Jom bertemu di Central Market - 17/03/12


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana sesi autograf dan beramah mesra yang diadakan di KB Mall tempoh hari berjalan dengan lancar.

Pada hujung minggu ini, 17 Mac 2012, Insya’Allah sekali lagi saya akan berada di Sesi Autograf dan Beramah Mesra yang dianjurkan oleh POPULAR dan Karyaseni.

Buat para pembaca JIMK yang berkelapangan, sudi-sudikanlah mengjenguk, ya! Saya berharap sangat dapat bertemu dengan pembaca JIMK yang selama ini tidak henti-henti menghadiahkan saya dengan sokongan anda semua. Seperti yang selalu saya war-warkan, tiadalah penulis Sara Aisha tanpa anda semua.

Yang sudah memiliki JIMK, bolehlah datang untuk saya tandatangan buku anda, ya! =)

Harap-harap JODOH ITU MILIK KITA dan kita akan bertemu di sana. Insya’ Allah...

Salam Sayang,
Sara Aisha

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. bila kak sara nk datang ke utara pula??? perlis ke kedah ke???

    ReplyDelete
  2. mikayma darling..klu blh mmg nk, tp itu depends pd publisher. klu ad event insyaAllah smpi lar kak sara kt utara..;-)

    ReplyDelete