Jodoh itu Milik Kita - Bab 17


BAB 17

AARIZ meraup wajahnya beberapa kali. Keluhan berat dilepaskan. Dia benar-benar buntu. Sudah lebih sebulan berlalu sejak umi memintanya mencari Syafiq. Pelbagai cara sudah dia ambil untuk mencari adiknya yang seorang itu, namun tetap juga dia tidak mendapat informasi yang ditunggu-tunggu.
Penyiasat persendirian yang diupahnya pernah mengkhabarkan bahawa Syafiq tidak lagi berada di Malaysia. Menurut rekod dan maklumat yang diperolehnya, Syafiq kini berada di Wellington, New Zealand. Aariz sendiri tidak pasti apa yang dicari adiknya di negara itu. Setahu Aariz, keluarga mereka tidak punya sanak-saudara di sana. Syafiq juga tidak mungkin punya teman-teman di sana kerana Syafiq belajar di tanah air, dan bukan di luar negara sepertinya.
Aariz juga sudah pun menghubungi sahabat-sahabatnya di Wellington, meminta pertolongan mereka untuk mencari Syafiq. Namun tidak ada seorang pun daripada mereka yang sudah mendapat berita tentang adiknya itu. Aariz sedar, Syafiq memang sengaja melarikan diri dan tidak mahu sesiapa pun menemuinya. Mencari orang yang tak mahu ditemui tidak ubah seperti mencari sesuatu yang mustahil.
Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia mengalah. Dan terus sahaja berhenti daripada mencari Syafiq. Tetapi apabila difikirkan tentang umi yang benar-benar merindui Syafiq, terpaksa juga Aariz bertahan dan meneruskan usahanya untuk mencari adiknya itu.
Kadang kala Aariz berasa geram dan marah terhadap adiknya yang difikirkan sangat mementingkan diri. Lelaki jenis apa yang sanggup meninggalkan ibu yang sedang menderita sakit? Juga meninggalkan tunangnya pada hari pernikahan sendiri? Mengingatkan hakikat itu, terbit rasa ingin membelasah adiknya itu. Sungguh! Dia benar-benar berasa geram atas tindakan Syafiq.
“Astaghfirullahalazim. Aku tak boleh marah macam ni….” Aariz beristighfar dalam hati sebelum menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri.
“Maybe ada sebab kenapa dia buat macam tu.” Hati Aariz berbisik.
Aariz cuba memikirkan yang baik-baik tentang Syafiq namun seketika kemudian dia mengeluh lagi. Mindanya seakan tidak dapat memikirkan apa-apa sebab penting yang dirasakan membawa kepada tindakan gila Syafiq.
“Kau ni kenapa? Sekejap-sekejap mengeluh. Dah tak betul ke?” Tiba-tiba Aariz disergah.
Aariz tersentak, agak terkejut dengan kemunculan Joshua yang tiba-tiba sahaja berada di depan pintu biliknya. Tangannya mengurut dada perlahan.
“Kau jangan muncul tiba-tiba depan aku, boleh tak? And then sergah orang macam tu? Nasib baik aku tak kena heart attack,” marah Aariz kepada Joshua yang masih lagi berdiri di muka pintu.
Joshua mencebik.
“Aku tak muncul tiba-tibalah, wei! Aku rasa dah almost five minutes aku tercegat kat sini. Kau tu yang tak sedar!” tempelak Joshua kembali. Tangannya memeluk tubuh.
Aariz terdiam. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Joshua di situ.
“Oh, ya ke? Sorrylah, aku tak perasan.” Penuh rasa bersalah Aariz menjawab.
Joshua memandang wajah Aariz dengan teliti. Wajah itu seperti sedang menyimpan rasa yang sangat berat. Wajah orang yang bermasalah. Perlahan Joshua menapak masuk sebelum duduk bertentangan dengan Aariz.
“What’s wrong? You look bad, man….”
Aariz melepaskan keluhan perlahan. Hari itu sudah berkali-kali dia mengeluh. Walaupun dia sedar tidak elok mengeluh begitu, namun tetap juga dia tidak dapat mengelakkan diri daripada berbuat demikian.
“Kau ada problem dengan your wife ke?” Joshua menyoal lagi. Membuat andaian bahawa sahabatnya itu punya masalah dengan isterinya.
Mendengarkan telahan Joshua itu, laju sahaja Aariz menggeleng.
“No, not her. Aku dengan dia okey aje,” jawab Aariz, membetulkan andaian Joshua tadi.
“Kalau bukan dia, habis tu apa? Setahu aku, lelaki ni kalau ada masalah mesti sebab.…” Joshua menghentikan kata-katanya sambil memegang bawah dagunya seolah-olah sedang berfikir. Lagaknya tidak ubah seperti seorang saintis yang cuba merungkaikan masalah dalam eksperimennya.
Aariz mengangkat kening tanda menyoal.
“There are two reasons. Firstly, woman. So in your case, that would be your wife. Lainlah kalau kau ada perempuan lain, kan?”
Mata Aariz terbeliak mendengar kata-kata akhir Joshua.
“Yeah, yeah I know. Kau tak ada perempuan lain. Secondly, career. You are on top of your career, so I don’t think itu sebab kau macam orang tengah ada masalah dunia ni.” Joshua menyambung lagi analisanya tentang masalah sahabat baiknya itu.
Aariz cuba membuka mulut mahu menjawab, namun kata-katanya dipotong oleh Joshua yang masih menyambung ucapannya.
“Sebab pertama bukan. Sebab kedua pun, bukan. So why?”
Aariz memandang wajah Joshua yang masih lagi membuat pelbagai andaian tentangnya dengan penuh minat. Ternyata sifat penyibuk dalam diri Joshua memang cukup tebal.
“Sebab ketiga.” Akhirnya Aariz bersuara.
Joshua mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.
“Sebab lelaki.” Aariz menyambung lagi dengan selamba.
Mata Joshua membulat.
“Hah? Macam mana pula ada sebab lelaki. Kau ni biar betul???” Joshua sedikit menjerit.
Aariz tertawa. Reaksi berlebihan yang dipamerkan Joshua cukup membuatkan dia berasa geli hati. Kalaulah ada gelaran ‘Mr. Over Dramatic’ dalam dunia ini, ternyata Joshua memang layak memegang gelaran itu.
“Kau fikir apa? Aku cakap adik akulah! Dia tu lelaki, bukan perempuan dan juga tak ada kena mengena dengan karier aku.”
Joshua tergelak kecil dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“So kenapa dengan dia?” soal Joshua penuh minat.
Aariz terdiam seketika. Dia membiarkan soalan itu tergantung di udara buat seketika.
“My mum suruh aku cari dia.” Akhirnya Aariz menjawab.
Berkerut dahi Joshua, seakan-akan cuba memikirkan sesuatu.
“Cari dia? Cari Syafiq? Syafiq as in ex-fiancĂ©e kepada your wife tu?” Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Joshua.
Sesaat kemudian Joshua terasa seperti mahu menampar mulutnya sendiri. Mulut yang lancang sahaja bercakap tentang isu di sebalik perkahwinan sahabatnya itu.
Aariz dapat merasakan wajahnya berubah, namun tetap juga dia cuba untuk mengawal perubahan itu agar tidak jelas kelihatan.
“Yup, dialah. Kau ingat ada Syafiq lain ke dalam hidup aku ni? Or kau ingat aku ada adik lain?” jawab Aariz sambil menyindir Joshua yang jelas sedang berasa bersalah atas keceluparan mulutnya.
Joshua tersengih.
“Erm, sorrylah bro. Sometimes mulut aku ni tak boleh nak control sikit.” Joshua cuba meminta maaf. Dia sedar tidak sepatutnya dia mengungkit tentang hal itu.
“Sedar pun! Aku ingat kau tak sedar hakikat tu,” sindir Aariz lagi, mahu mengusik sahabatnya itu.
“Wei, janganlah sindir aku macam tu sekali!!!” Joshua terjerit kecil.
Aariz tergelak lagi. Geli hatinya dengan reaksi Joshua.
“So, back to our discussion, kenapa your mum minta kau cari Syafiq?” Joshua menyoal tanpa mempedulikan Aariz yang masih tertawa.
Automatik ketawa Aariz mati.
“Dia rindukan Syafiq. Sejak dia tinggalkan rumah hari tu, Syafiq macam hilang lenyap ditelan zaman. My mum tu, memang dia marah pada Syafiq. Tapi kau tahulah, ibu… mana diorang boleh marah lama-lama pada anak diorang sendiri, kan?” terang Aariz panjang lebar.
Joshua mendengar dengan teliti dan sesekali menganggukkan kepala.
“So… erm, Dahlia tahu tak pasal ni? Pasal kau tengah cari Syafiq?”
Aariz terdiam. Dia langsung tidak memberitahu Dahlia tentang itu. Dia sendiri tidak pasti jika dia patut berbuat demikian. Aariz tidak dapat mengagak reaksi apa yang akan dipamerkan oleh Dahlia jika isterinya itu tahu bahawa dia sedang mencari Syafiq. Tidak! Bukan setakat mencari, malahan Aariz mahu membawa Syafiq pulang. Jika difikirkan, tindakannya memang gila. Suami mana yang mahu mencari kembali bekas tunangan isterinya sendiri?
“Kau cari aku ni kenapa?” Aariz tidak menjawab persoalan yang diutarakan oleh Joshua tadi, bahkan soalan lain pula yang terpacul keluar daripada mulutnya.
Joshua tidak segera menjawab. Dia sedar Aariz memang sengaja tidak mahu menjawab soalannya tadi. Bukan dia tidak kenal Aariz yang gemar meninggalkan suatu persoalan itu tanpa jawapan jika dia tidak bersedia untuk memberikan jawapan.
“Kenapa? Aku tak boleh cari kau ke?” balas Joshua kembali, sekadar bergurau.
Aariz tersenyum.
“Tak adalah. Manalah tahu kau datang ni sebab ada hal special. Macam….” Sengaja Aariz menghentikan kata-katanya dan memandang Joshua dengan hujung matanya.
“Macam apa?” Spontan Joshua menyoal kembali.
Aariz menjungkit bahu.
“Well… maybe kau nak bagitahu kau dah fall in love dengan siapa-siapa ke? Kau dah nak kahwin ke? Who knows.”
Meledak ketawa Joshua.
“Kalau aku jumpa someone macam Dahlia, bolehlah….” jawab Joshua selamba dalam tawanya.
Terlopong mulut Aariz mendengarkan jawapan Joshua.
Joshua yang seakan-akan tersedar akan jawapannya terus sahaja menekup mulut. Tangan itu kemudiannya dijatuhkan sambil mempamerkan wajah yang tersengih, tidak ubah seperti kerang busuk.
Aariz merenung Joshua dengan tajam.
“Stop staring. Aku tak maksudkan apa-apa, okey?” ujar Joshua dengan wajah yang penuh serba-salah. Sengihnya tadi sudah hilang entah ke mana.
Aariz mendiamkan diri sambil matanya masih lagi merenung Joshua dengan tajam. Wajah serius dipamerkan buat sahabat baiknya itu.
“Aku cakap macam tu sebab… erm… sebab your wife tu comel sangat. Tak ada maksud lain. Seriously! I swear!!!” terang Joshua dengan rasa bersalah.
Dalam hati Joshua mengutuk dirinya sendiri. Walaupun memang dia selalu merasakan bahawa Dahlia merupakan seorang gadis yang comel, tidak elok rasanya jika dia berkata demikian di hadapan suaminya sendiri.
Joshua akui Dahlia memang seorang gadis yang manis. Walaupun mereka baru sahaja sekali bertemu iaitu di rumah Aariz dahulu, Joshua benar-benar merasakan bahawa Dahlia itu seorang yang comel dan manis. Sikapnya yang agak manja dengan Aariz, senyuman dan ketawanya juga mampu meriangkan hati sesiapa yang melihatnya. Joshua sedar kerana itulah Aariz boleh berubah menjadi seorang yang lebih periang. Jauh berbeza daripada Aariz yang dahulu.
Aariz memandang wajah Joshua yang ternyata berasa serba-salah atas kata-kata sendiri. Dia sedar sahabatnya itu langsung tidak bermaksud apa-apa. Joshua cuma bercakap berdasarkan apa yang ada dalam fikirannya. Joshua memang begitu, selalu sahaja bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
“Thanks.” Akhirnya Aariz bersuara.
Joshua terpinga-pinga.
“Huh? Thanks for?”
“Sebab puji my wife. Kalau kau tak cakap pun, aku memang dah tahu dia tu comel. It’s a fact,” jawab Aariz bersahaja.
Joshua mencebik.
“Oh, kau memang sengaja nak takutkan aku dengan renungan maut kaulah tadi? Mati-mati aku ingat kau marah sebab cakap macam tu,” tempelak Joshua pada Aariz. 
Meletus ketawa Aariz. Senang hati kerana dapat mengenakan Joshua. Rasa gelisahnya kerana hal Syafiq tadi seakan terbang pergi. Hatinya terasa lebih tenang.
“Itulah, kan aku selalu pesan… kalau nak cakap tu, fikir dulu. Ini tak, main lepas aje,” bebel Aariz setelah ketawanya reda.
Joshua mencebik lagi. Agak geram dengan tindakan Aariz yang enak sahaja mengenakannya.
“Yalah, yalah… aku tahu. By the way, aku datang sini nak tanya pasal Rexx. Kau yang in charge with the construction of their pilot plant, is it?”
“Rexx? Oh, that extraction company! Yup, why?” Aariz menjawab sambil memandang wajah Joshua yang tiba-tiba sahaja berubah serius.
“Tak adalah. Aku ada masalah sikit dengan current project aku. This company… it is involved with the extraction of plants to get essential oil. Tapi kau tahulah, essential oil tends to evaporate, kan?”
Aariz mengangguk, mengiyakan kata-kata Joshua.
“Sekarang aku ada masalah dengan the temperature, the flow, air pressure….”
“Dan lebih teruk lagi… the chemist bagi data yang tak kena with the whole processes, betul tak?” Aariz menyampuk.
“Bingo!!! Itu yang aku geram sangat sekarang ni. Bila aku cakap kat dia, the input data was like totally tak boleh masuk dengan the whole processes, boleh pula dia marah aku,” bebel Joshua penuh kegeraman.
“Siap cakap… chemical engineer buat aje kerja chemical engineer, jangan nak masuk campur dengan kerja chemist. Geramnya aku!!!” sambung Joshua lagi.
Aariz tergelak, agak berasa geli hati dengan tindak-tanduk Joshua.
“So, apa kau nak aku buat sekarang?” soal Aariz.
Joshua menjungkitkan bahu.
“Nothing actually.”
Aariz mengangkat kening.
“Aku nak mengadu kat kau aje sebenarnya ni. Bukannya aku boleh minta kau ganti tempat aku pun,” jawab Joshua selamba.
Aariz menggelengkan kepala. Sahabatnya itu memang begitu. Suka sahaja mengadu padanya bila tidak berpuas hati terhadap mana-mana pelanggan syarikat.
“Kau ni, Josh. Explainlah baik-baik dengan chemist tu, maybe dia boleh terima cakap kau tu,” nasihat Aariz.
“That’s what I’m gonna do. Itu yang aku nak pergi jumpa dia lagi nanti,” balas Joshua sambil bangun dari duduknya.
“Okeylah, aku chow dulu. Kau ni bila nak balik? Dah pukul 6.20 petang ni.” Joshua menyoal seraya melihat jam di pergelangan tangannya.
“Sekejap lagi.”
“Then, see you tomorrow.”
Joshua mula mengorak langkah keluar dari bilik Aariz.
“Hmmm, see you.”
“Oh, yeah! Send my regards to Dahlia. Tell her aku cakap dia comel!!!” Joshua sedikit menjerit sebelum mencicit keluar bersama ketawa galaknya.
Aariz membeliakkan mata sebelum turut tertawa.
“Josh, Josh… tak habis-habis dengan perangai tak betul dia.”
*****
DAHLIA memandang jam di dinding yang sudah pun menunjukkan pukul 9.15 malam. Hari ini Aariz pulang lambat lagi. Biasanya pukul tujuh lebih suaminya itu sudah pulang ke rumah. Sejak kebelakangan ini Dahlia perasan Aariz kelihatan sedikit berlainan. Seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya.
            Dalam hati Dahlia yakin bahawa sesuatu itu ada kena-mengena dengan umi kerana sering kali Dahlia melihat Aariz berbual serius dengan umi. Apabila Dahlia mula merapati mereka, suami dan ibu mertuanya itu kelihatan seperti cepat-cepat mengubah perbualan mereka. Di suatu sudut hatinya, Dahlia yakin apa sahaja yang diperkatakan mereka ada kaitan dengan dirinya sendiri.
Perlahan Dahlia mengeluh. Ingin sahaja dia menyoal Aariz secara terus terang tentang hal itu, namun dia merasakan seperti tidak patut untuknya berbuat demikian. Akan tetapi tetap juga Dahlia tidak dapat menghilangkan perasaan aneh dan ingin tahu dalam dirinya.
“Urghhh… kenapa dengan Aariz?” soal Dahlia akhirnya sambil membaringkan bahagian kiri tubuhnya ke atas sofa. Kakinya dibiarkan sahaja di atas permaidani tanpa mengangkatnya.
Mata Dahlia terkebil-kebil memandang katil di hadapannya sambil memuncungkan bibir. Dia benar-benar bingung, tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Sebahagian dirinya mahu menyoal dan mendesak Aariz agar berterus-terang tentang apa sahaja yang disembunyikan suaminya itu, namun sebahagian lagi dirinya tidak mahu mendesak begitu.
Sekali lagi Dahlia mengeluh.
Tuk! Tuk! Tuk! Telinga Dahlia dapat mendengar dengan jelas bunyi ketukan di pintu.
Spontan Dahlia bangun dari pembaringannya.
“Dah balik?” Dahlia bersuara girang.
Cepat-cepat Dahlia bangun dari sofa dan melangkah ke arah pintu. Tombol pintu dibuka. Tersembul wajah Aariz yang kelihatan letih.
“Awak dah balik?” tanya Dahlia sebaik sahaja menatap wajah suaminya itu.
Aariz mengusap kepala Dahlia lembut sambil tersenyum. Senyuman itu kelihatan lemah di mata Dahlia.
“Sebab saya dah baliklah, saya ada kat sini.”
Dahlia menyeringai seraya mengusap kepalanya, pada bahagian yang diusap Aariz tadi. Seketika kemudian dia mengambil briefcase dan kot hitam dari tangan Aariz. Suaminya itu membiarkan sahaja perilakunya tanpa kata.
Dahlia membuntuti langkah Aariz sebelum akhirnya menapak ke arah sebuah meja yang terletak berhampiran tingkap. Meja itu digunakan oleh Aariz sebagai tempatnya bekerja di sepanjang waktu mereka berada di rumah umi. Briefcase hitam milik suaminya itu diletakkan di situ. Dahlia kemudiannya melangkah ke arah almari sebelum menyangkut kot hitam milik Aariz. Namun hujung matanya tidak lepas daripada memandang Aariz yang sudah pun mengambil tempat duduk di sofa yang sebentar tadi menempatkan tubuhnya.
Aariz dilihatnya memejamkan mata dan mengurut bahu berkali-kali. Perlahan timbul rasa kasihan dalam hati Dahlia buat suaminya itu. Lambat-lambat dia menghampiri Aariz dan berdiri di hadapannya.
“Awak… awak tak apa-apa ke?” Dahlia menyoal dengan penuh rasa ambil berat.
Automatik Aariz membuka kelopak matanya. Terserlah pada pandangannya wajah Dahlia yang penuh kerisauan. Perlahan Aariz tersenyum sambil tangannya diangkat dan sesaat kemudian memegang tangan kiri Dahlia. Lembut dia menarik tangan itu agar Dahlia duduk di sebelahnya.
Dahlia mengikut tanpa kata.
Setelah isterinya selamat melabuhkan punggung di sebelahnya, Aariz melepaskan pegangan tangannya, tetapi kini tangan kanannya itu mula bergerak ke arah wajah Dahlia. Isterinya itu hanya terkebil-kebil memandang segala tindak-tanduknya tanpa suara. Penuh kelembutan Aariz menyentuh pipi Dahlia dan mengusapnya sambil tersenyum.
Dahlia terkesima. Tangan Aariz terasa hangat pada wajahnya, dan ternyata Dahlia senang dengan kehangatan itu.
“I’m okay. Awak jangan bimbang.” Akhirnya Aariz bersuara.
“Tapi….”
“Saya ada banyak kerja kat office. Itu aje. Sorry sebab buat awak tunggu saya.” Laju sahaja Aariz memotong kata-kata isterinya.
Dalam hati, Aariz berasa sedikit bersalah kerana berbohong terhadap Dahlia. Walaupun dia punya kerja yang agak banyak, tak adalah sampai dia keluar terlalu lambat dari pejabat. Dia sebenarnya keluar tepat jam 6.30 petang, sepuluh minit selepas dia selesai berbual dengan Joshua. Kepulangannya yang lewat itu adalah kerana pergi menemui Zack, penyiasat persendirian yang diupahnya untuk mencari Syafiq. Dan seperti pertemuan-pertemuan sebelum ini, langsung tiada berita tentang Syafiq.
Dahlia meneliti wajah Aariz, mencari kejujuran di sebalik bait bicara yang lahir daripada mulut suaminya itu. Gerak hatinya mengatakan Aariz tidak terlalu jujur. Namun Dahlia tidak pula mahu menyoal terus-terusan. Biarlah! Mungkin ada sebab di sebalik tindakan Aariz berbohong begitu.
Lambat-lambat Dahlia mengangkat tangannya dan menyentuh tangan Aariz yang masih terletak elok pada pipinya. Dia menarik tangan suaminya itu menjauhi wajah. Tetapi genggaman tangannya langsung tidak dilepaskan. Bahkan makin diperkemaskan.
“Tak apa. Bukan lama pun saya tunggu awak,” jawab Dahlia selembut mungkin sambil tersenyum.
Lega hati Aariz kerana Dahlia tidak menyoalnya lebih-lebih. Sedari tadi dia agak bimbang kalau-kalau Dahlia tidak mempercayainya dan mendesaknya agar bercerita lebih lanjut.
Bukan dia tidak mahu memberitahu Dahlia tentang Syafiq, namun Aariz mahu menunggu waktu yang lebih sesuai. Dia tidak ingin sekiranya apa yang keluar daripada mulutnya akan menyakitkan hati Dahlia. Sungguh! Aariz benar-benar tidak mahu Dahlia berasa terluka.
“Awak dah makan?” soal Dahlia lantas mematikan lamunan Aariz mengenai Syafiq tadi.
Aariz menjawab dengan anggukan kecil. Matanya tidak lepas daripada memandang Dahlia yang sudah mula mahu bangun dari sofa.
“Then pergilah mandi. Biar segar sikit badan tu,” sambung Dahlia lagi sambil mengangkat punggung. Niat di hati mahu turun ke bawah menemani umi dan abah yang mungkin sedang menonton televisyen. Namun tidak semena-mena.…
“Ahhh!!!” Dahlia terjerit.
Sedar-sedar sahaja Dahlia sudah pun berada di atas ribaan Aariz. Dia menatap wajah suaminya yang terasa dekat benar. Malah dia dapat mendengar desah nafas lelaki itu dengan jelas.
Zupp!!! Hati Dahlia mula berdegup kencang. Pipinya terasa panas terbakar. Inilah kali pertama dia berada di atas ribaan Aariz.
“Jom!” Sepatah kata meluncur keluar dari bibir merah Aariz.
Serta-merta Dahlia mengerutkan dahi.
“Apa yang jom?”
Aariz tersenyum nakal. Wajah isterinya yang merona kemerahan menambahkan lagi perasaan nakalnya yang mahu terus-terusan mengusik gadis itu.
“Mandi.” Sepatah lagi kata terbit keluar dari mulut Aariz.
Tersirap darah ke wajah Dahlia.
“A… a… pa maksud awak?” Dahlia sudah mula tergagap-gagap.
“Jom mandi. Badan saya lagi segar kalau dapat mandi dengan awak,” jawab Aariz bersahaja.
Terlopong mulut Dahlia.
“Awak, janganlah main-main macam ni,” marah Dahlia. Hatinya sudah mula terasa geram dengan perangai nakal suaminya itu.
Tercuit hati Aariz melihatkan Dahlia yang sudah mula kelam-kabut mahu bangun dari ribaannya. Selamba sahaja dia mengemaskan lagi pelukannya.
“Aariz!!! Lepaslah!!!” Dahlia sudah terjerit kecil. Tangannya tergapai-gapai cuba menolak tubuh tegap Aariz yang enak sahaja memeluknya begitu.
Aariz tidak memberikan apa-apa reaksi, sebaliknya dia menjatuhkan pandangan pada  wajah isterinya. Mata bundar yang agak kecoklatan, hidung yang tidak terlalu mancung dan bibir mungil yang sedikit terbuka itu benar-benar menggugat perasaan lelakinya. Rambut panjang Dahlia yang lembut itu menambahkan lagi keayuan Dahlia di matanya. Di luar sedar Aariz mula membelai rambut Dahlia. Dia kemudiannya mencium rambut itu.
Dahlia yang melihat segala gerak laku Aariz terpaku tanpa kata. Tangannya yang tadi berusaha melepaskan diri daripada Aariz automatik sahaja terkaku, langsung tidak bergerak. Sebaliknya elok terletak pada dada bidang Aariz.
“Hmmm… wangi,” ucap Aariz perlahan.
“Awak tahu… saya suka sangat rambut awak. Panjang, lembut… dan saya suka bila awak lepaskan rambut awak macam ni,” sambung Aariz lagi sambil terus-terusan bermain dengan rambut Dahlia yang mengurai panjang.
Entah kenapa tingkah laku Aariz seperti membelai jiwa Dahlia. Dia seakan-akan senang diperlakukan sebegitu. Tanpa sedar Dahlia tersenyum. Namun apabila tersedar, cepat-cepat Dahlia bangun dari ribaan Aariz. Mahu melarikan diri daripada suaminya yang semakin nakal dan semakin galak mengusiknya.
Aariz yang sudah pun melonggarkan pelukannya tadi tidak sempat menghalang Dahlia daripada bangun.
“S… s… saya… ke... ke...” Tersekat-sekat suara Dahlia.
‘Dahlia, Dahlia… sejak bila kamu jadi gagap ni?’ Dahlia menempelak dirinya dalam hati.
Aariz merenung nakal isterinya yang masih lagi dengan reaksi kelam-kabutnya. Dia cuba menahan tawa dalam hati.
Dahlia menghela nafas panjang.
“Saya keluar dulu.” Akhirnya berjaya juga Dahlia bersuara.
“Habis tu, siapa nak temankan saya mandi?” balas Aariz manja. Masih mahu menyakat isterinya itu.
Dahlia mengetap bibir. Geram dengan tingkah laku suaminya.
“Mandilah sendiri.”
“Ala, tak naklah.”
Mulut Dahlia dimuncungkan. Geram betul dia dengan perangai suaminya yang tidak ubah seperti anak-anak kecil.
‘Buruknya orang tua buat perangai budak-budak!’
Ingin sahaja Dahlia meluahkan apa yang difikirkan itu. Namun tidak pula terkeluar daripada kerongkongnya.
“Eh! Awak ni mengada-ngada sangat ni kenapa?” bidas Dahlia. Penuh kegeraman.
Geli hati Aariz mendengarkan jawapan Dahlia. Wajah kemerah-merahan isterinya benar-benar mencuit hatinya.
“Mengada-ngada dengan isteri sendiri tak salah, kan?”
Dahlia mengetap bibir. Ada-ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut suaminya itu.
“Huh, malas saya nak layan awak lagi,” ujar Dahlia seraya memalingkan tubuh dan mula menapak keluar. Wajahnya sengaja dimasamkan tanda tidak berpuas hati dengan sikap nakal suaminya itu.
“Lia, mandi macam mana???” Dari kejauhan Dahlia dapat mendengar jeritan kecil Aariz.
Automatik Dahlia menghentikan langkah dan menjeling ke arah suaminya itu. Entah apa yang tidak kena dengan dirinya, jelingan tajam yang ingin dilemparkan pada Aariz dirasakan bertukar menjadi jelingan manja.
“Apasal jeling-jeling manja pula ni?” marah Dahlia pada dirinya sendiri. Perlahan, tapi cukup jelas di hujung telinga Aariz.
“Sukalah dengan jelingan manja awak tu. Menggoda.…” sakat Aariz selamba.
Terbeliak mata Dahlia.
“Huh, malas layan awak!!!”
Cepat-cepat Dahlia berlari keluar dari bilik. Wajahnya yang kepanasan benar-benar menyesakkan dadanya.
Aariz tertawa.
Huh, malas layan awak! Aariz sedar isterinya memang suka berkata begitu apabila letih melayan karenahnya. Benarlah kata Joshua….
Dahlia comel! 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

1 comments: