Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Bab 15 dan 16]



BAB 15

“JAHANAM!!!” pekik Sakda dengan kuat sambil membaling gelas yang dipegangnya tadi ke arah televisyen di hadapan mata. Berderai gelas itu. Tapi, dia tidak peduli. Apa yang lebih penting sekarang, perasaan geramnya. Ya, perasaan membara yang sedang menyala-nyala dalam dirinya.
            Tadi sewaktu dia menonton berita tentang kejayaan pihak polis menjejaki penculik kepada jutawan muda Thailand yang dirahsiakan identitinya, Sakda serta-merta tahu siapa yang dimaksudkan. Telahannya jadi benar-benar tepat saat kedua-dua matanya tertancap kepada wajah dua orang suspek dalam kes tersebut. Pong dan Chen!
             “Macam mana dia orang tu buat kerja, hah? Kerja senang pun tak boleh buat. Tak boleh harap langsung!!!”
            Sungguh! Hatinya benar-benar panas. Belum pun sampai lapan belas jam Karn diculik, pihak polis sudah pun dapat menjejaki mereka. Hancur! Habis hancur segala rancangannya. Satu Baht pun tidak diperoleh. Dan yang paling penting, nyawa Karn Klaharn masih lagi melekat pada jasadnya!
            Ah!!! Dia benar-benar geram. Kalaulah dia tahu orang suruhannya bodoh begitu, lebih baik dia arahkan saja mereka hapuskan Karn awal-awal lagi. Tidak perlu bersusah payah untuk membuat adegan seolah-olah mereka menculik demi wang, sedangkan hakikatnya apa yang dia dambakan adalah nyawa lelaki itu.
            Seketika kemudian Sakda menggelengkan kepala. Tidak! Dia tidak boleh menyalahkan rancangan awalnya kerana itu adalah rancangan paling sempurna. Dia tidak boleh terus sahaja membunuh Karn Klaharn kerana dia harus melindungi motif dan niat sebenarnya. Kalau motif itu terlampau jelas di mata pihak polis, identiti sebenarnya akan mudah terbongkar!
            Mengingati identitinya, Sakda sedikit lega kerana dalam berita yang ditontonnya tadi telah disebut tentang suspek yang dipercayai dikenali dengan nama Manop telah terbunuh. Mujur sekali lelaki itu sudah mampus. Jadi tiada siapa lagi yang boleh membuka mulut tentang dirinya. Tetapi sekarang tidak pasal-pasal pula dia terpaksa mendiamkan diri, menangguhkan dulu rancangannya ke atas Karn demi menyembunyikan identitinya itu. Argh, geramnya dia!!!
“Tapi, macam mana polis boleh senang-senang saja track Manop dan anjing-anjing dia?” Setelah beberapa minit bermonolog sendiri, Sakda akhinya menyoal. “Ini mesti kerja orang tua tak sedar diri tu.”
*****
“GOOD JOB, KAWEE.”
            Kawee tersenyum lebar sambil menganggukkan kepala.  Sekali lagi tugasan yang telah diserahkan padanya dapat disempurnakan dengan jayanya. Dan sekali lagi juga, namanya sebagai penyiasat persendirian terhebat di Thailand dapat dipertahankan.
            “Sebenarnya saya tertanya-tanya, macam mana kamu dapat menjejaki tempat tu even before pihak polis? Siap inform polis pula tu,” tanya Sukrit dengan lagak ingin tahu. Kedua-dua matanya merenung tepat lelaki di hadapannya.
            “Well, saya kan bekas komando. I have my own source. I have my own connection. Dan yang paling penting, saya tidak terikat dengan karenah birokrasi dan surat kebenaran itu…surat kebenaran ini untuk ambil tindakan. The decision is mine and the action is mine. Orang lain tak boleh masuk campur.” Penuh ketegasan Kawee menjawab. Wajahnya terpamer dengan rasa bangga dan puas hati.
            Tersungging senyuman di bibir Sukrit mendengarkan jawapan Kawee. Memang tidak sia-sia dia mendapatkan khidmat lelaki itu.
            “Apa-apa pun, saya memang berterima kasih pada kamu atas apa yang kamu dah buat. Bayaran dah pun saya transfer ke akaun bank,” balas Sukrit.
            Kawee menghulurkan tangannya kepada Sukrit. “Terima kasih. Kalau ada apa-apa urusan lagi, bolehlah hubungi…”
            “Oh, no! Jangan! Kalau saya terpaksa panggil kamu lagi, that’s mean ada sesuatu yang buruk berlaku pada Tuan Klaharn. And I so don’t want that to ever happen again.” Separuh bergurau, Sukrit memintas kata-kata Kawee. Salam lelaki itu disambutnya.
            Kawee tergelak kecil sebelum dia akhirnya berlalu pergi. Sukrit yang melihat turut sama berpaling. Dia mahu ke bilik Tuan Klaharn, melihat majikannya yang masih belum sedarkan diri.
*****
“TUAN!”
            Spontan Karn menoleh ke arah suara yang baru sahaja memanggilnya.
            “Tuan sudah sedar? Baguslah.” Sukrit bersuara seraya bergegas ke arah majikannya.
            Karn membetulkan sedikit duduknya sebelum memegang kepalanya yang sakit. “Apa…apa dah jadi?”
            “Pihak polis berjaya jejaki tempat penculik-penculik tu tahan Tuan dan perempuan tu.”
            Karn tersentak. Perempuan tu! Dian Damia!
            “Macam mana dengan dia? Apa dah jadi pada dia?!” Tanpa sedar, Karn mula memekik kuat.
            Tercengang Sukrit melihat reaksi luar jangkaan Tuan Klaharan yang selama ini berwatakan tenang. Wajah bosnya itu ditenung dalam. Riak kerisauan, kegusaran dan ketakutan jelas terpampang pada wajah itu.
            “Uncle, answer me! Macam mana dengan Dian?!” Sekali lagi Karn menjerit.
            “Dia...dia okey. Doktor dah check dia. And now dia ada di bilik sebelah.” Cepat-cepat Sukrit menjawab.
            Karn cuba bangun dari sandarannya. Tapi baru sahaja dia mahu menggerakkan tubuh, kesakitan serta-merta menusuk-nusuk ke dalam tubuhnya. “Ouch!!”
            “Tuan!” Bingkas Sukrit merapati bosnya dan memegang lengan lelaki itu. “Tuan jangan bergerak.”
            “Macam mana saya nak pergi jumpa dia kalau saya tak bergerak?” bidas Karn dengan kasar di sebalik riak wajahnya yang berkerut kesakitan,
            “Tuan tolong jangan degil. You’re not well enough to move around,” bangkang Sukrit lagi.
            Terbit renungan tajam di mata Karn. Berapi!
“I’m going and nobody can stop me.”
            Tuk! Tuk! Tuk! Baru sahaja Karn mahu turun dari katil, bunyi ketukan di pintu segera mematikan pergerakannya. Ah, apa lagi ni? Dia mahu menemui Dianlah!
            “Sawaddi krap, Khun Klaharn (Selamat petang, Tuan Klaharn).” Muncul seorang lelaki yang lengkap berpakaian polis dari sebalik pintu. “Saya dimaklumkan Tuan sudah sedar. Saya ke sini untuk dapatkan keterangan Tuan.”
            Dalam hati Karn merengus. Sedikit sebanyak hatinya diulit rasa geram kerana banyak pula halangannya untuk mendapatkan Dian padahal gadis itu bukanlah jauh daripadanya. Hanya di bilik sebelah!
            “Tuan…” panggil pegawai polis itu lagi.
            Karn menarik nafas dalam-dalam, menghembusnya dan membetulkan duduknya. “Baiklah. Just ask me.”
_________________________________
BAB 16

WAJAH pucat Dian ditatap dalam-dalam. Jelas kesan lebam di pipi dan bawah bibirnya. Spontan Karn mengetap bibir. Dia geram pada dirinya sendiri. Dia gagal dalam menjaga dan melindungi Dian hinggakan gadis itu menjadi mangsa pukulan Manop. Kalaulah dia lebih cepat tiba, pasti lelaki jahanam itu takkan sempat menyentuh Dian.
            Teringat Karn pada segala kejadian itu. Dia berlawan dengan Chen dan Pong sehingga akhirnya dapat menjatuhkan mereka berdua. Kemudian ingatannya hinggap pula pada keadaan di mana dia melihat Manop cuba membunuh Dian dengan besi di tangannya. Waktu itu Karn sudah tidak dapat berfikir dengan lebih rasional. Tangannya refleks sahaja mengambil pistol yang terdampar di atas lantai sebelum melepaskan tembakan. Bukan sekali, tetapi empat das!
            Sungguh, tidak pernah dia menduga akan menggunakan kemahirannya menembak ke atas seorang manusia. Tidak pernah langsung dia menyangka akan melumurkan tangannya dengan darah, akan merampas nyawa orang lain.
Ya, memang kalau diikutkan hatinya, selayaknya Manop memperoleh balasan sebegitu, tetapi…tetapi dia bukan seorang pembunuh! Dia bukan seorang manusia yang boleh sahaja mengambil nyawa orang lain tanpa langsung terkesan dengan secalit pun rasa bersalah. Walaupun pihak polis telah pun mengklasifikasikan tindakannya sebagai mempertahankan diri, tetap juga Karn terasa dirinya kotor. Sama kotor dengan Manop yang telah dia bunuh!
            “Tuan…” Tiba-tiba ada suara lain yang hinggap di telinganya, melenyapkan segala ingatan Karn terhadap peristiwa hitam itu. Lambat-lambat Karn menoleh pada tuan empunya suara yang sangat dikenalinya.
            “Apa doktor cakap pasal dia?” tanya Karn pada Uncle Sukrit.
            Sukrit mengerling sedikit pada gadis yang kini terbaring lemah di atas katil sebelum kemudiannya mengalihkan kembali pandangannya kepada Tuan Klaharn.
            “She’s fine. Cuma keletihan dan ketakutan. Tak ada kecedaraan fizikal yang terlampau.”
            Terangguk-angguk kepala Karn saat mendengar penjelasan Uncle Sukrit.
            “Tapi…”
Terangkat kening Karn. Pandangan mata tanda menyoal dihalakan pada pembantunya itu.
“Tapi, Tuan yang dalam keadaan teruk sekarang ni. Jadi, tolong ke bilik dan berehat.” Sukrit menyambung tutur katanya.
Karn mengeluh dan melihat keadaan dirinya sendiri. Dengan tangan kiri yang bersimen serta kepala dan dada yang berbalut, kecederaannya memang dikira teruk. Apa tidaknya, di kepalanya sahaja doktor terpaksa melakukan sebanyak dua belas jahitan. Itu belum lagi termasuk tangan kirinya yang patah dan tulang rusuknya yang retak.
Tetapi entah kenapa, dia langsung tidak mempedulikan kecederaan itu. Baginya, saat ini keadaan Dian yang lebih penting berbanding dirinya sendiri. Ya, Dian jauh lebih penting!
“I’ll stay here,” jawab Karn akhirnya.
“Tapi, Tuan…”
“Saya akan stay sini, Uncle. Tunggu Dian sampai dia sedar,” pintas Karn dengan lagak tegas. “Now you go see the police. Banyak lagi yang perlu diuruskan dengan mereka. Begitu juga dengan pihak media. Pastikan media terus tidak tahu identiti mangsa culik. Saya tak mahu pelanggan Siripon tahu akan hal ni. Kalau tak, mereka akan ketakutan and eventually it will affect our business. Also, don’t forget to ask Kris for help.”
Terdiam Sukrit mendengarkan arahan bosnya. Dengusan kecil dilepaskan. Geram juga hatinya dengan kedegilan Tuan Klaharn. Dengan keadaan yang begitu sekali, masih lagi mahu melebihkan gadis yang tidak dikenalinya itu. Ah, apa agaknya hubungan mereka berdua?
“Uncle…” tegas Karn dengan wajah serius.
“Baik, Tuan. Tapi kalau Tuan perlukan apa-apa, bagitahu Uncle. Dan lagi satu, kakak angkat Dian dah ada kat sini.”
Karn tersentak. “Kakak angkat?”
*****
PANG!
Tepat tamparan Liza mengenai pipi Karn. Kini mereka sama-sama berada di luar bilik yang menempatkan Dian. Tadi sewaktu dia melihat keadaan Dian, hatinya terasa seperti disiat-siat dengan kejam. Hancur lebur!
            Dian tidak pernah berkeadaan demikian sepanjang di bawah jagaannya. Tetapi kini, hanya setelah empat hari tiba di Thailand, Dian terlantar di hospital dengan kesan pukulan pada wajah dan tubuhnya. Dan kerana apa? Kerana lelaki yang bernama Karn Klaharn ini!
            “Liza, apa ni? Dia tu cedera!” tegur Azmi seraya menarik dan memegang bahu isterinya. Sungguh, terperanjat dia tindakan Liza yang laju sahaja menampar lelaki di hadapan mereka. Lelaki yang turut sama terlibat dalam kes penculikan Dian.
            “Apa saya peduli, abang? Kalau bukan sebab dia, Dian takkan kena culik…takkan terlantar macam tu kat atas katil!” Penuh emosi Liza menjawab. Mengingati keadaan Dian, hatinya benar-benar sakit. Perit sekali.
            “Maafkan saya, Puan.” Dengan kepala yang tertunduk, Karn memohon maaf. Ya, benar kata-kata wanita di hadapannya ini. Kalau bukan kerana dia…Dian tidak akan pernah melalui apa yang telah dilaluinya.
            Liza tersenyum sinis sambil melepaskan dirinya daripada pegangan Azmi. Wajah Karn ditenung tajam. Lelaki yang jauh lebih tinggi daripadanya itu kelihatan kerdil benar pada pandangan matanya.
            “Maaf? Eh, kamu ingat dengan maaf kamu tu…semua ni akan terhapus macam tu aje? Hakikatnya sekarang, Dian dah kena culik, kena belasah dan…entah apa lagi yang dia orang dah buat pada dia!”
            Karn hanya diam tidak berkutik. Tidak berani langsung dia mengangkat wajah. Apa yang termampu dia buat hanyalah mendengar dan menerima segala kemarahan wanita yang dikenali sebagai kakak angkat Dian. Ah, apa lagi yang boleh dia buat? Kerana segala apa yang terpacul keluar dari mulut Liza adalah kebenaran. Dan dia memang patut dipersalahkan!
            “Kenapa, hah? Kenapa Dian perlu terbabit sama dengan semua ni? Apa salah dia pada kamu? Kenapa dia mesti diculik…diperlakukan macam tu sekali??” sambung Liza lagi. Keras dan penuh kemarahan.
            Karn tetap membatu. Bibirnya diketap kuat-kuat. Ingin sahaja dia menjawab, Dian tidak pernah ada secalit pun salah padanya. Dian tidak ada dosa padanya.
            “Apa yang kamu merepek ni, Liza? Mana dia tahu semua ni akan jadi. Dia pun mangsa dalam hal ni.” Azmi pula yang membalas. Kasihan sungguh dia melihat lelaki yang terus-terusan menjadi mangsa kemarahan isterinya. Liza pun satu, tidak boleh langsung mengawal emosinya, sehinggakan orang yang tidak bersalah pula yang terkena tempias emosinya itu.
            Terlepas dengusan kasar Liza. Tidak berpuas hati. Ya, memang! Jika diikutkan akal fikiran rasionalnya dan apa yang diketahuinya daripada pihak polis, lelaki ini tidak ada kena mengena langsung dengan penculik mereka. Lelaki ini hanyalah mangsa. Tetapi…lelaki inilah yang telah mengheret Dian ke dalam permasalahannya. Sasaran penculik adalah dia, bukan Dian Damia!
            “Liza, kita anggaplah ini semua jadi kerana takdir. Dian tidak bernasib baik sebab dia bersama lelaki ni waktu kejadian penculikan tu,” pujuk Azmi lagi.
            Liza menjeling tajam pada suaminya. Geram sungguh dia dengan tindakan Azmi yang mahu membela Karn.
            “Yang abang nak menangkan dia ni, kenapa? Abang sedar tak, sebab dia nilah…Dian kena macam tu sekali! Kena culik…kena belasah!”
            “Ya, abang tahu. Tapi abang juga tahu, yang dia tak pernah menginginkan semua ni jadi pada Dian. Dia juga mangsa. Liza sedar tak ni?” balas Azmi penuh ketegasan.
            Liza tidak menjawab. Hanya bibirnya yang diketap kuat. Geram!
            Azmi membiarkan sahaja isterinya sebelum kemudiannya berpaling pada Karn yang sedari tadi hanya diam tanpa suara. Lelaki itu masih lagi menundukkan kepalanya dengan lagak penuh rasa bersalah.
            “Maafkan isteri saya. Dia cuma terlebih emosi. Dian tu dah macam adik kandung kami. Apa yang dah jadi pada dia benar-benar menyakitkan hati kami.”
            Lambat-lambat Karn mengangkat kepala. Wajah penuh ketenangan abang angkat Dian dipandang dalam-dalam. Namun matanya tidak dapat menipu. Di sebalik ketenangan lelaki itu, Karn seperti dapat melihat kegusaran dan kerisauan yang menggunung. Lagi perasaan bersalah menyelubungi hatinya.
            “Saya…saya betul-betul minta maaf. Saya tak pernah sangka semua ni akan jadi. Kalau saya tahu, saya takkan ajak Dian keluar dengan saya. In fact, saya takkan berkawan dengan dia. Saya takkan…”
            “Sudahlah. Benda nak jadi, kita tak boleh halang. Kalau Allah dah cakap, perkara macam ni akan jadi pada Dian, walau macam mana sekali pun kita cuba mengelak, ia tetap akan jadi,” sampuk Azmi perlahan. Dia tidak mahu lagi Karn terus-terusan berasa bersalah.
            Karn mendiamkan diri.
            “Buat masa sekarang, yang penting Dian dan kamu sama-sama selamat. Siapa yang salah, siapa yang benar…sudah tak ada ada makna lagi. Tak ada gunanya pun menuding jari pada sesiapa atas apa yang terjadi,” sambung Azmi lagi.
            Liza mendengus kasar. Terasa seperti kata-kata akhir suaminya ditujukan padanya. Namun dia tidak menjawab. Ah, untuk apa bersuara kerana akhirnya suaminya itu tetap akan mempertahankan Karn?
            “Sekarang kamu pergilah berehat. Saya tengok keadaan kamu ni teruk sangat,” ujar Azmi mengakhiri pertemuan mereka.
            Karn termangu seketika. Kalau diikutkan hatinya, dia masih mahu menunggu Dian di samping gadis itu, tetapi dia sedar buat masa sekarang, itu bukanlah pilihan terbaik. Daripada pandangan mata kakak angkat Dian, dia dapat melihat suatu pandangan berupa amaran agar tidak mendekati Dian. 
“Terima kasih dan…maafkan saya sekali lagi.” Karn akhirnya menjawab sambil menundukkan kepalanya dan membuat gaya ‘wai’ sebagai tanda hormat. Kemudian dia berpaling, mahu kembali ke biliknya sendiri. Namun belum pun jauh dia menapak, suatu suara lain automatik sahaja mematikan langkahnya.
“Tuan! Dia dah sedar!”


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

14 comments:

  1. yey..dian da sedar..traumakah dia?

    ReplyDelete
  2. besttttt...tpi pendek nyer kak...nk lgi...cepat2 ckit ek...tq...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, dear...akn diusahakan..=)

      Delete
  3. bgus la Dian dh sedar,,
    hrap2 trauma dia xtruk sgt,,,

    ReplyDelete
  4. best, pndk tapi padat.saspen sekejap nak tau apa jadi
    pada dian trauma? benci, tapi rindu, hahaha nmpak gaya
    ada knflk lebih berat akan kluar? hmmm lunch nanti nak browse
    bookstore for jimk

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza, konflik berat tgh tunggu nk kuar...hehe
      thanks, selamat browse thru for JIMK dan selamat membaca...=)

      Delete
  5. bilanya kran dan dian nk b'cinta.hahaa
    k.sara bile CRT akn jd sebuah buku x sabr sy nk beli..huhu
    nk jd kn slah stu koleksi sy.
    xsbr nk tgu smbungn nye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sara pn x sbr nk tulis saat2 diorg bercinta. tulis part saspen dn berat ni mencabar skit...haha
      err, bila nk jd buku? insyaAllah, kalau ada rezeki thn dpn kut. manuskrip pn blm siap lg ni...hehe
      thanks, sokong kak sara tau!

      Delete
  6. wah best... tahniah....

    ReplyDelete
  7. Kesian dekat Karn x pasal-pasal kena makan penampar dengan Liza.....
    Baguslah akhirnya Dian dah sedar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, asik karn je yg kena...huhu

      Delete