Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu [Bab 13 dan 14]



BAB 13

TERKULAT-KULAT Dian memandang siling. Kepalanya terasa berat sekali. Dahinya dikerutkan, cuba mengingati apa yang telah terjadi. Wajah Karn dan beberapa orang lelaki bertopeng bersilih ganti menerpa dalam fikirannya, umpama sebuah mimpi.
            Cuma…semua itu bukan mimpi! Kerana di sebelahnya kini adalah Karn yang terbaring lemah. Perlahan-lahan Dian bangun daripada pembaringan dan meraup wajahnya. Pandangannya dijatuhkan pada Karn. Dada lelaki itu kelihatan berombak laju dengan peluh yang membasahi dahi.
            Hati Dian segera dirundung rasa curiga dan risau. Cepat-cepat dia mengangkat tangannya dan menyentuh dahi Karn. Matanya membuntang. Panas!
          Dian menggigit bibir. Matanya meliar ke kiri ke kanan dengan rasa panik. Apa yang patut dibuatnya sekarang? Menjerit meminta tolong daripada manusia-manusia bertopeng di luar sana? Gila! Mereka takkan peduli!
            “Tapi…dia orang belum dapat duit. Mesti dia orang takkan biarkan apa-apa jadi pada Karn,” perlahan Dian bermonolog sendiri. Otaknya ligat berfikir. “Ah, gamble ajelah!”
            Pantas Dian meluru ke arah pintu dan memukul-mukul pintu itu. “Open this door!! Open this door!! Karn is…”
            “What???” pekik orang yang membuka pintu dari luar.
            Automatik Dian mengundurkan diri. Air liurnya yang terasa kelat ditelan berkali-kali. Kecut hatinya melihat Pong yang merenungnya tajam di sebalik topeng ski yang dipakainya.
            “Karn…Karn….he….he….” Tersekat-sekat suara Dian seraya jari telunjuknya dihalakan pada Karn yang terbaring lemah di atas lantai.
            Berkerut dahi Pong sebelum dia kemudiannya merengkuh lengan Dian dengan kasar dan menarik gadis itu ke arah lelaki kaya tahanannya itu.
            Menyeringai Dian dengan tindakan Pong. Sakit!
            “Damn!” Kasar Pong bersuara usai menjatuhkan tangannya ke atas dahi Karn. Riak kelam-kabut mula timbul pada wajahnya. Dia menolak Dian ke arah Karn sebelum bergegas keluar sambil menyumpah-nyumpah.
            Dian mengetap bibirnya kuat, menahan kesakitan kesan tolakan tadi sebelum kembali bangun. Hujung matanya menjeling ke arah Karn yang masih tidak sedarkan diri. Melihat keadaan lelaki itu, hati Dian mula jadi tidak keruan. Semuanya gara-gara dia. Jika tidak kerana Karn cuba melindunginya, pasti sahabatnya itu tidak akan terlantar lemah begitu.
            Ah, kenapa semua ini mesti jadi pada mereka? Apa lagi yang akan terjadi selepas ini? Perkara buruk apa lagi yang akan menyusul buat mereka berdua?
            ‘Ya Allah…tolonglah hamba-Mu ini, aku merayu…’ doa Dian dalam hati. Kedua-dua tangannya digenggam erat-erat bersama setitis air mata yang menitik perlahan. Sungguh! Dia sudah hampir putus asa. Dia sudah tidak larat lagi untuk bertahan. Dia benar-benar merasakan seperti sudah tidak ada harapan buat mereka.
            Sedikit demi sedikit Karn membuka matanya. Melalui pandangannya yang berbalam-balam, dia dapat melihat Dian yang sedang mundar-mandir dengan mulut yang terkumat-kamit. Sesekali gadis itu menggigit bibir dengan riak ketakutan dan kegusaran. Kemudian mata Karn melekat pada tangan Dian yang tidak berikat. Matanya dikerling pada tangannya sendiri yang turut bebas daripada sebarang ikatan. Spontan muncul satu idea dalam fikirannya.
            “Dian…”
            Tertoleh kepala Dian saat mendengarkan panggilan Karn yang sangat perlahan. Bergegas dia meluru ke arah lelaki itu. “Karn…”
            “Dia orang…” soal Karn dengan kerut di dahi. Kepalanya yang seperti berpinar-pinar ditahankan sahaja.
            “Kat luar. Awak...awak demam. They’ll do something. Dia orang belum dapat duit, jadi…” Terhenti kata-kata yang laju keluar dari mulut Dian saat jari Karn melekat pada bibirnya. Dian tergamam. Terkebil-kebil matanya menatap Karn yang lambat-lambat bangun daripada pembaringan. Wajah lelaki itu semakin merapati.
            “Awak dengar sini. Bila dia orang masuk, saya akan serang dia orang. Dan awak…mesti lari,” bisik Karn di hujung telinga Dian.
            Membuntang mata Dian. Spontan dia menolak tubuh Karn. “Awak dah gila ke, Karn?”
            Automatik Karn menekup mulut Dian. “Shhh…jangan bising.”
            Dian menepis tangan Karn. Sedikit kasar. Matanya merenung lelaki itu dengan tajam.        “Dengan keadaan awak macam ni, macam mana awak nak lawan dia orang semua?” Dengan suara yang bergetar, Dian menyoal.
            Karn mendengus kasar. Ya, ada kebenarannya kata-kata Dian. Namun dia tetap percaya pada kemampuannya sendiri. Dia yakin keinginannya yang cukup tinggi untuk menyelamatkan Dian pasti akan menghadirkan kekuatan buat dirinya.
            “Listen here, Dian. Saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh protect awak. Jadi sebelum dia orang apa-apakan awak, awak mesti lari,” pujuk Karn. Wajah Dian yang kusut ditenung dalam-dalam. Dia mahu gadis itu menyelami kesungguhannya.
            Dian menggigit bibir. Serba-salah dirinya dengan permintaan Karn. Sebahagian dirinya memang mahu sahaja bergegas keluar dari neraka itu, mahu menyelamatkan diri tetapi sebahagian lagi mahu kekal di sisi Karn, tidak sanggup meninggalkan lelaki itu di tangan manusia-manusia keparat itu.
            “Dian…promise me…promise me that you’ll run away and never look back,” desak Karn saat melihat Dian yang masih berbelah bahagi.
            Sebelum sempat Dian menjawab, pintu bilik kurungan mereka dibuka dari luar. Kasar sekali! Spontan Dian tegak berdiri dan menjauhkan diri daripada tiga lelaki bertopeng di hadapannya. Hujung matanya mengerling ke arah Karn yang separuh terbaring di atas lantai. Lelaki itu memberikan isyarat mata supaya tunggu sebelum Karn tiba-tiba bangun dan meluru ke arah Manop serta konco-konconya.
            “Sekarang, Dian!!!” pekik Karn dengan kuat. Tubuhnya digunakan untuk menghadang tiga lelaki di hadapannya.
            Spontan Dian bergegas ke arah pintu. Sempat dia menjeling ke belakang melihat Karn yang sedang berlawan dengan penculik-penculik mereka, sebelum dia akhirnya melajukan langkahnya.
            ‘Ya Allah, Engkau lindungilah dia…’
*****
TURUN naik dada Karn merenung lawan-lawannya. Pintu bilik di belakangnya dihadang. Dia tidak akan membiarkan mana-mana pun daripada mereka melepasi pintu itu untuk mendapatkan Dian. Benarlah firasatnya tadi, keinginannya untuk melindungi Dian seperti benar-benar menyalurkan kekuatan buat dirinya. Kalau tidak, masakan Chen sudah berjaya dijatuhkannya. Lelaki itu sudah pun terbaring tidak sedarkan diri, penangan pukulannya.
            “Kau…memang sanggup buat apa sahaja demi dia, kan?” tanya Manop penuh kegeraman. Panas sungguh hatinya kerana Karn Klaharan cuba melawan.
            Karn tidak menjawab sebaliknya dia meluru ke arah lawan-lawannya. Buat beberapa ketika mereka bergumpal sesama sendiri. Tumbukan demi tumbukan, tendangan demi tendangan dihadiahkan buat lawan masing-masing hingga akhirnya Pong berhasil menjatuhkan Karn.
            Dengan kudrat yang masih bersisa, Karn cuba melawan. Dalam fikirannya kini hanya ada Dian. Kalaulah dia rebah dalam melindungi gadis itu, entah apalah nasib Dian nanti. Yang pasti nasib itu akan jadi nasib yang paling buruk!
            Namun semakin dia melawan Pong yang besarnya dua kali ganda daripada dirinya itu, semakin lemah tubuh Karn. Beberapa kali wajahnya ditumbuk lelaki itu. Hujung matanya pula dapat melihat dengan jelas Manop yang sudah pun mendekati pintu. Semakin dekat dan semakin dekat sehingga akhirnya hilang di sebalik pintu itu.
            Tidak! Manop tidak boleh mendapatkan Dian. Tidak!!!
_____________________________________

BAB 14

“ARGHH!!!” Kuat dan lantang Dian menjerit saat merasakan rambutnya disentap dari belakang. Tubuhnya automatik terdorong ke arah Manop yang kini sudah pun berdiri di tengah-tengah ruang gudang.
            “Berani kau cuba melarikan diri?” bisik Manop di hujung gegendang telinganya. Perlahan dan dingin.
            Dian menyeringai kesakitan. Tangannya cuba melepaskan rambutnya daripada terus berada dalam genggaman Manop.
            “Please…don’t hurt me…” rayu Dian. Air matanya sedikit demi sedikit jatuh membasahi pipi.
            Manop mendengus kasar. Rambut Dian ditarik lebih kasar. Wajah penuh kesakitan wanita tahanannya itu tidak dipedulikan langsung.
            “You did that on purpose, right? You wanted to run away…” Manop bersuara di sebalik bibirnya yang diketap kuat.
            Pantas Dian menggelengkan kepala, menafikan kata-kata Manop. “No…no…I…”
            “I…what, huh???” pekik Manop tiba-tiba seraya menolak kasar Dian ke atas lantai.
            Terjerit Dian dengan tindakan lelaki itu. Kesakitan pantas sahaja menusuk masuk ke dalam tubuhnya yang terhentak ke atas lantai. Kemudian Dian mengangkat kepala, memandang  Manop yang semakin mendekati. Perlahan-lahan Dian menolak tubuhnya ke belakang, cuba menjauhi lelaki itu.
            “Please…don’t hurt me…” rayu Dian. Sungguh! Dia benar-benar takut.
            Manop hanya melihat tanpa reaksi.
“Please…please…”                    
Pang! Melekat satu tamparan padu di pipi Dian yang kemudiannya terjelepuk ke sebelah kiri.       
            “How dare you….how dare you tricked me…”
            Dian mengangkat kembali tubuhnya sambil menggelengkan kepala beberapa kali. Bibirnya terasa pedih. Ngilu!
            “No…no…I wasn’t…”
            “Arrrghhh!!! Just shut up!!!”
            Terangkat bahu Dian mendengarkan pekikan Manop. Wajah bengis lelaki itu benar-benar membuatkannya kecut perut. Mata lelaki itu meliar ke kiri dan ke kanan sebelum Manop tiba-tiba menapak ke arah suatu sudut gudang. Dian hanya memerhatikan sahaja dengan penuh ketakutan.
            Terbeliak mata Dian saat terpandang suatu objek yang dikutip oleh Manop dari atas lantai. Besi! Besi yang tajam dan runcing.
 “Pistol aku dah jatuh, ini pun jadilah…” bisik Manop pada dirinya sendiri. Matanya tajam merenung gadis itu yang jelas kelihatan kaget. Lambat-lambat dia melangkah ke arah tahanannya.
Cepat-cepat Dian mengundurkan diri. Ya Allah! Apa yang cuba dibuat oleh lelaki itu?
“Kau tahu tak…dari awal lagi Tuan Sakda suruh aku hapuskan kau. Kalau aku tahu kau akan menyusahkan aku macam ni, dah lama aku hantar kau jumpa Tuhan kau.” Dingin Manop bersuara sambil matanya tidak lepas daripada merenung Dian. Besi di tangannya diangkat tinggi.
“Tidak!!!” jerit Dian sekuat mungkin seraya mengangkat tangan, cuba melindungi dirinya dengan kudrat yang masih tersisa. Matanya dipejam rapat-rapat.
Bang!
Telinga Dian menangkap bunyi tembakan yang kuat. Spontan dia membuka mata. Jelas pada pandangannya wajah Manop yang terbeliak, masih dengan besi di tangannya yang diangkat tinggi. Darah merah jelas membasahi leher dan dadanya. Namun lelaki itu masih lagi tetap dengan langkahnya ke arah Dian yang separuh terbaring di atas lantai. Terhoyong-hayang umpama zombie!
Bang! Bang! Bang!
Membuntang mata Dian melihat tubuh Manop yang ditembusi beberapa das tembakan. Lelaki yang berlumuran darah itu semakin dekat dan semakin dekat padanya sehingga akhirnya…
“Arghhh!!!” Terjerit kuat Dian saat tubuh besar Manop tiba-tiba jatuh betul-betul di atasnya. Terkaku Dian di bawah Manop. Terkejut!
“Dian…”
Suara Karn yang memanggilnya segera mengembalikan Dian ke realiti. Sedar-sedar sahaja, dia terpandangkan kepala Manop yang terletak betul-betul di atas bahunya.
“Argghhh!!! Tidak!!!” jerit Dian seraya kelam-kabut menolak kepala dan tubuh Manop yang sudah terkulai tanpa nyawa. Cepat-cepat dia menjauhkan diri daripada mayat itu. Mata Dian kemudiannya jatuh pada baju dan tubuhnya yang berlumuran darah.
“Da….darah…darah…”
Segala perilaku Dian hanya dipandang sepi oleh Karn. Pistol di tangannya sudah pun dilempar jauh. Langkahnya cuba dilajukan. Dia mahu mendapatkan Dian yang jelas terkejut dan ketakutan. Namun kepalanya terasa berat, terasa sakit sekali! Darah merah pekat kesan kecederaannya semakin banyak membasahi wajah. Tangan kiri dan dadanya turut terasa mencucuk-cucuk, penuh keperitan.
Dan akhirnya….mata Karn mula terkatup sendiri sebelum dia merasakan tubuhnya seakan-akan melayang dan menimpa sesuatu yang keras.
*****
“TAK…tak…semua ni tak betul. Tak…tak….” Terkumat-kamit mulut Dian sambil tangannya terkial-kial menyapu darah Manop yang membasahi wajah dan tubuhnya. Bau hanyir darah lelaki itu menusuk-nusuk masuk ke dalam rongga hidungnya.
            Kemudian Dian meliarkan pandangannya mencari Karn. Terbeliak kedua-dua matanya saat terpandangkan tubuh Karn yang terbaring tidak jauh daripada mayat Manop.
            “Karn…Karn…” panggil Dian seraya merangkak ke arah lelaki itu.
            Usai tiba di sisi Karn, cepat-cepat Dian menggoncang tubuh lelaki itu. “Karn…Karn…please…bangun…please…”
Namun lelaki itu tetap kaku. Dian mula kaget. Panik. Jantungnya berdebar kuat. Tidak! Tidak ada apa-apa boleh jadi pada Karn. Dengan air mata yang bercucuran turun, Dian memandang sekeliling, mahu mencari sesuatu atau apa-apa yang boleh membantunya. Sungguh, dia perlu berbuat sesuatu, namun apa yang menyapa matanya hanyalah…mayat Manop dengan mata yang terbeliak!
            Dian tersentak dan terkaku. Mata lelaki itu seakan tepat padanya. Seakan mahu membunuhnya dengan renungan maut. Tubuh Dian mula menggeletar. Dadanya berombak laju. Semakin lama semakin laju. Dia seperti dapat merasakan kemarahan dan kebencian Manop padanya.
            “ Jangan…jangan tengok aku lagi…jangan!!!” pekik Dian.
            Dengan kudrat yang cuma tinggal secebis, Dian berusaha keras menarik dan mengheret tubuh Karn menjauhi mayat Manop sehingga akhirnya dia tersandar di dinding gudang. Sungguh! Dia tidak mahu mereka terus dekat pada mayat itu. Entah apa yang merasuk dirinya, Dian merasakan seolah-olah Manop akan kembali bangun dan menyudahkan apa yang ingin dilakukannya tadi. Ya, membunuhnya!
            Tubuh Karn ditarik lebih rapat ke dalam pelukannya sambil mulut Dian tidak henti-henti terkumat-kamit.
“Karn…Karn…dia..dia tak…dia tak apa-apa...semua ni…semua ni tak betul. Orang tu…orang tu tak mati atas aku…tak….”
*****
“POLIS!!!”
            Dian tersentak. Wajahnya segera diangkat. Pandangan matanya kejap pada beberapa orang asing yang menerpa masuk dan mendekatinya. Cepat-cepat Dian mengundurkan diri ke belakang sambil memeluk erat Karn yang masih tidak sedarkan diri.
            “Miss…”
            “Jangan dekat!!!” teriak Dian. Tubuhnya bergetar hebat dengan rasa terdesak, takut, gerun…semuanya menyesakkan dadanya! Matanya meliar ke kiri ke kanan, ke arah manusia-manusia yang mengelilinginya.
            “Miss, you’re safe now. We’re police…”
            “Jangan dekat…please…I’m begging you…don’t hurt me….” Tanpa mempedulikan mereka, Dian bersuara perlahan. Air matanya bercucuran turun, menodai pipinya yang lebam dan bibirnya yang berdarah kesan tamparan Manop tadi. “Don’t kill me…”
            “Apa kita patut buat sekarang, Tuan?”
            “You…take him. And you…take her…”
            Membulat mata Dian saat dua orang lelaki menarik Karn yang berada dalam pelukannya.
            “No!!! Karn!!!” jerit Dian seraya menerpa dan berusaha untuk menarik kembali Karn. Tidak! Dia tidak boleh membiarkan mereka mengambil Karn, melukai Karn. Namun tubuhnya pantas sahaja dipegang oleh orang lain. Dian meronta-ronta.
            “No!!! Please….lepaskan Karn!!! Lepaskan aku!!!” pekik Dian bersama rontaannya yang semakin lama semakin lemah. Dan dia akhirnya terkulai layu bersama kata-kata terakhir. “Please….”

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

26 comments:

  1. menitis air mata...trauma

    ReplyDelete
  2. Dh nk abis k cter ni kak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, taklah darling. baru mukaddimah ni. Karn dan Dian belum bercinta lagi ni...haha

      Delete
  3. tahniah...mcm tgk movie je...teruskan mnulis

    ReplyDelete
  4. T__T dian trauma..sedihh ahhh
    ape nie kak..my birthday bg entry sedih-2 ?
    majuk ahh..majuk *hentak kaki*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!!! inilah hadiah special kak sara buat lia..=)

      Delete
  5. akhirnya dah berjaya diselamatkan..tp msti byk konflik ;g kan..cepat2 sara..xsabar ni(^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah byk konflik lg. manop is gone, tapi...sakda ada lgi...hehe

      Delete
    2. itu la psl..slagi yg plg jahat tak dapat balasan,mesti konflik ada lg..hehehe

      Delete
  6. Sian dekat Dian trauma....
    Akhirnya Manop mati juga...padan muka dia...
    Polis ni pun satu,datang last time...
    Ish....geram pulak rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg padan muka..klu ikutkan hati, nk wat dia pn kena seksa, biar dia rasa ap dian dan karn rasa, tp nanti citer ni jd brutal sgt plak...haha
      yup, mcm citer yg selalu kt tgk...polis mmg lembab...haha

      Delete
  7. Jgn la lpas ni terjdi lagi...karn cri org yg btgjawap tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...karn kena cari sakda tu...hehe

      Delete
  8. Slamt jgak diaorg..mpus la jahat tu...karn cri la.org yg btgungjawp tu...
    Roza mamat

    ReplyDelete
  9. hukhuk,kesian dian...trauma kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, trauma.klu kite kt tmpt dia, mmg cnfirm trauma...huhu

      Delete
  10. huhu..sedey...next plz..

    ReplyDelete
  11. as of this moment and time, i m a fan of your blog...keep it up. jarang ada writer yang dpt buat adegan2 saspen cam ni. i dok baca dari lunch tadi and baru abis. btl btl btl, mcm tengok criminal minds je. so i'll wait for your nxt n3 with anticipation.......jeng jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot, dear...
      mmg nilah kesannya tgk CM kut...haha!!!=)

      Delete
  12. Budak ayu buat cerita memang xtrem...... Seolah2 pembaca pn berada dlm situasi Dian dan Karn....... Hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak!! biasalah...ayu2 ni, ada keganasan gak dalam jiwa...haha

      Delete
  13. Budak ayu buat cerita memang xtrem...... Seolah2 pembaca pn berada dlm situasi Dian dan Karn....... Hehehe....

    ReplyDelete