JIMK dalam real life???

Assalamualaikum, semua.

semalam waktu tengah drive, saya dengar Hot FM. ada seorang lelaki ni call dan bercerita tentang kisah hidup dia. bila saya dengar, serius teringat JIMK. 

 lelaki tu anak angkat dalam keluarga dia (mcm Aariz) tapi dia si adik. abag long dia pula mcm Syafiq (tapi bukan psycho). dia bercinta dengan seorang perempuan (Dahlia) tapi abang long dia ni sukakan teman wanita dia tu. 

abang angkat dia ni baik dan memang anggap dia macam adik kandung sendiri. so demi membalas budi keluarga angkat dia ni, dia lepaskan teman wanita dia pada abang dia. diorang akan kahwin tak lama lagi. 

 serius, dah ala-ala kisah JIMK. tp versi JIMK terbalik. betullah orang cakap, kadang-kadang apa yang kita tulis tu walaupun rekaan semata-mata akan ada sedikit kaitan dengan real life.kita aje yang tak tahu kewujudan mereka ini di luar sana.

dalam kisah lelaki ini, mungkin tajuk yang sesuai adalah "Jodoh itu Bukan Milik Kita". tapi seperti yang saya gambarkan dalam JIMK, jodoh ini sememangnya rahsia Allah. dan hanya Dia sahaja yang tahu siapa yang sebenarnya diciptakan sebagai pasangan kita. mungkin perempuan tu bukan ditakdirkan untuk dia, jadi walau apa pun yang terjadi...mereka tetap tak dapat bersama. dan mungkin juga, pemilik tulang rusuk perempuan itu adalah abang long dia.

ada sahabat yang memberi komen di grup FB pasal kenapa lelaki tu baik sangat a.k.a baik tak bertempat! dan perempuan tu pun...kenapa terima abang long tu? ya, betul...kalau saya letakkan diri dalam tempat lelaki itu atau perempuan tu, memang saya tak sanggup! tapi, siapalah kita untuk judge keputusan mereka, kan?

saya pasti lelaki tu mesti dah fikir panjang, dan dia akhirnya memilih keluarga dan mengorbankan perasaan sendiri. perempuan tu pun, mesti ada sebab kenapa dia akhirnya menerima si abang tu. kita tak tahu...dan kita cuma boleh doakan kebahagiaan mereka bertiga. saya pasti suatu hari nanti, lelaki itu akan jumpa jodoh yang sememangnya milik dia.

akhir kata...

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

Salam sayang,
Sara Aisha

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

9 comments:

  1. like 1000 kali yg akhir kata sara tu..hehehe

    ReplyDelete
  2. like quote yg last tu.. :)

    [hawa]

    ReplyDelete
  3. saya pun ada dengar cerita pemanggil tersebut...saya menangis selepas itu..serius sedih sesangat...sampai anak pun menegur kenapa ibu menangis..

    ReplyDelete
  4. kan? memang sedih sangat especially part akhir tu, waktu dia wish untuk abang long dan ex-gf dia tu. dari suara dia, jelas dia tengah tahan sebak. mesti lepas dia hang up, dia nangis...huhu

    ReplyDelete
  5. tambah sedih bila hot fm terus pasang lagu dadali..disaat aku mencintaimu..saya pun rasa nak nangis..dah lah dengar suara mamat tu sebak jer :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. lagu dadali tu buat kesedihan jadi bertambah-tambah. feeling habis saya masa tu. nsb baik dgr dlm keta, kenalah cover skit. xleh nangis dlm keta, malu...

      Delete
  6. Congrats sis . Mula2 beli & baca your novel x terbayang langsung akan jadi drama and alhamdulillah FK & TZ bawa watak masing2 dengan baik

    ReplyDelete