My first baby ----> Jodoh itu Milik Kita

Okay, saya betul-betul kena mengakui bahawa saya masih sangat teruja dengan kelahiran Jodoh itu Milik Kita yang saya kira seperti 'my first baby'. Serius! Masih tak percaya rasanya bila tengok novel JIMK depan mata. 

~Sebahagian JIMK yang ditandatangani di KS tempoh hari~

Dan saya sangat-sangat bersyukur dengan semua ini. Alhamdulillah. Tanpa Dia yang memberikan saya idea, dan juga kekuatan untuk saya bersekang mata hampir setiap malam selama enam bulan, mungkin JIMK akan terus terkubur begitu sahaja, atau mungkin hanya melekat dalam fikiran saya. 

Dan Alhamdulillah juga kerana setakat ini JIMK menerima respons yang saya kira sebagai positif daripada para pembaca. Bagi penulis baru macam saya, saya tahu terdapat terlalu banyak kekurangan dan kekhilafan dalam hasil nukilan pertama saya ini. Untuk itu, saya mohon maaf. 

Saya telah pun cuba sedaya upaya saya untuk memaparkan hati dan perasaan saya sewaktu menulis novel ini. Ya, dalam setiap patah kata yang terpateri dalam JIMK, ada secebis hati saya..(Oh my!! Macam cheesy je ayat ni!! *segan jap*) Tapi itulah yang saya rasakan, saya cuba untuk menulis dari hati. 

Dan saya harap sangat para pembaca boleh menyelami hati dan perasaan Dahlia, Aariz dan juga Syafiq. Kerana mereka semua terlalu dekat di hati saya, seperti sudah menjadi sebahagian daripada diri saya. Dan sungguh! Saya terlalu sayangkan tiga watak ini...=)

Salam sayang,
Sara Aisha


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

17 comments:

  1. wah! bila novel ni nak sampai kat kelate?

    ReplyDelete
  2. terujanya tgk JIMK dpn mata..bila nk ada dkt bookstore area kedah nie? huhu...

    ReplyDelete
  3. salam dik..akak..dah beli buku ini..dari karyaseni..tapi tak dapat signature adiklah.. insya'allah ..lepas akak khatam citer ni..akak kan komen ek..

    ReplyDelete
  4. Best2.. sy kasi 4/5... geram sgt dgn Aariz...

    ReplyDelete
  5. Salam Sara...TAHNIAH....sekarang ni saya sedang membaca JIMK...suka dengan watak Dahlia & Aariz yg very loving walaupun masih tertanya2 perasaan cinta dihati masing2...but till now tak sabar nak habiskan membaca novel ni...hopefully can finish it by this weekend...

    ReplyDelete
  6. salam sara..akk dh fully abis bc citer nie..nape jahat sgt watak syafiq tu!!geram betul!..poor aariz..sob..sob..keseluruhan mmg best!!terbaaeekk!!.. :)..sedey sbb xdpt buku yg ada signature sara..huhu..

    ReplyDelete
  7. salam dik..akak da khatam novel adik ni..apa yg akan nak tulis kat sini adalah..adik mmg telah berjaya membawa berbagai bagai emosi dalam diri akak terhadap watak watak yg adik ketengahkan iatu Ariz seorg abg angkat yg penuh misteri hidupnya dari permulaan citer bile kita diperkenalkan dengan watak ini..kita tertanya tanya kenapa hidupnya begitu ..kenapa shafiq adiknya begitu tegar mau abangnya menderita dan sebagai ibu kepada kedua dua anak ini..kenapa dia begitu rapuh pendiriannya walaupun anaknya shafiq telah berkali kali melukai hatinya tapi masih lagi bersabar dengan kerenah anaknya yg akak rasa macam nak sepak dia laju laju sungguh biadap.Dahlia digambarkan dengan watak wanita yg kental peribadinya.

    ReplyDelete
  8. @laskar pelangi: sori lambat reply. skrg dh ad kt KB..=)

    ReplyDelete
  9. @Onion_ring: tempahan yg free of charge dh ditutup. yg ade skrg yg dgn postal charge RM7 (JIMK tebal dn agak berat)..=)

    ReplyDelete
  10. @zana: sori sgt sbb lmbt reply. dah ade rasenye skrg..=)

    ReplyDelete
  11. @anonymous: thanks! dan selamat mengkhatam JIMK..hehe

    ReplyDelete
  12. @nozie rosli: thx sbb suke JIMK...hehe...syafiq? hmm, dia mmg cm tu. benci sgt ngn aariz..
    sign sy? x pe, nanti kt pesta buku kt PWTC bln 4 nanti, nozie dtglar...sy blh sign, insya' Allah..=)

    ReplyDelete
  13. idA: salam kak ida. Alhamdulillah, gembira saya dengan komen akak. itulah yang saya memang harap2kan, agar pembaca dapat menyelami emosi2 yang saya cuba paparkan.

    ya, mmg setiap watak ada kisahnya sendiri. aariz yg menyimpan rahsia, dan sentiasa terbelenggu dgn identiti dia, syafiq yg sentiasa hidup di sebalik bayang2 abgnya, umi yg terlalu menyayangi kedua-dua anaknya, dan juga dahlia yg sentiasa mahu berjuang demi org yg dia sayang.

    ReplyDelete
  14. Say a pg popular jusco balakong.xda pun buku ni...why?

    ReplyDelete
  15. @anonymous: sorry, dear..tapi kt hampir semua kedai buku novel ni dh sold out, klu diorg xde tambh stok.now ni tunggu cetakan kedua siap.

    ReplyDelete