SPM itu...

Hari ni 21 Mac 2012, pelajar-pelajar yang telah menduduki SPM 2011 akan mengambil keputusan mereka. Semoga berjaya ya, adik-adik! Kak Sara di sini doakan kejayaan semua…=) 

Hmm….SPM…teringat pula kenangan saya dan SPM beberapa tahun lepas. Saya ni jenis yang suka study last-minute.Saya ingat lagi saat-saat saya study malam-malam buta, lepas tu tertidur atas lantai (sebab tak nak tidur best atas katil..haha). Yang jadi mangsa? Adik sayalah! Terkejut beruk dia waktu bangun tidur tengok saya atas lantai. Sorry, dear…hehe… 

Lagi satu yang saya ingat, saya tertinggal kalkulatur waktu exam subjek Kimia. Nasib baik, masa tu papa dengan semangatnya bawa datang. Fuhhh…lega. Thanks, pa! =) 

Waktu ambil result? Memang confirm lah masa tu saya sangatlah nervous. Dub..dab..dub..dab je. Dan bila cikgu bagi result tu…masa tulah, semua rasa nervous tu hilang. Alhamdulillah, result SPM saya boleh dikira baik (tapi tak dapat straight A’s..huhu). Cuma yang paling best, selama ni tak dapat A untuk Add Math, masa SPM…dapat A. Wah! Ada rasa bahagia di situ…haha… 

Dan selepas itu, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang mahasisiwi. Mula-mula di PASUM dan kemudian di UM, sehingga akhirnya graduate dengan ijazah sarjana muda. Hmm…bilalah agaknya nak further Masters ni? Hehe… 

Apa-apa pun, buat adik-adik yang baru aje mengambil keputusan SPM, semoga berjaya dalam kehidupan akan datang adik-adik. Berusahalah untuk buat keputusan tentang hala tuju adik-adik selepas ini. Adik-adik takkan pasti sama ada keputusan itu adalah yang paling tepat, tetapi…bila sudah memilih tu, buatlah yang terbaik untuk membuktikan bahawa keputusan itu sebenarnya tepat. Err, apa kak sara cakap ni? Haha..

Apa yang kak sara nak tekankan di sini, SPM mungkin permulaan bagi hala tuju selepas ini, tapi ia bukanlah penentu kejayaan adik-adik dalam kehidupan ni. Yang penting, waktu di universiti nanti. Buat yang tidak berjaya menempatkan diri di universiti pula, pilihlah sesuatu yang dekat di hati. Buat apa yang adik minat, sesuatu yang adik rasa adik boleh buat.

Insya’Allah, DIA yang Maha Esa akan sentiasa menunjukkan jalan kepada adik-adik. Berserah dan bertawakkallah…=)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. waaa... blog sudah tukar kulit baru... cantikkk. Doodle lawa la... hehe

    ReplyDelete