Sara Aisha di KB Mall


Assalamualaikum, semua

Alhamdulillah ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnian-Nya, novel JIMK boleh dikira agak berjaya. Sungguh! Saya sangat bersyukur.

Kira-kira sebulan lepas saya dimaklumkan oleh pihak KS mengenai Pesta Buku anjuran POPULAR Bookstores. Dan untuk itu, saya akan berada di sana.

Tarikh: 10 Mac 2012 (Sabtu)
Tempat: Centre Atrium, KB Mall
Masa: 2.00 - 2.45 petang

'Sesi autograf dan beramah mesra'...errr, terasa agak janggal sikit bila baca tajuk sebegitu. Yalah, saya masih lagi penulis baru yang sedang berusaha untuk bertatih dalam dunia penulisan ni. Sejujurnya, memang terasa agak gementar jugalah untuk pergi sana nanti. Harap-harap semuanya akan baik-baik sahaja. Insya' Allah.

Jadi buat pembaca yang berada di Kelantan, sudi-sudikanlah jenguk, ya! Terima kasih...=)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment