Novel Kahwin Paksa/Kontrak??

Assalamualaikum, semua..

Hari ini seorang sahabat saya berkongsi satu link dengan saya tentang satu entri yang berkisarkan novel kahwin paksa/kontrak. 

Link inilah yang dikongsi oleh sahabat saya itu:


Ya, novel sebegitu memang seakan-akan berlambak di pasaran. Mungkin kerana pasaran dan juga permintaan daripada para pembaca. Dan saya sebagai seorang penulis (walaupun baru sahaja sebuah buku), agak bersetuju dengan kenyataan itu. Memang ada pasaran untuk novel seumpama ini.


Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang apa yang penulis ini tulis di dalam entri beliau. Saya menghormati pendapat dan pemikiran beliau. Kerana saya percaya apa yang ditulisnya adalah berdasarkan pemerhatian, kefahaman dan mungkin juga pengalaman beliau (yang saya yakin sudah banyak membaca novel2 sebegini). Adalah tidak adil bagi kami, penulis jika beliau menilai hasil karya kami tanpa langsung membaca dan memahaminya, bukan?

Sejujurnya, saya percaya pembaca kini bijak menilai hasil tulisan atau karya seseorang penulis. Kami tidak boleh memaksa pembaca untuk menyukai atau menggemari karya kami. Jika suka, Alhamdulillah...jika tidak suka, juga tidak mengapa. Sebagai penulis, kami cuma dapat berharap dan berdoa agar pembaca dapat menyelami apa yang cuba kami sampaikan melalui hasil tulisan kami.

Saya tidak akan menyentuh soal novel lain. Cuma saya terpanggil untuk membicarakan soal novel saya sendiri, kerana bila diperkatakan tentang novel kahwin paksa.kontrak...mungkin Jodoh itu Milik Kita terkena sedikit tempiasnya memandangkan novel ini juga berkisar pernikahan tanpa rela.

Cuma, bagi saya...pernikahan antara Aariz dan Dahlia bukanlah kahwin paksa, tapi lebih kepada perkahwinan kerana keluarga. Dan sememangnya mereka berdua sendiri yang bersetuju dengan perkahwinan itu, bukan? 

Sewaktu saya menulis JIMK, saya berharap sangat pembaca akan mengerti bahawa kisah ini bukan hanya berpaksikan pada hubungan jiwang semata-mata, kerana sejujurnya...bukan itu yang saya mahu tekankan dalam novel ini.

Apa yang saya percaya dan cuba selitkan adalah hubungan kekeluargaan, kerana saya selalu percaya jika seseorang itu berkahwin, mereka bukan sahaja mengahwini si suami/isteri itu tetapi juga seluruh keluarga suami/isteri itu. Apa yang berlaku, apa yang terjadi pada keluarga itu akan sedikit-sebanyak memberi kesan pada perkahwinan itu.

Saya juga ingin tekankan pada perasaan hormat di antara seorang suami dan isteri. Bagi saya, apa yang membuatkan sebuah pernikahan itu kuat bukan hanya kerana kasih atau cinta antara pasangan suami isteri itu, tetapi juga perasaan hormat antara mereka. Perasaan hormat di dalam sebuah hubungan yang berlandaskan akad yang diredhai Allah, pasti akan membuahkan sayang dan cinta, bukan? Ah, mungkin saya terlalu optimistik, tetapi itu adalah sesuatu yang saya benar-benar percaya...

Akhir kata...

"Syurga bagi seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibunya.."

Dan...

"Syurga bagi seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suaminya.."

Kata-kata ini, saya yakin anda semua tahu, kan? Cuma, kita sebagai manusia biasa...adakah kita selalu ingat akan kata-kata ini? 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

7 comments:

  1. betui tu..
    memang byk novel cam gini tapi kalu jalan ceriter die best dan di olah dgn bagus saye x kisah berapa banyak novel kawin paksa/kontrak pon..

    ReplyDelete
  2. sy lg prefer novel kawen pkse sbb jln crita lbey mnarek n rse xsaba nk tao cmne mreke akn leh jtoh cnta t...hehehhe

    ReplyDelete
  3. novel kahwin paksa memang banyak tapi jalan cerita dia lain.yang ni best sy suker nak pergi carilah...

    ReplyDelete
  4. akhirnya jumpa juga blog kak sara aisha !!! JIMK best sangat !!!! serius ... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay!! akhirnya jumpa...=)

      thanks a lot, dear...

      Delete