Ketidaksempurnaan watak

Assalamualaikum, semua 

Baru-baru ini, saya ada baca satu artikel daripada kak Maria Kajiwa. Beliau mengatakan bahawa dalam penulisan, ketidaksempurnaan watak adalah sesuatu yang sempurna. Pening, ya? Hehe…

Cuba fikir, dalam dunia realiti ni…ada ke orang yang sempurna? Tak ada, bukan? Mustahil! Jadi bila watak yang kita tulis itu adalah bukan seorang yang sempurna, watak itu sebenarnya lebih dekat kepada pembaca.

Semua ini mengingatkan saya kepada komen salah seorang pembaca JIMK yang mengatakan bahawa dia sangatlah menyampah dan benci pada watak Aariz Danial, iaitu hero JIMK. Tetapi katanya lagi, kerana Aariz tidak sempurna, dia jadi suka pada JIMK. Begitu juga dengan watak Dahlia yang memang jauh daripada sempurna.

Ya, Aariz bagi saya memang tidak sempurna. Dia…boleh saya kira sebagai penakut! Aariz tidak berani nak capai kebahagian yang memang dah ada depan mata, asyik nak buat assumption sendiri tanpa fikir pasal perasaan Dahlia, sangatlah pesimistik dan terlampau mengikut kata/sayangkan Syafiq sampaikan tak boleh berfikir secara rasional.

Dahlia pula…seorang yang terlampau mendesak. Bila dia dah mula jatuh sayang pada suaminya, dia jadi possessive, mungkin sedikit obses pada Aariz. Sebab tulah, dia jadi cemburu buta. Inilah ketidaksempurnaan dalam diri Dahlia.

Apa kata anda? Adakah anda suka watak novel yang sempurna? Bagi saya, saya memang suka yang TIDAK sempurna…hehe 

Salam sayang, 
Sara Aisha

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

8 comments:

  1. saya pun x suka watak yg sempurna sbb realiti dlm hidup kita mmg x de manusia yg sempurna, klu ader yg sempurna tu dh mmg dongeng la tu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, tp kdg2 seronok gak lyn watak terlampau sempurna, mcm prince charming dalam fairytales...haha

      Delete
  2. ain pon tak suka gak..mane ada org yg perfect...tp ketidaksempurnaan dia la yg menjadikan dia perfect..apa punya ayat ni..hehehe...sara faham kan..tp sgt2 suka ngan Aariz Daniel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, faham sgt2!!! suk gak dgn aariz, haha...tetiber...=)

      Delete
  3. sy suka dua2 yg sempurna dn yg tidak sempurna.
    yg sempurna sy suka sbb dlm realiti takda semua tu, jd sy boleh bygkan dn dn 'lihat' perkara2 yg sy xboleh rasa sendiri or nmpk depan mata sy melalui penulisan tu.

    yg tidak sempurna pun sy suka, so sy boleh belajar dr watak tu.
    sy tahu ap dia buat x betul.. dn dia perlu berubah. sy suka tgk mcm mn penulis merubah watak tu dr x sempurna jd lebih baik, yg jahat bertaubat..etc..

    dlm penulisan sy pulak, sy xtau nk msk dlm category mana. bg sy watak2 bknlah sempurna pun...kot..sorang anak manja, xreti buat apa. sorang lagi otaku+kedekut..x sempurna lah kan? ^^;;

    lagi.. dlm novel sy: watak utama tu actually seorg perokok..skrg realiti mmg susah nk cari lelaki yg x merokok, jd sy mmg buat dia perokok. tapi sy tau readers x suka. so sy buatlah. dia berenti merokok.

    eh.. melalut pnjg plak.. sorry^^;;

    ps: sy suka post ni^^ 5/5 bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, panjang komen...tapi mana ada melalut. kak sara senang dgn komen awak tu.

      Delete
  4. hmm, ada pro and cons juga sebenarnya. memang pd dasarnya kita sebagai manusia biasa memang tak sempurna kan. ada sesetengah penulis mengimaginasikan kesempurnaan yang diidamkan tu dalam penulisannya. ada juga yang sengaja buat watak tu tak sempurna untuk memberi pengajaran. Tapi pada saya, output akhirnya adalah terpulang pada pemikiran dan penerimaan pembaca sendiri iaitu bagaimana mereka mencerna apa yang diterima daripada pembacaan tu. Sama ada bawa kesan baik atau buruk pada diri mereka. Phew, terpanjang pula komennya. :)

    anyway, saya suka entry ni. Kalau ada butang like rasa nak tekan berkali2. hihi. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul. saya setuju dengan pendapat awak. sepertimana ada penulis suka menulis tentang watak yang terlalu sempurna dan ada yang tidak suka, begitu juga dengan pembaca, kan? ada yang suka yang sempurna sebab mereka boleh imagine yang best2, tapi ada yang suka watak tak sempurna sebab mereka mahukan sesuatu yang realistik.

      suka entri ni? haha...thanks! =)

      Delete