Segmen Tahukah Anda? - Jodoh itu Milik Kita

Tahukah anda? – Bahagian 1 

Akta perkahwinan di Malaysia jatuh di bawah Akta 164, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian), 1976. 

Kes kahwin ganti (seperti dalam JIMK), saya tak pasti jatuh di bawah seksyen mana. Waktu saya menulis JIMK, agak lama jugalah saya godek-godek Akta 164 ini, tapi memang sahlah saya bukan otak lawyer, sebab tak faham apa pun…hehe… 

Cuma ada satu seksyen 44 berkenaan ‘Membetulkan kesilapan’ yang mungkin ada sedikit kaitan dengan kes kahwin ganti ni. Nak tahu lebih lanjut tentang seksyen 44 ini, silalah cari dalam Akta 164. 

Apa yang saya nak cakap di sini adalah…kahwin ganti ni bukan senang.  Dari segi agama, perkahwinan Aariz dan Dahlia memanglah sah. Tapi, dari segi undang-undang, banyak lagi benda lain yang perlu diuruskan selepas itu. Ada info yang saya dapat mengatakan bahawa bila pengantin dah tertukar begitu, pasangan itu perlu membetulkan segala maklumat kepada pihak berkuasa yang terbabit dan membayar denda. 

Sebenarnya saya cuba sahihkan maklumat ini, dengan menghubungi pegawai dari jabatan yang ada kaitan dengan hal perkahwinan di Malaysia, tapi sayangnya tak dapat feedback. Sebab itulah dalam JIMK tidak ada disebut tentang semua ‘tindakan selanjutnya’ yang dibuat oleh Aariz dan Dahlia dalam menguruskan perkahwinan mereka. Yalah, mana boleh saya masukkan maklumat yang belum tentu sahihnya, kan? 

Dan lagi satu, sebab saya mahu memendekkan cerita. Hmmm…mungkin itu satu kelemahan bagi penulis baru seperti saya yang nak cut short cerita ini. Maaf, ya. 

Tahukah anda? – Bahagian 2 

Akta anak angkat di Malaysia jatuh di bawah Akta 253, Pendaftaran Pengangkatan 1952. 

Berdasarkan akta 253, kanak-kanak yang lahir di luar negara boleh dianakangkatkan oleh pasangan suami isteri di Malaysia dengan syarat kanak-kanak tersebut menyempurnakan tempoh pemastautin biasa seperti diwajibkan oleh Akta dan mempunyai surat perjalanan yang sah sebelum layak untuk Permohonan Pengangkatan. 

So, yeah…Aariz Danial perlu melalui ini semua sebelum dia benar-benar menjadi anak angkat Tuan Haikal dan Puan Marina 

Berdasarkan akta 253 juga, kanak-kanak ini akan memperoleh Sijil Pengangkatan yang mempunyai taraf kesahihannya sama seperti Sijil Kelahiran dan boleh digunakan untuk Pendaftaran Sekolah, Permohonan Kad Pengenalan, Permohonan Pasport dan lain-lain urusan rasmi. 

Tahukah anda? - Bahagian 3 

Navotas, tempat asal Aariz Danial merupakan satu kawasan setinggan perkuburan yang terdapat di pinggir kota Manila, Filipina. Terdapat kira-kira 600 keluarga yang menetap di tanah berunsur perkuburan ini. Dan ironiknya komuniti ini digelar sebagai Bagong Silang (Newborn)

Penduduk di kawasan ini tidur, masak, makan, mandi dan membasuh baju di atas makam. Tiada langsung tandas atau bekalan air. Disebabkan kekurangan ruang di dalam tanah perkuburan, mayat-mayat lama terpaksa dikeluarkan dari makam dan tulang mereka dibuang berselerak begitu sahaja di kawasan berhampiran. 

Di Navotas, penduduk tempatan mendapat pengkebumian secara percuma apabila mereka meninggal dunia, tetapi mayat mereka hanya boleh disimpan di dalam makam selama lima tahun. Selepas tempoh lima tahun, mayat mereka akan dikeluarkan dan digantikan dengan mayat baru. 

Bolehkan anda membayangkan hidup di tempat sebegini? Saya? Memang tak tercapai dek akal. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu akan kewujudan tempat sebegini sehinggalah saya terbaca suatu artikel tentang Navotas di akhbar Kosmo. Dan artikel inilah yang telah memberikan saya idea tentang asal-usul Aariz Danial.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

12 comments:

  1. sekarang saya dahhh tahu... hikhikhik... thank u

    ReplyDelete
  2. Kebetulan, akak sdg ulang baca semula...dah baca kat p2u dulu dan dah beli sejak mula dicetak...tp byk kekangan tak sempat baca kisah selanjutnya....harap hari ni akan habis baca sampai endingnya....akak mmg suka citer ni sejak dulu lagi....tahniah Sara

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, kak eijan. alhamdulillah, gembira saya dgn penerimaan akak pd JIMK. harap2 akak dh dpt baca smpi habis...hehe

      Delete
  3. thanx sara share psl info n..pasal Navotas tu pernah terbaca..tp psl akta ank angkat & kahwin ganti tu xpernah lak nk cari & baca..tp terfikir gak ms baca JIMK psl prosedur nikah kahwin ni..kan dah isi nme pengantin lelaki dan perempuan dlm borang nikah..camne kalo pengantin bertukar ek??tp stkt fikir je la..xcari info pon..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wc, dear. itulah, mmg byk sbnrnye prosedur selanjutnya. cuma mcm kak sara ckp, byk sgt so terpaksalah x citer sbb nk cut short story...hehe

      Delete
  4. wah, tahniah dan terima kasih atas info-info ni. barulah saya tahu macam tu rupanya. :)

    ReplyDelete
  5. Slain dpt bc novel...kte dpt info2 yg memg bguna...

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Macam mana org miskin yg tinggal kat Navotas boleh dpt peluang sampai ke UK belajar? Phil gov sponsorship? Don't think so. Agak tak logik di situ. So sorry, JIMK agak mengarut. Aariz yg mat surau tu boleh pulak main pas2 isteri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pendapat. kalau miskin, memang tak mungkin dapat peluang belajar tinggi-tinggi ke? sy cuma tak ceritakan bagaimana Edna dpt ke sana. Sponsorship? Atau Edna keja keras, berusaha simpan duit sendiri? Atau famili dia bergadai mcm2 utk ke sana? Khilaf sy sbb tak tulis semua tu, sebab pada pendapat sy...kisahnya pasal Aariz, tak perlu explain lbh psl Edna.

      Mat surau? Ya, sebab dia jaga agamanya. Tapi, dia cuma manusia biasa yang terhimpit dan trauma dengan kisah silamnya, sampaikan dia rasa apa yg dia cuba buat tu adalah yang terbaik untuk Dahlia. he's a flawed character, bukan sempurna. sorry, ya...tapi saya tahu kisah sebenar orang yg cuba serahkan org yg disayangi atas sebab2 tertentu. Jadi, ya...ada kemungkinan hal seperti dlm JIMK benar-benar berlaku.

      maaf jika anda merasakan JIMK mengarut ke apa ke. itu pendapat anda dan hak anda untuk berpendapat begitu. TQ.

      Delete
  7. cik #SA saya amat mengagumi bakat yg ada dlm diri anda... biarlah org lain nak kate ape pn. bg sy, anda berjaya menonjolkan apa yg ada dlm diri anda, & org lain dpt bersama-sama berkongsi kehebatan anda itu. ape2 pn novel & drama #JodohItuMilikKita mmg superb!!! terbaik!!!

    ReplyDelete