BFF, Teman tapi Mesra - Review


Apa yang membuatkan saya suka BFF ni adalah semestinya kerana jalan ceritanya. Bagi saya, jalan ceritanya tidak melalut dan terus sahaja, tidak menyimpang banyak. Pendek kata, tidak terlalu banyak konflik yang pelik-pelik dan membuatkan kita merasakan cerita ini tidak masuk dek akal langsung. 

Ramai yang mengatakan jalan ceritanya klise sahaja, tentang perkahwinan tanpa rela (atau perkahwinan atas sesuatu sebab). Saya tidak menggunakan istilah 'kahwin paksa' atau 'kahwin kontrak' kerana Iskandar dan Shahidah masing-masing bersetuju. Tiada unsur paksaan dalam pernikahan mereka, dan tiada juga disebut tentang sesuatu tempoh perhubungan antara mereka (kontrak). 

Bagi saya, tidak ada salahnya menghasilkan sesuatu yang klise, asalkan produk akhirnya bukanlah klise dan stereotaip. Dan itulah yang saya lihat dalam drama ini. Kahwin tanpa cinta....betul, tapi jalan cerita sama dengan yang lain? Tidak. 

Apa yang lainnya? 

Karmila, mahupun Emran tidak bertindak sebagai pihak ketiga yang cuba memecah-belahkan hubungan antara Is dan Sha. Sebaliknya, mereka adalah sebahagian dalam lingkungan persahabatan mereka. 

Intipati penting dalam drama ini adalah tentang impian Shahidah dan tentangan daripada ibu bapanya. Dan sememangnya inilah yang ditonjolkan dalam drama BFF. Maksud saya, bukan hanya kisah cinta yang ingin ditekankan di sini. 

Apa yang saya suka tentang BFF?

Watak Iskandar. Yup, saya gemarkan perwatakan Iskandar itu. Oh, tidak! Bukan sebab Muniff Isa. Saya merasakan sesiapa pun yang membawakan watak itu, saya pasti suka. Tapi, sudah semestinya Muniff Isa telah membawa watak Is dengan cemerlang dan jayanya. Memang kita tidak boleh menafikan bakat lakonan dia. Dan saya percaya dia akan pergi jauh lagi dalam bidang lakonan ni.

Berbalik pada perwatakan Iskandar...dia, bagi saya adalah seorang lelaki yang lembut hatinya tetapi sangat tegas. Ketegasan itulah yang paling saya suka. Juga, sikap bertanggungjawabnya itu. Dia berjaya daripada hasil usahanya sendiri. Secara peribadi, seseorang lelaki mahupun perempuan yang berjaya dari hasil titik peluhnya sendiri, sangat saya kagumi. 

Watak Shahidah. Okey, saya kena mengaku kadang-kadang saya rasa geram juga dengan perangai Sha. Manja, degil, sedikit pentingkan diri-sendiri dan tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri. Itu konklusi saya terhadap perwatakan dia. 

Tapi, perangai inilah juga yang membuatkan saya rasa Sha agak comel. Wajah selamba dan bersahaja dia kadang-kadang mencuit hati saya. Kelakar. 

Kedua-dua watak Is dan Sha ini sebenarnya bezanya macam langit dan bumi. Memang lain, tapi mungkin kerana kelainan itulah melengkapkan diri masing-masing...=)

Lagi satu yang saya suka tentang drama ini adalah...kita boleh nampak pengajaran yang cuba disampaikan. Ya, tanpa restu daripada ibu bapa dan keluarga, mana mungkin kita akan berjaya dalam hidup. Kita boleh nampak hal ini dalam kisah Syahidah. Disebabkan dia tidak mendapat restu kedua-dua ibu bapanya, sangatlah susah untuk dia berjaya. Tak kiralah apa yang dia buat, ada sahaja halangan untuk dia.

Oh, macam terlebih panjang je review ni. Pertama kali tulis review drama Melayu, tak sangka pula boleh jadi panjang macam ni sekali...haha...=) 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment