Novel: Ringan, sederhana, berat?

Assalamualaikum, semua.

Okey, saya bukan mahu berbicara tentang berat dari segi kg, ya. Tapi dari segi jalan cerita sesebuah novel. Rasanya semua pembaca boleh bahagikan jenis novel kepada ringan, sederhana dan berat, kan?

Bila saya meletakkan diri saya sebagai seorang penulis, saya teringin mahu jadi seorang penulis yang boleh menulis ketiga-tiga jenis ini. 

JIMK bagi saya adalah sebuah novel yang sederhana berat. Ia tidaklah jatuh dalam kategori ringan dan santai. Kalau tak, takkanlah pembaca menangis bagai masa baca JIMK, kan? Hehe...Tapi JIMK juga bukanlah novel yang berat sampaikan pembaca rasa sesak jiwa bila membacanya. 

CRT...ACK, novel kedua saya yang masih dalam proses itu, juga saya kira sebagai novel sederhana berat. Mungkin akan jadi sedikit berat berbanding JIMK, tapi dalam perancangan saya...ia takkan jadi terlampau berat. Akan ada unsur-unsur cinta yang santai dan juga sedikit romantik. 

Sejujurnya, bagi pendapat peribadi saya...menulis cerita berat memerlukan seseorang penulis itu mempunyai pengalaman yang cukup meluas, dan juga cukup ilmu penulisan untuk menulis kisah yang berat dari segi konflik dan jalan penceritaannya. Saya? Memang jauh panggang dari api. Pengalaman saya memang seciput aje dan ilmu penulisan pun sangatlah kurang. Rasanya saya memerlukan masa sehingga beberapa tahun lagi untuk mempersiapkan diri bagi menulis cerita yang berat sebegitu.

Sebab itulah, saya sangat mengagumi penulis lama yang berjaya menghasilkan cerita sebegini. Contoh novel berat yang paling saya ingat adalah Diari Bonda. Novel itu agak berat bagi seseorang yang mempunyai pemikiran yang agak ringkas seperti saya. Novel-novel thriller juga berat bagi saya, seperti novel Ramlee Awang Murshid, John Grisham atau Dan Brown. Tapi, saya sukakan novel begini, yang membuatkan otak saya ligat berfikir.

Novel ringan dan santai? Saya juga teringin untuk menulis novel begini. Menulis novel ringan juga bagi saya mempunyai cabarannya yang tersendiri. Yalah, walaupun ringan dan santai, novel itu tetap perlu ada jalan penceritaan dan kisahnya sendiri, kan? Dan untuk memastikan novel ini tetap ringan tetapi pada masa yang sama, ada konfliknya sendiri...itulah cabaran bagi seorang penulis. Jadi tolonglah jangan ingat, menulis novel ringan dan santai itu sesuatu yang senang.

Bila saya meletakkan diri saya sebagai pembaca pula, saya juga sukakan ketiga-tiga genre. Ringan dan santai waktu saya mahu merehatkan minda, mahu ketawa dan relax aje. Sederhana bila saya mahu merasai semua perasaan yang ada dalam novel itu. Saya mahu rasa kelakar, lucu tapi pada masa yang sama mahu juga rasa sakit hati, sedih dan geram. Berat pula waktu saya mahu membaca sambil berfikir. Walaupun kadang-kadang bila membaca novel berat, saya boleh jadi sesak jiwa...tetapi that's the beauty of reading, kan? Kita akan dibawa ke suatu dunia yang menghadirkan perasaan yang pelbagai dalam diri kita.

Okeylah, pendapat anda bagaimana? Sebagai penulis, suka yang macam mana? Dan sebagai pembaca, anda suka yang bagaimana? Ringan, sederhana atau berat??

p/s: Fuhhh...terpanjang pula entri kali ini. Entahlah, terfikir pula untuk berkongsi ini dengan semua di tengah-tengah hari yang suram ini...haha...

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

8 comments:

  1. bg sy xkisah rngan ke berat.. asl jln cite mnarik..hehe

    ReplyDelete
  2. ain suka ketiga2 genre...tp stakat n suka novel RAM j bila yg bergenre berat..otak mmg ligat berfikir..tp kesudahannya mmg tak sama lgsung spt yg dibygkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? novel RAM mmg akn penuh dgn suprise. ending xleh agak langsung. tp mmg best lar novel dia. sy plg suka yang Hatiku di Harajuku.

      Delete
  3. salam..
    as reader, sya lbih ska bca yg santai n kelakar..
    coz xyh nk pkir byk psl cite 2.. hehehe
    lately sya ade bca cite yg klakar tp yg xbestnye terlalu byk monolog.. rsa cm watak tue terlalu syok sndri..
    smpaikan sya skip paragraph yg ade..
    ape pn genre novel tue, as long as jln cite die xmengarut n xpeningkan reader, okey jea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam
      itulah satu kelebihan novel kelakr dan santai, boleh buat hati kita rasa santai je. x pening2 kepala..hehe...
      but still, apa-apa pun genre...yg plg penting tetap jln ceritanya. x gitu? hehe

      Delete
  4. Salam dan sejahtera Puan. Mohon bantuan daripada Puan tentang novel. Saya mencarikan novel berat seperti Hamlet, Sense & Sensibility, dan sekutu dgnnya tapi cerita yang dalam bahasa Malaysia. mungkin ada novel yang hampir seperti sedemikian dalam bahasa Malaysia, mungkin.

    mohon sgt drp Puan untuk email beberapa judul novel seperti permintaan di atas kepada email saya brightstarlavandula@yahoo.com. Maaf kerna saya jumpa blog Puan ini secara accidently. saya takut x jumpa semula blog puan ini.

    Terima kasih Puan.

    ReplyDelete