Book Stellar --> Newest online bookstore in town!!!

Assalamualaikum, semua...

Di sini saya ingin war-warkan bahawa Book Stellar kini dibuka secara rasmi. Okey, apa itu Book Stellar? Ia adalah online bookstore milik kak long saya. 

Di kedai buku maya ni, peminat buku-buku dan novel tegar Inggeris di Malaysia ni boleh dapatkan buku dengan kadar harga yang memang rendah dari kedai-kedai buku lain. Saya bukan setakat cakap-cakap je, tau atau sebab kedai ni kakak saya punya..tetapi sebab memang inilah kebenarannya.

Oh, jangan tersilap! Book Stellar TIDAK menjual buku terpakai. Semua buku yang ada dijual adalah buku BARU (first hand) yang belum pernah dibeli, dibaca atau digunakan oleh mana-mana individu lain. 

Buat masa sekarang, senarai buku tak adalah terlalu banyak. Tapi senarai ini akan dikemas kini setiap minggu, jadi Insya'Allah...senarai ini akan bertambah dari masa ke semasa. Buat sesiapa yang ada buku yang dicari, anda juga boleh membuat permintaan di bahagian 'Wish List'. Book Stellar tak adalah memberikan 100% jaminan akan berjaya dapatkannya, tapi akan diusahakanlah. Yalah, semuanya bergantung pada stok juga, kan?

Setiap buku harganya berbeza dari segi 'paperback' atau 'hard cover'. Mestilah yang 'hard cover' lebih mahal, kan?  

Kalau para pembaca ada sebarang pertanyaan, atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang Book Stellar, bolehlah jenguk blognya, ya. Sila klik di bawah...


Sudi-sudikanlah untuk follow blog ni, ya! Sokongan anda semua buat online bookstore kak long ni...sangat saya hargai. Terima kasih sangat-sangat...=) 

~Jom jumpa di Book Stellar!!!~

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment