Inem, nukilan Pramaoedya Ananta Toer

Baru-baru ini saya telah membaca sebuah hasil nukilan Pramaoedya Ananta Toer, seorang penulis yang sangat terkenal dari Indonesia. Beliau pernah dicalonkan sebagai penerima anugerah Nobel bagi kategori sastera. Sejujurnya saya tidak pernah mengenali siapakah beliau sehinggalah kakak saya yang kini menyambung pengajian sarjananya dalam bidang TESOL membawa pulang artikel yang bertajuk ‘Inem’. Katanya, dia perlu membuat ulasan tentang artikel itu. 

 Jadi, saya yang memang suka membaca ni pun mula membacanya. Dan…Ya Allah! Kisah Inem ini sangat meruntun hati. Ternyata Pramaoedya Ananta Toer berjaya menulis sebuah kisah yang benar-benar ‘gelap’ tetapi mungkin suatu kebenaran yang selama ini kita tidak terlalu nampak (atau mungkin kita pura-pura tidak nampak). 

Inem mengisahkan tentang perkahwinan kanak-kakak. Ya, sisi hitam sebuah perkahwinan kanak-kanak. Mungkin pada masa sekarang perkahwinan kanak-kanak sudah tidak terlalu banyak, kalau ada pun di negara-negara pedalaman yang mungkin masih ortodoks. 

Berbalik kepada kisah Inem…Inem adalah nama bagi seorang kanak-kanak perempuan yang dikahwinkan ketika berumur baru sahaja 8 tahun. Seperti kanak-kanak lain, Inem seorang yang sangat naïf. Dia sangat teruja dengan perkahwinannya kerana baginya, dia akan dapat berpakaian cantik-cantik, diarak oleh orang ramai dan diraikan. Sungguh! Dia terlampau naïf. 

Harga yang dia perlu bayar kerana kenaifannya dan kebodohan keluarganya yang menganggap anak perempuan perlu dikahwinkan cepat-cepat? Penderitaan! Ya, Inem diperlakukan seperti binatang. Dipukul..dibelasah setiap hari oleh suami sendiri. Bayangkan tubuh kecil seorang kanak-kanak 8 tahun dijadikan seperti karung guni..punching bag. Dahsyat! 

Dan yang paling menyayat hati, Inem menyoal “Inikah caranya untuk saya membahagiakan suami sendiri? Inikah caranya menjadi isteri yang baik?” 

Ya Allah! Memang betul-betul menyedihkan. 

Pengakhiran bagi kisah Inem ini? Inem akhirnya bercerai dengan suaminya selepas setahun. Pada umur baru sahaja 9 tahun, dia sudah menjadi janda. Dan dia pulang kepada keluarganya. 

Keluarga dia? Terus-terusan menganggap Inem sebagai pembawa malu. Janda bagi mereka tidak boleh keluar rumah langsung dan akhirnya Inem terus-terusan menjadi punching bag. Kali ini bukan lagi kepada suaminya, tetapi kepada bapa, pak cik, ibu, jiran atau sesiapa-sesiapa yang rasa mahu membelasah tubuh kecilnya. 

Sedih, bukan? 

Kisah ini membuatkan saya mula terfikir dan tertanya-tanya…beginikah nasib kanak-kanak perempuan di sesetengah negara yang masih membiarkan perkahwinan kanak-kanak berleluasa?  

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

4 comments:

  1. baca ulasan sara pon dah rs sedih...insyaallah nak cari karya tu juga..nak baca(^_^)

    ReplyDelete
  2. bacalah, saya recommend kan..hehe. tapi kata kak long, artikel ni susah nak cari.

    ReplyDelete
  3. sekali baca karya pak pramoedya memang akan rasa nak baca karya2nya yang lain.. saya belum baca inem tp dah baca bbrp yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, betul. bila saya dah baca karyanya ini, memang terasa mahu baca yang lain. pak pramoedya memang betul-betul mampu membuatkan kita rasa tertarik pada karyanya..=)

      Delete