Pengalaman pertama di Sesi Autograf dan Beramah Mesra, KB Mall


Alhamdulillah, selesai sudah sesi autograph dan beramah mesra bersama peminat di KB Mall. Errr…saya ni ada peminat ke? Haha… Cuma, sebenarnya saya menganggap mereka semua sebagai sahabat baru yang mungkin menyukai hasil penulisan saya…=)

Okeylah, berbalik kepada majlis tempoh hari…ia merupakan majlis seumpama itu yang pertama dan julung kalinya buat saya sebagai seorang penulis baru. Perasaan masa tu…fuuhhh, Allah je yang tahu. Berdebarnya, ya ampun!

Dan nak dijadikan cerita, saya ingatkan itu cuma majlis biasa untuk tandatangan buku. Tak sangka pula ia satu majlis di mana saya perlu duduk kat atas pentas tengah-tengah KB Mall tu, dan saya akan ditemu ramah oleh emcee. Waktu saya dapat tahu pasal itu, rasa seram sejuk tiba-tiba. Saya kurang bersedia kut!! Hehe…

Rasanya bagi yang hadir ke majlis itu, mereka boleh nampak kut betapa berdebarnya saya masa tu. Nasib baiklah emcee tu, Abang Syam agak ‘sporting’, bersahaja dan lawak je. Jadi semakin lama saya jadi semakin tenang, kuranglah sikit perasaan berdebar dan takut tu..hehe…

Cuma…yang paling saya tak tahan adalah satu soalan daripada emcee. Soalan penuhnya saya dah lupa, tapi ada disebutkan… “….daripada pandangan seorang isteri, apa Sara rasa….” Masa tu, saya dalam hati dah.. “errk, kenapa pulak tanya pandangan seorang isteri?” Jadi, saya jawablah, “Saya belum kahwin lagi, jadi rasanya tak boleh bagi sudut pandangan seorang isteri…”

Tapi….emcee tu agak-agaknya tak berapa dengar kut jawapan saya (atau saya cakap perlahan sangat), sebab lepas tu dia ada sebut pasal surirumah tangga dan yang paling gempak dia sebut…. “Sara Aisha mempunyai seorang puteri dan dua orang putera…”

ERRKKKK!!! Hampir-hampir sahaja saya tersedak atas pentas tu. Spontan je saya balas “Saya belum kahwin lagi!!”

Rupa-rupanya dia ingat adik-adik saya yang datang bersama tu adalah anak-anak saya. Aduh, encik emcee...agak-agaklah, takkanlah saya ada anak umur 16 tahun kut...haha...

Apa-apa pun, saya gembira majlis itu berjalan dengan lancar. Terima kasih buat pembaca JIMK yang sudi menghadirkan diri ke majlis tersebut. Saya gembira dapat bertemu dengan anda semua! =)

Salam sayang dari hati,
Sara Aisha

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

1 comments:

  1. hahaha luculah . . . Haik ! menyesal pulak tak tunggu sampai akak datang .

    akak ! Saya pergi ke Sesi Outograf & Beramah Mesra Bersama Novelis di Kbmall . sy pergi ary sabtu tapi tak sempt nk jumpa akak sebb leps kelas terus pergi kbmall . masa tu pukul 12 . ala ~ tak sempat nak mintak outograf dn bergambr dgn akak . :(

    ps : dah beli & baca JIMK . novel akak memang best ! ; )

    ReplyDelete