yalah, mereka semua sudah terlampau pasti bahawa Sakdalah yang menjadi dalang di sebalik penculikan itu. Tetapi jika tiada bukti…tiada langsung klu akan penglibatan lelaki itu, apa yang mereka boleh lakukan? Tiada apa-apa!
“Memang…memang dua orang tu tak reveal apa-apa ke?” tanya Krissada setelah agak lama mendiamkan diri.
Karn mencebik.
“Dua orang tu? Huh, memang tak guna! Dia orang langsung tak pernah contact Sakda, tak tahu apa-apa pun pasal manusia keparat tu.” Keras dan kasar sekali kata-kata Karn, jelas menampakkan hatinya yang kepanasan.
“Habis tu, macam mana dia orang deal dengan Sakda selama ni?”
Soalan Krissada segera mengembalikan ingatan Karn kepada manusia yang telah dia ambil nyawanya. Mengingati lelaki itu, pelbagai rasa mula menyelubungi hati Karn. Ada sedikit rasa bersalah, ada rasa puas, ada rasa takut…segalanya bercampur baur. Ah, dia cuma mempertahankan diri dan yang paling penting, dia cuma mahu menyelamatkan Dian.
“Manop.” Akhirnya Karn membalas.
Terbit kerutan di dahi Krissada. “Lelaki yang kau…”
“Yup, yang aku bunuh tu. Dia satu-satunya yang selalu berhubung dengan Sakda. So, tiada dia…tiadalah Sakda.” Di sebalik bibirnya yang diketap kegeraman, Karn menjawab.
Krissada diam. Tidak pasti lagi apa yang patut disoal kerana jelas Karn sedang dalam angin yang tidak elok. Bimbang pula kalau dia terlebih-lebih menyoal, lain pula jadinya nanti. Angin Karn kadang-kadang sukar ditebak. Boleh turun dan naik umpama roller-coaster.
“Mak Teh, macam mana dengan dia?” Sedang Krissada berfikir sendiri, Karn tiba-tiba menyoal Mak Teh yang baru sahaja menuruni tangga. Krissada turut mengalihkan perhatian ke arah wanita itu.
Mak Teh merapati dua orang lelaki yang sedang memerhatinya.
“Tadi dia berdiri di beranda lepas tu dia masuk dan terus duduk di sofa. Langsung tak cakap apa-apa. Tapi dia nampak okey.”
“Thanks, Mak Teh.” Karn mengucapkan terima kasih pada pembantunya. Setelah perbalahan kecil dengan Dian tadi, dia meminta Mak Teh menengok-nengokkan Dian. Takut juga kalau-kalau Dian membuat sesuatu yang membahayakan dirinya. Emosi gadis itu yang sukar ditelah memungkinkan segala-galanya, hatta perkara yang paling tidak masuk dek akal.
“Err…korang cakap pasal apa tadi?” tanya Krissada setelah Mak Teh berlalu pergi. Sedari tadi dia hanya menjadi pemerhati dengan rasa kehairanan.
Karn menepuk dahi. Boleh pula dia terlupa akan sepupunya yang seorang ini.
“Adalah…”
“Takkanlah kau tak nak share dengan aku kut?” korek Krissada lagi.
Pertanyaan Krissada hanya dibalas oleh senyuman tawar Karn. Entahlah, dia terasa malas untuk bercerita. Lagipun, makin diperkatakan soal Dian makin pening kepalanya. Malah hatinya turut sama akan terkesan, seolah-olah Dian punya suatu kuasa mistik yang mampu menyuntik pelbagai rasa dalam jiwanya. Sedih Dian…sedihlah dia, sakit Dian…sakitlah dia, perit Dian…peritlah dia.
“Mak Teh ada sebut pasal beranda, kan? Tadi, aku ada nampak…”
“Kau nampak apa?” celah Karn sedikit keras.
Berkerut dahi Krissada dengan reaksi keras sepupunya. “Aku nampak seorang perempuan.”
“Kau jangan cuba dekat dengan dia.” Tanpa sedar, Karn memberikan amaran.
“Eh, kau ni kenapa? Nak bagi aku amaran pula!”
Suara membentak Krissada segera menyedarkan Karn akan tindakannya tadi. Apa…apa yang dia sudah buat?
“Aku…aku cuma tak nak apa-apa jadi pada dia.”
“Oh, maksud kau…kalau aku cuba dekat dengan dia, akan ada something jadi pada dialah?!” tempelak Krissada. Tersinggung hatinya dengan kata-kata Karn. Apa Karn ingat dia ini terlalu jahat sampai ke tahap akan apa-apakan seorang gadis?
Karn meraup wajah. Lain yang dimaksudkannya, lain pula tafsiran Kris.
“Bukan itu maksud aku, Kris. Dian…dia tak sihat. Bukan semua orang boleh dekat dengan dia,” jelas Karn dengan tegas.
Krissada mengerutkan dahi. “Dian? Maksud kau, dia tu…”
“Yup, the girl yang ada dengan aku masa aku kena culik.”
Jawapan Karn membuatkan Krissada bungkam buat seketika. Teringat dia pada informasi yang diperolehnya sewaktu mereka digemparkan dengan berita penculikan Karn. Ya, bersama sepupunya itu, terdapat seorang lagi mangsa. Jadi, perempuan yang dilihatnya tadi adalah mangsa yang dimaksudkan? Tetapi, sekarang semuanya sudah berakhir. Jadi apa yang perempuan itu buat di rumah Karn ini?
“Selepas apa yang dah jadi, dia jadi…tak sihat. Psychological trauma, kata doktor. Dian…dia jadi takut pada semua orang kecuali…”
“Kau.” Krissada menyambung, meneka sendiri. Penjelasan Karn segera menjawab segala persoalan yang bermain dalam fikirannya tadi.
Karn mengangguk lemah. “Sebab tulah aku bawa dia ke sini. Aku nak sembuhkan dia, nak jaga dia sampai dia benar-benar baik.”
“Tapi sampai bila, Karn? Sampai bila kau nak jaga dia?”
Karn terdiam seribu bahasa. Matanya diangkat memandang ke arah tangga yang membawa kepada bilik Dian. Ya, sampai bila dia akan menjaga Dian? Suatu hari nanti, dia pasti perlu melepaskan Dian pergi. Namun persoalannya sekarang, sanggupkah dia?
*****
“DIAN DAMIA…” Tanpa sedar, terletus nama itu dari bibir Krissada. Entahlah, dia sendiri tidak mengerti akan keadaan dirinya. Sejak dia terpandangkan gadis itu di rumah Karn tadi, dia langsung tidak mampu membuang bayangan Dian dari fikirannya. Seakan-akan masih terbayang lagi wajah keruh gadis itu dan yang paling terkesan dalam hatinya adalah sepasang mata itu. Ya, sepasang mata yang merenungnya tepat saat pandangan mereka bersatu. Sepasang mata yang kesedihan.
            “Isy, kenapa dengan aku ni?!” tanya Krissada separuh menjerit. Sungguh dia bingung dengan keadaannya sekarang. Apa sudah jadi? Kenapa bayangan Dian harus terus-terusan muncul dan mengganggu mindanya?
“Aku…kena cuba mendekati dia. Kalau tak, makin parah jadinya aku nanti.”
_______________________________________________
BAB 22

“I’M SORRY.”
            Wajah Karn dipandang sekilas sebelum Dian mengangkat kakinya dan memeluk lutut. Namun serta-merta juga Karn mengetuk lutut itu dengan menggunakan sudu di tangannya. Dian memandang tanpa suara dengan kerutan di dahi.
            “Macam mana saya nak suapkan awak kalau awak duduk macam tu?” sela Karn dengan wajah yang sengaja dimaniskan. Dia mahu memujuk Dian di atas hal semalam.
            Dian menjeling pada dulang makanan yang diletakkan oleh Mak Teh tadi. Patutlah Mak Teh tidak menunggunya menghabiskan makanan itu sepertimana yang biasa dilakukannya. Dian membetulkan duduknya. Kemudian dulang makanan tersebut diambil dan diletakkan di atas ribanya.
            “Dian…” panggil Karn kehairanan. Dia kini sudah elok duduk bertentangan dengan Dian. Gadis itu kelihatan manis dengan selendang yang membaluti kepala. Karn perasan sejak Dian mula dapat menerima kehadiran Mak Teh, dia sudah kembali menutup rambutnya. Pasti Mak Teh telah mengingatkan Dian tentang tuntutan agamanya dan sungguh, Karn sangat menghormati pendirian mereka.
            Tanpa sepatah kata, Dian mengambil sudu dari tangan Karn. Makanan di dalam pinggan dicedok. Kemudian dia menghalakan sudu itu ke mulut Karn yang hanya terkebil-kebil.
            “Awak belum makan lagi, kan?” tanya Dian perlahan. “Tadi Mak Teh bagitahu.”
            “Err…saya…” Hilang keruan Karn dengan perangai Dian yang aneh. Semalam bukan main lagi mengamuk dan sedih tiba-tiba, hari ini mahu menyuapkan makanan padanya pula.
            “Saya minta maaf pasal semalam. Saya tak patut marah-marah macam tu. Saya sepatutnya sedar yang awak cuma nakkan yang terbaik untuk saya. Cuma…” Kata-kata Dian terhenti di sebalik perasaannya yang semakin menyesakkan jiwa. Ya, hatinya kusut.
            “Cuma apa, Dian?” Lembut Karn menyoal kembali. Tangannya menolak sudu yang disuakan padanya. Lenguh pula tangan Dian nanti.
            Dian mendongakkan kepala dan memandang Karn.
            “Cuma…tolong bagi saya masa.”
            Zup! Hati Karn serta-merta terasa seperti ditusuk sembilu. Kata-kata Dian pantas sahaja mengingatkannya pada perbualannya dengan Mak Teh. Jadi benarlah cakap Mak Teh, dia di luar kesedaran telah bertindak memaksa Dian.
            “Saya…saya…”
            “Jangan minta maaf lagi. Saya tak nak dengar…sebab tak ada apa-apa pun yang perlu saya maafkan. Lagipun, saya yang salah, kan? Saya yang sudah susahkan awak, saya yang bebankan awak…”
            Tanpa sedar Karn menarik lengan Dian ke arahnya. Automatik wajah Dian merapati wajahnya. Bebola mata gadis itu membulat.
            “Awak tak susahkan saya…dan awak tak bebankan saya.” Tegas Karn berbisik di hadapan wajah Dian sebelum melepaskan lengan gadis itu. Dian pantas ke belakang kembali, tersandar pada sofa.
            Berkali-kali Dian menelan air liur. Terperanjat sungguh dia dengan tindakan luar jangkaan Karn tadi. Jantungnya seperti terhenti buat seketika.
            “So…”
            Dian menyoal dengan pandangan matanya.
            Terbit senyuman lebar di bibir Karn. Keningnya diangkat tinggi. “Still nak suap saya tak tu? First time ada orang nak buat macam tu untuk saya…bahagianya rasa.”
            Dian hanya mendengar tanpa perasaan. Dia tahu Karn bergurau senda dengannya, tetapi…entahlah, dia tidak mampu langsung untuk ketawa. Untuk tersenyum pun tidak boleh!
            “Dian…aaaaahhh,” ujar Karn lagi seraya membuka mulut.
            Lambat-lambat Dian mengangkat sudu dan menyuapkan makanan ke mulut Karn. Lelaki itu hanya menerima dengan senyuman lebar di bibir. Setelah beberapa suap, Karn tiba-tiba mengangkat tangan tanda sudah cukup.
            “Awak pula makan.”
            Terkulat-kulat mata Dian melihat Karn yang sudah pun mengambil sudu dari tangannya dan kemudian mencedok makanan dari pinggan. Sudu itu diangkat kembali dan disuakan pada mulutnya. Dian hanya diam tanpa reaksi.
            Mereka berpandangan buat seketika.
            “Oh, mestilah awak tak nak share sudu, kan? Nanti tak pasal-pasal pula ada scene indirect kiss,” ujar Karn tiba-tiba diselangi ketawa kecil. Sengaja mahu mengusik Dian. Namun sahabatnya itu tetap membatu tanpa balasan. Karn mula mengeluh dalam hati. Kalaulah di hadapannya kini adalah Dian yang dahulu, pasti gadis itu sudah pun melatah, marah padanya atas usikan sebegitu.
‘Ah, wahai hati…bersabarlah.’
*****
“MAK TEH, hari ni saya nak ke resort. Nak tengok keadaan kat sana.”
            Tepat pandangan mata Mak Teh pada Tuan Klaharn yang berdiri tegak tidak jauh darinya. Lelaki itu berpakaian kemas, sama seperti kebiasaannya jika mahu ke Siripon Resort cuma kali ini…beserta dengan anduh di tangan kirinya.
            “Boleh ke Tuan ke sana macam ni? Rasanya Tuan tak perlu ke sana. Sukrit dengan pekerja lain pastinya dah uruskan semuanya,” bantah Mak Teh. Bimbang pula dengan keadaan bosnya.
            Karn tersenyum tawar. Tangan kirinya disentuh dan dibelek-belek.
            “Mak Teh, dah lebih sebulan saya tak tengok resort. Ladang tu pun belum dijenguk lagi. Saya tak bolehlah biarkan Siripon lama-lama. Risau saya dibuatnya. Lagipun, Mak Teh tahu kan…apa dah jadi sebelum ni? Dengan kes keracunan makanan tu?”
            Segala penjelasan Karn hanya dibalas dengan anggukan Mak Teh. Dia sedar kalau Tuan Klaharn sudah mahu ke sana, tiada apa-apa yang akan dapat membantutkan niatnya itu. Bukan Mak Teh tidak kenal bosnya yang sentiasa melebihkan Siripon berbanding dirinya sendiri.
            “Mak Teh jaga Dian elok-elok, tau. Pastikan dia makan, pastikan dia rehat dan yang penting…jangan selalu biarkan dia sendirian di bilik. Sentiasa temankan dia. Weekend nanti, doktor akan datang untuk check keadaan dia.” Panjang lebar pesanan Karn buat pembantu rumahnya itu.
            “Baik, Tuan. Tuan janganlah bimbang. Tahulah saya uruskan Cik Dian.”
            Karn menganggukkan kepala, berpuas hati dengan jawapan Mak Teh.
            “Then, saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa, just call me,” ujar Karn mengakhiri perbualannya. Uncle Sukrit yang sedari tadi berdiri di muka pintu dihampiri. Dia akan ke Siripon Resorts bersama lelaki itu.
*****
“TUAN, CIK DIAN!!!”
            Tersentap hati Karn mendengar jeritan Mak Teh di hujung talian. Jantungnya seperti mahu terkeluar dari tubuh. Serta-merta juga rasa bimbang menyelubungi dirinya. Baru sahaja beberapa jam dia meninggalkan Dian di rumah, takkanlah sudah ada apa-apa terjadi padanya?
            “Apa dah jadi, Mak Teh? Apa dah jadi pada Dian???” teriak Karn dengan kuat. Dia sudah tidak peduli lagi sekiranya ada pekerja yang mendengar jeritannya itu.
            “Tolong…tolong balik, Tuan. Cepat!!!”



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

5 comments:

  1. ok kak sara..ok..suka dgn entry nihhh -.-
    perlu ke buat lia tertanya-2 ?
    tak lena tdoo la mlm sat g -.-

    ReplyDelete
  2. y y y ?adoila...tak sedap duduk ni..huhu

    ReplyDelete
  3. erkk...nape ni..x senang duduk ite dibuatnya

    ReplyDelete
  4. Apa dah jadi dengan Dian??? o_O
    Adeh sis ni memang suka wat orang tertanya-tanya...

    ReplyDelete
  5. laaaa, baru nak lepak n minum kopi panas ku...apa dah jadi? buat suspen aje la sara ni. cantik ending n3 ni, seriau ku di buat nye..jgn tak smbng sara..tgh hot menunggu niiii

    ReplyDelete