Review JIMK daripada kak Ida Nur Asnidar + balasan daripada Sara Aisha

Ida Nur Asnidar


‎10 reason why I seriously ♥♥♥♥ JODOH ITU MILIK KITA karya Sara Aisha!!


~ Satu : Sebab cover dia yang simple yet menawan! Walaupun ada yg kata macam kad kahwin tapi bg Ida itu yg membuatkan cover JIMK istimewa di mata Ida. Simple tak semestinya tak ada idea kan? Cover novel tu melambangkan isi di dalamnya.

~ Dua : Sebab penulisnya. Kenapa? Walaupun hanya mengenali Sara Aisha dalam tempoh yang singkat,waktu JIMK masih dalam proses nak di terbitkan,tetapi bagi Ida perkenalan singkat atau panjang bukan penyebab buat kita mengenali hati budi seseorang. Ida dapat mengenali dia dari cara dia menulis setiap patah perkataan waktu dia tandatangan novel JIMK buat setiap pembaca JIMK yang bertuah. Each and every words is different,for all of us. For that single reason only,I know that she is a good person.who know how to appreciate others.

~ Tiga : Tajuk JIMK itu sendiri.” Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita,jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali”

~ Empat : Dahlia Darius,gadis comel yang amat menghormati orang tua,sanggup bertunang dengan Syafiq,lelaki yg tidak di kenali hanya kerana menghormati ibu Syafiq. Tetapi andai jodoh bukan milik mereka,tidak akan bersatu jua.Suka dengan watak Dahlia ni,rasa macam Sara Aisha pulak si Dahlia ni,kan? ^_^

~ Lima : Jodoh Dahlia dengan Aariz. Andai jodoh itu rahsiaNya,walau mereka tidak pernah bersua,siapalah kita untuk menolaknya. Syafiq lari di hari perkahwinan mereka,meninggalkan Dahlia keseorangan… [ ada jugak lelaki macam ni kan…hailah Shafiq!] Tapi thanks to Syafiq juga Dahlia akhirnya bertemu jodoh dengan Aariz!!

~ Enam : Aariz Danial aka Ezequiel Ferdinand Mendoza. Lelaki yang penuh dengan kisah derita yang di alaminya sewaktu tempoh membesar. Penuh rasa rendah diri dengan keadaan dirinya hingga menghalang dia menggapai kebahagian yang sudah terbentang di depan mata.Kebahagian yang bernama Dahlia.

~ Tujuh : Shafiq! Jahatnya ya ampun…Rasa nak tampar kiri kanan dia ni.Cemburu yang tidak bertempat.Lebih lebih lagi dengan Aariz sendiri pulak tu. Tetapi bila kita dah baca habis kita dapat rasai yang dia sebenarnya yang paling terluka dengan perbuatannya sendiri.

~ Lapan : Sedih bila baca part part bilamana Dahlia dan Aariz masing masing berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka,bahagia buat seketika,terpisah buat sementara. Namun akhirnya,they live happily ever after…hahaha

~ Sembilan : Pengajaran buat kita bersama,bayi yang di lahirkan ibarat kain putih yang bersih,bebas dari segala dosa yang di lakukan oleh ibu bapa mereka. Jangan sesekali kita menghukum seseorang hanya kerana asal usul mereka.

~ Sepuluh : All in all,semua rasa ada dalam naskah JIMK ini.Bahagia, derita, ketawa, airmata,suka dan duka. Lengkap segala perasa.

Tak percaya? Tak kisah pun sebenarnya sebab Ida tulis apa yang Ida rasa, mungkin sesetengah akan berkata,betul ke? So, kalau nak rasa apa yang Ida rasa,dapatkan naskah JIMK anda sekarang. Kalau dah baca masih juga tak temui rasa itu,ketahuilah bahawa setiap pembaca berhak menyukai novel mengikut citarasa masing masing.Tahniah buat Penerbit KaryaSeni sebab sekali lagi berjaya menerbitkan novel yg baik dr segala sudut. Ada juga kesilapan ejaan yang boleh di perbaiki untuk cetakan seterusnya.

Akhir kata : Mahal kita, JODOH ITU MILIK KITA....

 Wassalam, Ida Nur Asnidar, 8 Feb 2012 [ Rabu 11.15 pm ]

*****************************

Daripada Sara Aisha buat Kak Ida Nur Asnidar,

Alhamdulillah, gembira dan sangat terharu dengan kesudian Kak Ida untuk memberi review yang sebegini panjang dan sangat menyentuh hati saya. Terima kasih, akak! =)

Sebagai seorang penulis baru, saya sangatlah menghargai setiap sokongan dan semangat yang kak Ida dan semua hadiahkan buat saya selama ni. Dan memang sewaktu saya menulis JIMK, saya berdoa dan berharap agar semua pembaca akan dapat menyelami 'rasa' yang saya cuba sampaikan. Saya ingin sekali pembaca merasai perasaan semua watak yang ada, bukan hanya yang sweet-sweet atau romantik antara Aariz dan Dahlia, tetapi juga perasaan Syafiq yang sebenarnya terluka. Ya, bukan Aariz seorang saja 'broken man' dalam JIMK, tetapi Syafiq juga!

Terima kasih juga kerana sukakan watak Dahlia. Saya cuba menggambarkan Dahlia sebagai seorang wanita yang kuat, kerana saya percaya...seorang wanita punya kekuatan yang tidak tertanding oleh lelaki. Ya, secara fizikal...kami, kaum wanita memang lemah, tetapi kami dihadiahkan Allah dengan hati dan jiwa yang kuat. Dan ya, kami sering menangis! Tetapi tangisan kami bukan bermakna kami ini lemah, tetapi kerana kami mahu bangkit dan bangkit dan bangkit setelah dijatuhkan. Air mata cuma cara untuk melepaskan rasa lelah dan letih. Dengan setiap titis air mata yang gugur, kekuatan kami digantikan.

Dan seperti dalam review kak Ida, setiap bayi yang lahir ke dunia ini...lahir tanpa secalit, tanpa sebesar zarah pun noda, atau kekotoran. Bayi-bayi ini adalah suci! Tetapi sayangnya... dunia sekarang ni, sudah menjadi terlalu kejam! Bayi-bayi yang tak berdosa diperlakukan tidak ubah seperti sampah, yang tidak punya nilai sedangkan bayi-bayi ini adalah penyambung zuriat, penyambung keturunan manusia di muka bumi ini! Dan juga...ya! Jangan kita sesekali menjatuhkan hukuman ke atas seseorang kerana asal-usulnya.

Akhir kata, saya pernah membaca seseorang menulis...'Orang yang gembira adalah orang yang memaafkan'. Forgiveness is a way for us to be happy. Dan saya selalu percaya bahawa kehidupan ini terlalu pendek untuk penyesalan dan kebencian. Harungilah hidup ini dengan menyayangi diri sendiri, keluarga dan semua yang bernilai dalam hidup kita.

Kak Ida, terima kasih lagi sekali. Love u!! =)

Salam sayang,
Sara Aisha (2:31 am, 09/02/12)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

4 comments:

  1. salam sara...
    really setuju dgn apa yg telah di tulis oleh Ida...bermcm ppengajaran yang dapt diperolehi dalam JIMK dan for the 1st time tiada konflik orang yang ketiga samada lelaki mahu pun perempuan.. semua berkisar tentang kehidupan ikatan kekeluargaan, pengorbanan anak demi ibubapa mereka...redha dengan qadha & qadar daripada Allah.

    ReplyDelete
  2. salam...sy nk ucapkan tahniah pada penulis.mmg best...byk pengajarannya yg kita dapat dlm novel JIMK..sy doakan semoga Sara terus menulis n menulis....

    ReplyDelete
  3. @hani: terima kasih atas komen. Alhamdulillah, gembira saya dengan penerimaan hani terhadap novel ini. ya, saya memang ingin menjadikan JIMK sebagai sebuah novel yang bukan hanya berkisar tentang kisah cinta semata-mata, tetapi juga sebuah kisah kekeluargaan..=)

    ReplyDelete
  4. @anonymous: salam, dear. terima kasih sangat2 atas ucapan tahniah. insya' Allah, jika terus diberikan kekuatan oleh-Nya, saya akan terus menulis. amin..=)

    ReplyDelete